You are on page 1of 2

Bab 1: Pengenalan

1.1 PENGENALAN
Program Latihan Industri ini merupakan suatu komponen penting kurikulum program
diploma dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Program latihan industri ini diwajibkan kepada semua pelajar untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal. Secara tidak langsung dapat
memberi peluang kepada para pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke
dalam pekerjaan yang sebenar.
Sewaktu menjalani latihan industri ini, saya adalah pelatih di bawah bahagian jalan di
Jabatan Kerja Raya. Oleh itu, skop latihan yang diberikan adalah berkaitan dengan
pembinaan, penyelenggaraan dan pemeriksaan jalan. Sepanjang tempoh latihan yang
diberikan iaitu selama sepuluh (10) minggu bermula pada 27 Jun 2016 sehingga 2
September 2016, saya didedahkan dengan cara sebenar pengurusan jalan dilaksanakan.

1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI


Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar menjalani latihan pratikal tentang pelbagai aspek amalan dalam Kejuruteraan
Awam dan peranannya dalam masyarakat. Ini untuk meningkatkan kemahiran
profesional dan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Program ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut :
(a) Mendapat pendedahan secara langsung kepada para pelajar terhadap profesion serta
aplikasi dalam bidang masing-masing.
(b) Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para profesional dari
pelbagai bidang.
(c) Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisai professional.
(d) Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
(e) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional dari luar kampus.
1.4 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1 | Latihan Industri JKR Kuantan

Buku log digunakan oleh pelajar untuk melaporkan aktiviti-aktiviti atau kerja yang
telah dilaksanakan dan pengetahuan-pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang
program Latihan Industri. Buku log ini bertindak sebagai salah satu instrument penilaian
pencapaian prestasi pelajar sepanjang menjalani program ini.
Oleh itu adalah mustahak pelajar mempunyai disiplin diri untuk mencatatkan semua
aspek latihan yang dilalui dalam buku log ini setiap hari dengan kemas dan sistematik
agar penyemakan dan penilaian yang sebaiknya dapat dilakukan oleh penyelia.

1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR


(a) Mempertingkatkan kompentasi dan daya saing dalam bidang yang diceburi.
(b) Menghubungkait pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajar di
universiti.
(c) Mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari.
(d) Memperbaiki kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.
(e) Memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih
pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.

2 | Latihan Industri JKR Kuantan

You might also like