You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KELAS ABAD KE 21

1.0 PENDAHULUAN
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke 21 yang sesuai
dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada
peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat,
patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir berkomunikasi, dan bekerja bersama
pasukan.

2.0

PENGENALAN

2.1 Konsep Flipped Classroom


Flipped Classroom adalah kaedah PdP yang diterbalikkan daripada kaedah
PdP biasa yang melibatkan guru memberi penerangan dan maklumat di dalam kelas.
Melalui flipped classroom semua maklumat disampaikan di luar kelas secara atas
talian(on-line), guru memberi tugasan untuk dilaksanakan oleh murid dan murid
membawa kerja rumahnya untuk dibincangkan di kelas.

2.2 Teori Rangka Kerja

Murid belajar di rumah melalui capaian maklumat atas talian yang boleh diakses
melalui internet dengan menggunakan gajet seperti komputer, komputer riba dan
telefon pintar. Murid boleh belajar berdasarkan kemampuan diri, dengan rakan
sebaya dan guru melalui perbincangan atas talian.
Teknologi pendidikan dan pembelajaran melalui aktiviti merupakan dua
komponen yang menjadi kunci kepada model flipped classroom yang akhirnya
membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih positif.

2.3 Mengapa Perlu Flipped Classroom


Sikap dan pencapaian murid terhadap pelajaran dilihat semakin merosot dari
semasa ke semasa. Salah satu faktornya adalah kebanyakan murid dilekakan oleh
gajet berteknologi dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, peluang untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka dapat direalisasikan dengan kewujudan kelas
abad ke 21 ini.

3.0.

OBJEKTIF

i.
ii.
iii.

Memberi pendedahan kepada guru tentang prasarana pembelajaran abad ke 21


Mendapat idea dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memberi peluang kepada guru untuk berkongsi idea kreativiti dalam

iv.

pembentukan kelas abad ke 21.


Mengimplimentasikan pembelajaran abad ke 21 di kelas Tahun 5.

4.0
i.
ii.

5.0

KUMPULAN SASARAN
5 Jujur
5 Amanah

ENROLMEN MURID SK1PJ


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Butir
Murid
Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Jumlah

Jumlah
Kelas
1
2
2
2
1
2
2
12

Lelaki
7
59
39
35
22
29
30
221

Perempuan
18
18
18
23
16
22
19
134

Jumlah
Murid
25
77
57
58
38
51
49
355

6.0

CONTOH SUSUN ATUR KELAS ABAD 21

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Keperluan peralatan
BIL

PERALATAN

KUANTITI

HARGA
1UNIT

JUMLAH

RM 5 000

RM
10000

2 Kelas

RM 3700

RM7400

TV LED 60 inci

Jubin lantai ( 24x 30 )

Tablet

RM 1 500

RM 3000

Receiver Adapter Ez cast

RM 100

RM200

Bracket TV

RM 200

RM 400

Palang Pintu Berkunci

RM 150

RM 300

Rak Buku

RM 100

RM200

JUMLAH

RM
21500

8.0 PENUTUP
Saya berharap program ini dapat diberi pertimbangan supaya kelas abad
ke 21 dapat dijalankan walaupon terdapat kekangan seperti prasarana dan
kelengkapan. Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangkan ini
beroleh sokongan daripada semua pihak agar matlamat kami untuk melihat
anak-anak murid dan warga sekolah SK1PJ terutama golongan sasaran dapat
berdaya saing di peringkat antarabangsa.

You might also like