You are on page 1of 4

ISL Minggu 10

Dalam usaha menguasai sepenuhnya sektor ekonomi, idea tentang negara


bangsa dan proses politik yang moden diperkenalkan oleh penjajah British secara
berperingkat-peringkat. Penjajah British telah berjaya menguasai proses politik dan
pentadbiran di Tanah Melayu melalui perjanjian dengan Sultan Melayu. Penjajah British
melakukan pemisahan dan pembahagian kuasa. Kuasa Sultan telah dibataskan kepada
hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.

Kronologi Penglibatan Rakyat Tempatan dalam Proses Politik


Dalam era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses
politik dan pentadbiran adalah terhad.

Terbukanya sistem pendidikan Inggeris kepada anak-anak


pembesar tempatan.

Dalam era penjajahan Jepun, hanya sebilangan kecil rakyat yang


dilibatkan dalam sektor pentadbiran dan politik.

Pada saat akhir era penjajahan, rakyat telah mula dilibatkan dalam
proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, sebagai
pegawai rendah.
Penglibatan rakyat tempatan ke dalam proses politik secara
meluas. (Berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan
penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British sebagai tanah
jajahan British memperkenalkan Malayan Union).

Kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946- 1955


Malayan Union 1946 telah dirancang dan dilancarkan setelah kembalinya
penjajah British ke Tanah Melayu. Kesatuan ini terdiri daripada 9 buah negeri Melayu,
Pulau Pinang dan Melaka. Terdapat beberapa ciri penting Malayan Union, iaitu
pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat, Raja-Raja Melayu hilang kuasa kecuali ke
atas hal berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu, hak kerakyatan yang bebas
berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union merupakan suatu bentuk pemerintahan
yang berasaskan idea negara bangsa yang bersifat unitart, memberi pengakuan
kesaksamaan kepada semua penduduk sebagai rakyat atau bangsa berdasarkan
prinsip jus soli.
Perjuangan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 kerana menentang hebat
Malayan Union. Tujuan utama perjuangan ialah memelihara kepentingan orang Melayu
dan mengukuhkan kuasa politik mereka. Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada
Ogos 1946 dan matlamat MIC ialah menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di
Tanah Melayu. Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada Februari 1949 dan
tujuan penubuhan adalah melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah
Melayu. Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC telah membawa
kejayaan besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan
raya Majilis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952, pakatan yang diasaskan oleh
UMNO dan MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam
pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC berjaya memenangi
51 daripada 52 kerusi Majilis Perundangan Persekutuan yang dipertandingkan. Hal ini
ialah asas yang kuat bagi Tunku Abdul Rahman yang mengetuai UMNO dan Parti
Perikatan untuk menunjukkan kepada British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik
di Tanah Melayu. Kerjasama tersebut menunjukkan bahawa mereka telah bersedia
untuk memperoleh kemerdekaan.

Kerjasama politik dan hubungan etnik bagi tempoh 1956- 1963


Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ialah sebuah parti multi-etnik. IMP merupakan
percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik. IMP ditubuhkan oleh
pengasa UMNO iaitu Dato Onn bin Jaafar yang telah keluar daripada UMNO. Beliau
bertindak demikian setelah cadangannya untuk membuka UMNO kepada semua rakyat
Tanah Melayu ditolak oleh UMNO dan sebilangan rakyat. Parti perikatan merupakan
kerjasama dan perbincangan berdasarkan konsep musyawarah antara etnik yang
diwakili oleh parti-parti politik. Parti Perikatan yang diketuai UMNO diperbesar bilangan
anggotanya pada 1972 dengan kemasukan ahli komponen baharu. Sehubungan itu,
Parti Perikatan ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN).
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.
Parti ini mendapat galakan daripada pentadbir kolonial kerana penubuhannya dianggap
sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri yang dirancang oleh
pentadbiran kolonial Inggeris. Pucuk pimpinannya dimonopoli oleh etnik Cina meskipun
ia merupakan parti multi-etnik. Sabah Chinese Association (SCA) ditubuhkan pada
tahun 1962 oleh sebab SUPP tidak sehaluan dengan pemerintah kolonial. Ia telah
diterima masuk ke dalam kerajaan pertama yang dibentuk berdasarkan pilihan raya 3
tingkat pada 1963. SCA hanya mendapat sokongan segelintir daripada orang Cina.
Parti Perikatan Sarawak adalah diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan daripada parti
SNAP. Parti ini dibentuk atas gabungan semua parti di Sarawak kecuali SUPP dan
tujuannya ialah menubuhkan kerajaan pertama di bawah seliaan pentadbiran kolonial
British.

Kerjasama politik dan hubungan etnik bagi tempoh 1964 hingga kini
Parti Bumiputera ialah penggabungan BERJASA dan PANAS. Parti ini ialah
perpaduan politik antara etnik Melayu dan Melanau. Parti ini dipimpin oleh Abdul
Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.Parti ini berjaya mendominasi politik dan
kerajaan sejak tahun 1970 dan bergabung dengan PESAKA untuk membentuk PBB
pada tahun 1973. Democratic Action Party (DAP) muncul di Sarawak pada akhir 1970an sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan orang Cina. Kejayaan
hanya terhad kepada keupayannya menawan beberapa kawasan majority Cina. Di
samping itu, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan oleh Leo Moggie, bekas
pemimpin SNAP. Penajaannya pada tahun 1983 telah merobohkan perpaduan Dayak di
bawah SNAP. Secara keseluruhan di Sarawak, meskipun kelihatan bahawa masyarakat
di Sarawak terpisah-pisah kepada beberapa parti politik yang berbeza-beza, namun
semangat untuk menjalin dan memupuk kerjasama antara kelompok etnik masih tetap
berlangsung. BN menjadi pemangkin kepada kerjasama yang erat demi pembangunan
negara.
Di Sabah pula, United Kadazan Nasional Organization (UNKO) telah ditubuhkan
oleh Donald Stephens pada Ogos 1961. Parti ini telah menyatupadukan Kadazan
Dusun dan Bumiputera bukan Islam. United Sabah Nasional Organization (USNO)
ditubuhkan oleh Tun Dato Mustapha Dato Harun pada Disember 1961. Parti Perikatan
di Sabah pula ialah gabungan UMNO-MCA-MIC, UNKO,USNO, dan SCA. Parti Bersatu
Sabah (PBS) ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan. Ia merupakan parti multi-etnik
walaupun jelas kepimpinanya dimonopoli oleh Bumiputera bukan Islam. Secara
keseluruhannya, proses politik di Sabah turut memperlihatkan kewujudan parti-parti
politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tersebut. Usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan. Kerjasama antara etnik
dalam proses politik bukan suatu perkara yang mustahil.

You might also like