You are on page 1of 2

DOA SEMPENA BENGKEL

_______________________________









.

Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil,
ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia,
usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang
terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Jadikanlah Kursus __________________Bil. 14 Siri 1/2009 Bagi ________________ini sebagai
wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami. Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam
kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara.
Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani,
eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus
melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan
cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan
kebahgiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas
nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati
kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan
siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.

dan dirahmati yang perhimpunan satu sebagai ini kami perhimpunan jadikanlah Allah, Ya
Allah Ya dilindungi. dan diberkati yang perpisahan satu sebagai ini selepas pula kami perpisahan
Jauhkanlah jenayah. kes-kes menyelesaikan dalam kami pegawai-pegawai permudahkanlah
menjauhi yang perkara apa-apa dan kerosakan dan kebinasaan bencana bala segala dari kami
rahmat-Mu. daripada kami
} {






.

You might also like