You are on page 1of 6

KEKOSONGAN

PENGURUS FASILITI - 1 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan keselamatan bangunan-bangunan dan
kemudahan-kemudahan komersil
2. Bertanggungjawab untuk memastikan ruang-ruang awam bebas daripada kerosakan dan semua
peralatan berfungsi sepenuhnya
3. Memastikan semua lesen dan permit M&E diperbaharui dan sah pada setiap masa
4. Merancang program penyelenggaraan pencegahan berdasarkan piawaian yang ditetapkan
5. Mengetuai pasukan operasi, menyediakan halatuju dan motivasi, serta memastikan kerja-kerja
yang dijalankan mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan bangunan yang tepat
6. Memberi nasihat tentang kecekapan tenaga dan kos
7. Menguruskan dan memantau kerja-kerja pasukan operasi dan/atau penyedia perkhidmatan semua
peralatan M&E, kawalan serangga, lanskap, pengurusan sisa, keselamatan dan cucian
8. Memantau dan menguruskan semua komplen penyewa / laporan harian (Whatsapp, FB dll),
serta menyimpan rekod penyelenggaraan
9. Memberikan komitmen kepada pihak atasan untuk memastikan dan meningkatkan pengetahuan
dan komitment staf
Syarat Kelayakan
1. Calon harus memiliki sekurang-kurangnya Sijil Profesional, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana
Muda dalam Building Surveying, Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik/Elektronik atau setara
2. Memiliki pengangkutan sendiri dan mampu bergerak sendiri
3. Mempunyai kefahaman yang baik tentang proses-proses dan dokumen kontrak bangunan dan
penyelenggaraan
4. Mempunyai pengalaman dan mengenalpasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian
teknikal
5. Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Pengurusan Fasiliti
6. Pengalaman dalam mengendalikan hakmilik berstrata akan dianggap sebagai kelebihan
7. Mesti mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan fasih (secara lisan dan bertulis) dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
8. Mempunyai kemahiran analitikal, komunikasi dan hubungan interpersonal yang tinggi
9. Mempunyai kemahiran komputer yang baik
10. Memiliki kebolehan untuk mengurus dan bekerja dengan staf di semua peringkat
11. Memiliki orientasi ke aras menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang diberi, serta mampu
menguruskan tugasan tan tanggungjawab yang diberi

PENYELIA (AWAM) - 1 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Bertanggungjawab memantau kerja-kerja awam dan structural di tapak, serta memastikan tugasan
dilaksanakan mengikut spesifikasi pembinaan
2. Terlibat dalam menyelia / menguruskan operasi harian di tapak (cucian dan lanskap seperti yang
ditugaskan oleh Pengurus Fasiliti) dan menyelesaikan isu-isu yang timbul di tapak, serta
bertanggungjawab untuk memeriksa, memantau dan mengambil tindakan susulan
3. Menyeleraskan dan berkomunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat dalam tugasan yang diberikan
oleh Pengurus Fasiliti
4. Memantau progres kerja supaya tiada kelewatan, menjalankan pemeriksaan terhadap bahanbahan dari seri kualiti dan kuantiti, menyediakan laporan segera tentang sebarang kekurangan,
menerbitkan laporan kemajuan secara berkala, dan menyediakan laporan bulanan kepada
Pengurus Fasiliti
Syarat Kelayakan
1. Diploma dalam Quantity Surveying/Kejuruteraan Awam or setara
2. Minimum 1 2 tahun pengalaman kerja dalam kapisiti serupa
3. Pengetahuan dalam pembinaan bangunan dan membaikpulih kerosakan akan dianggap sebagai
kelebihan
4. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum
5. Boleh bekerja secara berdikari dan bergerak sendiri
6. Mempunyai kenderaan sendiri
7. Celik IT, khususnya dengan pengetahuan dalam Microsoft Office dan Project

PENYELIA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL 1 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Terlibat dalam menyelia / menguruskan operasi harian di tapak (penyelenggaraan elektrik dan
mekanikal seperti yang ditugaskan oleh Pengurus Fasiliti dan menyelesaikan isu-isu di tapak, serta
bertanggungjawab untuk memeriksa, memantau dan mengambil tindakan susulan
2. Bertanggungjawab dalam pemasangan, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah dalam sistem
pendawaian elektrik, sistem penghawa dingin, sistem pemadam api serta perkhidmatanperkhidmatan bangunan yang lain
3. Melaksanakan pemantauan penggunaan elektrik dan menjalankan penyelenggaraan pencegahan
untuk mengelakkan atau mengurangkan kerosakan peralatan dan gangguan bekalan elektrik
4. Memastikan pemasangan dan penyelenggaraan baru selamat, betul dan sah di sisi undang-undang
5. Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala terhadap sistem udara, sistem
penghawa dingin dan sistem pemadam api
6. Memantau progres kerja supaya tiada kelewatan, menjalankan pemeriksaan terhadap bahanbahan dari seri kualiti dan kuantiti, menyediakan laporan segera tentang sebarang kekurangan,
menerbitkan laporan kemajuan secara berkala, dan menyediakan laporan bulanan kepada
Pengurus Fasiliti

Syarat Kelayakan
1. Calon harus memiliki sekurang-kurangnya Sijil Profesional, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana
Muda dalam Building Surveying, Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik/Elektronik atau setara
2. Minimum 1 2 tahun pengalaman kerja dalam kapisiti serupa
3. Pengetahuan dalam sistem elektrik bangunan, mekanikal, HVAC dengan penumpuan dalam
pemasangan sistem elektrik dan penyelesaian masalah
4. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum
5. Boleh bekerja secara berdikari dan bergerak sendiri
6. Mempunyai kenderaan sendiri
7. Celik IT, khususnya dengan pengetahuan dalam Microsoft Office dan Project

Chargeman (A1, A4) - 1 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Menjalankan operasi switching untuk sistem elektrik 415V (A4)
2. Membaikpulih dan menyelenggara Switch Board, peralatan elektrik dan sistem pendawaian
3. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembaikpulihan secara berkala (switchgears, power
transformer, MSB, SSB, VCB, ACB, MCCB, dll)
4. Menyelesaikan masalah dan gangguan bekalan kuasa yang berkaitan dengan pemasangan sistem
elektrik atau sistem pendawaian
5. Menjalankan ujilari secara berkala terhadap set generator kecemasan
6. Memantau muatan elektrik dan penggunaan bulanan
7. Berurusan dengan TNB, Suruhanjaya Tenaga, agensi-agensi kerajaan yang lain serta Pengurus
Fasiliti dan penyelia kunjungan dalam hal-hal yang berkaitan dengan bekalan elektrik, perlesenan
dan keselamatan
8. Memastikan pemasangan sistem elektrik mematuhi Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan Elektrik
9. Menyelia operasi harian bangunan berdasarkan polisi, prosedur dan arahan semasa yang
dikeluarkan oleh penyedia dan Pengurus Fasiliti
10. Melayani komplen pelanggan dan menjawab semua persoalan secara profesional dan berhemah
11. Memeriksa/menyelia kontraktor penyelenggaraan dan perkhidmatan bangunan
12. Melaksanakan kerja-kerja elektrik, pembetungan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan
bangunan
13. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan secara berjadual dan pemeriksaan berkala
terhadap sistem M&E dan kemudahan-kemudahan bangunan
14. Memastikan peralatan bengkel dan ruang-ruang penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan kemas
Syarat Kelayakan
1. Mesti memiliki Certificate of Competency sebagai Chargeman A4 yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga Malaysia
2. Pengalaman dalam M&E, dengan penumpuan dalam pengurusan bangunan (Perumahan/Komersil)
3. Pengalaman dalam pembetungan, lif, sistem pemadam api dan sebagainya akan dianggap sebagai
kelebihan
4. Celik IT dengan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
5. Computer literancy with good communication skills in English and Bahasa Malaysia
6. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum
7. Boleh bekerja secara berdikari dan bergerak sendiri
8. Mempunyai kenderaan sendiri

PEMBANTU JURUTEKNIK 4 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Menerima arahan daripada Pengurus Fasiliti / Chargeman / Penyelia Selenggaraan dalam semua
kerosakan yang dilaporkan dan melaksanakan pembaikpulihan segera
2. Menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan umum, pembuatan, pemasangan, operasi dan
penyelenggaraan pencegahan
3. Menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan, pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan
pencegahan dalam bidang elektrik, mekanikal, sistem pemadam pai, bekalan kuasa untuk CCTV
dan sistem-sistem lain yang berkaitan
4. Menyimpan rekod untuk semua peralatan utiliti, bacaan mesin dan lain-lain berdasarkan operasi
dalam helaian log yang dibekalkan
5. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan rutin terhadap mesin-mesin dan peralatan operasi kritikal
untuk memastikan operasi berjalan lancar seperti dijadualkan
6. Melayan komplen pelanggan dengan arahan penyelenggaraan dan pembaikpulihan, atau kerjakerja prioriti tinggi seperti yang diarahkan oleh pegawai atasan yang berkaitan
7. Attend to complaints with repairs and maintenance orders, or urgent top priority jobs as per
instructed by corresponding superiors.
8. Memastikan peralatan bengkel dan ruang-ruang penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan kemas
Syarat Kelayakan
1. Memiliki sekurang-kurangnya sijil profesional dalam bidang kejuruteraan elektrik/mekanikal atau
setara
2. Sekurang-kurang 2 tahun pengalaman kerja sebagai juruteknik bangunan
3. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum

PEKERJA CUCIAN 11 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Menjalankan aktiviti pembersihan di kawasan umum dan memastikan kawasan tersebut bersih
mengikut piawaian yang ditetapkan
Syarat Kelayakan
1. Mesti lulus sekurang-kurangnya Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ SPM/ O Level dalam manamana bidang berkaitan
2. Rajin dan sopan
3. Kemahiran bahasa: Bahasa Malaysia
4. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum

JURU LANDSKAP 3 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Melaksanakan tugas penyelenggaraan bangunan, menanam pokok bunga, memotong rumput dan
lain-lain
2. Potong rumput di sekitar laluan jalan, pasu bunga dan dinding bangunan
3. Membuat landskap dengan menanam bunga, rumput, pokok renek dan sebagainya
4. Gunakan racun perosak untuk menghalang serangga perosak seperti nyamuk, tebuan, kutu dan
lain-lain
5. Gunakan baja kepada tanah untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman landskap
6. Melaksanakan tugasan penyelenggaraan rutin seperti memasang plaster, membaiki punca air dan
tugas-tugas lain
7. Potong dahan pokok yang boleh mendatangkan bahaya
8. Cantas pokok dan cabut rumput halus
9. Melaksanakan pembaikan kecil dan prosedur penyelenggaraan ke atas peralatan yang digunakan
dalam aktiviti memotong rumput, tanam pokok dan sebangainya
10. Bina hiasan landskap taman
11. Memasang lampu, simen, perabot, batu dan air
12. Siram tumbuhan dengan air dan baja mengikut keperluan
Syarat Kelayakan
1. Mesti lulus sekurang-kurangnya Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ SPM/ O Level dalam manamana bidang berkaitan
2. Rajin dan sopan
3. Kemahiran bahasa: Bahasa Malaysia
4. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum

TUKANG SELENGGARA/PEKERJA AM 2 Kekosongan


Huraian Tugas
1. Melaksanakan tugasan penyelenggaraan yang diarahkan oleh orang atasan
2. Melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan teratur
Syarat Kelayakan
1. Sekurang-kurang kredit PMR/SPM
2. Boleh bekerja dalam syif, pada hujung minggu dan semasa cuti umum

Tarikh tutup permohonan: 16th September 2016


Jika anda mempunyai kemahiran dan kelayakan seperti yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk
menyertai pasukan kami. Sila hantar/e-mel resume lengkap dengan menyatakan gaji, nombor telefon
semasa dan sertakan sekeping gambar kepada:
Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia
UniMAP Holdings Sdn Bhd
No. 22 & 24, Taman Kechor Indah Fasa II
Jalan Abi Tok Hashim
01000 Kangar, Perlis
No Tel: 04-9798885
atau emel kepada:
julieramli@unimap.edu.my
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

You might also like