You are on page 1of 1

Maklumat Asas SMK Tengku Laksamana

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana merupakan sebuah sekolah


menengah di bawah daerah Kota Setar, Alor Star, Kedah. Ia terletak di atas tanah seluas 17
relung 229 jemba di Km 6, Jalan Kuala Kedah, Alor Star, Kedah.
Setakat awal bulan Januari tahun 2016, sekolah ini memiliki seramai 951 pelajar yang
merangkumi pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Sekolah ini juga mempunyai seramai
77 orang guru dan 15 orang staf sokongan. SMK Tengku Laksamana adalah sebuah sekolah yang
dilengkapi dengan pelbagai bangunan dan kemudahan asas seperti blok-blok bilik darjah,
pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik-bilik khas, makmal pelbagai subjek dan sebgagainya.
SMK Tengku Laksamana mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nama asal sekolah ini
adalah Sekolah Pelajaran Lanjutan Alor Setar diasaskan penubuhannya pada 2 April 1962.
Pelajar lelaki menumpang di Kolej Sultan Abdul Hamid manakala pelajar perempuan di Sekolah
Menengah Sultanah Asma. Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 372 orang dan jumlah
guru pula seramai 13 orang. Pada tahun 1964, pelajar-pelajar ini telah dipindahkan ke Sekolah
Kebangsaan Sungai Korok Lama dan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru.
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965 menyebabkan pertukaran
nama sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Telok Chengai (L) khas bagi pelajar lelaki dan
Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah bagi pelajar perempuan. Pelajar-pelajar mula
berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada bulan Januari 1966.
Sekolah ini dirasmikan pada 23 Mac 1969 oleh Yang Berhormat En. Mohd.Khir Johari
(Tan Sri) Menteri Pelajaran pada masa itu. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah yang pertama
ialah YAB Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dato' Ooi Eng Hong.
Pada awal tahun 1985, sekolah ini mula mengambil pelajar-pelajar perempuan dan nama
sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Tengku Laksamana pada bulan Mac 1988.

You might also like