You are on page 1of 9

CABARAN KEPADA MASA DEPAN EKONOMI MALAYSIA

1.0

PENGENALAN
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mewarwarkan

Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengikut
acuannya sendiri. Disebabkan oleh Wawasan 2020, aktiviti ekonomi Malaysia menerima
impak melalui transformasi Malaysia dari negara pertanian ke negara perindustrian. Melalui
Wawasan 2020 juga, banyak projek pembangunan telah dilaksanakan agar selari dengan
Wawasan 2020, seperti pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC) yang
telah membawa kepada pembinaan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya. Projek-projek tersebut
merupakan antara projek-projek terpenting dalam usaha mentransformasikan ekonomi
Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa itu.
Berdasarkan Indeks Daya Saing Global atau Global Competitive Index, kita berada di
tangga ke-25.1 Persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah pencapaian tangga ke-25 itu
menunjukkan kepada kita satu petanda yang baik kepada Malaysia dari segi keupayaan
negara dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020? Atau di manakah
bahagian yang harus Malaysia beri perhatian sepenuhnya dalam usaha melicinkan
perjalanan ke arah status negara maju? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut,
terdapat banyak cabaran yang harus Malaysia tempuhi dalam usaha membina sebuah
negara maju. Jadi, semuanya bermula dari kekuatan ekonomi.

http://www.nst.com.my/top-news/malaysia-slips-to-25th-spot-in-latest-global-

competitiveness-report-1.137505#ixzz2EzjFa3RM
1

1.1

CABARAN EKONOMI MALAYSIA


Seperti yang sedia maklum pada tahun-tahun sebelumnya, Malaysia telah

menghadapi pelbagai pahit getir dalam konteks pembangunan ekonomi. Seperti yang kita
tahu, krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997-1998 telah memberi impak yang besar
kepada hampir kesemua negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Biarpun Malaysia
berjaya mengatasi cabaran kelembapan ekonomi pada waktu itu, persoalannya, bagaimana
masa depan ekonomi Malaysia? Krisis ekonomi telah menjadi satu trend dalam jangka masa
10 tahun disebabkan oleh berlakunya lagi krisis ekonomi yang serius pada tahun 2008
selepas itu. Apabila berlakunya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia, adakah
Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi persekitaran yang tidak
dijangka dalam kelembapan ekonomi?
Cabaran ekonomi Malaysia dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Ketidaktentuan ekonomi dunia.
2. Tahap daya saing Malaysia dengan negara-negara lain di dunia.
3. Malaysia dan globalisasi.

1.1.1 Ketidaktentuan ekonomi dunia


Dunia telah mengalami krisis kegawatan ekonomi yang besar pada tahun
2008 yang berpunca dari kejatuhan nilai mata wang Dollar US. Malaysia juga tidak
terlepas dari menerima tempias hasil daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di
seluruh dunia. Disebabkan oleh krisis ekonomi dunia, eksport Malaysia telah
menurun sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 dan penurunan pelaburan luar
(FDI) di Malaysia, iaitu sebanyak RM26 billion pada tahun 2009 berbanding RM51

billion pada tahun 20082. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya impak ekonomi
dunia terhadap Malaysia yang mana jika dunia mengalami kegawatan ekonomi yang
serius, Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama. Cabaran ekonomi global
amatlah berat sehingga menyebabkan sesebuah negara mengalami kesukaran
untuk menarik pelabur luar untuk datang ke negara tersebut ketika krisis ekonomi
dunia berlaku. Krisis ekonomi ini yang telah berlaku pada tahun 2008 dijangka akan
berulang dalam tempoh 10 tahun akan datang, jadi Malaysia amat memerlukan
persediaan yang rapi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi kerana ekonomi
bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara, seperti yang berlaku di
Greece yang sudah diisytiharkan negara muflis baru-baru ini.
Setelah berakhirnya krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, Kerajaan
Malaysia telah sedaya upaya untuk memulihkan ekonomi negara dengan
melancarkan Pakej Ransangan Ekonomi berjumlah RM67 billion. Pakej ransangan
pertama telah dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM7 billion, manakala
RM60 billion diperuntukkan untuk pakej yang kedua. Sebenarnya, inisiatif yang
dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini adalah mengikuti
usaha yang dilakukan oleh negara-negara maju dalam memulihkan semula ekonomi
negara masing-masing, contohnya, Amerika Syarikat (US) melancarkan pakej
ransangan

bagi

negarannya

berjumlah

USD

787

billion,

China

dengan

memperuntukkan USD 586 billion untuk pakej ransangan, pakej ransangan bagi
Jerman berjumlah USD 104.5 billion dan Singapura dengan memperuntukkan
sebanyak USD 13.2 billion3. Ini menunjukkan bahawa sesetengah negara maju juga
melancarkan pakej ransangan ekonomi untuk negara mereka bagi mengembalikan
2

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=arti

cle&id=62&Itemid=95&lang=my
3

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=arti

cle&id=62&Itemid=103&lang=my
3

ekonomi kembali ke paras normal serta memulihkan kekuatan ekonomi dalam


negara dahulu sebelum membuat perancangan untuk aktiviti ekonomi antarabangsa.
Malaysia menggunakan inisiatif yang sama seperti negara lain untuk
mengurangkan impak yang dibawa oleh krisis ekonomi tahun 2008 bagi memulihkan
pembangunan ekonomi dalam negara seperti menambah peluang pekerjaan,
meneruskan projek pembangunan, menambah bantuan dalam sektor pertanian dan
membantu golongan yang menerima tempias dari krisis tersebut. Dengan cara ini,
Malaysia dapat memberi fokus kepada pembangunan ekonomi seluruh negara
dahulu untuk membina daya tahan negara dan mengukuhkan ekonomi nasional
daripada terlalu memberi fokus kepada ekonomi global.

1.1.2

Tahap daya saing Malaysia dengan negara-negara lain di dunia


Dalam Indeks Daya Saing Global (Global Competitive Index) untuk tahun

2012 , Malaysia telah menunjukkan penurunan dari tangga ke-21 ke tangga ke-25.
Merujuk kepada kedudukan tersebut, timbul dua persoalan, iaitu adakah Malaysia
sudah hilang daya saing di arena global atau adakah negara-negara lain sudah
mampu menyaingi Malaysia di pentas dunia pada masa sekarang?4 Ini menunjukkan
bahawa Malaysia terpaksa merempuh cabaran yang getir di pasaran global dengan
penurunan Indeks Daya Saing Global bagi Malaysia. Melalui pencapaian tersebut,
mampukah negara menjadi lebih berdaya saing pada tahun akan datang? Atau
mampukah Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Terdapat banyak persoalan yang akan dijawab dengan merujuk tahap daya saing
Malaysia berbanding negara-negara lain di dunia.

http://www.businesscircle.com.my/are-we-climbing-the-right-ladder/

Seperti yang sedia maklum, sesetengah negara telah menunjukkan


pembangunan yang pesat dalam ekonomi pada waktu kini, seperti China dan India.
Pada masa kini, hampir kesemua negara memandang ke arah China disebabkan
oleh kelebihan China dalam kemampuan menawarkan kos buruh yang rendah jika
dibandingkan dengan negara lain. Manakala, India pula menjadi pusat kepada pakarpakar dalam bidang IT yang mana India dapat menjadi lubuk untuk mendapatkan
pakar IT bertahap tinggi pada kos yang rendah. Merujuk kepada senario tersebut,
kos yang efisien telah menjadi keutamaan kepada pelabur bagi mengurangkan kos
pengeluaran. Kos yang efisien telah menjadi faktor yang akan menarik pelabur ke
negara dalam usaha meluaskan pasaran mereka serta penghasilan banyak produk
dalam perniagaan.
Dari segi kos buruh, Malaysia tidak mampu menawarkan harga yang sama
seperti yang dilakukan oleh India dan China, disebabkan oleh kekurangan bilangan
buruh di negara kita dan juga kekurangan kepakaran dalam sesetengah bidang,
terutamanya dalam IT pada masa kini. Ini mungkin menjadi faktor pemangkin kepada
hilangnya daya saing Malaysia di pasaran global sekarang. Dalam tahap ini juga, kita
dapat perhatikan bahawa tahap daya saing antara negara-negara di dunia telah
menjadi agresif terutamanya dalam proses globalisasi secara berterusan dan dunia
juga sudah memasuki Zaman Siber yang mana kemajuan teknologi dan internet
menjadi kayu ukur kepada kejayaan sesebuah negara di mata dunia.
Dalam hal ini, Malaysia memerlukan banyak pembangunan dari aspek IT dan
pembangunan teknologi untuk lebih berdaya saing dengan negara lain. Melalui
Indeks Daya Saing Global, kita juga dapat melihat Malaysia telah memperbaiki
pencapaian dalam sesetengah bidang, seperti dalam peluang inovasi, Malaysia telah
memperbaiki kedudukan dari tangga ke-19 ke tangga ke-17, dari segi Kerjasama
Universiti dalam Industri (University Industry Collaboration), kedudukan Malaysia
telah naik dari tangga ke-21 ke tangga ke-18, dari segi penghasilan proses yang
5

canggih, kedudukan telah meningkat dari tangga ke-27 ke tangga ke-25 dan dari
segi kelebihan daya saing semulajadi (nature of competitive advantage), Malaysia
telah memperbaiki kedudukan dari tangga ke-29 ke tangga ke-285. Ini menunjukkan
bahawa masih lagi terdapat ruang untuk Malaysia membaiki segala kelemahan
apabila dibandingkan dengan negara lain. Perkara yang lebih mustahak sekarang
ialah fokus cabaran Wawasan 2020, iaitu pembangunan teknologi, masyarakat yang
lebih inovatif dan negara yang berdaya saing di pentas dunia, mesti dicapai oleh
Malaysia untuk selari dengan Wawasan 2020. Biarpun masih ada 6 tahun lagi
menuju tahun 2020, masih belum terlambat bagi Malaysia melipatgandakan usaha
untuk memperbaiki pencapaian dalam sesetengah bidang yang masih lemah kerana
Malaysia masih perlu mengembangkan lagi bidang-bidang yang lemah dalam usaha
meningkatkan daya saing sebelum melangkah ke tahun 2020.

1.1.3

Malaysia dan globalisasi


Terdapat banyak definisi untuk istilah globalisasi. Globalisasi dapat

didefinisikan sebagai pergerakan secara bebas barangan, perkhidmatan dan


manusia antara negara dalam keadaan yang sempurna dan bergabung 6 . Ini
bermaksud bahawa ianya termasuklah pergerakan barangan, perkhidmatan dan
manusia tanpa mengira sempadan, disebabkan oleh aktiviti ekonomi di serata dunia.
Globalisasi juga bermaksud penyebaran dan perhubungan pengeluaran,
komunikasi dan teknologi serata dunia yang menglibatkan terhubungnya aktiviti
ekonomi dan budaya. 7 Ini bermaksud seluruh negara di serata dunia adalah

http://www.businesscircle.com.my/are-we-climbing-the-right-ladder/

http://www.managementstudyguide.com/what-is-globalization.htm

http://www.infed.org/biblio/globalization.htm
6

berhubung antara satu sama lain apabila dikaitkan dengan aktiviti ekonomi serta
sosial, yang dikongsi bersama tanpa had atau sekatan.
Selain itu, ianya dapat didefinisikan sebagai proses interaksi dan integrasi
antara manusia, syarikat dan kerajaan berlainan negara, satu proses dipandu untuk
perdagangan antarabangsa dan pelaburan ditambah lagi dengan teknologi informasi
yang memberi kesan kepada persekitaran, budaya, sistem politik, kemajuan ekonomi
dan kesejahteraan, dan kebajikan fizikal manusia dalam masyarakat di serata dunia.8
Ini bermakna setiap elemen dalam sesebuah negara telah mula bergabung dengan
negara lain bagi mendapatkan satu proses yang aktif melalui bisnes di peringkat
antarabangsa, dengan bantuan IT sebagai penggerak utama untuk berhubung
dengan negara lain di serata dunia.
Berdasarkan kepada tiga definisi di atas, globalisasi telah menguasai dunia
dan Malaysia tidak dapat terlepas dari globalisasi. Aktiviti ekonomi pada masa kini
lebih mementingkan pasaran global terutamanya dengan bantuan internet yang
mempunyai keupayaan menghubungkan segenap lapisan manusia di seluruh dunia
dengan hanya satu klik sahaja. Cabaran yang harus ditempuh oleh Malaysia di
dalam dunia tanpa sempadan ini ialah dengan adanya proses globalisasi, akan
wujud persaingan secara terbuka dengan negara lain terutamanya dengan negara
maju yang mempunyai teknologi canggih
Persaingan dari segi ekonomi pada masa sekarang juga bergantung kepada
berapa pantas perkhidmatan dapat dihantar ke destinasi dengan menggunakan
internet. Satu cabaran bagi Malaysia apabila menyentuh aspek perhubungan melalui
internet yang mana dalam Indeks Daya Saing Global, Malaysia berada dalam tangga
ke-83 dari segi kepantasan internet antarabangsa, tangga ke-68 bagi langganan
internet jalur lebar dan tangga ke-64 bagi langganan jalur lebar mudah alih. Ini
8

http://www.globalization101.org/what-is-globalization/
7

menunjukkan Malaysia masih tidak mampu berdaya saing dari aspek perhubungan
melalui internet. Dengan adanya internet yang mampu memberi transaksi ekonomi
yang lebih baik tanpa sempadan, Malaysia perlu memperbaiki perkhidmatan internet
negara agar dapat menyalurkan informasi antara negara-negara di dunia dengan
lebih pantas supaya dapat menyedia perkhidmatan perniagaan yang lebih baik
melalui atas talian (online). Hanya memperbaiki kelemahan dalam aspek ini, barulah
Malaysia dapat melangkah ke hadapan dalam memberi transaksi ekonomi yang lebih
baik kepada pelabur dengan menggunakan internet di Zaman Siber ini.
2.0

PENUTUP
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dari segi ekonomi dapat kita lihat dari sudut

yang luas yang mana diaplikasikan dalam ekonomi global. Ini menunjukkan faktor luaran
mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara masa kini. Malaysia harus
mengakui bahawa persaingan ekonomi global tidaklah semudah yang disangka pada masa
sekarang terutamanya apabila berlakunya globalisasi dalam ekonomi. Pembinaan daya
tahan negara merupakan agenda penting dalam ekonomi Malaysia jika ingin mahu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain di dunia. Jadi, tidak
mustahil untuk Malaysia mencapai objektif yang tersenarai dalam Wawasan 2020, asalkan
Malaysia mampu kekal berdaya saing dan terus membaikpulih segala kelemahan yang ada.
Biodata Penulis
Lt Kol Saiful Anwar Md Ali merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi, UiTM Sarawak.

Telah berkhidmat selama 25 tahun sebagai Pegawai

Tentera Darat di seluruh pelusuk negeri. Merupakan penulis buku An Overview on Strategy
and Security Matters (2006) sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2007.
Merupakan Penulis Tamu kepada Jurnal PERAJURIT, Utusan Borneo Sabah dan
Penganalisis Politik dan Ketenteraan kepada Oriental Daily Newspaper. Pernah menjawat
jawatan Yang DiPertua Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia Negeri Sabah mulai
8

2010-2012. Merupakan tenaga penggerak kepada BTN Negeri Sarawak. Menjawat jawatan
sebagai Pegawai Memerintah Batalion 1, Rejimen 510 Sibu, Sarawak

RUJUKAN
Azim Pawanchik (2012). Are We Climbing the Right Ladder? Diambil pada 14th December
2012, dari http://www.businesscircle.com.my/are-we-climbing-the-right-ladder/

NST (2012). Malaysia slips to 25th spot in latest Global Competitiveness Report. Diambil
pada 14th December 2012, dari http://www.nst.com.my/top-news/malaysia-slips-to
25th-spot-in-latest-global-competitiveness-report-1.137505#ixzz2EzjFa3RM
Smith, M. K. and Doyle M. (2002). Globalization. Diambil pada 23rd December 2012, dari
http://www.infed.org/biblio/globalization.htm
(2009). Senario Ekonomi Global . Diambil pada 23rd December 2012, dari
http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&vie
w=article&id=62&Itemid=95&lang=my
(n.d). What is Globalization? Diambil pada 23rd December 2012, dari
http://www.globalization101.org/what-is-globalization/
(n.d). What is Globalization? - Meaning and its Importance. Diambil pada 23rd December
2012, dari http://www.managementstudyguide.com/what-is-globalization.htm

You might also like