You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MARAN

26500 MARAN.
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
Pertandingan Kereta
Belon

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

______________________________________________________________________________
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

KERTAS KERJA
Pertandingan Kereta Belon
SMK MARAN

1.0 PENDAHULUAN
Program selepas PT3 ini bertujuan untuk mengembangkan potensi yang ada dikalangan pelajar Tingkatan 3.
Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai subjek sains dan teknologi serta
memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai kejayaan. Di samping itu, program ini diharapkan
dapat melahirkan murid yang prihatin dan boleh berfikir untuk penggunaan semula bahan terbuang dan
terpakai agar menjadi bahan yang bernilai dan mempunyai nilai estetika tersendiri.

2.0 MATLAMAT
Matlamat pertandingan adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama secara berkumpulan dan melahirkan
pemikir yang boleh mengembangkan bakat dan daya kreativiti para pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1. Menggalakkan para pelajar berfikir secara kreatif dalam membina hasil gubahan atau reka cipta
daripada bahan terbuang.
3.2. Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan dalam bekerja secara berpasukan.
3.3. Meningkatkan sikap tentang kepentingan memulihara sumber bahan asli yang semakin terhad di bumi
ini.

4.0 SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 3

5.0 TARIKH CADANGAN


2 November 2016 (Rabu)

6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa

Aktiviti

8.00am

Ice-breaking, Pembahagian kumpulan (1 kumpulan 6 orang,


sebanyak 13 kumpulan).

8.30am

Rekaan nama kumpulan dan lambang kumpulan.

9.30am

Rehat.

10.00am

Taklimat rekaan kereta belon dan pemberian bahan.

11.30am

Pembentangan Hasil Kerja.


Pemberian markah oleh guru-guru.

12.00tgh

Pertandingan kereta belon jalan paling jauh.

1.20pm

Sembahyang

2.00pm

Maklum balas dari guru.


Pengumuman keputusan pertandingan.

7.0

Senarai Jawatankuasa
JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN KERETA BELON

Penasihat

: Pn. Hajah Mazmai Binti Radin (Pengetua SMK Maran)

Pengerusi

: Tn. Hj. Md. Ali bin Ahmad (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi

: Pn. Asiah binti Said (GPK Kokurikulum)

Setiausaha

: Pn Norazura Binti Jusoh

Bendahari

: Pn. Norasiah binti Karim

Penyelaras
Program

En. Chan Kuan Loong

8.0

Anggaran Perbelanjaan

9.0

Penutup

Diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dirancang ini dapat memberi impakyang positif dan pengisian
masa selepas UPSR dimanafaatkan sebaik-baiknya.Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak maka
akan tercapai segalamatlamat dan dapat melahirkan generasi yang berfikiran terbuka dan rasional.

Disediakan oleh :

________________________________
(EN CHAN KUAN LOONG)
Penyelaras Program Kereta Program
SMK Maran

Disemak oleh:

_______________________
(Pn. Norazura Binti Jusoh)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Maran

Diluluskan oleh:

_________________________
(Pn. Hajah Mazmai Binti Radin)
Pengetua
SMK Maran

You might also like