You are on page 1of 16

ABSW3103

KEWANGAN ISLAM

NAMA :
Norazwati binti Masgol

NO. MATRIK :
901213125244-001

NO. KAD PENGNEALAN :


901213-12-5244

NO. TELEFON :
010-2812480

E-MEL:
nour_qaseh@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :
Labuan Learning Centre

SEMESTER :
Januari 2016

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Pengenalan

2.

Konsep Dana Unit Amanah Islam (Islamic Unit Trust)

3.

Jenis-Jenis Dana Unit Amanah Islam Serta Contoh

6, 7, 8, 9

4.

Kelebihan Dana Unit Amanah Islam Berbanding


Instrumen Lain

10, 11, 12

5.

Kesimpulan

13

6.

Rujukan

14

4-5

1.0 PENGENALAN
Kegemilangan sesebuah institusi adalah bergantung kepada tahap
pengurusannnya begitu juga dalam institusi pelaburan. Hal ini disebabkan
prestasi

dana

memang

bergantung

pada

pengurus

pelaburan

yang

menguruskan pelaburan dana tersebut. Objektif utama Amanah Saham Islah


adalah untuk melabur dalam sekuriti halal yang mengikuti prinsip-prinsip
Syariah.

Menurut

Mohd

Azlan

Yahya,

pengurus-pengurus

dana

menganggarkan pasaran pelaburan Islam bernilai melebihi US$100 bilion


dan permintaan terhadap pelaburan Islam berkembang pada kadar 12-15%
setahun. Ini menyebabkan ledakan dalam perkembangan dana Syariah mulai
tahun 1996 di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan pelaburan berteraskan
Islam semakin mendapat tempat di seluruh pelosok dunia termasuk
Malaysia.
Pelaburan dana Unit Amanah berkonsepkan Islam bermula pada 12
Januari 1993 dengan pelancaran Tabung Ittikal Arab Malaysia yang diuruskan
oleh Arab Malaysian Unit Trust Berhad. Hal ini menyebabkan semakin banyak
institusi pelaburan membuka ruang pelaburan berteraskan Islam. Unit
Amanah Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah Dana Al-Aiman di
bawah pengurusan ASM Unit Trust Management iaitu sebuah anak syarikat
milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1968.
Pelancaran dana ini telah membuka ruang kepada para pelabur
khususnya bumiputera untuk terlibat dalam pelaburan. Namun, masyarakat
masih kurang mengetahui kepentingan untuk melabur tambahan pula
mereka kurang didedahkan dengan penjelasan berkaitan kepentingan
pelaburan untuk masa hadapan. Hal ini menyebabkan pencapaian awal ASI
kurang mendapat sambutan daripada para pelabur.
Walaubagaimanapun, kerajaan telah memainkan peranan yang aktif
dalam mempromosikan ASI dengan menaja penubuhan beberapa ASI seperti
Unit Amanah Darul Iman pada tahun 1994 dan Unit Amanah Kedah pada
3

tahun 1995. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan telah meningkatkan jumlah
pelabur untuk terlibat dalam pelaburan ASI. Lebih banyak lagi saham
amanah Syariah dilancarkan kemudiannya dan menjelang 31 Disember 2000
terdapat 13 saham amanah Syariah dengan unit yang diluluskan dan unit
dalam edaran berjumlah 4,652 milion dan 2,934.69 milion masingmasingnya, dan diuruskan oleh 13 syarikat pengurusan saham amanah.
2.0 KONSEP DANA UNIT AMANAH ISLAM (ISLAMIC UNIT TRUST)
Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin
meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam, bilangan dana-dana Islam
dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146
buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai
aset bersih sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada
industri unit amanah swasta di Malaysia. Ciri utama yang membezakan
pengurusan

dana

Islam

daripada

pelaburan

konvensional

ialah

pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti


mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam
syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah.
Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank
konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi
boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana
Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikatsyarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undangundang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan
pornografi.

Setelah

menyingkirkan

syarikat-syarikat

dengan

aktiviti

perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring


kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan
syarikat

patuh

Syariah

menjanakan

pendapatannya

dengan

kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan.

sumber

Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui
penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau
menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produkproduk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional.
Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam
produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran
wang. Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan
daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang
meruap.
Sementara

itu,

melabur

menurut

etika

ini

juga

menawarkan

kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh
skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom
beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat
berkeumpilan menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya.
Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan
dana Islam kerana jika kadar faedah naik dalam suasana inflasi yang
semakin

meningkat,

pelaburan

dalam

syarikat-syarikat

yang

tidak

berkeumpilan dijangka akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.


Ada masanya juga sekuriti patuh Syariah diklasifikasikan semula
sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh sesuatu
syarikat

menukar

atau

mengembangkan

operasinya

yang

boleh

menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai


paras yang tidak dapat diterima.
Sebagai

contohnya,

restoran

atau

hotel

mungkin

mengambil

keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis


mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu
dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari
pengumuman.

Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan


keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti
keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta
menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan
oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana penguruspengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam
prospektus

masing-masing.

Bagi

melindungi

kepentingan

pelabur,

Suruhanjaya Sekuriti telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah untuk


mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia.
SACSC

bertanggungjawab

melayani

pertanyaan

dan

cadangan-

cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman


untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini. Selain itu, SC juga
membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit
amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat
memanfaatkan kepakaran Syariah mereka.
Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi
keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana
sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

3.0 JENIS-JENIS DANA UNIT AMANAH ISLAM SERTA CONTOH


Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah Islam yang perlu diketahui
dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli
unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya
tersendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para
pelabur yang mana mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap
pelaburan yang diambil.

Antara jenis-jenis Dana Unit Amanah Islam ialah :


3.1

Dana Bon

Dana bon ialah melabur dalam sebuah portfolio bon dengan pelbagai
tempoh kematangan, diterbitkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan
wilayah dan kerajaan perbandaran serta perbadanan utama. Tujuan dana
bon ialah untuk menyediakan pendapatan atau keuntungan modal kepada
pelabur-pelabur daripada sebuah portfolio pelbagai bon. Pelabur boleh
mengira pulangan daripada dana bonnya dengan memantau pergerakan
dalam nilai aset bersih dana.
Dana bon ini tidak sama seperti bon individu, ianya tidak memberikan
kadar faedah tetap. Pengagihan yang dibayar oleh dana bon sentiasa turun
naik bergantung kepada pendapatan yang terjana daripada portfolio bonnya.
Dana bon menjanakan pendapatan daripada faedah atau kupon yang
diterima dan keuntungan modal jika ada hasil daripada perubahan kadar
faedah. Salah satu tugas pengurus dana ialah mengambil kesempatan
daripada persekitaran kadar faedah yang berubah. Bagi mengoptimumkan
pulangan,

pengurus

dana

akan

menguruskan

portfolio

bon

dengan

memegang bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang


semasa kadar faedah turun dan bertukar kepada bon yang mempunyai
tempoh matang yang lebih pendek apabila kadar faedah naik.
Dana bon juga tidak mempunyai tempoh matang yang tetap. Namun
begitu, dana bon mempunyai tempoh matang portfolio purata yang merujuk
kepada

tarikh

matang

purata

kesemua

bon

dalam

portfolionya.

Walaubagaimanapun, dana-dana bon yang mempunyai tempoh matang


portfolio purata yang lebih lama selalunya menawarkan kadar hasil yang
lebih tinggi untuk memampasi pelabur bagi menghadapi risiko kadar faedah
yang lebih tinggi.

3.2

Dana Ekuiti

Dana ekuiti ialah dana amanah yang menjurus kepada pelaburan


dalam pasaran modal, khasnya saham dan mengutamakan peluang kenaikan
modal kepada pemegang unit. Pelaburan saham ini merujuk kepada
pembelian pegangan dalam syarikat-syarikat perniagaan bagi mendapatkan
sebahagian dari pendapatan dan aset syarikat-syarikat tersebut. Penguruspengurus dana memegang portfolio pelaburan pelbagai jenis saham,
membolehkan amalan peruntukan aset dilakukan, dimana risiko-risiko
pelaburan boleh cuba dikurangkan dengan cara meluaskan tebaran risiko
meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Amalan ini
bertujuan mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran ke paras
risiko munasabah yang boleh diterima oleh pelabur.
Jadi pulangan kepada pelabur dana ekuiti adalah kenaikan modal iaitu
apabila harga unit meningkat berbanding harga yang beli. Selain itu, apabila
sesebuah syarikat mengumumkan meraih keuntungan, sebahagian dari
pendapatan itu diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen.
Pengurus dana kemudiannya mengagihkan dividen itu kepada pelabur unit
amanahnya mengikut formula dan jumlah unit yang dipegang. Terdapat
pelbagai jenis dana ekuiti, bergantung kepada objektif pelaburan dana itu
sendiri. Maklumat tentang objektif pelaburan sesuatu dana boleh disemak
dalam prospektus, atau dengan bertanya terus kepada syarikat pengurus
dana anda, atau melalui agen jualannya. Objektif dana penting difahami
kerana ia menerangkan matlamat sesuatu dana diwujudkan, tentang apa
yang ingin dicapai dan dilakukan oleh pengurus dana ke atas wang
pelaburan anda.
Ada dana yang mempunyai fokus pelaburan dalam saham-saham
mewah iaitu saham syarikat-syarikat yang besar, yang mempunyai rekod
keuntungan dan dividen yang kukuh, ada yang berorientasikan sahamsaham sektor khas, dan ada yang menumpukan kepada saham syarikat8

syarikat

kecil

yang

mempunyai

potensi

pertumbuhan.

Perkataan

pertumbuhan adalah satu perkataan popular dalam industri, kebiasaannya


digunakan

oleh

dana-dana

yang

menjurus

dalam

pelaburan

ekuiti.

Pertumbuhan di sini merujuk kepada hasrat dana untuk mewujudkan peluang


kenaikan harga yang besar ke atas harga-harga unit. Namun adalah lumrah
pelaburan bahawa hasrat pulangan yang tinggi adalah seiringan dengan
tahap risiko tinggi yang perlu dihadapi. Portfolio saham-saham dalam dana
pertumbuhan boleh naik dan turun, menyebabkan unit-unit amanah turut
mengalami perubahan harga yang ketara dalam jangka panjang.
3.3

Dana Seimbang

Dana Seimbang ialah dana unit amanah yang melabur dalam tiga
instrumen pelaburan iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran wang secara seimbang.
Peruntukan aset bergantung kepada pandangan pengurus dana dan had
yang ditetapkan di dalam prospektus dana. Pelbagai kombinasi boleh
digunakan, dengan tahap peruntukan berbeza. Jenis saham dan jenis bon
yang dipilih juga berbeza-beza. Terdapat pelbagai jenis dana seimbang,
termasuk dana yang melabur dalam saham dan bon asing. Untuk
memberikan contoh yang lebih jelas, berikut merupakan

Dana Seimbang

Patuh Syariah bagi mendapatkan gambaran tentang cara kedua-duanya


melaburkan aset mereka :
3.3.1 Public Islamic Balanced Fund
Dana ini boleh melabur antara 40 - 60% daripada dana dalam ekuiti
patuh syariah dan selebihnya dilaburkan dalam bon Islam. Peruntukan aset
sebenar dana adalah bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Malah
pengurus dana juga dibenarkan untuk mengurangkan lagi komponen ekuiti
kepada di bawah 40% jika didapati pasaran dijangka turun atau kekal dalam
keadaan yang lemah. Indeks penanda aras dana ini merupakan satu indeks
sintetik atau buatan, iaitu merangkumi 60% Indeks Emas Syariah dan juga
40% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam. Penanda aras ini dicipta untuk
9

mencerminkan hakikat bahawa pelaburan ini adalah bercampur dan tidak


boleh ditanda aras semata-mata dengan indeks pasaran saham sahaja.
3.3.2 MAAKL Al-Umran
MAAKL Al-Umran juga turut melabur dalam saham patuh syariah pada
nisbah yang sama seperti contoh diatas bergantung kepada keadaan,
manakala wang lebihan dilaburkan dalam aset mudah tunai yang patuh
syariah. Pengurus dananya menggunakan kaedah 'top down', iaitu meninjau
keadaan makroekonomi untuk menentukan apakah kaedah peruntukan aset
yang terbaik. Bagi pegangan sukuk pula, Pengurus Dana umumnya
memegang sukuk sehingga matang. Indeks penanda aras yang digunakan
ialah indeks sintetik yang merangkumi 60% Syariah + 30% pulangan Sekuriti
Kerajaan Malaysia 5 tahun dan 10% Kadar Deposit Akaun Pelaburan Am. Jika
dilihat daripada kedua-dua contoh di atas, dana seimbang lebih fleksibel
daripada dana ekuiti atau dana bon dengan risiko sederhana.
3.4

Dana Pasaran Wang

Pasaran Wang Islam merujuk kepada pasaran di mana aktiviti-aktiviti


yang dijalankan adalah patuh syariah. Aktiviti ini termasuklah pengeluaran
arak, perjudian, pornografi, riba dan sebagainya. Inilah yang membezakan
pasaran wang Islam dan konvensional. Pasaran wang Islam adalah penting
sebagai medium sektor perbankan Islam dalam mendapatkan pembiayaan
dan menyesuaikan portfolio dalam tempoh jangka pendek serta berfungsi
sebagai saluran untuk penghantaran dasar kewangan. Instrumen kewangan
dan pelaburan antara bank akan membolehkan bank yang mempunyai
lebihan dana menyalurkan dana kepada bank defisit, sekaligus mengekalkan
pembiayaan dan mekanisme kecairan yang diperlukan untuk menggalakkan
kestabilan dalam sistem kewangan dan ekonomi.
Di atas keperluan itu, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan
Pasaran Wang Antara Bank Islam ( Interbank Islamic Money Market ) atau
10

singkatannya

IIMM

pada

Januari

1994

sebagai

perantara

untuk

menyediakan sumber pelaburan jangka pendek berdasarkan prinsip Syariah


kepada sektor perbankan Islam. Hanya bank-bank Islam, bank perdagangan,
bank saudagar dan syarikat kewangan yang layak serta syarikat diskaun
dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam IIMM ini. Melalui IIMM,
institusi-institusi kewangan yang mempunyai keperluan kecairan dan dana
jangka masa pendek akan mendapatkan kemudahan lebihan dana di pasaran
ini dan mereka yang mempunyai lebihan dana jangka masa pendek pula
akan melaburkan dana mereka di pasaran ini. Pasaran ini juga adalah satu
juzuk

daripada

prasarana

menyeluruh

pengurusan

ekonomi

negara

khususnya dalam menyerlahkan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)


dalam menguruskan dasar monetari negara.

4.0 KELEBIHAN DANA UNIT AMANAH ISLAM BERBANDING INSTRUMEN LAIN


4.1

Patuh Syariah

Kelebihan
pengurusan

Unit

dana

Amanah
Islam

Islam

daripada

Ciri

utama

pelaburan

yang

membezakan

konvensional

ialah

pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti


mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam
syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, danadana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang

11

menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam
sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam.
Dana-dana

Islam

juga

mesti

menghindari

daripada

membuat

pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang


dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir,
perjudian dan pornografi. Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan
aktiviti

perniagaan

utama

yang

tidak

mematuhi

keperluan

Syariah,

penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk


memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan
sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan.
Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui
penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau
menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produkproduk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional.
Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam
produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran
wang.

4.2

Daya Tahan Dana Islam

Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada
unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap.
12

Sementara itu, melabur menurut etika ini juga menawarkan kelebihan lain.
Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang
melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun
dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan
menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya.
Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya
tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik 1 Lipper, 9 Julai 2010 dalam
suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat
yang

tidak

berkeumpilan

dijangka

akan

mencatatkan

prestasi

yang

cemerlang.
4.3

Penyucian Keuntungan

Ada masanya juga sekuriti patuh Syariah yang tertentu diklasifikasikan


semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh
syarikat

menukar

atau

mengembangkan

operasinya

yang

boleh

menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undangundang Syariah mencapai


paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel
mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau
daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan
memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos
pelaburan asal pada hari pengumuman. Maka syarikat pengurusan dana
perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh danadana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktivitiaktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada
badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh
mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan
daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.

13

4.4

Majlis Penasihat Syariah

Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah


menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia danadana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan
cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat
pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini. Selain itu, SC
juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana
unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana
dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka.
Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi
keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana
sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

14

5.0 KESIMPULAN
Unit amanah Islam adalah lanjutan daripada dana unit amanah sedia
ada di pasaran. Bagi anda yang masih baru dengan unit amanah, ia adalah
satu bentuk pelaburan sebagaimana pelabur melabur dalam saham,
hartanah, komoditi dan sebagainya. Pada asasnya, sekumpulan wang yang
disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang
mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat
pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan
tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi. Menariknya, unit amanah
Islam adalah

ia

merupakan unit

amanah yang

mendapat

status patuh

Syariah.
Berdasarkan apa yang dibincangkan diatas, dapat dirumuskan bahawa
masih terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pengurusan dana
dalam unit amanah Islam. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu
hendaklah mencari inisiatif lain agar industri islam ini terus berkembang dari
masa ke semasa. Hal ini disebabkan, institusi unit amanah ini mempunyai
potensi yang besar untuk terus melonjak naik selaras institusi-institusi lain
yang terdapat di Malaysia.
Institusi dana amanah Islam perlu terus dipertingkatkan agar terus
berkembang bagi tujuan mengalakkan masyarakat memahaminya sekaligus
melibatkan diri dalam dunia pelaburan Islam. Serta yang lebih penting
memastikan ekonomi umat Islam terus berkembang dan menjadikan industri
pelaburan menjadi pilihan utama masyarakat seluruh dunia samada Islam
mahupun bukan Islam.
Dalam tugasan ini, saya mencadangkan kajian yang lebih mendalam
dilakukan terutama berkaitan operasi Syariah yang berjalan dalam institusi
pelaburan

Islam.

Kajian

berkenaan
15

perbandingan

ijtihad-ijtihad

yang

digunakan oleh badan-badan Penasihat Syariah dan Majlis-Majlis Fatwa


dalam menetapkan sesuatu hukum adalah penting bagi memastikan ijtihad
yang dikeluarkan bertepatan dengan Syarak. Selain itu, kajian berkenaan
impak unit amanah Islam terhadap pertumbuhan ekonomi negara juga
menarik sekiranya dikaji dan menjadikan dana unit amanah konvensional
sebagai perbandingannya. Kajian perbandingan seperti ini penting untuk
dikaji kerana berkemungkinan unit amanah Islam juga mampu menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya Malaysia atau sebaliknya.

6.0 RUJUKAN
http://studentsrepo.um.edu.my/5004/1/PENGURUSAN_DANA_UNIT_AMANAH_I
SLAM_MAAKL_MUTUAL_DAN_PUBLIC_MUTUAL_SUATU_PERBANDINGA

N.pdf
http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?

fileticket=kpJFxWq_Gm8%3D&tabid=86
http://newbie-unittrust.blogspot.my/2008/10/fahami-dana-ekuiti.html
http://www.laburniaga.com/2009/08/dana-seimbang-atau-balanced-fund.html
https://muslehapuo.wordpress.com/2013/04/10/pasaran-wang-antara-bank-secaraislam/

16

You might also like