You are on page 1of 15

APA ITU KAJIAN TINJAUAN ?

Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah


penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang
paling popular digunakan dalam pelbagai bidang
khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian
tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang
pendidikan. Dua jenis tinjauan yang

penting dan sering dilakukan dalam


bidang pendidikan ialah tinjauan
sekolah dan tinjauan komuniti.
Tinjauan bermatlamat untuk
mengumpul maklumat mengenai
pembolehubah-pembolehubah.
Tinjauan diguna untuk mengukur
pembolehubah yang berkait dengan
sesuatu fenomena tanpa menyoal
mengapa pembolehubah tersebut
wujud.
Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian
tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum
(generalization) tentang sesuatu populasi.
Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian
menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel

yang besar, maklumat dipungut secara terus


daripada responden dalam masa singkat dan dapat
membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi
kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara
pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui
pensampelan rawak mudah(simple random
sampling), pensampelan berstrata (stratified
sampling), pensampelan sistematik (systematic
sampling) dan pensampelan kelompok (cluster
sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel
dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada
sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian,
2000).
Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal
selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau
secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta
telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling
popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual
dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang
diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau
bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal
selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah
melalui proses pengesahan dan diuji
kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.
Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen
soal selidik beberapa perkara perlu diambil
perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik

mestilah sesuai dengan kesediaan responden,


format instrumen yang sistematik, arahan yang
jelas, surat dan dokumen disertakan bersama
instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan
sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain
soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam
kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh
digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual
semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau
bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang
digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual
ini biasanya digunakan untuk mendapatkan
maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena
atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan
membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan
bahasa yang mudah, selaras dengan responden,
elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak
mempengaruhi pemilihan responden, elakkan
soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu
panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan
mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif
(Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh
menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert,
skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan
skala Gutman(Gay & Airasian, 2000).
Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen
temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa

aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu


bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian;
rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan
soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang
baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan
soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua,
2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil
perhatian ketika menyediakan item temu bual.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item
yang boleh digunakan secara optimum untuk
menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu
bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka,
temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan
komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi
penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi
temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang
tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi,
soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan
tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik,
pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang
selesa, menghormati responden, berlatih sebelum
sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai
responden.

Tinjauan terhadap seluruh ahli


populasi dikenali sebagai bancian. Ciri
yang dikaji biasanya berbentuk fizikal
yang nyata seperti bilangan pelajar
dll. Tinjauan sampel adalah tinjauan
yang dilakukan terhadap sebahagian
populasi yang dikaji Kaedah Tinjauan
GE3143 Terminologi tinjauan selalu
juga digunakan untuk menjelaskan
kajian yang melibatkan pentadbiran
soalselidik dan temubual Tujuan
penggunaan soalselidik atau temubual
ialah untuk mengumpul data dari
sampel yang telah dipilih dari
populasi. data-data yang dianalisis
boleh digeneralisasi Populasi Sampel
============ generalisasi
Kaedah Tinjauan GE3143 Dalam
kaedah tinjauan penyelidik memilih
sampel dari populasi yang

dikenalpasti, kumpul maklumat,


kemudian menganalisa untuk
menjawab persoalan kajian . Kerap
digunakan dalam pelbagai bidang
penyelidikan bagi tujuan pemerihalan
Kajian tinjauan juga digunakan untuk
menyiasat perhubungan diantara
pembolehubah, melalui kaedah
perbandingan atau korelasi. Kaedah
Tinjauan GE3143 Merupakan salah
satu kaedah penyelidikan yang paling
popular dan sering digunakan kerana
versetaliti, efficiency dan generalisasi.
Versetaliti: kebolehan untuk
menyelesaikan masalah berkaitan
sikap, perspektif, nilai dan
kepercayaan responden berkaitan
dengan pendidikan Kaedah tinjauan
boleh dijalankan dengan
menggunakan soalselidik ataupun

temubual Kaedah Tinjauan GE3143


Kajian tinjauan digunakan bagi
mengukur pembolehubah yang
berkait dengan sesuatu fenomena
tanpa menyoal mengapa
pembolehubah itu wujud. Tujuan
tinjauan adalah mengumpul data bagi
menghuraikan sifat atau ciri pada
responden. Kaedah tinjauan adalah
satu cara yang spesifik bagi
mengumpul maklumat berkaitan
populasi Justeru itu pengkaji perlu
menyelaras teknik tinjauan terlebih
dahulu bagi menentukan cara khas
dan alat penyelidikan yang sesuai dan
praktikal dengan mengambil kira
kriteria, seperi masa, kos dan
peraturan tempat kajian dijalankan.
Kaedah Tinjauan GE3143 Umumnya
terdapat beberapa kebaikan dan

kelemahan apabila pengkaji memilih


kaedah tinjauan, antaranya ialah:.
Kebaikan: Amat berguna khasnya
dalam menghuraikan ciri-ciri bagi satu
populasi yang besar Kajian melalui
soalselidik dapat mengendalikan
kajian yang sangat besar.
Kelemahan: Kelemahan dalam
kesahihan sesuatu maklumat Tidak
boleh mengukur tindakan atau
perbuatan sosial, mereka hanya dapat
mengumpul laporan yang dibuat
Kaedah Tinjauan GE3143
Penyelidikan tinjauan boleh
dibahagikan kepada dua jenis
berdasarkan jangka masa yang
diperlukan untuk mengumpul data
iaitu longitudinal dan cross-sectional
Longitudinal: penyelidik mengumpul
data berulang kali daripada sesuatu

sampel sepanjang satu jangkamasa


yang panjang. Terdapat tiga jenis
tinjauan jangka panjang iaitu: a)
kajian aliran b) kajian kohort c) kajian
panel Cross-sectional: penyelidik
mengumpul data hanya sekali
daripada satu sampel Kaedah
Tinjauan GE3143 Tinjauan
Longitudinal Tinjauan Silang (CrossSectional) Kajian Kohort Kajian Trend
Kajian Panel Kaedah Tinjauan GE3143
Kaedah Longitudinal Mengkehendaki
penyelidik mengkaji secara intensif
perkembangan sesuatu unit sosial
bagi tempoh yang lama Contoh:
Kaedah Silang (Cross-Sectional)
Mengkaji perkembangan unit sosial
dengan menggunakan pelbagai tahap
subjek yang berbeza. Contoh: Kaedah
Longitudinal GE3143 Kaedah

Longitudinal Penyelidik mengkaji


perkembangan kemahiran mengira
pelajar-pelajar KBSR dengan
memerhati pelajar yang sama
bermula dari darjah satu hingga tamat
darjah enam. Oleh kerana subjek
yang dikaji adalah sama, faktorfaktor
asal seperti kebolehan individu,
kecerdasan, sikap masih tetap sama.
Perubahan yang berlaku dalam
tempoh tersebut biasanya disebabkan
oleh p/ubah yang diselidiki. Semakin
lama semakin dipercayai dapatan
kajian. Kaedah Longitudinal GE3143
(1) Kajian Aliran (Trend Studies) (2)
Kajian Kohort (Cohort Studies) (3)
Kajian Panel (Panel Studies) Kajian
Aliran GE3143 Kaedah aliran ialah
satu tinjauan jangka panjang,
penyelidik memilih satu sampel

secara berulangulang daripada suatu


populasi am yang besar dalam satu
jangka masa yang tertentu
kemudian data akan dianalisis
daripada setiap sampel dan
membandingkan hasil satu sampel
dengan yang lain untuk menentukan
jika wujud satu aliran atau pola
perubahan atau kestabilan dalam data
tersebut Kajian aliran digunakan oleh
penyelidik untuk mengkaji dan
membandingkan perubahan dalam
kepercayaan, aktiviti, tahap kesedaran
atau demografik (umur, jantina, thp
pencapaian, SES, dll) populasi spjg
satu masa. Kajian Kohort GE3143
Kaedah kohort ialah satu tinjauan
jangka panjang, penyelidik memilih
satu sampel secara berulangulang kali
drp satu populasi khusus yang kecil

spjg satu jangkamasa tertentu


Melalui kajian ini penyelidik ingin
mengkaji kestabilan atau perubahan
ciri dan tingkah laku dalam kumpulan
kecil itu. Contoh kajian berbagai-bagai
sampel drp sebuah kelas tingkatan
lima sek men atas. Kajian ini
dijalankan selama beberapa tahun
untuk mengkaji bagaimana ciriciri dan
tingkah laku kelas tersebut berubah.
Kajian Panel GE3143 Kajian panel,
penyelidik mengumpul dan
menganalisis data daripada semua
ahli daripada satu sampel yang sama
spjg penyelidikan dalam satu jangka
masa yang tertentu Drp kajian ini
keciciran (kehilangan subjek) boleh
menjadi satu masalah yang serius,
sebab sampel akan menjadi lebih kecil
dan sampel baki (dlm kajian panel) itu

pula mungkin tidak lagi boleh


mewakili populasi asalnya ataupun
mewakili sampel penuh yang asal. Ini
hanya merupakan baki sampel asal
Tinjauan CrossSectional GE3143
Tinjauan Cross-Sectional Masalah
memastikan kerjasama yang erat
antara pelbagai pihak bagi tempoh
yang lama sering menghalang
kejayaan kaedah longitudinal. Kajian
kemahiran mengira pelajar KBSR
boleh dilakukan dengan mengukur
pada masa yang sama kebolehan
mengira murid-murid yang telah
didedahkan dengan KBSR dari darjah
satu hingga enam. Wujud perbezaan
disebabkan oleh faktor asal yang
sedia ada merupakan kelemahan
kaedah silang. Alat Kajian Tinjauan
GE3143 Alat kajian yang digunakan

dalam kajian tinjauan ialah untuk


mendapatkan maklumat yang piawai
atau standard daripada semua subjek
daripada sampel. Besides, the
conditions of adminstration must as
possible for each subject in the
sampel Data collected should also be
quantifiable Alat Kajian: Tinjauan
GE3143 Instrumen yang selalu
digunakan dalam kajian tinjauan
ialah:. Soalselidik Temubual secara
individu Temubual melalui talipon
Pemeriksaan rekod-rekod Tinjauan
berasaskan internet Lain-lain kaedah
yang berkaitan Alat Kajian: Tinjauan
GE3143 Tatacara Pembinaan Soalselidik Tatacara menemubual
responden Tatacara merakam video
dan merakam perbualan dll Stop and
Reflection Soalan Perbincangan Dalam

Kumpulan dan Pembentangan Stop


and Reflection Pembentangan
Kumpulan

You might also like