You are on page 1of 3

TIPOGRAFI

Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip .
Ia amat penting memandangkan kebanyakan rekaan grafik menggunakan muka taip.Contohnya
poster,ilustrasi,risalah,iklan,papan tanda dan sebagainya.
Pemilihan dan penyusunan muka taip adalah penting agar ia kelihatan harmoni dan mempunyai
kesan visual yang ditetapkan.

ANATOMI HURUF DAN RUPA HURUF


Terdapat 3 bahagian penting dalam huruf,iaitu asender atau tiang atas,badan huruf
dan desender atau tiang bawah huruf.

Jenis-jenis muka taip


Muka taip dibahagikan kepada 4 kumpulan,iaitu muka taip serif,sans serif,kursif dan dekoratif.
Muka taip serif
mempunyai serif,bahagian hujung yang halus dan melengkung pada atas dan bawah.
sesuai digunakan untuk majalah,risalah dan sebagainya.
dikenali juga sebagai muka taip klasik contoh muka taip seri ialah Century Schoolbook,Times New
Romandan Book Old Style.

Muka taip sans serif


muka taip sans serif tidak mempunyai serif corak hurufnya tegak dan melintang
mudah dibaca sesuai digunakan untuk teks,poster dan iklan papan tanda

Muka taip kursif


merupakan tulisan berbentuk tulisan tangan tulisan yang halus beransur-ansur menjadi tebal
sesuai digunakan untuk kad ucapan dan kad jemputan juga dikenali sebagai muka taip skrip
contoh muka taip kursif ialah Monotype Corsiva,French Script MTdan Garamon.
Muka taip dekorati
dihiasi hiasan dan gaya sesuai digunakan untuk kad ucapan,kad jemputan
dan cenderamata contoh muka taip dekoratif ialah Jokerman,Ravie dan Chiller.

You might also like