Professional Documents
Culture Documents
Kajian ini adalah untuk melihat aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam
penilaian kedudukan tapak sekolah baharu di Sabah khususnya Bandar
Kota Kinabalu. Keperluan kaedah penilaian kesesuaian tapak sekolah
dengan lebih moden dan komprehensif amat diperlukan di Malaysia
khususnya di Sabah. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan
membina pengkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi sekolahsekolah di bandar Kota Kinabalu. Kerangka komprehensif ini dijadikan alat
dalam penilaian kesesuaian lokasi tapak sekolah baharu. Kajian ini turut
menggunakan model seperti Multi-Criteria Decision Support System
(MCDSS) dan Analytical Hierachy Process (AHP) dalam analisis.
Sistem ini diharapkan akan menjadi kaedah dalam penilaian tapak
berbanding dengan kaedah konvensional yang digunakan sekarang
dengan mengharapkan laporan daripada agensi-agensi kerajaan dan
pemantauan tapak sekolah tanpa teknik penilaian yang komprehensif.
Pemetaan sekolah dan semua maklumat berkaitan akan dihuraikan dan
dipaparkan dengan terperinci bagi membantu pihak terbabit dalam
membuat keputusan. Keberkesanan model menyediakan kaedah yang
lebih efisien dan secara tidak langsung mengurangkan kesilapan dalam
menentukan
kedudukan
kemudahan
awam
secara
tidak
langsung