You are on page 1of 1

8 Januari 2015

Head of Property Development Division


Putrajaya Holding Sdn. Bhd.
Menara PJH
No.2, Jalan Tun Abdul Razak
Precinct 2, 62100 Putrajaya

Tuan,
PERMOHONAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI PUTRAJAYA HOLDING SDN. BHD.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa saya XXXXXXXX XXX XXXXXX adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dijangka akan
menamatkan pengajian pada bulan November 2015. Pihak UUM telah mensyaratkan saya menjalani Latihan
Praktikal sebagai syarat akhir graduasi.
Sehubungan itu, saya ingin memohon jasa baik dan budi pihak Tuan agar dapat membenarkan dan memberikan
peluang kepada untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai pelatih di organisasi Tuan. Saya
sangat berbangga dan memilih Putrajaya Holding Sdn. Bhd. sebagai organisasi pilihan berdasarkan prestasi
tinggi, kepakaran dan pencapaian yang cemerlang organisasi Tuan dalam merancang dan memajukan
pembangunan di Putrajaya serta memiliki kreadibiliti yang unggul dalam industri pembinaan.
Bersama-sama ini saya turut sertakan surat pengesahan daripada UUM dan maklumat lengkap diri saya untuk
penilaian dan rujukan oleh pihak Tuan. Tempoh kursus Latihan Praktikal saya telah ditetapkan oleh pihak UUM
selama empat bulan iaitu akan bermula pada bulan Julai sehingga November 2015.
Oleh itu, diharapkan permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan.
Segala budi baik dan kerjasama oleh pihak Tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

XXXXXXXXX XXX XXXXXXXXX


Address : xxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Phone : 01xxxxxxxxxxxxxxxxx
Email : xxxxxxxxxxx@yahoo.com

You might also like