You are on page 1of 4

KEPENTINGAN NILAI DAN NORMA

Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat nilai dan norma masyarakat sangat penting
dan perlu ada pada diri masing-masing.malah masyarakat yang sedar tentang nilai dan norma
masyarakat berusaha keras dalam mengukuhkan nilai-nilai masyarakat.
Setiap individu tidak boleh hidup bersendirian, oleh itu seseorang itu perlu bergaul bagi
memenuhi keperluan dalam kehidupan. Oleh itu seseorang itu perlu bersedia agar dapat
bertindak dan berfungsi dalam masyarakat. Bagi seseorang itu dapat berfungsi dan bertindak
dalam masyarakat seseorang itu perlu memahami nilai- nilai masyarakat dan kelakuan norma
masyarakat yang telah disahkan masyarakat itu sendiri.Selain itu peraturan social juga akan
terbina melalui nilai-nilai social yang telah
disahkan masyarakat. Untuk menjalankan kehidupan atau melakukan sesuatu dalam masyarakat
seseorang anggota masyarakat itu akan merujuk dan memandukan diri kepada peraturan social.
Dengan adanya peraturan social ini masyarakat tidak akan menyeleweng
kelakuannya
dan seterusnya akan mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan.
Dengan adanya nilai, maruah keluarga terutamanya maruah ibu bapa dapat terpelihara.
Contohnya sekiranya anak-anak berkelakuan menyeleweng daripada nilai sosial masyarakat hal
ini akan menyatakan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak- anak dan sekaligus akan
menjejaskan kedudukan ibu bapa dalam pandangan masyarakat.
8
CONTOH KAJIAN

Dalam kajian yang telah penulis lakukan di Kampung Simpangan Tumpat Kelantan,
penulis dapati nilai-nilai kekeluargaan masyarakat melayu masih lagi kukuh dalam diri
masyarakat tersebut. Masyarakat kampung tarsebut masih lagi menunjukkan kelakuan kelaziman
masyarakat Melayu dalam menyatakan norma masyarakat melayu yang berlandaskan nilai yang
didukung adalah berteraskan agama iaitu agama islam. Kepentingan nilai dan norma
kekeluargaan masyarakat Melayu jelas terdapat dan diamalkan dalam masyarakat kampung yang

penulisperhatikan. Masyarakat kampung tersebut dapat mengekalkan keharmonian disebabkan


wujudnya peraturan sosial yang dikongsi bersama dan disahkan oleh masyarakat hasil daripada
nilai dan norma yang terbina dalam masyarakat kampung tersebut.
Hasil penelitian dan pemerhatian yang telah penulis lakukan terhadap hubungan suami
isteri, nilai dan normanya masih kukuh dan masih diamalkan. Pemerhatian terhadap pasangan
Mohamed B Deraman dan Fatimah Bt Abd ghani, penulis dapati mereka mengamalkan nilai
kerjasama. Nilai ini amat penting pada anggota masyarakat dan mereka saling memerlukan
antara satu sama lain. Salah seorang tidak boleh hidup tanpa bantuan atau sokongan dari salah
seorang. Masing-masing manyedari bahawa dalah hidup sebagai suami isteri,mereka saling
memerlukan bantuan seperti kata pepatah seperti aur dengan tebing . Seseorang tidak akan
dapat menguruskan kehidupan secara keseorangan sepanjang masa. Menyedari akan
kedudukan itu, pasangan tersebut sentiasa membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
Norma pelakuan yang membuktikan pasangan tersebut adalah dalam mendidik anak.
9
Pemerhatian penulis medapati pasangan tersebut bekerjasama dalam mendidik anak. Semasa si
ibu memasak di dapur, ayah telah mengambil alih tugas tersebut menjaga anak supaya tidak
menggangu ibu memasak. Disamping itu, mereka juga bekerjasa dalam mencari sumber rezeki
dan pendapatan keluarga. Kerjasama dapat dilihat semasa mereka bersama-sama dalam
mengerjakan kegiatan pertanian iaitu menanam sayur sebagai sumber rezeki yang halal.
Di samping itu, pasangan ini juga mengamalkan nilai hormat menghormati dalam
kehidupan mereka. Hormat menghormati merupakan amalan tradisi orang-orang Melayu yang
diwarisi sejak zaman berzaman. Nilai-nilai ini diperkukuhkan oleh ajaran Islam yang mendorong
penganut-penganutnya sentiasa menghormati antara satu sama lain. Amalan ini telah bermula
sejak zaman berzaman lagi. Kita telah diberi didikan dengan nilai-nilai sosial dan nilai-nilai Islam

yang dikehendaki mereka menghormati ibubapa, guru, dan orang-orang tua. Mereka ditekankan
agar tidak menderhaka kepada ibu bapa dan lain-lain. Perbuatan menderhaka bukan sahaja
dikenakan tindakan social, tetapi yang lebih berkesan, tetapi yang lebih membimbangkan
perbuatan itu akan menerima dosa yang besar dan seterusnya kehidupan yang menderhaka itu
tidak akan selamat atau bencana boleh menimpanya pada bila-bial masa. Pemerhatian penulis
terhadap pasangan itu, mendapati pada setiap pagi sebelum si suami pergi kerja, iasterinya akan
bersalam dan mencium tangan isterinya. Pada sebelah petang pula, si isteri menyambut
kepulangan suami dari tempat kerja dengan senyuman yang manis. Keadaan ini dapat
menenagkan keteganganstress suami yang pulang dari mencari rezeki. Disampin itu, semasa
bercakap dengan suami. Isterinya menyusun ayat dan tidak meninggikan suara semasa bercakap
dan mereka saling mengambil berat antara satu sama lain. Panggilan hormat yang mereka
gunakan guja mengambarka yang
10
mereka suami isteri menghormati antara satu sama lain. Suami memanggil isterinya dengan
panggilan ayang manakala si isteri memanggil suaminya abang. Melalui hubungan bertimbal
balik demikian amat penting untuk mengekalkan keharmonian kehidupan social anggota
keluarga.
KESIMPULAN

Daripada apa yang dibincangkan diatas dapat disimpulkan bahawa kedudukan nilai dan
norma sebagai asas atau dasar yang amat penting dalam pembinaan budaya bagi sesuatu
masyarakat. Hal ini boleh diteliti daripada perlakuan-perlakuan yang dinyatakan oleh anggota
masyarakat. Orang-orang Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan
kedudukannya dalam masyarakat. Semua anggota masyatakat memainkan peranan penting
dalam mengekalkan nilai dan norma agar tidak terhakis dek arus globalisasi.
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Abdul Rashid. ( Julai,1976). Perancangan Keluarga Berdasarkan


Perancangn Ekonomi. Seminar Hujung Minggu Kesatuan Kebangsaan Pekerja,
Majlis Perbandaran , Bandaran dan Tempatan. Perlis
11
Adullah Siddik, 1975, Pengantar Undang-undang Adat di Malaysia, Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1972, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu, K. Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Danandjaja, A.1985. Pola Sistem Nilai Para Manajer di Indonesia. Jakarta : Disertasi
Psikologi F. Psikologi UI
H.M. Sidin, 1964, Asal usul Adat Resam Melayu, K.Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman, 1984, Bunga Rampai: Aspects of Malay Culture, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rokeach, M. 1973. The Nature of Human Values. New York : The Free Press
Schwartz, S. H.; Verkasalo, M.; Antonovsky, A.; Sagiv, L. 1997. Value Priorities and
Social
Schwartz, S. H. 1994. Are There Universal Aspects in the Structure and Contents of
Human Values ? Journal of Social Issues, 50, 19-46
Schwartz, S. H.; Inbar-Saban, N. 1988. Value Self-Confrontation as a Method to Aid in
Weight Loss. Journal of Personality and Social Psychology, 54, 396 404 Wan
Abdul Kadir, 2007, Nilai dan Norma, Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Ilmu Wan Abdul Kadir,
2007, Pengajian Masyarakat dan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur:
Penerbit Pustaka Ilmu
Wan Abdul Kadir, 2007, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit
Pustaka Ilmu
Zavalloni, M. 1980. Values. Dalam Triandis, H. C.; Berry, John W. (Ed). Handbook of
Cross Cultural Psychology (Vol. 5)
12
Di sediakan Oleh:

Raziman Bin Mohamed,


Jabatan Kesusasteraan Melayu,
Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
019-9539043

You might also like