You are on page 1of 2

Permasalahan Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF

Oleh,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian kes ke atas sembilan orang guru pelatih
program KPLI LPBS j-QAF yang sedang menjalani latihan praktikum bagi
mengenalpasti permasalahan yang sering dihadapi dan puncanya.
Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan
latihan praktikum melalui penyeliaan berfokus. Data kajian diperolehi
daripada semakan ke atas dokumen Buku Rancangan Pengajaran dan
portfolio yang disediakan oleh guru pelatih. Data juga diperolehi
daripada temubual dengan guru pelatih untuk mengenalpasti punca
setiap masalah praktikum.

Dapatan kajian ini mendapati tujuh

permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru pelatih iaitu


penetapan aras hasil pembelajaran, merancang kepelbagaian teknik
pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai, penerapan kemahiran
berfikir, penulisan jurnal mingguan yang bermakna, analisis bermakna
setiap ujian yang dijalankan dan penulisan refleksi yang bermakna.
Kajian ini juga mendapati antara punca permasalahan praktikum ialah
kurang

keberkesanan

bimbingan

keguruan

semasa

interaksi

bersemuka, latihan praktikum dijalankan sebelum sukatan pelajaran


kursus keguruan disempurnakan ketika interaksi bersemuka, tiada
pendedahan

kemahiran

belajar

dalam

struktur

kursus,

tiada

keselarasan format penulisan refleksi pengajaran dan tiada pendekatan


yang jelas tentang kaedah penulisan jurnal . Semoga hasil kajian ini
akan dapat membantu guru pelatih untuk mempersiapkan diri dengan
ilmu dan kemahiran keguruan yang diperlukan oleh sistem pendidikan
arus perdana di Malaysia. Penyelidik mencadangkan penyelidikan
lanjutan berasaskan kepada setiap permaslahan yang telah dizahirkan
dalam kajian ini.

Kata kunci: praktikum, penilaian aras, teknik pengajaran, j-QAF, jurnal mingguan,
penulisan refleksi

You might also like