You are on page 1of 1

Permasalahan Amalan Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pelatih

Praktikum
KPLI LPBS j-QAF
Oleh,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian kes ke atas sembilan orang guru pelatih
program KPLI LPBS j-QAF yang sedang menjalani latihan praktikum
bagi

mengenalpasti

permasalahan

yang

sering

dihadapi

dan

puncanya. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan


keberkesanan latihan praktikum melalui penyeliaan berfokus. Data
kajian diperoleh daripada pemerhatian ke atas amalan pengajaran
dalam bilik darjah. Data yang diperoleh direkodkan sebagai catatan
anekdot. Data juga diperoleh daripada temubual dengan guru
pelatih untuk mengenalpasti punca setiap masalah praktikum.
Kajian ini mendapati enam permasalahan yang sering dihadapi oleh
para guru pelatih iaitu kurang berjaya menjalankan penilaian aras
bagi setiap langkah pengajaran, kurang berjaya melaksanakan
kepelbagaian teknik pengajaran & pembelajaran, kurang mahir
menerapkan

kemahiran

berfikir,

kurang

berjaya

menerangkan

pemikiran reflektif, kurang berjaya menggunakan Bahan Bantu


Mengajar secara berkesan, kurang berjaya mengawal kelas semasa
P&P. Penyelidik mencadangkan penyelidikan lanjutan berasaskan
kepada setiap permasalahan yang telah dizahirkan dalam kajian ini.

Kata kunci: praktikum, amalan pengajaran, kawalan kelas, penilaian aras, tenik
pengajaran

You might also like