You are on page 1of 4

JPA

VISI
Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat

MISI
Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan
Awam

OBJEKTIF
Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber
manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran
keperluan sumber manusia yang menyeluruh
Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan
struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan
semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi
penubuhannya
Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk
memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui
dasar latihan dan program penajaan yang dinamik
Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan
sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar
perkhidmatan yang strategik dan berkesan
Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi
mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber
manusia di dalam perkhidmatan awam
Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui
penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan
Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat
awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja

Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber


manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan

NILAI-NILAI TERAS / KOD ETIKA JPA


Bertindak Sebagai Satu Pasukan
Kecemerlangan dan Keunggulan
Profesionalisme
Berhemah dan Berwibawa
Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan

FUNGSI
Perancangan
Menentukan peranan sektor awam;
Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber
manusia sektor awam; dan
Membangunkan strategic alliances and networking.
Pembangunan
Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
Pembangunan Laluan Kerjaya;
Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
Menentukan Dasar Latihan.

Pengurusan
Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat,
faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerjamajikan, latihan dan latihan sumber manusia;
Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang
dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan;
Menguruskan pemantauan dasar; dan
Menguruskan penilaian dasar.

DASAR KUALITI

JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia


yang dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam
yang cemerlang.

SLOGAN KUALITI
"PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM"

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji:
Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan,
penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia
dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
Cepat dalam semua tindakan;
Tepat dalam membuat keputusan;
Layanan mesra kepada pelanggan;
Menepati masa yang dijanjikan;

Adil dan saksama dalam pertimbangan;


Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh
dipercayai; dan
Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui
penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan
perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab
semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan
Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan
Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah
prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai
kemudahan yang disediakan.
Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui
penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan
kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan
faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan
kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara
efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang
ditetapkan.
Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan
adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

You might also like