You are on page 1of 34

Kajian Kes: Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Suatu

Masalah Disiplin

Kajian Kes Gejala Ponteng


Murid

Sekolah Dalam Kalangan

Suatu Masalah Disiplin.


Pengenalan
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para
pelajar. Komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan
tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Di sekolah, disiplin menjadi
satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran
dan pembelajan dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Disiplin merupakan
satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam konteks pengajaran di dalam bilik darjah, dsiplin dilihat sebagai
salah satu cara kawalan atau teknik yang amat berkesan dan efisen dalam
mengurus tingkah laku pelajar melalui prinsip kepatuhan kepada peraturan yang
ditetapkan. Mok Soon Sang (2009) dalam bukunya, menegaskan terdapat dua
objektif utama kewujudan disiplin di sekolah iaitu memastikan keselamatan dan
kesejahteraan staf dan pelajar dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Gangguan disiplin merupakan salah laku murid yang
serius dan dapat menggagalkan kedua-dua objektif ini. Pada peringkat sekolah,
disiplin merupakan peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Oleh sebab itu,
disiplin bilik darjah merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid agar mereka
sentiasa berkelakuan baik.
Justeru, bagi tugasan kali ini, perkara yang dibincangkan adalah berfokuskan
mengenai kajian kes masalah disiplin dan tingkah laku yang sering ditimbulkan oleh
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

murid di dalam bilik darjah dan sekolah sehingga menjejaskan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Satu masalah disiplin yang ketara dan sering
membelenggu murid di sekolah akan dikupas dengan lebih kritikal di dalam tugasan
ini. Selain itu, perbincangan juga turut memperincikan mengenai model-model
disiplin yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah bagi menangani
masalah disiplin dan tingkah laku murid berkenaan. Di samping itu, beberapa
cadangan strategi juga turut akan dihuraikan dengan lebih lanjut bagi mengatasi
masalah disiplin ini.

Konsep Disiplin, Masalah Disiplin dan


Tingkah Laku
Disiplin boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk latihan untuk perkembangan
mental-emosi, fizikal atau sikap seseorang. Dalam Laporan Kabinet (1979) dalam
Mok Soon Sang (2009), disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang
untuk

bekerja

atau

membuat

sesuatu dengan

cukup

tertib,

kesanggupan

menghormati hak orang lain, kesanggupan di antara satu dengan yang lain,
mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang
sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mentakrifkan disiplin sebagai
latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada
tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan
baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau dendaan
kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Konsep disiplin menekankan kepada cara mengajar individu atau kelompok


tertentu tentang cara hidup selamat, bertamadun dan harmoni dalam masyarakat
disamping mengajar berkongsi, bekerjasama, mengawal diri dan emosi. Selain itu,
menurut Mohd. Zaidi Hajazi (2006), konsep disiplin bilik darjah ini juga merupakan
tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan peraturan di bilik darjah. Guru
memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif
dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang baik penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di mana guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan.
Mendisiplinkan pelajar yang bertingkah laku mengganggu merupakan sebahagian
daripada rutin semasa pengajaran dan pembelajaran. James Ang Jit Eng (2007)
dalam bukunya pula menegaskan, disiplin bukanlah suatu hukuman. Hukuman
merupakan suatu perbuatan yang bersifat nagetif dan bertujuan untuk mengajar
murid perkara yang tidak harus dilakukan. Hukuman hanya boleh dikenakan kepada
murid setelah salah laku berlaku. Selain daripada itu, konsep disiplin turut melibatkan
peneguhan positif, pujian serta ajaran tentang perlakuan yang diterima dan cara
mengawal tingkah laku. Oleh itu, disiplin merupakan sesuatu yang berterusan dan
bukan hanya apabila tingkah laku bermasalah berlaku.
Masalah disiplin pula adalah amat berkaitan dengan masalah tingkah laku
seseorang. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku
pelajar atau tingkah laku devian iaitu tingkah laku yang menyimpang daripada
norma-norma sosial masyarakat. Masalah disiplin juga dilihat sebagai keadaan atau
tingkah laku yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang
diterima masyarakat. Menurut Mohd. Ismail Othman (2006), masalah disiplin turut
ditafsirkan sebagai keadaan yang tidak terkawal. Tambah beliau lagi, murid yang
terlibat dengan kesalahan disiplin boleh dikategorikan sebagai melanggar disiplin

sekolah,maka pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang


ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957

Hasil Kajian: Masalah Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan


Murid
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai
tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan.
Berdasarkan Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994)
seperti yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004) dalam buku
mereka, ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di
kelas tanpa kebenaran daripada guru. Sementara itu, Abdullah Sani Yahaya (2005)
pula menjelaskan bahawa gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan
seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya
pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga
dikatakan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas
seterusnya menjejaskan prestasi murid berkenaan.
Jika diimbas kembali dua tahun ke-belakang, iaitu pada tahun 2010, satu
statisitik telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menperihalkan
mengenai pengurangan kes masalah disiplin di sekolah. Dalam artikel tersebut, jelas
dicatatkan kadar pengurangan bagi kesalahan yang melibatkan masalah disiplin
murid di sekolah dan di luar sekolah seperti gangsterisme, vandalism, buli dan
sebagainya. Hal ini termasuklah kes disiplin yang melibatkan gejala ponteng dalam
kalangan murid yang mengalami penurunan dalam tahun tersebut.

Namun, statistik ini saban tahun dilihat makin mengalami peningkatan seakanakan tiada titik noktah ditemui bagi menyelesaikannya. Buktinya, baru-baru ini, isu
dan gejala ponteng dalam kalangan murid semakin hangat dilaporkan dan
dipaparkan di dada-dada akhbar, media elektronik dan sebagainya. Misalnya, pada
2011, negara pernah dikejutkan dengan berita mengenai isu gelaja ponteng sekolah
di daerah Kuantan yang melibatkan lebih kurang 1200 orang pelajar dalam tempoh
sepuluh bulan pertama tahun 2011. Isu-isu ini kelihatannya seperti biasa dan sering
dilaporkan, namun hakikatnya tanpa kita sedar bermula dengan gejala ponteng ini
lah, ia semakin membawa kepada kesalahan jenayah yang serius dan besar. Hal-hal
yang berlaku ini juga jelas menunjukkan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah
Malaysia semakin mengalami peningkatan dan membimbangkan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor yang membawa
kepada

terjadinya

mempengaruhi

isu

tingkah

masalah
laku

ponteng

bermasalah

sekolah
murid

ini.
ini

Antara

adalah

faktor
seperti

yang
faktor

persekitarannya, faktor institusi kekeluargaan yang goyah, pengaruh rakan sebaya,


media massa, faktor persekitaran murid di sekolah dan sebagainya.
..akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam
pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif
seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme,
minuman
keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

Sumber dipetik dari Berita Harian

Petikan

artikel

dalam

keratan

akhbar

di

atas

sememangnya

jelas

menggambarkan betapa kroniknya gejala ponteng sekolah ini yang mampu

menyumbang kepada pelbagai masalah tingkah laku negatif yang lain. Isu ini dapat
diumpamakan seperti barah atau virus penyakit dalam kalangan masyarakat kerana
ia memperlihatkan isu sosial yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat,
terutamanya golongan murid di sekolah Impaknya juga bukan sahaja boleh dinilai
dari segi tingkah laku murid tersebut yang semakin bermasalah atau sebagainya,
malah dalam hal ini juga pihak sekolah juga boleh terkena tempiasnya ekoran
daripada gejala murid ponteng sekolah yang sukar untuk dikawal. Lebih
membimbangkan lagi, hal ini juga akan berlarutan menjadi isu sosial seterusnya
mampu menjejaskan imej sistem pendidikan negara.
Menyedari akan keburukan atau kesan negatifnya gejala ponteng sekolah ini,
semua pihak seharusnya berganding bahu dan menjana idea bagi menangani
masalah disiplin ini daripada terus berlarutan. Perlbagai pihak perlu terlibat sama
dalam mengambil langkah mengatasinya, termasuklah peranan yang dimainkan oleh
guru sendiri di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru boleh mengambil pendekatan
dengan mengaplikasikan model-model disiplin yang telah dikemukan oleh beberapa
tokoh dalam dunia pendidikan. Model-model ini berupaya membantu guru dalam
memberikan panduan mengenai langkah atau strategi pelaksanaaan yang boleh
dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan.

Model Disiplin Bagi Mengatasi Masalah


Ponteng Pelajar
Sejak beberapa dekad dahulu, ahli-ahli teoris dan beberapa orang tokoh
pendidikan telah mengutarakan beberapa model pengurusan disiplin bagi membantu
guru-guru dalam menangani masalah disiplin murid-murid di sekolah terutamanya
ketika berada di dalam kelas. Terdapat banyak model disiplin yang boleh digunakan
dan diaplikasikan dalam bilik darjah bagi mengurus disiplin murid-murid dalam

mewujudkan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang tenang, sihat,


kondusif dan efisyen. Model-model ini banyak memberikan panduan tentang
pengurusan disiplin dan tingkah laku meskipun setiap daripada model-model disiplin
ini mengutarakan pendapat dan idealogi yang berbeza-beza.
Dalam membincangkan mengenai masalah disiplin murid yang terlibat dalam
gejala ponteng sekolah ini, terdapat dua model yang dicadangkan bersesuaian untuk
dilaksanakan terhadap murid berkenaan. Model-model tersebut adalah Model Displin
Asertif Canter dan juga Model Pengurusan Berkelompok Kounin.
Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif Canter diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter
sekitar tahun 1976. Lee Canter adalah seorang pendidik yang terkenal pada tahun
1976 yang menerbitkan buku Assertive Discipline. Buku ini menggariskan
pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengawal bilik darjah dengan cara
yang positif dan tegas. Model ini adalah salah satu yang termashur dan sangat
diminati oleh guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta
sangat berkesan. Model ini juga didapati jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan
murid-murid di dalam bilik darjah.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), Model Disiplin
Asertif Canter berasaskan peneguhan kepada tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.. Model ini
adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid
belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid mempunyai hak untuk
mengajar dan belajar. Hak yang dimaksudkan adalah hak murid untuk belajar dalam
persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk menentukan peraturan-peraturan di

dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan di dalam


bilik darjah yang telah ditetapkan.
Canter (1976) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995)

berpendapat guru-

guru mempunyai hak dan tanggungjawab seperti berikut:


i.

Menyediakan undang-undang dan arahan yang jelas serta menentukan


had atau sempadan bagi tingkah laku yang boleh diterima dan yang tidak
boleh diterima.

ii.

Mengajar undang-undang serta arahan tersebut

iii.

Meminta bantuan daripada ibu bapa dan pentadbir sekolah apabila


pertolongan diperlukan bagi menangani masalah tingkah laku pelajar.

Canter percaya guru-guru memahami cara lama iaitu mengabaikan keperluan


mereka bagi mengajar di bilik darjah yang bebas daripada gangguan untuk
memenuhi keperluan murid, dan mereka sebagai pendidik yang profesional
sememangnya beranggapan demikian. Fahaman yang salah membawa kepada
banyak masalah disiplin yang dirasai oleh guru. Guru mempunyai keperluan,
kehendak dan perasaan masing-masing sama seperti pelajar. Anggapan salah guru
juga adalah seperti berikut:
i.

Guru yang baik sepatutnya boleh menangani masalah disiplin tanpa


bantuan daripada pihak pentadbiran atau ibu bapa.

ii.

Disiplin yang tegas akan membawa mudarat dari segi psikologi murid.

iii.

Masalah disiplin tidak akan berlarutan apabila murid-murid disediakan


dengan aktiviti yang memuaskan mereka.

iv.

Tingkah laku yang buruk adalah disebabkan oleh masalah dalaman dan
guru tidak dapat mempengaruhinya.

Menurut Mohd Ismail Othman (2006), satu lagi bahagian ketegasan disiplin
oleh Canter adalah mengajar sikap tanggungjawab. Ini termasuk menentukan arahan
dalam bilik darjah dengan memberi penghargaan yang positif untuk mengelakkan
tingkah laku yang buruk. Pada pandangan Canter, guru-guru yang berjaya akan
mengadunkan pengurusan disiplin dan akademik secara keseluruhan supaya
tindakan-tindakan dalam pengurusan bilik darjah tidak ketara. Perhatian khas
diberikan

kepada

murid

yang

sukar. Canter

mencadangkan

supaya

guru

menyelesaikan masalah secara berbincang satu sama satu (one-to-one). Tujuannya


adalah supaya pelajar memahami masalah itu dan akhirnya memilih tingkah laku
yang baik. Panduan akan diberikan kepada murid-murid bagi membantu mereka
mengurangakn masalah disiplin mereka.
Dalam Model Asertif Disiplin Canter ini, Canter juga telah menyenaraikan tiga
jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
Ketiga-tiga jenis guru ini menggunakan pendekatan yang berbeza-beza ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang agresif adalah guru yang bersifat
sangat tegas manakala guru yang tidak asertif pula ialah guru yang digolongkan
sebagai guru yang tidak berpendirian tetap kerana ada masanya guru yang bersifat
sedemikian akan membenarkan sesuatu tingkah laku di dalam bilik darjah, tetapi ada
kalanya mereka akan memarahi murid yang melakukan tingkah laku yang sama.
Guru asertif adalah guru yang mempunyai matlamat pengurusan yang jelas, yakin
serta tegas dalam menetapkan peraturan. Walaupun bersifat tegas, guru asertif
tetap mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid di dalam kelasnya.

Menurut Mohd Zaidi Hajazi (2006), perlaksanaan Model Disiplin Asertif Canter
di dalam bilik darjah perlulah berteraskan kepada beberapa ciri-ciri asas iaitu:

a. Guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah.


b. Guru harus memberi peneguhan atau pengukuhan pada tingkah laku yang
wajar.
c. Guru harus menggunakan pendekatan asertif ketika mengawal kelas dan
tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif.
d. Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh
dijadikan sebagai rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik
dan buruk.
e. Guru perlu melaksanakan tindakan pembetulan kepada murid-murid yang
membuat pelanggaran peraturan.
Menurut Canter (2002) dalam Mok Soon Sang (2010), dalam mengawal
tingkah laku bermasalah murid-murid, guru perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan
bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru
dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Guru perlu
membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa
sepanjang waktu kelas. Apabila terdapat murid-murid yang mewujudkan masalah
disiplin, guru akan merujuk kepada sistem peraturan yang telah ditetapkan bagi
merujuk jenis dendaan yang akan dikenakan.
Misalnya dalam gejala ponteng sekolah ini. Jika sebaliknya berlaku iaitu
murid melanggar peraturan, guru haruslah mengenakan peneguhan negatif yang
berstruktur dengan menyuruh murid sedaya upaya untuk mengelak daripada
melakukan kesalahan. Sebagai contoh, jika peraturan tidak dipatuhi, guru perlu
mencatatkan pelanggaran peraturan ini diatas jadual yang dipaparkan di dinding bilik
darjah. Guru akan menanda tanda salah (X) pada papan notis sebagai tanda

perekodan jumlah hari murid tidak hadir ke sekolah. Tingkah laku negatif hasil
daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukumanhukuman seperti Jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Contoh hukuman pelanggaran peraturan
Bilangan

pelanggaran

tidak hadir Hukuman

atau ponteng kelas (X)


X

Amaran pertama

XX

Amaran kedua

XXX

Memaklumkan kepada ibu bapa


atau penjaga

XXXX

Berjumpa dengan guru besar

XXXXX

Buang sekolah

Dalam Model Disiplin Asertif Canter ini juga, guru perlu memberi peneguhan
atau pengukuhan seperti pujian dan galakan kepada murid apabila murid mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan atau menunjukkan tingkah laku wajar.
Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token dan sebagainya. Guru juga
boleh merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah secara
berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan sekiranya ahli-ahlinya
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah kumpulan akan ditolak
sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah
untuk setiap kali waktu pembelajaran akan dicatat dan kumpulan yang mempunyai
markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Model Disiplin Asertif Canter juga berpendapat pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.

Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingini oleh daripada
murid-muridnya. Guru harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya
apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat
penting kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan
peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) dalam Mok Soon Sang (2010),
seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa
jua situasi.
Untuk itu Canter mencadangkan guru yang bersifat asertif perlu menganggap
murid mereka sebagai pesalah. Pada pandangan mereka jika guru ingin mengawal
kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, guru hendaklah sentiasa bersifat
tegas dalam semua tindakan yang mereka ambil. Perbuatan mereka ini mungkin
akan memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh
guru tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan.
Oleh itu, guru dicadangkan untuk menyatakan dengan jelas kemahuan
mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap
tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan
yang boleh diterima oleh murid. Guru yang bersifat asertif membantu muridnya untuk
memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku
yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik
darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang
kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru
sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid
diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan

bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu
diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.
Dalam Model Disiplin Asertif Canter ini juga menegaskan akibat atau tindakan
pembetulan yang boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak
murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam erti kata lain, guru perlu
merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan
murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penalti atau tindakan
pembetulan diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku. Tindakan
pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi
walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa
murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan
keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan
pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu
bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan
peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.
Model Asertif Canter ini juga menyatakan bahawa guru akan gagal
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya
mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu
pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan
tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat
hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang
akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan atau akibat dalam hierarki akan
menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

Kali pertama murid mengganggu rakan- 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN
GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran dari saya'.

Kali kedua/ ketiga mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU
RAKAN! Awak telah memilih untuk 'time out' 5 minit di
belakang kelas.

Kali keempat mengganggu rakan - 'Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau
mengganggu rakan, awak telah memilih untuk menelefon ibu awak.' Telefon ibu
Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya kesalahan yang
telah dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN
GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan
GURU BESAR.'

Tingkah laku yang terlampau! kadang-kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah
laku yang disruftif yang melampau. 'Daniel, menumbuk rakan tidak dibenarkan dalam kals ini.
Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang
kemudian.'

(Sumber: Pengurusan Disiplin Bilik Darjah)


Rajah 2: Hierarki Tindakan Pembetulan Canter
Berdasarkan model disiplin ini juga, guru asertif tidak perlu untuk membawa
imej yang garang, kasar atau terlampau tegas tetapi guru hanya perlu mengenalpasti
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama
mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid.
Guru perlu menetapkan peraturan-peraturan ketika berada di dalam bilik darjah.
Guru juga mesti memberikan arahan dengan jelas dan tegas supaya mudah dan
senang difahami oleh murid-murid.

Pendekatan asertif ini juga dapat menjamin

hubungan baik antara guru dengan murid dan sekaligus guru dapat menguruskan

bilik darjah dengan lebih konsisten. Persekitaran pembelajaran yang tenang dan
sokongan kepada perkembangan murid dapat dibantu melalui pendekatan ini.

Model Pengurusan Kelompok Kounin


Pengurusan kelas dan pengurusan kumpulan perlulah turut membetulkan
murid lain jika membetulkan seseorang murid. Peralihan yang perlahan dan lembut
antara aktiviti menjadi kunci keadaan pengurusan kumpulan efektif. Pembelajaran
yang optimum akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang keadaan
murid dan bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat
dielakkan dengan memperlengkapkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta
berjaga-jaga dan peka dengan kemajuan murid.
Model Pengurusan Kelompok Kounin yang dipelopori oleh seorang pakar
Psikologi Pendidikan iaitu Jacob Kounin menegaskan bahawa pengurusan bilik
darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi tingkah laku
murid di sekolah. Ianya berhubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran
efektif. Matlamat teorinya adalah menekan organisasi dan perancangan adalah kunci
kepada pengurusan bilik darjah yang baik serta haruslah seiring dengan tindakan
yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid. Beliau juga berpendapat atribut yang
diingini, misalnya kemesraan dan pemahaman tidak akan dapat mengurus bilik
darjah yang berkesan.
Dalam

model

ini,

Kounin

menegaskan

bahawa

asas

keberkesanan

pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada dua aspek utama penelitian guru
terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah iaitu pengawasan dan penyeliaan. Hal ini
bermaksud kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam
bilik darjah pada setiap masa dan mengatasi masalah yang timbul sebelum menjadi
masalah disiplin amat penting bagi menentukan keberkesan pengurusan bilik darjah.
Untuk itu Kounin mencadangkan agar guru-guru untuk menggunakan teknik dan

strategi yang proaktif dalam meggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan
akademik yang baik. Teknik ini diperkenalkan supaya murid melibatkan diri dan
mengurangkan gangguan di dalam kelas. Hasil kajian Kounin membuktikan bahawa
teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding
personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.
Kajian yang dibuat selama lima tahun ke atas pelajar kolej, pelajar sekolah
menengah dan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa teguran dan tindakan guru
terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan sama ada berat atau tidak,
akan memberi kesan kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Kesan ini
dikenali sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan Gelombang akan menjadi
lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius.
Teguran yang dibuat kepada murid-murid perlulah jelas serta tingkah laku yang ingin
dibetulkan perlu dispesifikkan agar murid-murid lain dapat menerima kesan teguran
dan tindakan tersebut. Guru dicadangkan untuk memberi teguran dengan
menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang salah serta memberi arahan dan
teguran terhadap salah laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku
tersebut.
Di samping itu, beliau menegaskan untuk mengurus bilik darjah, seorang guru
hendaklah menggunakan faktor atau idea-idea asas Model Kounin. Matlamat Model
Pengurusan Kelompok Kounin ini ialah mengintegrasikan pengajaran dengan
disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, terdapat beberapa idea
utama Model Pengurusan Kelompok Kounin yang telah digariskan iaitu guru
hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih (overlapping), momentum,
kelancaran, berfokuskan kumpulan, akuantabiliti, format penyertaan tinggi dan
peralihan. Dalam mengawasi pergerakkan dalam bilik darjah, seseorang guru itu

perlu sentiasa sedar dan peka dalam melaksanakan apa jua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Withiness atau kesedaran merujuk kepada kebolehan guru membendung
tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.
Secara ringkasnya withiness bermaksud merangkumi semua. Ianya merujuk kepada
kebolehan guru dalam membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai ke situasi
yang tidak boleh dikawal. Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta
memahami perasaan dan menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara
berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid. Untuk itu guru bertanggungjawab
sepenuhnya dalam memerhatikan sikap murid dalam kelas bagi mengenalpasti
masalah tingkah laku salah yang dilakukan oleh murid. Kounin mencadangkan agar
guru mesti mengetahui perkara asas mengenai murid-murid di dalam kelasnya
seperti nama, hobi, kekuatan dan kelemahan mereka. Hal ini secara tidak langsung
akan dapat membantu guru dalam mengawasi dan menyelia murid-muridnya.
Kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti atau kumpulan pada
masa yang sama dikenali sebagai pertindihan (overlapping). Seorang guru
hendaklah bijak dalam mengawal keadaan kelas supaya sentiasa terkawal dan
sentiasa memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas agar kelas menjadi suatu tempat
yang seronok dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru yang
berkebolehan

melakukan

tindakan

pertindihan

menguruskan bilik darjah dengan baik.

ini,

boleh

mengawal

dan

Contohnya, Razif teruskan dengan

pembentangan awak, Zaki beri perhatian dan jangan bercakap. Kebolehan guru
dalam melaksanakan kemahiran pertindihan ini penting bagi mengawal 2 atau lebih
situasi yang berbeza-beza berlaku dalam satu masa yang sama. Selain daripada itu,
Kounin mencadangkan supaya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

17

dalam bilik darjah perlu dititik beratkan oleh guru. Pengajaran yang baik membantu
murid untuk terus bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), momentum
merujuk kepada keadaan guru memulakan pengajaran dengan menarik, meneruskan
pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan mebuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran
dengan berkesan. Secara ringkasnya momentum merujuk kepada kebolehan guru
untuk menggunakan pergerakan atau aktiviti yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
Guru perlu mengekalkan momentum aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka
bagi mengekalkan perhatian murid-murid dan mengelakkan daripada berlakunya
kebosanan semasa aktiviti. Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan
berlaku kelak. Mereka ialah guru-guru yang peka dan aktif. Momentum pengajaran
yang baik akan dapat menarik perhatian murid dan menghalang murid daripada
berasa bosan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Untuk itu, setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira aspek minat, kebolehan
dan perkembangan murid. Setiap aktiviti pengajaran perlu menyeronokkan dan
mencabar.
Menurut Kounin (1971) dalam James Ang Jit Eng (2007), kelancaran atau
smoothness merupakan salah satu faktor utama dalam mengawal salah laku di
dalam bilik darjah. Kelancaran yang dimaksudkan disini adalah berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru itu dikekalkan
secara maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau
topik pengajaran. Guru juga mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam
kelas. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus mengelak daripada tersekatEDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

18

sekat dalam penyampaian pengajaran meleret-leret sehingga terkeluar daripada


sukatan sebenar, memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami,
selalu menukar-nukar tugasan atau memberhentikan tugasan atau aktiviti yang
seronok dilakukan oleh murid-murid.
Kewaspadaan kumpulan adalah idea Model Kounin yang berikutnya. Ianya
memusatkan perhatian semua murid lain terhadap respon seorang murid yang
diberikan. Yang kelima adalah menggalakkan akauntabiliti. Di sini, ia merujuk kepada
komunikasi semua murid bahawa penyetaan mereka sedang diperhatikan dan
ditafsir. Idea yang berikutnya ialah format penyertaan tinggi iaitu menggunakan
pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab
soalan guru secara langsung. Akhir sekali di dalam idea Model Kounin ialah
peralihan di mana guru perlu memastikan kelancaran peralihan di antara dua aktiviti
atau lebih ketika di dalam kelas.
Melalui proses pelaksanaan Model Kounin, seorang guru dapat peka dengan
keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid.
Keupayaan guru dalam

menangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang

mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dikawal. Selain itu, guru
juga perlu membuat persediaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran lancar
dan guru tidak akan mengganggu murid semasa melakukan aktiviti tetapi membantu
secara individu bagi yang bermasalah. Guru juga perlu menerangkan masalah jika
pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali
pengajaran dengan cepat. Tambahan lagi, guru perlu meninjau hasil kerja murid dan
meminta murid memberi respons terhadap sesuatu perkara yang sedang
dibincangkan.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku

19

Strategi Menangani Masalah Ponteng Kelas Berdasarkan Model Disiplin Canter


dan Kounin
K. A. Razhiyah (2005) dalam bukunya berpendapat bahawa seorang guru
perlulah bijak dalam memodifikasikan tingkah laku murid dengan menggunakan
strategi dan teknik yang betul. Masalah disiplin seperti ponteng atau tidak hadir di
dalam bilik darjah boleh diatasi dengan cara guru tersebut memanfaatkan model
pengurusan disiplin seperti model Canter dan model Kounin ini dengan sebaik
mungkin. Walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua model ini adalah
berbeza, namun kedua-duanya memberikan garis panduan kepada guru tentang
pengurusan disiplin dan tingkah laku yang berkesan untuk diaplikasikan di dalam
bilik darjah
Berdasarkan kepada model disiplin yang dikemukan oleh Canter, terdapat
beberapa strategi yang boleh diaplikasikan dalam model ini bagi mengatasi gejala
ponteng kelas yang ditimbulkan oleh pelajar. Pertamanya adalah guru perlu
menyediakan satu set peraturan di dalam bilik darjah yang menjelaskan mengenai
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid di dalam bilik darjah. Set
peraturan tingkah laku seperti yang dikemukakan dalam model Canter ini
sememangnya relevan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkah
laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan murid-murid mematuhi peraturan
tersebut dengan tegas. Terutamanya bagi murid yang terlibat dalam masalah
ponteng kelas, set peraturan ini sememangnya amat membantu guru dalam
memastikan kehadiran murid di dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan satu set
peraturan yang menetapkan hukuman ataupun dendaan jika murid kerap kali tidak
hadir atau ponteng kelas. Misalnya, jika dalam tempoh seminggu, murid lebih tiga

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku

20

hari tidak hadir dalam kelas, dia akan dikenakan hukuman atau dendaan seperti
melakukan kerja amal, pembersihan bilik darjah dan sebagainya.
Dalam hal ini, Canter menekankan bahawa sebelum melaksanakan pelan
tindakan, guru seharusnya terlebih dahulu menjelaskan set peraturan tersebut
kepada murid dan dilaksanakan secara konsisten dan adil dan tanpa perasaan pilih
kasih. Melaksanakannya secara konsisten dan adil disini membawa maksud guru
tersebut hendaklah memberi ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku
tersebut ditunjukkan oleh murid. Dalam kes gejala ponteng sekolah ini juga, guru
haruslah bersikap adil terhadap semua pelajar. Hal ini bermakna guru tidak
sewajarnya bersikap acuh tidak acuh dan memandang enteng kesalahan murid yang
sering ponteng sekolah, meskipun murid tersebut adalah murid kesayangannya.
Dalam sesetengah kes juga, ada juga guru yang dikatakan takut untuk menegur
kesalahan muridnya kerana murid tersebut datangnya dari golongan berada
sebaliknya hanya berani menegur murid yang berasal dari keluarga berpendapatan
sederhana atau rendah kerana setaraf dengannya. Hal ini juga tidak sewajarnya
berlaku kerana kesalahan yang dilakukan tetap merupakan satu kesalahan malah
guru tersebut juga seharusnya bertindak juga bersikap tegas dan adil dalam
melaksanakan tindakan kepada setiap muridnya.
Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pemberian
peneguhan berbentuk ransangan atau hukuman kepada murid yang kerap kali
ponteng dan tidak hadir di dalam kelas. Mohd. Ismail Othman (2006) dalam bukunya
menjelaskan bahawa Model Disiplin Asertif Canter yang menggunakan peneguhan
berbentuk ganjaran dan hukuman sememangnya dapat merangsang murid untuk
bertingkah laku baik. Canter menjelaskan, murid-murid akan teruja dan berusaha
untuk berperilaku baik apabila guru memberikan pengiktirafan dalam bentuk
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

21

ganjaran terhadap sesuatu tindakan wajar yang mereka lakukan. Pengiktirafan


seperti penghargaan, galakan, komen positif dan sebagainya dapat meningkatkan
motivasi murid untuk mengekalkan sikap positif tersebut. Sementara peneguhan
negatif berbentuk hukuman dan dendaan pula akan menyebabkan mereka berusaha
mengurangkan tingkah laku bermasalah tersebut.
Bagi kes murid yang menghadapi masalah kerap ponteng kelas ini, guru juga
boleh menggunakan peneguhan berbentuk ganjaran bagi memastikan murid
sentiasa hadir dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Misalnya, guru menjelaskan kepada murid bahawa sesiapa yang hadir penuh
dalam tempoh sebulan atau berturut-turut dalam bulan selanjutnya akan diberikan
ganjaran berupa hadiah, penghargaan atau sebagainya. Bagi seorang murid, katakata pujian atau komen positif dianggap sebagai satu penghargaan bagi mereka.
Ayat seperti Bagus Amin. Kamu datang penuh dalam bulan ini. atau sebagainya
daripada guru sebenarnya sudah cukup menggambarkan rasa kegembiraan dalam
diri murid. Apatah lagi jika guru mengucapkannya di hadapan bilik darjah dan rakan
sekelas. Hal ini secara tidak langsung juga dapat meningkatkan konsep kendiri
dalam diri murid, malah bagi rakan lain juga sudah tentu mereka akan turut berusaha
mengekalkan rekod kehadiran yang sama dan penuh juga.
Begitu juga dengan ransangan dalam bentuk arahan guru semasa di dalam
bilik darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Arahan
guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang kurang kuat boleh
menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Selain itu, guru juga perlulah menvariasikan kaedah atau teknik pengajaran
yang baharu dan

efektif di dalam kelas. Hal ini jugalah yang ditekankan dalam

dalam kedua-dua model disiplin Canter dan Kounin.

Sebagai seorang guru,

sememangnya kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam menarik minat
dan perhatian murid terhadap aktiviti di dalam kelas. Kepelbagaian aktiviti yang
dilakukan bukan sahaja mampu menarik minat murid, malah mewujudkan suatu
situasi dimana murid akan tertunggu-tunggu untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya.
kaedah serta rutin yang sama dilakukan pada setiap hari akan membuat murid
tersebut tidak bermotivasi dan tidak merangsang murid tersebut untuk terus belajar.
Sementara itu, Abdul Rahim Abd Rashid (1999) pula berpendapat guru yang
bijak, kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang
berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kepelbagaian kaedah,
teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok
dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Hal ini seterusnya akan
menimbulkan minat kepada murid untuk ke kelas dan tidak memilih jalan untuk
melarikan diri dengan ponteng atau tidak hadir di dalam kelas dan sebagainya.
Dalam menvariasikan teknik pengajaran, guru boleh mencuba pelbagai kaedah
seperti bercerita, berlakon, main peranan dan sebagainya. Misalnya teknik main
peranan. Menurut Naffi Mat (2006), main peranan adalah satu teknik di mana murid
berpeluang melakonkan situasi, masalah ataupun peristiwa yang dianggap penting.
Misalnya, guru memberi peluang murid untuk melakonkan watak murid dan guru di
dalam kelas dan sebagainya. Secara tidak langsung, teknik main peranan ini
membolehkan murid mendapat gambaran ataupun pengalaman secara spontan dan
juga menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati guru dalam diri mereka.
Teknik ini bukan sahaja membantu guru menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan, malah dapat membantu guru untuk mengajar dan
membimbing murid-murid mengenai pelan pengurusan disiplin yang dibentuk.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku

23

Teknik ini sangat penting dalam usaha memberi penerangan kepada murid
berkaitan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan seperti yang ditekankan
dalam Model Disiplin Asertif Canter. Dalam hal ini, guru perlulah membuka peluang
kepada murid terlibat secara aktif dalam teknik pengajaran baru yang diperkenalkan.
Selain

itu,

guru

juga

boleh

melaksanakan

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Dalam hal ini, guru perlulah memberi
peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk memilih dan melaksanakan
pembelajaran. Guru perlu memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dan
bergiat aktif dalam bilik darjah.
Sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berpusatkan murid, akan
menyebabkan murid tidak diberikan kebebasan dan peluang untuk mengutarakan
pendapat seterusnya menyebabkan suasana di dalam bilik darjah tersebut menjadi
suram dan hambar apabila hanya guru sahaja mendominasi dan berkomunikasi satu
hala dengan murid-muridnya. Apabila murid merasakan diri mereka mampu memberi
sumbangan dan bergerak aktif di dalam kelas, murid akan sentiasa bersemangat
untuk ke kelas seterusnya menggurangkan gejala ponteng ini.
Dewasa ini, pelbagai kecanggihan teknologi boleh dimanfaatkan sebagai
bahan bantu mengajar di dalam kelas. Murid sememangnya akan cepat berasa
bosan dan kurang berminat mengikuti kelas jika guru sering mengajar teori sematamata dengan menggunakan teknik yang sama. Dalam hal ini, guru perlu bijak dan
kreatif dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar kepada murid. Bahan bantu
mengajar yang menarik, kemas dan bermutu pastinya dapat menarik perhatian murid
untuk belajar. Lebih-lebih lagi, jika guru menggunakan pengajaran menggunakan
komputer dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, isu ponteng kelas ini bukan

sahaja melanda murid-murid di sekitar ibu kota, malah di kawasan luar bandar atau
pedalaman juga isu murid ponteng sekolah ini turut berleluasa. Kadangkala
prasarana dan kemudahan kelas yang tidak mencukupi menjadikan murid-murid ini
tidak berminat dan bosan dengan pengajaran guru berkenaan. Justeru, guru boleh
mempelbagaikan bahan bantu mengajar, seperti menggunakan makmal komputer
dan memberi peluang murid-murid ini menggunakannya dalam pengajaran. Hal ini
menyebabkan murid berminat mengikuti proses pengajaran guru di dalam kelas
seterusnya mengurangkan tingkah laku ponteng tersebut.
Seterusnya, guru juga perlu memastikan persekitaran ataupun suasana sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kondusif dan
selesa. Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), persekitaran sememangnya amat
mempengaruhi proses pembelajaran murid dan memberi kesan kepada tingkah laku
mereka baik dari segi fizikal mahupun psikososial. Hal ini juga turut dijelaskan dalam
model disiplin Canter dan Kounin yang amat menitikberatkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
tingkah laku murid dapat dikawal. Statistik juga menunjukkan antara salah satu
punca murid terlibat dalam gejala ponteng ini adalah disebabkan suasana
persekitaran yang tidak menarik dan merangsang mereka untuk terlibat aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Misalnya, bagi situasi yang

kebiasaanya dilihat bagi murid-murid di kelas bawah.


Seperti yang selalu diperhatikan, murid-murid di kelas ini kadang-kala tidak
mendapat perhatian yang lebih dari guru-guru mereka. Ada segelintir guru
cenderung untuk mengajar murid di kelas atas kerana mereka beranggapan murid
dari kelas ini lebih mudah diajar berbanding di kelas bawahan yang kurang
memerlukan perhatian. Jurang perbezaan cara pengajaran ini sebenarnya telah
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

25

mewujudkan suasana pembelajaran yang negatif dan tidak memberangsangkan di


dalam bilik darjah tersebut. Hal ini akan menyebabkan murid hilang minat untuk
belajar seterusnya melakukan kesalahan ponteng dan tidak hadir ke kelas ini. Selain
itu, suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah juga adalah
melibatkan keselematan, kebersihan, pencahayaan dan susunan kerusi atau tempat
duduk murid. Mengambil contoh susunan kerusi dan meja juga perlu diatur dengan
baik supaya tiada murid yang boleh berselindung daripada penglihatan guru.
Misalnya, sewaktu memberi bimbingan peribadi secara individu atau berkumpulan,
guru perlu memastikan dirinya tidak membelakangkan murid yang lain. Ini juga
merupakan antara langkah untuk mengelak daripada berlakunya salah laku murid di
belakang guru.
Selanjutnya, bagi mengatasi masalah ponteng atau tidak hadir di dalam kelas
ini juga, guru perlulah sentiasa peka dalam mengawal dan menyelia tingkah laku
muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Pengurusan Berkelompok oleh
Kounin, pengawasan dan penyeliaan kelas oleh guru ini amat dititikberatkan dalam
memastikan penglibatan murid secara aktif di dalam bilik darjah. Misalnya bagi kes
ponteng kelas ini, seorang guru perlulah sentiasa peka dan mengambil tahu
mengenai rekod kehadiran muridnya. Apabila guru sentiasa mengawasi dan dapat
mengenalpasti murid yang sering ponteng kelas itu, tindakan selanjutnya perlulah
dilaksanakan terus kepadanya.
Dalam hal ini, adalah amat penting bagi guru menyusun strategi dalam
mengambil tindakan susulan tersebut.. Guru perlu bijak dalam menggunakan
pendekatan psikologinya dalam memberi kaunseling, bimbingan dan teguran kepada
murid.

Malah, dalam Model Pengurusan Berkelompok ini juga, Kounin telah

menggariskan beberapa idea atau teknik berkesan yang boleh diaplikasikan dalam
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

26

memberi teguran secara berkelompok terutamanya kepada murid yang kerap


ponteng dan tidak hadiri ke kelas. Misalnya idea Kesan Gelombang (Ripple Effect).
yang dikatakan merupakan satu bentuk teguran yang mampu memberi kesan
kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah.

Kesan ini dikenali sebagai

Kesan Gelombang akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan
dengan jelas, tegas dan serius
Selain itu, bagi mengatasi masalah disiplin ini, guru perlulah terlebih dahulu
memahami keperluan murid-muridnya. Seperti yang diterapkan dalam Model Disipin
Asertif oleh Canter juga, setiap manusia sememangnya mempunyai keperluan dari
segi fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghormatan dan pengetahuan yang
berbeza-beza. Begitu juga bagi setiap murid di dalam kelas yang juga mempunyai
emosi, perasaan juga keperluan diri untuk dipenuhi. Hal ini jugalah yang berlaku
yang mendorong murid terjerumus ke dalam gejala ponteng kelas ini. Jika ada antara
keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi, murid akan mula melibatkan diri dengan
pelbagai perbuatan negatif agar keperluan ini dipenuhi dengan cara mendapat
perhatian daripada orang lain. Oleh sebab itulah, mereka akan menimbulkan
masalah di dalam kelas dengan harapan masalah mereka itu akan mendapat
perhatian rakan sebaya dan juga daripada guru.
Seperti yang diketahui, sememangnya terdapat pelbagai faktor yang
mempengaruhi murid untuk bertingkah laku negatif dan terlibat dalam gejala ponteng
ini. Faktor-faktor seperti institusi kekeluargaan yang rapuh dan goyah, faktor rakan
sebaya, media massa dan sebagainya sedikit sebanyak mempengaruhi murid
tersebut untuk mempamerkan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan
kerap ponteng di dalam kelas. Seorang guru yang asertif menurut Model Disiplin
Asertif Canter adalah guru yang yakin, bersikap positif, bermatlamat jelas, dapat

mewujudkan hubungan saling mempercayai dengan murid-murid serta berupaya


untuk membentuk satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan
kerjasama baik dengan muridnya.
Dalam menangani kes murid yang kerap ponteng kelas ini, guru perlulah
mengambil pendekatan psikologi dengan cuba memahami dan menyelami punca
sebenar murid berkelakuan sedemikian. Guru perlu bertindak sebagai kawan dalam
memahami murid-muridnya. Hal ini akan menyebabkan murid berasa selesa dan
akan memberikan kepercayaan kepada kita dengan menceritakan punca yang
mempengaruhi dia bertindak sedemikian. Dengan itu, guru akan mudah menyusun
strategi bagi membantu murid berkenaan mengatasi masalahnya secara tidak
langsung masalah ponteng sekolah yang ditimbulkan akan beransur-ansur
berkurangan.
Tidak
berkolaborasi

ketinggalan,
atau

guru

bekerjasama

juga

boleh

dengan

menggunakan

guru

mahupun

strategi
pihak

lain

dengan
dalam

menjalankan program-program kesedaran, ceramah, bengkel atau sebagainya di


sekolah. Hal ini secara tidak langsung menjadikan murid berminat untuk ke sekolah
bagi bagi mengikuti program dan ceramah yang diadakan. Di samping itu, program
atau ceramah ini juga perlulah dilaksanakan kepada semua murid, terutamanya
kepada kumpulan murid yang gemar ponteng kelas ini. Program program seperti
Program Sifar Ponteng dan sebagainya perlu dilaksanakan di sekolah dalam usaha
memupuk nilai kesedaran dalam diri murid. Selain itu, idea seperti melantik murid
sebagai ahli dalam Skuad Anti Ponteng dan Kelab Pencegahan Jenayah juga boleh
dilaksanakan di sekolah.

Selain mengisi masa lapang, rasional penubuhan

kumpulan ini juga akan memberi peluang kepada murid menggalas tanggungjawab
dan meningkatkan daya kepimpinan mereka. Secara tidak langsung, murid-murid ini

akan lebih bersemangat ke sekolah dan ke kelas seterusnya mengurangkan


masalah disiplin mereka.

Rumusan
Tuntasnya, sebagai seorang guru, perancangan yang teliti sememangnya
penting dalam mengurus tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Seorang guru yang
baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru.
Oleh sebab itu, setiap guru perlu memahami bagaimana untuk menguruskan bilik
darjah secara berkesan. Sesuatu pengajaran perlulah dirancang dengan mengambil
kira beberapa aspek penting. Aspek-aspek seperti tahap kebolehan murid, minat
murid, aktiviti yang mencabar murid dan aktiviti yang memotivasikan murid perlu
diambil kira dalam membuat perancangan awal mengenai aktiviti atau strategi yang
ingin dilaksanakan.
Selain itu, sebagai seorang guru juga kita perlulah mempelbagaikan keduadua model disiplin ini sememangnya merupakan antara model yang mampu
membantu guru dalam mengurus bilik darjah dan tingkah laku pelajar dengan lebih
berkesan dan sistematik. Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan
Berkelompok Kounin bukan hanya menjelaskan konsep dan kaedah pelaksanaannya
semata-mata, namun kedua-duanya amat membantu guru dalam memberikan
panduan bagi mengurus disiplin murid dalam bilik darjah. Hal ini juga menyebabkan
model-model disiplin ini masih relevan untuk dilaksanakan dan dijadikan rujukan
serta dilaksanakan dalam dunia pendidikan kini. Oleh sebab itu, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk mengaplikasikan konsep dan menerapkan pendekatan
dalam setiap model tersebut untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna.

EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku

29

Selain itu, model-model ini juga banyak mengajar dan menyedarkan guru
akan kepentingan seorang guru dalam melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengurus bilik darjah. Seperti yang
dijelaskan dalam kedua-dua model disiplin tersebut, guru yang baik bukan sahaja
seorang guru yang asertif, sentiasa yakin dan jelas dalam melaksanakan tugasnya,
malah guru yang baik juga haruslah mempunyai kemahiran dalam memahami
psikologi, peka terhadap keperluan dan perubahan murid. Kemahiran ini amat
penting bagi guru bagi membantu mereka memahami perubahan tingkah laku murid,
mencari punca murid melakukan kesalahan disiplin dalam bilik darjah seterusnya
membantu mereka mencari jalan penyelesaian bagi membantu menangani masalah
disiplin tersebut.
Bagi menangani gejala ponteng dalam kalangan murid ini juga, semua pihak
perlu berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras masal.
Pertamanya, pihak sekolah sendiri perlu bertindak segera untuk mengekang aliran
ponteng dengan mengenalpasti murid yang kerap kali ponteng ini. Banyak cara yang
boleh dilaksanakan di peringkat sekolah seperti bertemu dengan ibu bapa murid
berkenaan, mengaplikasi konsep kumpulan sasaran berfokus juga menggiatkan
peranan kaunselor dalam membimbing murid bermasalah ini di sekolah.
Dalam hal ini juga, kita perlu sedar bahawa persekitaran murid tidak hanya
bergantung kepada persekitaran di sekolah semata-mata, bahkan persekitaran dan
suasana di dalam rumah amat mempengaruhi murid menunjukkan tingkah laku
bermasalah di luar. Justeru, adalah tidak wajar jika kita menunding jari dan
meletakkan tanggungjawab yang perlu dipikul terhadap satu pihak sahaja.
Sebaliknya, ibu bapa juga perlu memastikan suasana dalam rumah berada dalam
keadaan tenang dan gembira. Tidak ketinggalan, kita juga haruslah memainkan
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku

30

peranan sebagai anggota masyarakat yang sentiasa peka dan prihatin dengan
keadaan yang berlaku di persekitaran kita dan bersama-sama menanganinya.
Akhir kata, disiplin sememangnya menjadi perkara asas dalam membentuk
tingkah laku positif murid, terutamanya dalam memastikan pengurusan tingkah laku
yang berkesan di dalam bilik darjah. Justeru, nilai disiplin ini perlulah diterapkan
dalam diri murid dalam setiap perkara yang dilakukan oleh mereka. Generasi muda
sekarang adalah pelapis kepada pucuk kepimpinan negara suatu hari kelak.
Menyedari hakikat ini, kita perlulah bersama-sama memastikan kualiti modal insan
yang ingin dihasilkan dapat memenuhi kehendak, menjaga imej sistem pendidikan
diseterusnya mendukung aspirasi negara.

LAMPIRAN

You might also like