You are on page 1of 4

PTWMB

Tingkatan 5 prosa tradisional: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


!!
Raja Siam mendapat tahu tentang negeri Melaka sebagai sebuah
negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam
iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta
supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan
Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya
iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.
Bubunnya Sultan Muzaffar
hulubalang
Berita Siam hendak menyerang Melaka diketahui oleh Sultan Muzaffar.
Baginda menitahkan semua rakyat lelaki dihimpunkan di Melaka. Tun
Perak dari Kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama
dengan keluarga mereka. Tujuannya supaya mereka berperang dengan
bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam
dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan
diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Kelang Tun Perak
!
Tun Perak bentara
Ada seorang orang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan mengadu
kepada Sultan bahawa Tun Perak menganiayainya. Sultan menitahkan Tun
Perak supaya mengadap. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara dan
tahu tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak meminta sultan
memecatnya jika percaya akan fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat
gembira dengan jawaban Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan
seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. kelang
Tun Perak Tun Perak TunPerak
Tun Perak
Seri Nara Diraja
Apabila
ada
dua
orang
pembesar,
rakyat
Melaka berpecah
dua.Sebahagian berpihak kepada Paduka Raja dan sebahagian berpihak
kepada Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermuafakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan berdukacita dan
bercadang mendamaikan mereka berdua.

Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri
Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri
Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan
tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka
Rajamenjadi Bendahara. Tun Kudu Tun Perak/Paduka
Raja Seri Nara Diraja.

PTWMB

Siam menyerang Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka
Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam. Seri Bija
Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah
sampai berhampiran Batu Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu bertindak
melanggar banyak perahu Siam hingga Siam kalah. Tindakan Tun Umar itu
menyebabkan tentera Siam berasa sangat hairan. Paduka
Raja Tun Perak Seri Bijja Diraja Batu Pahat
TunUmar
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya dinyalakan api
pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api. Cahaya api itu
menggambarkan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal
di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu
mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka. Paduka Raja
/
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah
persalinan baru. Di Siam, Paduka Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau
Pandan bermohon untuk untuk menyerang Melaka dan dilengkapkan dengan
pelbagai kelengkapan serta perahu yang sangat banyak bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang
yang
warak
(kuat
ugama)
iaitu Tuan
Sidi
Arab menggunakan
kesaktiannya.Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke Siam sambil
mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada
kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab
dengan pelbagai anugerah.
Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan
oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun.
Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.
1. Beri maksud rangkai kata di bawah
berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik
sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman
pekerjaan kami orang memegang negeri-Tugas mereka adalah
mempertahankan negeri
kelakuannya gila-gila bahasa-bertingkah atau bersikap seperti orang gila
maka demikian fiil tuan. -Kelakuan Tuan Perak yag bertentangan dengan
orang lain.
terlalu banyak tiada terpemanai lagi- tiada terkira (banyaknya); sangat
banyak (ramai)
2. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara
merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah

PTWMB

rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara? [4


markah]
dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara menjadi kuat.
menjaga keselamatan negara daripada dijajah oleh kuasa luar.
-dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan
terjamin.
-bagi membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut
4. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Sultan Muzaffar Syah terburuburu mempercayai aduan orang Kelang itu?
-kehilangan kepercayaan rakyat- ditentang oleh rakyat- menjadikan keadaan
yang lebih huru hara mengakibatkan kehilangan seorang tokoh yang baik
5.Sekiranya anda Duli Yang Dipertuan, bagaimanakah anda akan menyelesaikan
aduan orang Kelang terhadap Tun Perak? xxx

ialah mempertemukan orang Kelang dengan Tun Perak, menyiasat kes itu
dengan memangil perisik...memanggil Tun Perak untuk menghadap baginda
dan membuat pembelaan diri.

6. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk


melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri setelah mendengar kata-kata
Tun Perak itu? Berikan tiga alasan anda.
Tun
Perak
... Sultan Muzaffar Syah melihat Tun Perak sebagai seorang bentara yang
jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasnya
... Sultan Muzaffar Syah terpikat dengan sikap tanggungjawab dan dedikasi
Tun Perak dalam menjaga negeri Melaka
...Sultan Muzaffar Syah melihat kebijaksanaan Tun Perak melalui gaya
bertutur dan kemahirannya menjawab soalan daripada bentara Seri Amerta

7. Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang


akan anda lakukan untuk menyatukan kembali penduduk yang berpecah
dua?
memanggil Seri Nara Diraja dan Paduka Raja menghadap untuk
memperoleh penjelasan

PTWMB

menghantar penyiasat untuk mengetahui kedudukan sebenar perbalahan


tersebut
menawarkan hadiah yang lumayan kepada salah seorang untuk
meletakkan jawatan
8.Pada pendapat anda, mengapakah perkahwinan dapat menyelesaikan
perbalahan antara pembesar pada zaman dahulu?

...perkahwinan menjadi simbol perhubungan antara dua pihak


...perkahwinan dengan orang tertentu mengangkat status seseorang
..perkahwinan menjalinkan perhubungan persaudaraan
9.Sekiranya anda Paduka Bubunnya, apakah tindakan yang akan anda
lakukan setelah pasukan tentera yang dihantar mengalami kekalahan?
Paduka Bubunya
...menghantar utusan perdamaian untuk menjalinkan kerjasama dengan
Melaka
...menghantar perisik untuk menyiasat kekuatan dan kelemahan negeri
Melaka
...mengadakan kerjasama dengan negara besar untuk membantu
menyerang Melaka

You might also like