You are on page 1of 42

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

1.0

PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma

dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan
deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis 2008). Secara
umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang
praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu
mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam
kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu
proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan
adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks
persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of
Education and Science 1990).

Dari segi pentafsiran dari perspektif yang lain, pendidikan merupakan segala apa
yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitaran. Hal ini nyata
sekali, pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak dapat membezakan baik buruk
sesuatu perkata. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini,
kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi. Apa yang membezakan di
sini ialah, Islam lebih menekankan kepada pembentukan sahsiah seseorang individu
1

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

iaitu kanak-kanak dan bukan hanya dari segi kelakuan fizikal malah seiring dengan
pemantapan akhlak dan keimanan yang perlu diterapkan dalam ruh dan jiwa kanakkanak itu sendiri.

Sekiranya sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu


hanya bertumpu pada aras pengetahuan semata-mata tanpa diiringi penyemaian
akidah dan pemantapan akhlak, maka sudah jelas membuktikan bahawa nilai
penghayatan kontang dan proses pengaplikasian pengetahuan tidak dapat diterjemah
dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan
mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan intelek, tetapi pencapaian tinggi
yang pada hakikatnya dalam ruang lingkup yang lain ia pincang dan tiada
keseimbangan.

Sekiranya hal ini yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, sudah jelas
menunjukkan bahawa pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap
individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif
sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya
Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai
akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya
diaplikasikan dalam kehidupan (Mastura Badzis 2008).

penghayatan

untuk

Maka, dari sini telah ramai

pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun pihak persendirian yang telah
membuka mata dan minda perihal pentingnya penerapan ilmu dan pengetahuan bagi
kanak-kanak bukan hanya pada umur tertentu, malahan sejak ia dilahirkan. Dengan
2

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

keterbukaan minda ini, ilmu asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak telah mula
diperkembang di Malaysia yang bukan hanya sekadar mengasuh atau mendidik,
malahan ia bertindak bertunjangkan prosedur dan berpaksikan kurikulum yang telah
digubal oleh pihak yang berwajib.

Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum dan
khusus berkaitan Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dari
perspektif Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu
pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan
awal kanak-kanak. Proses-proses perkembangan pendidikan awal kanak-kanak akan
diselusuri dari peringkat awal ia wujud sama ada dari segi penubuhan institusi dan
agensi, dasar dan polisi, program-program pendidikan dan latihan serta program yang
berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh berasaskan fakta literatur
yang dikutip dari pelbagai sumber.

2.0

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK


3

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada


pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya
hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis
ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun 1950 hingga 1960,
tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja.
Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak
di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk
ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai
kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat
menerima pendidikan awal di tadika.
Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang
secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan
golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah
berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk
kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model
TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama
projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai
bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy,
Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di
Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah
mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).
4

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
berfokuskan

kepada

program

"Pembasmian

Buta

Huruf",

Jabatan

Kemajuan

Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan


(FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun
Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian
Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan KanakKanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur
empat hingga enam tahun.
Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina
akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran
1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran).
Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat
kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di
peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat
pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki
sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan
Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan
Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan
seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk
pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan
5

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu
Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan
melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan
Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard
Van Leer Foundation 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada
tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa
pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun.
Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku
ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia
juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran
prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para
pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.
Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis
Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama
bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

3.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

3.1

Aspek Perundangan

Peranan dan tanggungjawap agensi dalam pelaksanaan Dasar Asuhan dan Didikan
Awal Kanak Kanak Kebangsaan adalah berasaskan aspek perundangan, prinsip
bidang tugas, amalan sedia ada dan kesediaan agensi. Perintah Menteri Menteri
Kerajaan Persekutuan ( No.2 ) 2008 [ P.U. ( A ) 170 / 2008 ] memperuntukan bahawa :
i.

Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah


bertanggungjwab ke atas perkara perkara berkaitan dengan :

Penggalakan dan penguatkuasaan perkhidmatan asuhan kanak kanak dan


pusat penjagaan ;

ii.

Pembentukan dasar dan strategi program pembangunan kanak kanak ; dan

Penyelarasan dan pemantauan program pembangunan kanak kanak.


Y.B Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab ke atas perkara
perkara

berkaitan dengan pengurusan pendidikan Pra sekolah, rendah dan menengah.


(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)
3.2 Agensi Agensi Yang Terlibat
Di antara agensi agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Program Pendidikan Prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
bermula pada 18 Disember 1991, di mana berlangsungnya mesyuarat Jemaah Menteri
8

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah. Sebanyak 1,131 buah kelas


prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan. Akta Pendidikan 1996
(AKTA 550) telah ditubuhkan untuk Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan.

Pada

Jun2001,

Mesyuarat

Jemaah

Menteri

bersetuju

KPM

melaksanakan Peluasan Program Prasekolah sehingga 31 Januari 2007 sebanyak


5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM. Guru-guru prasekolah di bawah KPM
adalah terdiri daripada guru lepasan Diploma dan guru Siswazah. Peranan dan
tanggungjawab Kementerian Pelajaran ialah

menggubal Kurikulum Asuhan dan

Didikan Awal KanakKanak Kebangsaan berasaskan Kurikulum PERMATA dengan


mengambil kira aspek asuhan Kurikulum KAAK. Ini bagi memastikan kesinambungan
dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang diwujudkan oleh Kementerian
Pelajaran

bagi

kanakkanak

berumur

46

tahun,

mengawal-seliaan,

pemantauan/naziran ke atas pelaksanaan Kurikulum dan menyediaan tenaga pendidik,


termasuk perkaraperkara berkaitan dengan penetapan kelayakan pengasuh dan
tenaga pendidik. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi bertanggungjwab menguatkuasa
Akta Taman Asuhan KanakKanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara
lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi
penetapan ciriciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan,
kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusatpusat asuhan yang
berdaftar. KPWKM dari itu perlu meneruskan peranan dan tanggungjwabnya seperti

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

mana akta tersebut. Di samping itu JKM juga perlu meneruskan peranannya sebagai
agensi penyelaras Taska Komuniti. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meneruskan peranannya sebagai agensi
pelaksana program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS
dengan tumpuan kepada kawasankawasan di luar Bandar. Namun demikian
pengubahsuaian

perlu

dilaksanakan

dari

segi

pemakaian

Kurikulum,

teknik

pembelajaran, serta keperluan fizikal dan peralatan pembelajaran di TASKATASKA


KEMAS mengikut kemampuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar. (PERMATA
Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada masa kini terlibat
dalam pengendalian TADIKA untuk kanakkanak berumur 5 hingga 6 tahun atau di
peringkat Prasekolah. Adalah dicadangkan supaya jabatan ini menubuhkan juga Pusat
PERMATA di TABIKA Perpaduan untuk kanak kanak 4 tahun ke bawah di kawasan
bandar dan pinggir bandar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008).
Pusat Penyelidikan Perkembangan KanakKanak Kebangsaan (NCDRC) Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada peringkat permulaan, Pusat Penyelidikan Perkembangan
KanakKanak Kebangsaan (NCDRC) melaksanakan perkaraperkara berikut di
samping peranan dan tanggungjwab NCDRC membuat pengawalseliaan dan naziran
ke atas pelaksaan Kurikulum Kebangsaan secara pentadbiran sebelum diserahkan
kepada Kementerian Pelajaran dan menyediakan keperluan latihan tenaga pendidik
sehingga Kementerian Pelajaran bersedia untuk melaksanakannya. Di samping itu turut
menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanakkanak selain
10

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

menjadi pusat rujukan dan member khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih
PERMATA serta lainlain pihak yang berminat. NCDRC juga mewujudkan pengkalan
data

kanakkanak

seluruh

Malaysia

bagi

tujuan

memantau

dan

menyelidik

perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia. Turut menerbitkan bahan bacaan atau


rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanakanak hasil dari kajian yang
dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanakkanak dan membina jaringan
dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan
dan didikan awal kanak kanak di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana
Menteri 2008).
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri
menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menjadi urus setia kepada Majlis
Penyelarasan Dasar PERMATA Negara, menyelaras perluasan Program Didikan dan
Asuhan Awal KanakKanak PERMATA di seluruh Negara dan mengurus 14 Pusat
PERMATA sedia ada sebelum pengurusannya diserahkan kepada Kementerian
Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008).
Selain itu, agensiagensi swasta turut memainkan peranan. Agensi swasta yang
ditubuhkan berfokuskan kepada kanakkanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4 hingga
enam tahun. Jabatan Agama Negeri atau Kerajaan Negeri pula lebih berfokuskan
kepada kanak kanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4 hingga 6 tahun seperti mana
agensi swasta.

3.3 Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


11

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Convention On The Rights Of the Child CRC adalah satu pertubuhan


antarabangsa . Konvensyen ini banyak membincangkan khususnya tentang keperluankeperluan dan hakhak kanakkanak dan berfokuskan kepada kanakkanak berumur
0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights Of the Child 2009).
Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos
2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang
yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak
dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan
bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611
adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara
kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan
kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman
(Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009).
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Tamantaman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanak-kanak & Itemid 2009).
Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan
memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut
telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud

12

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).

Fokus
Dasar / Polisi / Akta

(Tahun)

Convention On The Rights Of the Child CRC


Child Act 2001 (Act 611)
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308)
Education Act 1996 ( Act 550 )
Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997)
Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 - 2010
The Early Childhood Care & Development (ECCD) Policy 2007
Child Health Services Policy 1950
National Child Protection Policy (Act 574 & 521)
National Policy on Disable Child (article 21 of CRC)
National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC)
9th Malaysian Plan (2006 2010)

0 18
0 18
04
46
46
56
08
0 18
0 18
0 18
0 18
0 18

Umur

(Sumber: En. Azman b. Abd Salam 2009)


4.0

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK


Pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah merupakan peringkat formatif

dalam perkembangan kanak-kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif telah


dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai agenda dan program
yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0 hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan
menggerakkan pemikiran dan juga minda serta meningkatkan kreativiti berbentuk
kemahiran di samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak. Melalui
kewujudan pelbagai program khusus untuk kanak-kanak, pembangunan minda,
penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup
bermasyarakat di kalangan kanak-kanak dapat diterapkan.
13

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi
sama ada kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk mengendalikan pusat
pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah. Dengan kewujudan pelbagai model
Prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah satu, tiang
seribu atau infiniti' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang
digunakan di institusi yang terlibat. Antara program asuhan dan didikan awal kanakkanak yang paling sinonim adalah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman
Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan juga Kumpulan
Kanak-kanak Kurang Bernasib-baik diwujudkan oleh pelbagai agensi yang terlibat.

4.1

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR)


atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang
ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA,
program pendidikan keibubapaan secara tidak langsung dapat dilaksanakan untuk ibu
bapa dan masyarakat.

Program asuhan kanak-kanak TASKA merupakan salah satu program induk yang
merangkaikan beberapa program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang
14

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan satu
tujuan yang sama dan yang membezakan kesemua program ini adalah dari segi
pendekatan yang dilaksanakan. TASKA juga dapat didefinisikan sebagai mana-mana
premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari
lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Hal ini
bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia empat tahun
dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan. Objektif TASKA ini adalah seperti;
i. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam
suasana yang selamat, ceria dan selesa.
ii. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
iii. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
iv. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan
mengamalkannya sejak kecil.
v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan,
kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.
Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00
petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di
luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari yang
berjumlah 5 hari seminggu. Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan

15

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat
setempat.
Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak akan wujud tanpa adanya pihak yang
begitu prihatin berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, pihak atau
agensi yang berkaitan dengan perlaksanaan program TASKA ini dapat diperjelas seperti
berikut.

4.2

Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu agensi yang telah
melaksanakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS.
Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS adalah selaras dengan Falsafah Baru
Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat
luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin. TASKA ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dan Wilayah.

Kurikulum TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan


Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan
peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

16

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

4.3

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat

(JKM)

merupakan

antara

agensi

bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984


(Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan
pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang
merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah
ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar.
Di samping itu, JKM memainkan peranan sebagai agensi penyelaras TASKA
Komuniti (TASKOM). TASKOM merupakan suatu pendekatan yang memberi tumpuan
kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar di bawah
pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan
menjamin semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari
pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang
telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan
Kanak-Kanak (KAAK). Namun mulai tahun 2009, pengasuh perlu menjalani latihan di
bawah Permata.

4.4

TASKA Swasta

17

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Selain daripada TASKA yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, pelbagai jenis
TASKA swasta atau persendirian yang bukan kerajaan telah diwujudkan. TASKA yang
diwujudkan tersebut terdiri dalam lingkungan empat jenis pusat asuhan yang
menjalankan aktiviti yang sama, namun ia dibezakan dengan kawasan atau tempat
asuhan itu dilaksanakan.

i.

Taska Di Rumah
Merupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada
sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

ii.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanakkanak atau lebih.

iii.

Taska Di Tempat Kerja


Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk
sepuluh orang atau lebih.

iv.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau
lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan
daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Kesemua jenis TASKA ini semakin berkembang pesat seiring dengan keperluan
masyarakat dan juga kehendak pasaran.
18

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

4.5

TASKA PERMATA

TASKA PERMATA yang dinaungi di bawah Pusat Anak Permata Negara (PAPN)
merupakan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dipengerusikan oleh
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil contoh
berdasarkan amalan Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak Pen Green di Corby, London.
Pengisian yang terdapat di dalam TASKA tersebut kemudian diubah mengikut acuan
yang menekankan modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanakkanak Malaysia.
Struktur bangunan TASKA ini direka dan diubahsuai dengan menaiktaraf
bangunan sedia ada serta memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak yang berusia empat
tahun ke bawah. Bangunan yang digunakan juga memenuhi aspek keselamatan yang
diiktiraf pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba.
Perihal ini sememangnya amat diambil berat dalam memastikan program didikan dan
asuhan kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar dan mesra pengguna sepanjang
proses pertumbuhan kanak-kanak.
Sehingga kini, penubuhan TASKA PERMATA ini telah tersebar secara meluas
yang mana setiap negeri telah menerima fenomena pusat asuhan kanak-kanak
PERMATA sehingga wujudnya pelbagai program didikan dan asuhan kanak-kanak yang
menggunapakai elemen termasuk kurikulum PERMATA.
i.

Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS


19

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Bagi

menjadikan

Taska

KEMAS

setaraf

dengan

Pusat

PERMATA,

pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan
pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan
kewangan.
ii.

Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan


Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam


lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat
Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi
Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi
tahun 2009, 30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011.
Sehingga kini, terdapat 415 buah bangunan yang sesuai dijadikan sebagai Taska
PERMATA Perpaduan dan pelaksanaan sedang dibuat secara berperingkat
bersesuaian dengan kemampuan kewangan.
iii.

Penubuhan Pusat PERMATA FELDA


FELDA

bercadang

untuk

memperluaskan

program

PERMATA

dengan

menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout,
FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunanbangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaiktaraf supaya sesuai dengan
keperluan program PERMATA.
iv.

Penubuhan Pusat PERMATA Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

20

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah


lokasi iaitu
a.

Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas


ATM),

b.

Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat),

c.

Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut),

d.

Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara),

e.

Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA).

ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi
Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara.

4.6

Modul Kursus Awal Kanak Kanak dan Kurikulum Permata

Kesemua jenis TASKA dan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) menggunapakai
Modul Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran berasaskan Kurikulum PERMATA. Kurikulum ini berteraskan
"pembelajaran

menggunakan

keseluruhan

otak"

dan

pembelajaran

yang

menyeronokkan dengan menggunakan tenaga pendidik terlatih dan mempunyai


kelayakan minimum peringkat diploma (Mohd Najib Abd Razak, 2008). Kurikulum ini
telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan samada dari segi
21

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk


membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi di samping menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum ini juga memberi
penumpuan terhadap pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur lima
tahun.
4.7

TADIKA / Prasekolah

Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-kanak


(TABIKA) yang juga dikenali sebagai pendidikan kanak-kanak prasekolah merupakan
program pendidikan yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 hingga enam tahun.
Tujuan program ini diwujudkan adalah bertujuan menggalakkan perkembangan sosial,
emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanakkanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pelaksanaan TADIKA/TABIKA
adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui
bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira). Objektif TABIKA ini adalah:
i. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanakkanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
ii. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira sebelum memasuki alam persekolahan.

22

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

iii. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu


kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai
dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.
iv. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif
dan mengembangkan sifat ingin tahu.
v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan,
kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang
seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
Masa pengajaran dan pembelajaran atau waktu kelas iaitu 3 1/2 jam sehari iaitu
bermula 8.0011.30 pagi dan 12.003.30 petang bagi sesi kedua (jika ada). Hari belajar
ialah selama 5 hari seminggu mengikut penggal persekolahan. Penubuhan TADIKA dan
Prasekolah ini telah dirintis oleh badan-badan berikut:
i.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

KPM telah merintis program prasekolah yang diwujudkan di bawah Sistem


Pendidikan Kebangsaan. Prasekolah ini beroperasi di bangunan yang diwujudkan di
dalam kawasan sekolah rendah yang terpilih di seluruh Malaysia.
ii.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Telah melaksana program TABIKA KEMAS yang berasaskan kepada 3K iaitu


Kehendak, Keperluan dan Keupayaan masyarakat yang ditubuhkan dan diuruskan
dengan kerjasama KEMAS dan masyarakat.
23

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

iii.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


JPNIN pada masa kini terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak

berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat prasekolah. JPNIN bertindak dalam


memastikan TABIKA mematuhi dan memenuhi keperluan berkaitan kebersihan dan
kesihatan yang telah ditetapkan sebelum dan apabila beroperasi.
iv. TADIKA Swasta
Sebagaimana TASKA Swasta, TADIKA Swasta telah diwujudkan oleh badan-badan
NGO dan orang persendirian berasaskan kehendak dan keperluan masyarakat dari
semua golongan. Kebiasaannya, TADIKA Swasta menggunakan pendekatan yang agak
berbeza dalam memberi didikan kepada anak-anak selaras dengan yuran yang
dikenakan yang agak tinggi berbanding TADIKA yang disediakan oleh agensi lain.

4.8

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Kesemua TADIKA dan juga prasekolah menggunapakai kurikulum pembelajaran


yang

ditetapkan

oleh

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM)

yang

telah

dikuatkuasakan pada 1 Januari 2003, mengikut Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002. Komponen Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan merangkumi:
i. Bahasa dan Komunikasi (Kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
24

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

ii. Perkembangan Kognitif


iii. Kerohanian dan Moral (Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral)
iv. Perkembangan Sosioemosi
v. Perkembangan Fizikal
vi. Kreativiti dan Estetika

4.9

Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-Baik (The Diasadvantage


Group)

Terdapat enam kumpulan kanak-kanak yang tergolong dalam golongan kurang


bernasib-baik yang memerlukan perhatian semua pihak iaitu;
i.

Kanak-kanak Kurang Upaya

ii.

Kanak-kanak Pribumi atau Orang Asli

iii.

Kanak-kanak Terbiar

iv.

Kanak-kanak Bagi Ibubapa Masuk Penjara

v.

Kanak-kanak Miskin / Kanak-kanak HIV/Aids


Kesemua golongan kanak-kanak yang memerlukan pembelaan ini sentiasa

mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat,


25

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Kemeterian Pendidikan Malaysia, UNICEF (United Nations Childrens Fund) Malaysia,


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dan
beberapa agensi lain yang terlibat. Hal ini bagi memastikan setiap kanak-kanak
memperoleh hak yang saksama dari segi pembangunan diri, pendidikan, sahsiah serta
keperluan yang sama dirasai oleh kanak-kanak yang bernasib-baik. Misalnya, Program
Pendidikan Khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
golongan kanak-kanak berkeperluan khas serta Rumah Kanak-kanak yang diwujudkan
bagi kanak-kanak terbiar, miskin dan juga teraniaya serta pelbagai program lain yang
dirangka sedikit-sebanyak membantu golongan kanak sehingga ke usia 18 tahun agar
memperoleh hak sebagai kanak-kanak yang terkandung di dalam Akta Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.
Melalui program-program pendidikan awal kanak-kanak berasaskan kurikulum
yang bersesuaian yang diwujudkan ini, adalah diharapkan agar kanak-kanak
memperoleh manfaat dan kebaikan dari semua aspek dari peringkat awal lagi seiring
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

5.0

PROGRAM UNTUK KESIHATAN KANAK KANAK

Sebelum menjelang akhir tahun 1800 istilah kesihatan telah didefinisikan sebagai
suatu keadaan yang bersetentangan dengan sihat. Seseorang dikatakan sihat

26

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

sekiranya dia tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit yang akan
merebak kelak (Zainun Ishak, 2006).
Pertumbuhan kesihatan sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai
keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika tiada sakit. Bagi
mana-mana organisasi, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu
imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam
keseimbangan

(membolehkan

pertumbuhan).

Kesihatan

juga

membawa

erti

kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.


Menurut Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli falsafah, memperluaskan
bagi definisi kesihatan WHO. Beliau telah menyatakan bahawa kesihatan adalah kualiti
hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spirituil, dan kecergasan biologi bagi pihak
individu, dengan berpandukan persekitaran (Zainun Ishak, 2006).
5.1

Perkhidmatan Kesihatan Kanak - Kanak

Program kesihatan kanak-kanak telah bermula sejak tahun 1950-an sebagai


program kesihatan ibu dan anak. Semenjak dari itu ia telah berkembang ke kawasan
luar bandar dan juga bandar dan mada masa ini perkhidmatan kesihatan kanak-kanak
dijalankan di semua klinik kesihatan dan juga klinik desa di seluruh negara. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah peperiksaan berkala mengikut jadual yang telah
ditetapkan, imunisasi, penilaian tahap perkembangan dan pertumbuhan, pengukuran
berat badan dan tinggi, nasihat tentang pemakanan dan ceramah kesihatan.
Jadual lawatan kanak-kanak ke klinik kesihatan

27

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

UMUR
0-6 bulan
6-12 bulan
1-2 tahun
2-4 tahun
4-6 tahun

JADUAL KEDATANGAN
Setiap bulan
Setiap 2 bulan
Setiap 3 bulan
Setiap 6 bulan
Setiap tahun

(SumberdariFh.Moh.Gov.My)
5.2

Imunisasi

Tujuan imunisasi ialah untuk mendapat perlindungan terhadap penyakit berjangkit.


Oleh itu, ibu bapa harus memastikan bahawa anak mereka diimunkan. Walaupun
sesuatu penyakit sudah dihapuskan, imunisasi masih diperlukan untuk mengelak
penyakit ini muncul semula.
Sebelum ketahanan dapat bertindak balas terhadap serangan penyakit, tubuh
badan perlu dijangkiti terlebih dahulu. Dalam imunisasi, langkah ini dilakukan melalui
suntikan, oral atau gurisan pada kulit. Bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh badan
dikenali sebagai vaksin dan kaedahnya dikenali sebagai vaksinasi atau inokulasi.
Kebanyakan vaksinasi dilakukan semasa anak berumur empat bulan. Jika
bahagian yang disuntik menjadi merah dan bengkak, keadaan ini adalah perkara biasa.
Namun juka anak mula meragam atau demam, atau anak mula menjerit dengan nyaring
dan mengalami konvulsi, bawa anak berjumpa doctor (Dr Miriam 1998).
Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlaku kecacatan dan kematian di
kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan
mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang
28

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

lengkap. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan program imunisasi bagi


mencegah 6 penyakit utama iaitu;
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Tuberculosis ( tb )
Difteria
Pertussis
Tetanus
Polio
Measles

Antara Kepentingan Imunisasi Ialah:


i. Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat
mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang
bole mengakibatkan kecacatan dan kematian.
ii. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh
mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
iii. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat
mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli
keluarga.
iv. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak
penyakit berjangkit.
v. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit
seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.

29

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Jadual Imunisasi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

5.3

Baby-Friendly Hospital

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai


strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu, salah satu strategi untuk
menggalakakn penyusuan susu ibu di malaysia adalah melalui pelaksanaan inisiatif
hospital rakan bayi. Di malaysia, konsep inisiatif hospital rakan bayi telah dilaksanakan
bermula tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang
menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah
perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan dan menjaga anak dan menjalankan
polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah
diisytiharkan sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan
diiktiraf sebagai hospital rakan bayi.
10 langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya merupakan kriteria
utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan hospital rakan bayi
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung KanakKanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Childrens Fund).
Polisi penyusuan ibu kebangsaaan telah menetapkan semua ibu digalakkan
menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 4 ke 6 bulan dan
meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu bermula
semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.

30

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu hospital


rakan bayi (baby friendly hospital).
i. Mengamalkan rooming-in, di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap
masa (24 jam sehari).
ii. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
iii. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
iv. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu
kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
v. Mengadakan satu polisi bertulis ,mengenai penyusuan ibu.
vi. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk
melaksanakan polisi ini.
vii. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyususan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
viii.Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas
bersalin.
ix. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling
baik.
x. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada
susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
(Sumber dari Ratuhati.Com)

5.4

Oral Health
Amatlah penting bagi kanak-kanak mendapatkan rawatan perubahan dan

rawatan pemeriksaan mulut dan gigi. Para ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak
mempraktikkan penjagaan gigi dari awal lagi. Pelbagai jenis jangkitan boleh berlaku
dibahagian mulut bayi seperti penyakit ulser mulut aftus, ulser mulut traumatik, barah
gusi, dan jangkitan kandida sekiranya kesihatan tidak jaga dengan baik.

31

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Semasa bayi sedang membesar dalam kandungan ibunya lagi giginya sudah
mula dibentuk dalam pangkal gusinya. Sarapan ibu hamil itu perlulah mengandungi zatzat galian dan vitamin tertentu supaya gigi bayi yang dalam kandungan itu kuat dan
kukuh apabila muncul kelak. Jenis-jenis makanan dan minuman yang kaya
mengandungi zat galian dan vitamin yang sesuai untuk membina gigi bayi agar kuat
dan kukuh termasuklah jambu batu, buah limau, belimbing bintang, tempe, kacang dan
susu. Makanan ibu seharian perlulah mengandungi salah satu atau lebih daripada
bahan makanan tersebut dan termasuk juga dua atau tiga gelas susu.
Walaupun set gigi pertama bayi itu akan digantikan oleh gigi tetap di masa depan,
gigi-gigi ini patutlah dijaga supaya tidak rosak kerana kerosakan gigi set pertama ini
mungkin menjejas pertumbuhan gigi tetap yang berikut. Gigi yang busuk juga boleh
menjejas kesihatan umum seseorang bayi itu (Abdul Kader Hussain, 1986).
Satu program gigi terutama untuk kanak-kanak prasekolah telah dilancarkan pada
tahun 1984. Program ini kebanyakan menumpukan kepada cara mengalak dan
mencegah penyakit-penyakit mulut. Tujuannya ialah untuk mendorong dan membawa
perubahan bagi meningkatkan kesihatan mulut di kalangan kanak-kanak Prasekolah.
Melalui program ini hampir seratus peratus TADIKA kerajaan telah dilawat oleh klinik
kerajaan.
Tetarus merupakan jangkitan bakteria yang serius dan berpunca daripada bakteria
clostridium tetani. Bakteria ini biasa terdapat di tanah, pasir dan logam yang berkarat
dan memasuki tubuh badan menerusi luka yang disebabkan duri atau logam yang
tajam. Bakteria ini hidup membiak dalam keadaan oksigen rendah yang dhasilkan oleh
32

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

luka yang dalam dan mengeluarkan racun atau toksin dan menyebabkan otot-otot
badan menjadi kejang. Biasanya otot rahang ialah bahagian yang pertama diserang.
Tetanus dapat dielakkan melalui suntikan yang diberi semasa anak berumur
dalam lingkungan lima tahun pertama dan diulangi setiap lima tahun selepas itu. Melalui
program suntikan tetanus. Penyakit ini akan dapat dihindarkan (Mariam Stoppard,
1998).

6.0

PROGRAM UNTUK LATIHAN GURU


6.1

Latihan untuk Childcare Provides & Childcare Minders.

Pengasuh yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak, diwajibkan


mengikuti Kursus Asas Asuhan (KAAK) di mana kursus tersebut berfokus kepada
asuhan dan keselamatan kanak-kanak (Jabatan Perdana Menteri). Pusat PERMATA
KEMAS menganjurkan Kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada Pengasuh. Ia
33

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

akan dibuat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun (Jabatan Perdana Menteri
2009).
Persatuan Pengasuh dengan kerjasama PPNP dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah menganjurkan kursus kepada pengasuh adalah seperti berikut:
i.

Kursus Pengenalan Asas Asuhan Kanak-kanak

ii.

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak

iii.

Kursus Pertolongan Cemas

iv.

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah

v.

Hari Pengasuh

vi.

Hari Taska.

6. 2

Latihan untuk Guru Prasekolah & Pembantu Pengurusan Murid

Perkhidmatan Tenaga Pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik


sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang perkembangan dan pendidikan
awal kanak-kanak (Jabatan Perdana Menteri). Pendidik (guru Prasekolah) disarankan
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan tiga teori yang penting iaitu:
i.

Belajar melalui bermain


34

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

ii.

Teori konstruktivisme Piaget

iii.

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner

(Aminah Ayob et.al 2008)


Kursus-kursus yang ditawarkan kepada guru prasekolah (Lapan KURSUS).
i.

Pengenalan Kurikulum Prasekolah

ii.

Memahami Kanak-kanak dan Keperluan mereka

iii.

Pendekatan Pengajaran Bahasa dan Literasi

iv.

Perkembangan fizikal/Daya Estetika dan Kreativiti Kanak-kanak Prasekolah

v.

Pengurusan Prasekolah

vi.

Penilaian dan Laporan Prestasi Kanak-kanak

vii.

Pembelajaran Sains dan Matematik Prasekolah

viii.

Pendidikan Moral dan Agama Islam Untuk Kanak-kanak Prasekolah

Kursus Jangka Panjang:


i.

Kursus Sijil Perguruan Prasekolah merupakan dengan kerjasama antara Jabatan


Perpaduan Negara

ii.

Kursus Sijil Perguruan Prasekolah individu (ditawarkan kepada individu yang


berminat). Terbahagi kepada dua iaitu Kursus Sepenuh Masa dan Kursus
Sambilan
35

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Kursus Jangka Pendek:

Kursus Tadika bersama Prima Education

Kursus Reka Bentuk dan Pembinaan Item-item Soal Selidik

Kursus 'Test Specialist'

Kursus Model Rasch - "Introduction To Rasch Measurement Models"

Kursus "Design and Construction of Questionnaire Items"

Kursus "Bimbingan Kaunseling"

Kursus "Pendidikan Khas

Bagi pembantu pengurusan murid pula, mereka akan mengikuti kursus/pengajian di


peringkat diploma.

6.3

Latihan untuk Community-Based Rehabilitation Workers

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang
melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang
upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan
diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang
dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga
36

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat
bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu
oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan
Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan
kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang
dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga
digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi
keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lainlain (Jabatan Pembangunan Masyarakat 2009).

7.0

KESIMPULAN
Perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi, dan perkembangan dalam

industri

telah

membawa

perubahan

dalam

bidang

pendidikan,

perhubungan,

pengangkutan, pentadbiran, struktur ekonomi dan juga dalam bidang kerjaya dan
keperluan kerjaya. Perkembangan dalam bidang industri juga telah menyebabkan
perpindahan anak-anak muda ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang dan pusat
perniagaan di bandar-bandar yang tumbuh seperti cendawan. Penghijrahan penduduk
37

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

ke bandar pula, ditambah pula dengan kadar kelahiran yang tinggi, serta kepesatan
ekonomi telah selanjutnya membawa penubuhan keadaan cara hidup, sistem
kekeluargaan, corak perhubungan dalam masyarakat dan sikap terhadap kehidupan
masyarakat. Kesemua perubahan ini telah menjadikan kehidupan manusia pada hari ini
bertambah canggih, bertambah sukar, bertambah mencabar dan memberikan tekanan
yang lebih berat terutama kepada anak-anak muda.walaubagaimanpun, perubahanperubahan ini memang tidak boleh dielakkan kerana ia adalah perkara yang datang
bersama dengan kemajuan.
Sebagai manusia yang inginkan kehidupanyang lebih baik, lebih seksa dan lebih
maju setanding dengan orang lain kita tidak ada jalan lain mesti berubah. Begitu juga
dengan negara kita, untuk menampung bilangan penduduk yang bertambah, untuk
menjaga keamanan negara, memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan untuk maju
setanding dengan negara lain, negara kita juga perlu berubah. Negara kita tidak boleh
menumpukan ekonominya kepada pertanian semata-mata, ia perlu memperbagaikan
ekonominya

kepada

industri

pembuatan

dan

perusahaan

selaras

dengan

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai warganegara, apa yang
perlu kita lakukan bukanlah mengelak atau melarikan diri dari perubahan itu, tetapi
menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk
menghadapi tekanan dan cabaran yang berpunca dari perubahan itu.
Keadaan hidup yang semakin bertambah canggih ini menyebabkan anak-anak
muda kita sekarang ini menghadapi tekanan dan cabaran yang lebih kuat sehingga ada
masa-masa anak-anak muda yang paling kuat dan komited di antara merekapun,
mendapati mereka terkeluar dari landasan, terjerumus kepada diri mereka. Kadang38

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

kadang terdapat kanak-kanak yang baik iaitu kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu
bapa mereka dengan penuh kasih sayang dan sediakan dengan berbagai kemudahan
melakukan perkara-perkara yang tidak baik disebabkan mereka menghasilkan
sebahagian besar dari masa mereka dalam masyarakat yang telah menjadi senjata
halus kepada kemusnahan. Satu senjata yang diarahkan kepada pemikiran, hati dan
jasmani mereka.

8.0

BIBLIOGRAFI

Buku:
Abdul Kader Hussain. 1986. Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak. Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Department of Education and Sciences (DES). 1990. Starting with Quality, London,
HMSO.
Haiza Noor & Norizan Abu Samah. 2004. Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir
Hingga 12 Bulan Pertama. Selangor: Jasmin Enterprise.
39

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan. Selangor: PERMATA Negara.
Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanakkanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kasnani Ab Karim, Norbe Md. Nor & Nazimah Abdullah. 2005. Perkembangan
Pendidikan Prasekolah Untuk Kursus Persediaan Dan KPLI (Pendidikan Awal
Kanak-Kanak) Bahagian 1. Selangor: Added Enterprise.
Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Perak:
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Miriam Stoppard. 1998. Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak. Tropical Press
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Jabatan
Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor.
Zainun Ishak. 2006. Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rujukan Elektronik:

Institusi-kanak-kanak & Itemid. Diperolehi daripada http://www.jkm.gov.my/jkm (29


Julai 2009).
Akta

Kanak-Kanak. 2009.
Diperoleh pada
http://leeannkang.tripod.com/home.htm.

Ogos

14,

2009

daripada

Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm


(14 Ogos 2009).
Akta Pendidikan. 1996. Diperolehi pada 14 Ogos, 2009 daripada
http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

40

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh dari
http://www.bernardvanleer.org/about (14 Ogos 2009).
Convention On The Rights Of the Child Diperolehi pada 12 Ogos 2009 daripada
http://www.unicef.org/crc/.
Dorothy L.Noltes. 2003. Children Learn What They Live. Diperoleh dari
http://www.direktori- perdamaian.org/ina/org_intdetail.php?cardno=14 (17 Ogos
2009).
fh.moh.gov.my. Diperoleh pada 14 Ogos 2009.
http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache:zAxvgZHDlLgJ:www.permata.jpm.my/gedu
ng%2520multimedia/Dasar_Asuhan_dan%2520Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Ke
bangsaan.pdf+taska+swasta&hl=en&gl=my (9 Ogos 2009, 11.15 p.m).
http://en.wikipedia.org/wiki/Child_Act_2001. Diperoleh pada 17 Ogos 2009.
http://en.wikipedia.org/wiki/Convention_on_the_Rights_of_the_Child. Diperoleh pada 17
0gos 2009.
http://kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=248 (13 Ogos 2009,
3.03 p.m).
http://www.direktori perdamaian.org/ina/org_intdetail.php?cardno=14p. Diperoleh pada
17 Ogos 2009.
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=125%3Aas
rama- akhlak&catid=59%3Ainstitusi-kanak-kanak&Itemid=66&lang=ms.
Diperoleh pada 29 Julai 2009.
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=235%3Ade
finisi- taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms (10 Ogos 2009, 3.03
p.m)
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=347%3Ats
kakomuniti&catid=37%3Akanak-kanak&Itemid=305&lang=ms (11 Ogos
2009,12.07 p.m).
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=category&id=59&Item
id=66&lang=ms (13 Ogos 2009, 2.13 p.m).
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=2&l
ang=ms (12 Ogos 2009, 2.13 p.m).
http://www.kemas.gov.my/20#, (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)
http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m)
41

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA

http://www.moe.gov.my/?id=134&lang=my. Diperoleh pada 17 Ogos 2009.


http://www.permata.jpm.my/buletin/28.html (10 Ogos 2009, 3.17 p.m)
http://www.permata.jpm.my/gedung%2520multimedia/Dasar_Asuhan_dan%2520Didika
n_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf+taska+swasta. Diperoleh pada 9 Ogos
2009.
http://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5193.html (14 Ogos 2009, 12.01 p.m).
Jabatan Kemajuan Masyarakat. 2008. Diperoleh daripada http://www.kemas.gov.my/13
(14 Ogos 2009).
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). 2009. Pemulihan Dalam Komuniti 2009.
Diperolehi daripada http://www.japen.gov.bn/perkhidmatam/PDK.html.
Mastura Bazdis, (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Diperoleh dari http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ (29 Julai 2009).
Mohd Najib Abd. Razak. 2008. Kurikulum Permata Jadi Panduan Didikan Awal
Kanak-kanak.
Bernama.com. Diperoleh daripada
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=371552
(13
November 2009).
Pemulihan-dalam-komuniti.www.jkm.gov.my/.../index.php. Diperoleh pada 17 Ogos
2009.
Pengasuhpahang.blogspot.com/.../ppnp-jaya-adakan-kursus-asuhan-kanak.html.
Diperoleh pada 17 Ogos 2009.
ratuhati.com. Diperoleh pada 14 Ogos 2009.
Sharifah Rajipah Drahman. 2006. Pembantu Pengurusan Murid. Diperoleh daripada
www.scribd.com/doc/3226890/ (17 Ogos 2009).
www. Karangkraf.com. Diperoleh pada 14 Ogos 2009.
www.usm.my/beru/TadikaPage.htm. Diperoleh pada 17 Ogos 2009.

42

You might also like