You are on page 1of 12

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SRK ST

JOHN, guru-guru dan murid-murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput
saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan ceramah tentang isu
jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini kepada semua warga sekolah
dan ibu bapa sekalian.

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak zarahzarah kecil ( saiz mikron)

yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan

terapung-apung di udara. Zarah-zarah ini mungkin berasal secara semula


jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia yang tidak
bertanggungjawab. Apabila zarah-zarah ini wujud dalam kuantiti yang
banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari
ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan
mata kasar.
Terdapat pelbagai punca jerebu, pembakaran merupakan faktor yang paling
dominan. keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu
panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan
sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana
fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Kejadian
jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 2013 baru-baru ini adalah
disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran, Sumatera. Negeri
Johor,

terutamanya

daerah

Muar (telah

disytiharkan darurat

kerana

mencatat bacaan IPU 400 ke atas) telah terjejas teruk akibat daripada
fenomena ini. Pembakaran terbuka di Sumatera nyata telah membawa
padah apabila api sukar dikawal dan membakar sebahagian besar kawasan
hutan. keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga

boleh

menyebabkan

tumbuh-tumbuhan

terbakar

dengan

sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana


fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini.
Oleh kerana Sumatera agak berdekatan dengan Semenanjung Malaysia
maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan.
Asap

daripada

pembakaran

ini

telah

meliputi

negeri

pantai

barat

semenanjung dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Malaysia terpaksa


menghantar bantuan kepada Sumatera dan Indonesia untuk memadam
kebakaran ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghantar
anggotanya untuk memadam kebakaran tersebut. Situasi ini bukan sahaja
mendatangkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang
berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina juga tercemar.
Akibatnya pembakaran ini telah mewujudkan gas Karbon Monoksida iaitu gas
yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu
jangka masa yang panjang.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa


kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran
terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti
sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran
terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas
untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah
atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan
mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap
daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa
kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami
padi

untuk

membersihkan

kawasan

sawahnya

sebelum

melakukan

penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini
tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan

meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini


melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan
sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Ada pula
sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan
kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula.

Hadirin Sekalian,
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia.
Kenderaan bermotor gas beracun seperti karbon monoksida menyumbang
kepada kemerosotan kualiti udara. Kenderaaan yang tidak dilengkapi
pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan
dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan

kenderaan

tidak

bergerak

tetapi

mengeluarkan

asap

pencemar paip ekzos. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai


yang memenuhi udara yang berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di
lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Gas-gas yang
dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya
terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini
bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan
raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di
lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan
udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang
tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak
bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang
lumayan demi kemajuan negara. pengeluaran asap yang tidak terkawal dari
kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan
minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar
juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri
seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian
ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan
kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa
industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan
kayu biasanya dilupuskan melalui pembakaran.

Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar,


melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang
dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat
penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka.
Asap-asap yang dikeluarkan tersebut mengandungi sulfur dioksida dan
nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai
dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh memburukkan lagi masalah
pencemaran udara dan jerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang
tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan
keadaan jerebu di negara kita lagi.
Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena ElNino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat
secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah

dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan
mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan
seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas
ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan
keadaan yang berjerebu. Semasa cuaca panas atau El-Nino melanda, banyak zarahzarah terampai berterbangan di udara di mana peredaran angin yang lemah, cuaca panas
dan kekurangan hujan juga boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu tempatan.
kesan fenomena El Nino kuat yang berlaku juga berpotensi mengurangkan jumlah taburan
hujan di mana pada bulan ini, seluruh kawasan akan mengalami keadaan cuaca kering
dengan jumlah taburan hujan di bawah paras purata.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung


berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang
telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara. Letusan
gunung berapi mengeluarkan bahan-bahan pencemaran , gas serta debu
dalam kepekatan yang tinggi. Letupan gunung berapi Pinatubo di Luzon
Filipina pada l991 menyebabkan hampir seminggu kepulauan Asia Tenggara
dilanda cuaca jerebu malah debu dan asapnya di kesan hingga ke
Kampuchea.

Hadirin yang dihormati,


Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk
kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Molekulmolekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak
elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih
teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asma. Mereka mungkin akan
mengalami masalah sesak nafas. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan
badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Secara fizikalnya kita
akan merasa perit serta pedih pada mata dan tekak apabila berhadapan
dengan jerebu. Tetapi jerebu mampu membawa kepada penyakit yang lebih

kritikal. Golongan yang berisiko tinggi terhadap kesan jerebu adalah kanakkanak ,orang tua ,mereka yang mengalami penyakit bronkitis, radang paruparu, penyakit paru-paru yang kronik dan penyakit

jantung . p Selain itu

perokok dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah akan
mendapat impak yang negatif akibat jerebu yang melanda.

Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah
menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke
bumi. Ia sekaligus mengehadkan penglihatan kita yang berkemungkinan
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Bahkan ia turut membuatkan
mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling anda dipenuhi dengan gas
beracun dan berbahaya untuk kesihatan.
Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun
jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri
ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun,
seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema,
sakit dada dan juga bersin.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang mungkin akan terkena
kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu seperti terasa gatal-gatal di
bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Kulit badan yang terdedah kepada
udara dan mata juga akan terasa gatal-gatal akibat jerebu .
Para hadirin sekalian,
Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai
supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan
kesihatan akibat jerebu. Sekiranya anda mengalami simptom- simptom atau

gejala yang diterangkan sebentar tadi, bersegeralah mendapatkan rawatan


dan nasihat doktor di klinik berhampiran Orang ramai agar sentiasa
mengambil langkah-langkah pencegahan. Bagi golongan berisiko tinggi
(kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihatkan supaya
mengehadkan aktiviti di luar rumah.
Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada
di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

Orang

ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan serta aktiviti-aktiviti


yang lasak di luar rumah. Selain itu, penutup hidung (nasal mask) hendaklah
digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar
bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang
dalam kumpulan berisiko tinggi. Perokok dinasihatkan mengambil inisiatif
supaya berhenti merokok jika tidak ia akan memudaratkan lagi kesihatan.
Hadirin juga dinasihatkan supaya sentiasa mencuci muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih selepas
melakukan/menghadiri aktiviti luar. Mereka yang menggunakan kenderaan
yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penyaman udara
dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. apabila memandu,
dan menutup semua tingkap bagi mengelakkan haba memasuki kereta.
Sentiasa meminum air kosong yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 8
gelas sehari.
Selain itu, . Jika mampu, digalakkan memasang alat pendingin hawa dan
penapis udara (air filter/purifier) di rumah. Penapis udara yang berkecekapan
yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia boleh menghalang kebanyakan
partikel

halus

yang

berkaitan

dengan

asap

dan

seterusnya

boleh

mengurangkan jumlah pencemaran udara dari luar rumah masuk ke dalam


rumah. Pendidikan kesihatan dan informasi terkini mengenai kesihatan dan
jerebu boleh didapati secara berterusan melalui risalah-risalah, hebahan TV
dan radio serta pelbagai laman sesawang atas talian.

Sebagai contoh,

menerusi

laman

sesawang

Kementerian

Kesihatan

Malaysia

www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan).


Hadirin yang dihormati,
Pelbagai

langkah

untuk

mengatasi

mengurangkan masalah kesihatan

jerebu

harus

diikhtiarkan

bagi

orang ramai serta dapat menjamin

keselamatan semua. Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan


segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara
besar-besaran diperlukan.

Jabatan Alam Sekitar perlu menguatkuasakan

undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar 1974 .


Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar
sampah sarap secara terbuka dan pemaju kilang yang membiarkan
pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang
berat setimpal dengan perbuatan tidak beretika dan bertanggungjawab
mereka. Mereka harus menerima pengajaran supaya lebih peka dan
bertimbang rasa terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana bak
kata pepatah sudah terhantuk baru tengadah. Di samping itu juga undangundang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang
sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh
membantu mengurangkan masalah jerebu.
Bahan

pencemaran

udara

haruslah

dikurangkan

untuk

mengelakkan

masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbon


dioksida, karbon monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan
berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan
jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bacaan
Indeks

Pencemaran

Udara

(IPU)

haruslah

disekat

atau

dikurangkan.

Perkongsian kereta untuk menuju sesuatu destinasi harus dipraktikkan bagi


mengurangkan

pembebasan

gas

karbon

monoksida.

Penggunaan

pengangkutan awam seperti bas dan monorel juga amat digalakkan.

Jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan


hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak
Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah
melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah
Klang yang sering kali dilanda jerebu. Secara umumnya, pembenihan awan
merupakan suatu proses untuk mempercepatkan penurunan hujan. Larutan
garam biasa (NaCl) yang diangkut oleh pesawat udara dan disembur ke
dalam awan. Seterusnya, pembakaran higroskopik flare (campuran NaCl, KCl
dan MgO) yang dipasang pada sayap pesawat kecil dan terbang di bawah
dasar awan. Proses ini bertujuan mempercepatkan pembentukan titisantitisan air daripada wap air sehingga mencapai saiz yang cukup besar dan
berat dan akhirnya akan turun sebagai hujan. Air hujan yang terhasil adalah
sama seperti hujan biasa.

Isu jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran


Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks
haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilangkilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Masalah

jerebu

juga

boleh

diselesaikan

melalui

persepakatan

dan

persefahaman bersama antara negara jiran dan pada peringkat global


diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Rancangan

usahasama

yang bijak

Malaysia bagi membantu negara jiran.


memadam

api

merentasi

sempadan

telah dicadangkan oleh kerajaan


Operasi Haze merupakan misi
terbesar

dalam

sejarah

yang

membabitkan anggota pemadam api Malaysia yang menyeberangi ke negara


sebelah untuk membantu memadam kebakaran.Operasi ini merupakan misi
memadam api terbesar dalam sejarah di mana pasukan bomba Malaysia
berjuang untuk memadamkan api di sepanjang Sumatera dan Kalimantan
selama lebih dari 25 hari. Pasukan pemadam api juga berhadapan dengan
halangan besar dengan jumlah bilangan api yang dihadapi. Walaupun
terdapat masalah, operasi ini merupakan satu kejayaan besar dalam
menangani pembakaran hutan. Tanpa kerjasama semua pihak usaha ini tidak
akan berkesan.
Kempen MyHijau adalah satu usaha baik kerajaan alam memperkasakan
teknologi hijau yang bersih dan lestari. Kerajaan juga menjalankan kempen
hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah
mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau membantu menyerap
karbon dioksida di udara.
Selain itu, peranan ibu bapa amat kuat dan penting dalam konteks ini. Ibu
bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkahlangkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika
mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih
dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka
yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka,
mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya
sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi
satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, alah bias tegal biasa.
Sebagai kesimpulan, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan
yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses

alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding


dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Isu jerebu ini tidak
seharusnya dibiarkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk diselesaikan,
sebaiknya seluruh rakyat perlu memberi komitmen dan peranan masingmasing.,

Semua

penduduk

bumi

haruslah

berganding

bahu

untuk

menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya


masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Kita tidak wajar hanya akur
dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu
diambil sebelum masalah tersebut berada di luar kawalan persis kata orang
tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur.

Sekian sahaja ceramah saya pada pagi ini, saya akhiri dengan ucapan terima
kasih.
(2504 patah
perkataan)

Rujukan
1.Jamal.H.H

&

Zalina.H.

1994.

Jerebu

Dan

Impak

Kesihatan:Satu

Penilaian.Buletin Kesihatan Masyarakat.Jilid 1.Bil 2.


2.Norhalim Mohd.1998. Cadangan pengurangan Jerebu.
3. Haliza Abdul Rahman. 2013. Haze Phenomenon in Malaysia: Domestic or
Transboudry

Factor?.

International

Journal

Conference

on

Chemical

Engineering and its Applications (ICCEA'13) Sept. 28-29, Phuket (Thailand).


4. Ayyappan Palanissamy . 2013..Haze Free Air In Singapore And Malaysia
The Spirit Of The Law In South East Asia. International Journal of Education
and Research Vol. 1 No. 8.

5. LU Kai, QIN Yu, HE Guang Xue, and George F. Gao. 2013.Perspective The
Impact of Haze Weather on Health: A view to Future.Biomed Environ Sci,
2013; 26(12): 945-946 .Chinese Center for Disease Control and Prevention,
Beijing .
6,http://www.efka.utm.my.

You might also like