You are on page 1of 5

Tugasan 1

Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas

Pengurusan dan Pentadbiran merujuk kepada proses perancangan,


penyusunan,pengarahan,
menggunakan

dan

semua-sumber

pengawalan

usaha

organisasi

ahli-ahli

organisasi

untuk mencapai

dan

matlamat

organisasi .Pentadbiran atau pengurusan sangat penting dalam sesebuah


organisasi. Hal ini kerana pentadbiran dan pengurusan yang akan menggerakkan
organisasi untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pengurusan dan
pentadbiran yang cekap akan memudahkan organisasi mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.

Sekolah sebagai organisasi pendidikan juga tidak terkecuali

daripada pengurusan dan pentadbiran. Pengurusan dan pentadbiran sekolah juga


tidak banyak berbeza dengan organisasi lain.

Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) mempunyai sistem pengurusan


dan pentadbiran yang berbeza dengan kelas aliran perdana di sekolah. Pengurusan
dan pentadbiran PPKI yang berbeza dengan pentadbiran sekolah bertujuan untuk
meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan pentadbiran untuk mengawal dan
mentadbir PPKI dengan lebih baik dan tidak terganggu dengan kelas aliran perdana.
Satu jawatankuasa yang diketuai oleh guru besar perlu dibentuk bagi memudahkan
pengagihan tugas kepada guru-guru pendidikan khas. Ahli-ahli Jawatankuasa
termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru disiplin, guru stok,
guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.

Penasihat
(Guru Besar)
Pengerusi
Penolong Kanan
Pendidikan Khas
Naib
Pengerusi 1
Penolong
Kanan
Pentadbiran

Naib
Pengerusi 2
Penolong
Kanan Hal
Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3
Penolong Kanan
Kokurikulum

Penyelaras
Kanan
Pendidikan
Khas
Penolong
Penyelaras
Guru Pendidikan
Khas

Setiausaha
Guru
Pendidikan
Khas
Bendahari
Guru
Pendidikan
Khas
Ahli
Jawatankuasa
Guru
Pendidikan
Khas

Rajah 1: Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Program Pendidikan Khas Di Sekolah


Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK), dan
Penyelaras Program Pendidikan Khas merupakan barisan kepimpinan yang akan
mengendalikan pentadbiran dalam organisasi sekolah. Pentadbir akan merancang
dan menyusun strategi bagaimana untuk mentadbir program pendidikan khas
integrasi serta mengarah dan mengawal program pendidikan khas seperti yang
dikehendaki oleh pentadbir. Ahli-ahli jawatankuasa yang berada dibawah pentadbir
akan berperanan untuk membantu pihak pentadbir untuk melaksanakan pelbagai

rancangan dan program-program dalam usaha program pendidikan khas integrasi


untuk mencapai matlamat visi dan misi yang telah ditetapkan. Dalam usaha
mencapai visi dan misi pendidikan khas, komitmen yang tinggi diperlukan dari para
pentadbir dan guru-guru pendidikan khas.
Beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi melicinkan lagi pentadbiran program
pendidikan

khas.

Jawatankuasa-jawatankuasa

tersebut

ialah

jawatankuasa

kurikulum pendidikan khas,jawatankuasa program inklusif dan jawatankuasa disiplin


pendidikan

khas.

Penubuhan

jawatankuasa

itu

bertujuan

untuk

menyelia

pelaksanaan program-program yang berkaitan.


Bagi melicinkan lagi pentadbiran,terdapat beberapa perkara yang perlu
dilaksanakan. Pertama, mesyuarat jawatankuasa pendidikan khas perlu diadakan
sebanyak 4 kali setahun dan perlu difailkan jawatankuasa pendidikan khas.
Mesyuarat ini penting untuk memastikan kesemua ahli jawatankuasa melibatkan diri
secara aktif dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program yang dirancang
untuk program pendidikan khas. Mesyuarat juga penting untuk memaklumkan
kepada semua ahli jawatankuasa dan pentadbir mengenai maklumat-maklumat
terbaru serta membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
permasalahan yang timbul. Bagi mensyuarat dengan para ibubapa murid pula,
mesyuarat itu perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk
menjalinkan hubungan dengan ibubapa disamping memaklumkan kepada mereka
maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan anak mereka dan sekolah.
Penyelaras Program Pendidikan Khas memainkan peranan yang besar sebagai
guru yang menjadi tunjang utama menggerakkan program pendidikan khas.
Penyelaras yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu:

o
o
o
o
o
o
o

Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas


Daya kepimpinan
Perwatakan
Komitmen atau kesungguhan
seniority
Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain
Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Penolong penyelaras pendidikan khas juga dilantik bagi membantu penyelaras


pendidikan khas. Beza antara penolong penyelaras dengan penyelaras ialah
penyelaras akan diberi surat lantikan manakala penolong penyelaras tidak diberi
surat lantikan.

Selain itu,beberapa pentadbiran umum juga perlu dilaksanakan. Antaranya


ialah,

membentuk

sekolah,menganggotai

dan

menggerakkan

jawatankuasa

jawatankuasa

kurikulum,

pendidikan

kokurikulum

dan

khas

kewangan

peringkat sekolah,menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan


guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti
kelas pendidikan khas sepanjang tahun,memberi taklimat kepada pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas, menyampaikan
maklumat dan dapatan mesyuarat penyelaras bersama dengan ketua unit
pendidikan khas, jabatan pelajaran negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guruguru pendidikan khas,memastikan fail-fail kelas pendidikan khas yang berkaitan
diwujudkan dan sentiasa dikemaskini.
Guru-guru pendidikan khas juga perlu menjalankan pengurusan kewangan
pendidikan khas, pengurusan kelas, pengurusan jadual waktu, dan pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran. Bendahari memainakan peranan penting dalam
pengurusan kewangan. Bendahari perlu Menyediakan penyata akaun untuk
merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung kelas pendidikan khas,
mengemas kini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan dan
membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas. Pengurusan kelas pula melibatkan keceriaan dan kebersihan
kelas serta memastikan kelas dibuka dan ditutup pada waktunya sepanjang waktu
persekolahan. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran pula berkaitan dengan
rekod prestasi murid-murid dan mengenalpasti murid-murid yang layak untuk
mengikuti program inklusif.Pentadbiran program pendidikan khas juga melibatkan
pendaftaran masuk murid pendidikan khas yang baru,pertukaran murid, dan
Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas.

You might also like