You are on page 1of 5

Format Surat Kiriman Rasmi

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )_______________________

Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)
(selari dengan nama negeri)

Tarikh :

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)


Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.
( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan
sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.
( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan ,
misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)


__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )

Karangan Lengkap

Pasukan Bola Jaring,


Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.

Encik Musa Bin Hassan,


Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
24 APRIL 1998.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau
ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2.
Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon
bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk
menghadapi perlawanan yang akan datang.

3.
Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang
kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4.
Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih
sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Widyawati


( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.

Format Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi


CONTOH SOALAN
Seorang sahabat pena anda telah mendapat tahu tentang usaha-usaha gigih Malaysia dalam
mengatasi masalah perkauman. Beliau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung
dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah tersebut. Jawab
surat sahabatandaituselengkapnya.

ALAMAT PENGIRIM & TARIKH


110, Taman Kencana,
Jalan Matahari Terang,
O5300 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
24 April 2009

PEMBUKA KATA

Menemui sahabatku yang diingati, Mohd Ariff semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.
Saudara Mohd Ariff, >>>>>> KATA GANTI DIRI PENERIMA
Saya berasa gembira menerima surat daripada saudara dan telah pun memahami isi kandungannya. Seperti
yang saudari maklum, kerajaan Malaysia berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah perkauman, namun
sebenarnya memupuk perpaduan secara total amatlah rumit. Hal ini demikian kerana Malaysia terdiri daripada
masyarakat majmuk dan mereka pula sudah lama diajar hidup berpuak-puak sejak zaman imperialisme dahulu.
Tambahan pula, amalan hidup, kepercayaan, adat, dan cara hidup yang berbeza menyebabkan terhalangnya
kegiatan hidup bersama.

Saudara Mohd Ariff,


Selepas merdeka, kerajaan menyedari bahawa wujudnya perpecahan kerana terdapat kegiatan
ekonomi mengikut kaum dan sektor. Umpamanya, kaum Cina dengan aktiviti perniagaan, hidup
mewah serta tinggal di bandar. Orang Melayu pula terlibat dalam bidang pertanian, miskin, dan tinggal
di luar bandar. Manakala, kaum India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet-estet. Jurang
perbezaan ekonomi ini menjadi punca masalah perkauman. Ekonomi negara yang hanya dikuasai
oleh sesuatu kaum akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati di kalangan kaum-kaum yang lain.
Keadaan yang sedemikian menyebabkan kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang bermatlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Selepas tamat
tempoh DEB tahun 1990, langkah-langkah tersebut memerlukan susulan, lalu kerajaan mewujudkan

pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang antara lainnya bertujuan untuk menyusun ekonomi
secara lebih sistematik.
Saudara Mohd Ariff,
Melalui langkah-langkah sosial pula, kerajaan berusaha mewujudkan kegiatan sosial secara
bersama seperti sukan, permainan, pertubuhan belia, rukun tetangga, dan terkini melalui program
Rakan Muda. Kerajaan juga menekankan pentingnya semangat kejiranan, bergotong-royong dan lainlain aktiviti kemasyarakatan. Pada musim-musim perayaan pula, kita digalakkan kunjung-mengunjungi
antara satu sama lain. Pendekatan sosial ini diharap dapat mewujudkan sikap saling memahami,
menghormati, dan toleransi antara sesama kaum.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh kerajaan adalah melalui sistem pendidikan. Melalui
Sistem Pendidikan Kebangsaan terutamanya, telah dirancang satu sistem yang seragam dan
menyeluruh berteraskan cita-cita kebangsaan. Ini termasuklah menjadikan bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan, diikuti sukatan pelajaran dan corak peperiksaan yang sama. Dengan ini, akan
lahirlah masyarakat yang sama dan seragam dan seterusnya tersemailah semangat perpaduan di
kalangan penduduk.
Untuk pengetahuan saudari, sistem politik negara ini berasaskan konsep Demokrasi Berpalimen.
Ini bererti kita bebas bercakap, mengeluarkan pendapat, dan bebas berpolitik. Namun kebebasan ini
hendaklah tidak sampai menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyentuh isu perkauman.
Tambahan pula perkara-perkara yang sensitif yang akan menyemarakkan lagi semangat perkauman.
Oleh yang demikian, kerajaan boleh mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat mengikut
Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri OSA dan (ISA).
Saudara Mohd Ariff,
Sebenarnya, usaha-usaha mengatasi masalah perkauman adalah amatlah sukar. Walau
bagaimanapun, melalui usaha yang bersungguh-sungguh, cita-cita tersebut pasti akan tercapai. Di
samping itu, rakyat yang bernaung di bawah langit Malaysia hendaklah sanggup berkorban, saling
memahami, dan turut bekerjasama bagi menjayakan cita-cita perpaduan negara.
Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini. Jika umur panjang, kita jumpa lagi. >>>PENUTUP
PENGAKUAN & TANDATANGAN PENGIRIM

Yang Ikhlas,
...............................................
(MOHD THORIQ B OTHMAN)

You might also like