You are on page 1of 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya,Low Jia Kang meneruskan Perniagaan Sunshine Phone pada 1


Ogos 2014 dengan modal sebanyak RM 143 000.Perniagaan saya
adalah milikan tunggal yang menjual telefon bimbit dan aksesori yang
canggih seperti Iphone 6,Samsung Galaxy dan earphone.Saya dibantu
oleh lima orang pekerja,iaitu Cik Alice,Cik Isabella,Cik Ruby,Cik
Angelababy dan Encik Johnson.Gaji seorang pekerja ialah RM 1 000
sebulan.

Saya memilih untuk meneruskan perniagaan yang menjual telefon


bimbit dan aksesori kerana:a)Perniagaan yang menjual telefon bimbit dan aksesori di lokasi
perniagaan saya amat kurang.
b)Mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk
setempat.
c)Mampu memperolehi stok dari agen pembekal yang boleh dipercayai
dengan harga yang berpatutan.

Saya amat yakin bahawadengan meneruskan perniagaan milikan


tunggal yang menjual telefon bimbit dan aksesori,saya dapat
memperolehi keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi
permintaan orang ramai pada era sains dan teknologi ini.

Saya faham dengan melibatkan diri di dalam perniagaan yang menjual


telefon bimbit dan aksesori akan terpaksa menghadapi risiko-risiko
seperti persaingan,perkembangan bidang telefon bimbit dan aksesori
yang pesat dan menanggung sendiri segala kos dan kerugian.Namun
begitu,saya akan tetap tabah berusaha,berhati-hati dalam menghadapi
segala cabaran demi mencapai matlamat keuntungan perniagaan.

You might also like