You are on page 1of 12

Tingkah Laku Bermasalah

1.0 Pengenalan

Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang wujud akibat kekurangan
keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan
situasi dalam alam persekitarannya. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan
kehidupannya.

G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk “ What Control Our Behavior ” (Nov.1946) pula
menegaskan bahawa;

“ Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada seseorang
dan dianggap penting dan kepuasan yang ia dapati dalam kehidupan sehari-hari.
Setiap individu inginkan kefahaman prestij dan peluang untuk berbakti. Yang lebih
penting ialah pengekalan keseimbangan emosi diperlukan supaya hidup setiap
individu menjadi bermakna kepadanya, yang ia dapati dari peluang untuk mencari
pernyataan yang memuaskan hati bagi nilai rohaninya ”.

Di bawah konteks pendidikan, menurut Kerr dan Nelson (1989), tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau pun
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah ini boleh diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma
sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya, bertentang dengan tingkah laku normal yang
lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh berupa positif atau negatif. Tingkah laku
bermasalah positif yang telah dikenalpasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar
belajar, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif, iaitu tingkah laku
Tingkah
distruktif, disruptif, dan bergantung, Laku Bermasalah
termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran
diri, dan pengasingan diri.

Oleh itu, seorang guru harus peka dan berempati pelajarnya yang mempunyai tingkah laku
bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi serta teknik yang sesuai untuk
Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku Bermasalah Positif
memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah
yang konduksif dan mementingkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Tingkah Laku


Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Tingkah Laku

Sebagaimana yangdisruptif
bergantung dihuraikan, tingkah laku bermasalah adalah diklsifikasikan
distruktif ingin tahu kepada dua
kategori yang utama, iaitu tingkah laku bermasalah positif dan bermasalah negatif.
(lihat rajah 1) cepat belajar
 Kebimbangan  hiperaktif negatif,
Tingkah laku bermasalah  Permusuhan
iaitu tingkah laku distruktif, disruptif, dan bergantung,
pintar cerdas
 Pergantungan  bising nyata
termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri, dan pengasingan diri. Manakala,
berlebihan  bergerakpositif  vandalisme
sesuka merangkumi
tingkah laku bermasalah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar
proaktif
 Pengunduran diri hati  kumpulan liar
belajar, dan proaktif.
 Pengasingan diri  ketawa kuat  klik
 agresif secara  geng
Jenis-jenis
lisan / fizikal Tingkah Laku Bermasalah
1 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
Rajah 1 Ilustrasi Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
3.0 Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaitu tingkah laku
bergantung, disruptif, dan distruktif yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

3.1 Tingkah Laku Yang Menghalang : Bergantung

Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak selalunya akan menyebelahi dan
melindungi anak-anak mereka atas kesalahan yang dilakukan anak-anak itu. Dengan
bersikap demikian kanak-kanak itu akan mengalami masalah tingkah laku seperti degil,
sombong, suka melawan, lekas meradang dan agresif.

3.1.1 Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku bergantung ialah :-

i. cara pengasuhan anak yang sering mengamalkan perlindungan melampau


hingga membentuk tingkah laku yang kurang keyakinan, konsep kendiri
rendah serta tidak dapat berdikari.
ii. Tingkah laku yang menghalang pelajar sendiri belajar ialah tingkah laku
bergantung yang biasanya disebabkan oleh pelajar sendiri.

2 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
iii. Tingkah laku bergantung ini merupakan kelakuan di mana seseorang itu sangat
bergantung kepada rakan sebaya atau guru untuk menolongnya menyelesaikan
masalah pembelajaran dan menyempurnakan tugasan sekolahnya.
iv. Kecerdasan yang rendah merupakan faktor yang menyebabkan pembentukan
tingkah laku bergantung.
v. Oleh sebab emosi mereka sentiasa dalam keadaan cemas, bimbang dan rasa
kurang selamat serta pencapaian aktiviti mereka terlalu rendah. Tingkah laku
jenis ini dikenali sebagai pergasingan diri.

3.1.2 Terdapat 3 Kategori Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku Bergantung.

i. Pergantungan berlebihan
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah hingga amat bergantung
kepada guru atau rakan sebaya untuk menolongnya atau untuk menjalankan
seuatu tugasan atau membuat satu-satu keputusan.

 Ciri-ciri tingkah laku bergantungan

 amat bergantung pada orang lain


 tidak boleh berdikari
 tidak berupaya membuat keputusan sendiri
 mudah mengikut percakapan orang lain
 senang dipengaruhi
 pendirian kurang tegas
 sering mengalami kebimbangan dan tekanan
 kurang atau tidak berkeyakinan
 ketenteraman jiwa terjejas

ii. Kebimbangan
Sesuatu perasaan kurang senang yang disebabkan pra alamat bahawa sesuatu
yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi
ketakutan. Pelajar yang kurang berkeyakinan diri hingga rasa takut menyertai
aktiviti pembelajaran.

 Ciri-ciri Kebimbangan

 berkait rapat dengan ketakutan


 tidak dapat menerangkan sebab sebenar
 sukar mengenal pasti faktor penyebab
 terlalu banyak remalan
 takut menghadapi kenyataan
 takut menerima risiko
 akan menghadapi kehilangan sesuatu / idea

iii. Pengunduran Diri


Pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam
sesuatu situasi baru hingga membina tingkah laku helah bela, demi
mengelakkan diri daripada aktiviti pembelajaran atau permainan di sekolah.

3 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
 Sebab-sebab pengunduran diri

 helah bela diri untuk berfikir serta mencari penyelesaian kepada


sesuatu masalah
 tidak berupaya untuk menjawab kerana tidak mempunyai kemahiran
yang diperlukan

3.1.3 Cara Mengatasi Tingkah Laku Bergantung Dalam Pembelajaran

 Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar


 Mengamalkan sikap penyayang
 Menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan
 Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar
 Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan pelbagai
kebolehan

3.2 Tingkah Laku Yang Menghalang : Disruptif

Tingkah laku yang mengganggu atau menghalang merupakan tingkah laku disruptif
yang boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku disruptif ini ialah kekurangan
matangnya pelajar sendiri. Masalah kesihatan pelajar disebabkan makanan yang
menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu
bapanya atau pun iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula
menggalakkan tingkah laku disruptif berlaku.

3.2.1 Jenis-jenis Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku.

a. Hiperaktif
Merupakan keadaan individu yang terlampau aktif jika dibandingkan
dengan keadaan biasa. Ia mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau
makanan yang mengandung bahan awet, bahan warna atau salisilat.

 Ciri-ciri pelajar yang mengalami hiperaktif ialah:-

 Pelajar yang tidak dapat duduk diam tetapi sering bergerak di sana sini,
membuat bising, ketawa kuat, tolak-menolak serta melakukan sesuatu tiba-
tiba tanpa memikirkan akibatnya.
 Pelajar yang biasanya menghadapi masalah kesihatan disebabkan makanan
yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil emosinya yang
diwarisi daripada ibu bapanya
 Gemar memulakan banyak tugasan atau aktiviti tetapi jarang
menyempurnakannya.

4 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
b. Kelakuan nakal

Punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku disruptif ini


ialah penyampaian guru kurang menarik atau pun terlalu sukar difahami oleh
pelajar yang berkenaan.

 Pelajar yang tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran di dalam
bilik darjah
 Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru akan membuat bising, tidak dapat duduk diam dan
bergerak ke sana ke mari mengganggu pelajar lain, ketawa terbahak-bahak
atau pun menunjukkan ciri agresif fizikal dengan menolak atau menumbuk
pelajar lain di dalam bilik darjah.

3.2.2 Cara Mengatasi Tingkah Laku Yang Mengganggu Dalam Pembelajaran.

 Menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat bantu


mengajar yang menarik perhatian pelajar.
 Menggunakan teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat pelajar.
 Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut kebolehan pelajar
 Menguruskan bilik darjah dengan membina iklim bilik darjah yang
kondusif dan selesa

3.3 Tingkah Laku Anti Sosial : Distruktif / Permusuhan nyata

Tingkah laku anti sosial merupakan salah satu jenis tingkah laku permusuhan nyata.
Pelajar yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata ialah pelajar yang mempunyai
konsep kendiri yang negatif di mana terdapat tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan
untuk menyakiti atau melukai seseorang.

3.3.1 Pemusuhan Nyata

Disifatkan sebagai tingkah laku masalah negatif kerana :-

a. Pemusuhan Nyata – Suatu Trait Biologi

 menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita


 mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang
 merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut

b. Permusuhan Nyata – Disebabkan Kekecewaan

 akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan

5 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
c. Permusuhan Nyata – Dipelajari

 daripada individu yang berhampiran


 ibu bapa yang agresif
 ibu bapa yang sering menghukum anak mereka

 daripada sikap masyarakat


 sikap agresif ditentang dengan sikap agresif
 Tingkah laku kumpulan jahat atau kumpulan klik yang
dikenali geng yang mengugut atau menumbuk guru,
mencalar kereta, atau melepaskan udara daripada kereta guru
 Tingkah laku vandalisme seperti suka merosakkan
kemudahan fizikal sekolah
 Sekolah yang menggunakan pendekatan disiplin yang
autokratik dan kurang adil juga menjadi punca yang
menyebabkan pelajar memberontak dengan menyertai
kumpulan liar atau geng untuk membalas dendam terhadap
guru

 dari Televisyen / Media Massa


 dipengaruhi tayangan TV yang negatif seperti filem
keganasan

3.3.2 Cara Mengatasi Tingkah Laku Anti Sosial Dalam Pembelajaran.

i. Menggunakan teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturan-


peraturan sekolah dan garis panduan displin sekolah
ii. Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar yang berkenaan
telah memahami dan rela menerima hukuman tersebut berkaitan dengan
kesalahannya
iii. Adakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memujuk pelajar menukar tingkah
laku distruktif yang tidak diingini
iv. Mengajar pelajar dengan sifat penyayang dan peramah
v. Menerapkan dan memupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar
vi. Menganjurkan kursus motivasi untuk membina kendiri positif serta keyakinan
diri

Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaiitu tingkah laku
bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif, tingkah laku bergantung
merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu pelajar lain.
Sebaliknya, tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga
membahayakan pelajar lain kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan
akibatnya.

6 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
Manakala, tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat merbahaya
kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang
lain dan kemudahan-kemudahan sekolah.

4.0 Tingkah Laku Bermasalah Positif

Di antara tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti ialah ingin tahu, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

4.1 Tingkah Laku Bermasalah Ingin Tahu

i. Murid-murid yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa mengemukakan


soalan dan tidak penat berusaha mencuba
ii. Tingkah laku ingin tahu ini menjadi masalah apabila mereka mengganggu
aktiviti pengajaran ataupun mencuba sesuatu yang membawa kerosakan, di
samping membahayakan diri atau orang lain

4.2 Tingkah Laku Bermasalah Cepat Belajar

i. Mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai maklumat, kemahiran


dan ilmu pengetahuan lebih cepat daripada murid-murid normal
ii. Tingkah laku cepat belajar menjadi masalah apabila mereka gunakan masa
lapang mengganggu murid-murid yang lain semasa belajar

4.3 Tingkah Laku Bermasalah Pintar Cerdas

a. Murid-murid pintar cerdas biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:-

i. Mempunyai darjah kecerdasan ( IQ ) yang tinggi


ii. Mempunyai bakat mencipta dan membaca
iii. Pemikirannya kreatif dan bertindak pantas
iv. Berbakat dalam satu atau beberapa jenis kesenian
v. Mempunyai sifat ingin tahu dan persepsi yang kuat
vi. Memperoleh motivasi yang amat kuat
vii. Suka mengambil insiatif dan tindakan sendiri
viii. Mempunyai perasaan afektif dan sentiviti yang tinggi

b. Murid-murid pintar cerdas menjadi masalah apabila mereka mencuba sesuatu


yang membahaya, merasa bosan dan mengganggu pelajaran di bilik darjah.
Mereka juga bersikap sombong dan memandang rendah murid-murid lain serta
mencabar kewibawaan guru atau melakukan sesuatu di luar jangkaan.

4.4 Tingkah Laku Bermasalah Proaktif

7 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
i. Mempunyai sifat yakin diri, aktif dan suka bertindak atau mengambil inisiatif
sendiri

ii. Mereka terlalu yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang berbahaya, tidak
dengar nasihat guru atau bertindak dahulu tanpa mengikuti arahan atau tunjuk
ajar guru

4.5 Cara Mengatasi Masalah Tingkah Laku Positif

i. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lengkap dan


sesuai serta lebih mencabar bagi murid-murid pintar cerdas
ii. Menguruskan aktiviti pengayaan dalam aktiviti kumpulan bagi murid-murid
cepat belajar, ingin tahu dan pintar cerdas
iii. Melantik murid-murid proaktif sebagai pemimpin dalam kumpulan
iv. Mengajar dengan cara menarik serta penuh keyakinan
v. Melibatkan murid-murid yang mempunyai tigkah laku bermasalah positif
secara sepenuhnya dalam aktiviti P&P
vi. Gunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan untuk mengajar
mereka yang mempunyai tingkah laku bermasalah positif
vii. Memberi arahan yang jelas dan tegas tentang cara mengendalikan alat, radas,
bahan dan perkakas di makmal atau bengkel
viii. Mempelbagaikan latihan agar mereka tidak cepat merasa bosan.

5.0 Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pengurusan tingkah laku yang dinyatakan
di atas

i. Menukar Persekitaran Fizikal


 kedudukan tempat duduk murid
 ABM yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar
 gunakan muzik latar semasa membuat aktiviti
 mempelbagaikan suasana tempat belajar seperti di luar bilik darjah

ii. Ubahsuai Program Pengajaran


 memberi latihan yang lebih mudah kepada murid berpencapaian rendah
 strukturkan pengajaran supaya ada ruang untuk berehat
 ubah topik jika murid kelihatan bosan
 minta bantuan guru lain untuk memperbaiki program
 adakan beberapa inisiatif untuk murid yang berjaya menyudahkan tugasan

iii. Guru Menukar Tingkah Laku Sendiri


 lebih berempati dan berusaha
 pelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
 menggalakkan murid memuji sesama sendiri atas kejayaan walaupun kecil
8 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
iv. Penggunaan Ganjaran dan Dendaan Dengan Berkesan
 perlaksanaannya hendaklah konsisten
 adil dan bersesuaian dengan kesalahan

v. Kualiti Guru
Untuk berjaya menangani kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku guru
perlu:-

 mampu mentafsir tingkah laku muridnya


 dapat bantuan daripada rakan sejawat serta pihak pentadbiran
 mempunyai sikap positif terhadap murid-murid dan pendidikannya
 mampu merancang dan melaksanakan program pengurusan tingkah laku
 sabar, bertoleransi, tetapi tegas dan tekal serta tidak mudah kecewa jika
mengalami kegagalan
 tidak mengharapkan orang lain untuk mengubah tingkah laku muridnya,
guru sendiri harus mempunyai rasa tanggung jawab untuk memperbaikinya

6.0 Kesimpulan

Mengikut Skinner (19530, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan
adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku
operan ini boleh diajar dan dipelajari melalui stimulasi yang sesuai dan diberi sebaik sahaja
wujudnya tingkah laku operan itu. Stimulasi ini dinamakan oleh Skinner sebagai “peneguhan”.

Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

Peneguhan positif ialah stimulasi yang boleh menambah keberangkalian berulangnya


sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik
sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Manakala Thorndike merumuskannya sebagai
sesuatu yang memuaskan. Maka peneguhan positif dilihat sebagai ganjaran yang mendorongkan
individu berulang-ulang gerak balas respon tersebut

Peneguhan negatif ialah stimulasi yang diindahkan atau dihapuskan dengan tujuan
menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

9 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
Rujukan:

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Ee Ah Meng. 1994. Psikologi
dalam bilik darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar.

B.R. Hergenhahn, Matthew H. Olson. 1993. An Introduction to Theories of


Learning. New Jersey. Prentice Hall.

Jais Sahok & Mat Nor Husin. ( 1990 ). Pendidikan Pemulihan . Petaling Jaya ,
Selangor : Masa Enterprise.

K.A. Razhiyah. 2006. Mengapa Kanak-kanak sukar belajar?. Kuala Lumpur. PST
Professional Publishing

Lee Shok Mee. 1997. Psikologi Pendidikan 2 : Teori dan aplikasi psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Leonard M.S. Yong & Karen L. Biraimah. ( 1995 ). GURU YANG KREATIF – isu-isu
teoritikal & aplikasi praktikal. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang . ( 1997 ) . PEDAGOGI KDPM – Semester 3 . Subang


Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang . ( 1998 ) . PEDAGOGI KDPM – Semester 4 . Subang


Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rashid Azizan & Abdul Razak Habib ( 1995), Pengajaran dalam bilik darjah :
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad & Kasnani Ab. Karim. ( 2000 ). Psikologi
Pendidikan ll. Petaling Jaya, Selangor: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee. 1990. Psikologi Perkembangan. Subang Jaya. Kumpulan


Budiman.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala
Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM

10 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
11 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007
Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah Laku Tingkah Laku

bergantung disruptif distruktif ingin tahu

cepat belajar
Kebimbangan hiperaktif Permusuhan
nyata pintar cerdas
Pergantungan bising
berlebihan vandalisme proaktif
bergerak sesuka
Pengunduran diri hati kumpulan liar

Pengasingan diri ketawa kuat klik

agresif secara geng


lisan / fizikal
7.0 Langkah-Langkah Dalam Program Modifikasi Tingkah Laku

1. Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah. Nyatakan secara khusus tingkah laku
yang hendak diubah
2. Mengumpul data dasar
3. Menganalisis data
4. Melaksanakan strategi intervensi
5. Memungut data seterusnya untuk menilai keberkesanan program
6. Ubahsuai program sekiranya perlu, jika tidak hentikan secara beransur-ansur

6.1 Langkah 1

Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah. Nyatakan secara khusus tingkah laku
yang hendak diubah

12 IPBMM-KL
awang othmee bin awang duni KSPK 2007

You might also like