You are on page 1of 4

TERHAD

TAKTIK 6
FORMASI SEKSYEN
PENGENALAN
1.
Apabila sesuatu kumpulan tentera bergerak adalah perlu untuk kumpulan
tersebut bergerak dalam satu formasi atau bentuk. Formasi atau bentuk adalah
berpandukan kepada:
a.
b.
c.
2.

Keadaan Tanah.
Kedudukan dan kekuatan tembakan musuh.
Reaksi musuh semasa bertempur.

Formasi yang baik mestilah:


a.
b.
c.
d.

Boleh memberi tembakan yang berkesan ke arah depan dan rusuk.


Mampu mengadakan pertahanan sekeliling.
Senang dikawal.
Boleh bergerak dengan pantas dan senyap.

TUJUAN
3.
Tujuan precis ini adalah untuk menerangkan jenis-jenis formasi dan
penggunaanya.
FORMASI SEKSYEN
4.

Bagi sebuah seksyen, formasi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Satu barisan (Single File).


Barisan selang seli (Staggered File).
Barisan terbuka (Open File).
Barisan Melintang ( Extended Line).
Bentuk anak panah (Arrow Head Formation).
Bentuk Berlian (Diamond Shape).

1
TERHAD

TERHAD

5.
Satu barisan. Formasi ini biasa digunakan apabila bergerak di kawasan
tertutup seperti semasa bergerak di dalam hutan, melalui jalan/lorong yang sempit
dan pergerakan waktu malam. Lihat rajah kedudukan anggota ketika dalam formasi
ini:
Nota.
Kawasan untuk perhatian adalah ke kiri dan ke kanan mengikut
sistem selang seli kecuali peninjau dan anggota yang akhir yang akan melihat
180 darjah ke hadapan dari belakang.
6.

Keburukan dan kebaikan bentuk ini adalah:


a.

Kebaikan.
1)
Senang dikawal.
2)
Boleh bergerak dengan pantas.
3)
Kurang bahaya jika diserang dari rusuk.
4)
Tembakan ke arah rusuk lebih berkesan.

b.

Keburukan.
1)
Merbahaya jika diserang dari hadapan atau belakang.
2)
Kurang daya tembakan ke hadapan atau belakang.

7.
Barisan Selang seli. Ada 2 barisan untuk formasi ini. Pertama anggota di
letak berselang-seli di kiri dan kanan dan yang kedua ialah mengikut kumpulan yang
berselang-seli. Formasi ini boleh digunakan untuk jalan yang lebar atau kawasan
separuh terbuka.
8.

Kebaikan dan keburukan bentuk ini adalah seperti berikut:


a.
Kebaikan. Sama seperti satu barisan tetapi tidak menjadi sangat
merbahaya kepada tembakan di hadapan dan belakang.
b.

Keburukan
1)
Susah dikawal jika dibandingkan dengan formasi satu barisan.
2)
Ada kemungkinan kumpulan bantuan akan berpecah apabila
pertempuran berlaku.

2
TERHAD

TERHAD

10.
Barisan Terbuka. Formasi ini boleh digunakan di kawasan terbuka dan
ancaman diketahui dari kawasan hadapan. Kedudukan anggota seksyen di dalam
formasi Barisan terbuka seperti di rajah:
11.

Kebaikan dan keburukan adalah seperti berikut:


a.

Kebaikan.
1)
Daya tembak yang maksimum tersedia di hadapan.
2)
Seksyen diletak dalam keadaan yang baik untuk pergerakan
kawad tempur seksyen yang serta-merta.
3)
Kawalan kumpulan dapat dicapai dengan baik.

b.

Keburukan.
1)
Jika hutan terlalu tebal, kawalan keseluruhan seksyen boleh
menjadi lebih sukar.
2)
Satu letupan jerangkap samar atau periuk api boleh
membahayakan kesemua anggota seksyen.

12.
Barisan Melintang. Formasi ini digunakan apabila membuat langgaran atau
membersih sesuatu kawasan.
13.

Kebaikan dan keburukan bentuk ini adalah seperti berikut:


a.

Kebaikan
1)
Baik untuk mendapat hasil tembakan di hadapan dan belakang.
2)
Tidak merbahaya kepada tembakan dari hadapan/belakang.

b.

Keburukan
1)
Susah dikawal.
2)
Bahaya kepada tembakan dari rusuk.

3
TERHAD

TERHAD

14.
Bentuk anak panah. Formasi ini baik sekali digunakan apabila bergerak di
kawasan terbuka seperti ladang getah yang bersih dll.
15.

Kebaikan dan Keburukan adalah seperti berikut:


a.

Kebaikan.
1)
Tidak menjadi merbahaya kepada tembakan di hadapan dan
belakang.
2)
Hasil tembakan yang baik boleh didapati di hadapan dan
belakang.

b.

Keburukan. Sukar dikawal dan tidak sesuai dalam keadaan hutan tebal.

16.
Bentuk berlian. Bentuk ini hanya digunakan semasa melintas kawasan terbuka
pada waktu malam. Tiap-tiap anggota mesti boleh melihat anggota lain. Ketua
Seksyen boleh menempatkan dirinya di tengah atau hadapan.
17.

Kebaikan dan keburukan adalah seperti berikut:


a.

Kebaikan
1)
Senang dikawal.
2)
Mempunyai pertahanan keliling dan kawasan pemerhatian yang
baik.

b.
Keburukan. Sesuatu letupan jerangkap samar/periuk api boleh
membahayakan semua anggota.
PENUTUP
18.
Setiap anggota mesti tahu menempatkan diri sesuai dengan keadaan tanah dan
boleh bertindak dengan cepat di atas ancaman musuh. Kawalan dari ketua adalah
mustahak untuk semua formasi supaya reaksi terhadap tembakan musuh boleh
dilaksanakan dengan berkesan.

4
TERHAD

You might also like