You are on page 1of 9

TERHAD

PANGKALAN HUTAN
Rujuk:
A.

Kod AT 3004 (Pamplet Pangkalan Hutan)

Pendahuluan
1.
Di dalam konsep peperangan yang dijalankan sekarang adalah perlu bagi tiap-tiap
pasukan yang menjalani gerakan membuat pangkalan tempur yang selamat dan dapat
melancarkan rondaan dan serang hendap atau lain-lain tugas dengan berkesan. Saiz sesuatu
pangkalan itu bergantung kepada sesuatu pasukan di mana ianya pangkalan platun, kompeni
atau lebih besar dari itu. Namun begitu, kawad-kawad yang tertentu perlu diketahui oleh tiaptiap anggota.
Tujuan
2.
Risalah ini bertujuan untuk menerangkan kawad-kawad dan mekanisma perlaksanaan
penubuhan pangkalan hutan.
Jenis-Jenis Pengkalan
3.

Terdapat dua jenis pangkalan iaitu:


a.
b.

4.

Pangkalan Sementara
- untuk diduduki sementara (berhenti atau
bermalam sementara)
Pangkalan Tetap
- untuk diduduki lebih dari satu malam dan menjalankan gerakan yang sama
dari pengkalan tersebut

Bentuk pangkalan terbahagi kepada :


a.
b.

Bulat
Tiga Segi

Memilih Tempat
5.
Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan apabila memilih tempat untuk menubuhkan
pangkalan adalah seperti berikut:
a.
Keselamatan
b.
Terlindung
c.
Keperluan air
d.
Kehendak gerakan (gerakan-gerakan
boleh dijalankan dengan senang dan mudah)
e.
Berdekatan dengan LP (tempat pendaratan helicopter dan guguran udara)
f.
Perhubungan
g.
Senang melakukan rondaan
9
TERHAD

TERHAD

h.
Keselesaan tempat dan keperluan tubuh
badan
i.
Mudah dipertahankan
Tipu Helah
6.

Untuk keselamatan yang maksima, beberapa tipu helah hendaklah dilakukan:


a.
Jika keadaan tanah mengizinkan,pergerakan masuk pengkalan boleh dilakukan
di waktu malam.
b.
Jauhi tempat kediaman awam/perkampungan.
c.
Tahan orang-orang awam yang dijumpai semasa bergerak masuk ke
pengkalan.
d.
Elakkan tempat-tempat yang boleh disyaki oleh musuh.
e.
Pergerakan masuk menggunakan satu arah/jalan sahaja.
f.
Semua kerja yang dilaksanakan di dalam pangkalan mestilah dengan senyap.
g.
Semua rancangan mesti dirahsiakan kecuali kepada yang berhak.

Kawad Menubuhkan Pangkalan Hutan


7.

Susunan kawad kawad menubuhkan pangkalan hutan adalah seperti berikut:


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Memutus jalan
Tinjauan
Menduduki pangkalan
Pemeriksaan perimeter
Ronda pembersihan
Pengawal
Kerja biasa
Siap-sedia (stand to)

8.
Memutus Jalan. Kumpulan ronda selalunya ada meninggalkan kesan jalan laluan ke
arah tempat pangkalan. Oleh itu segala kesan-kesan jalan hendaklah diputuskan dan ianya
boleh dilakukan sebanyak dua kali untuk keadaan lebih terjamin. Kawad-kawad memutus
jalan adalah seperti berikut:
a.
Coloumn diberhentikan di jarak yang betul.
b.
Perintah diberi untuk memutus jalan ke sebelah kiri atau kanan.
c.
Semua anggota di dalam kumpulan ronda mematah kiri atau kanan daripada
paksi jalan, bergerak dengan sudut tepat dan terus berjalan sejauh 40-50 ela dengan
laluan dan membuat kesan masing-masing.
d.
Kumpulan ronda seterusnya pusing balik ke paksi jalan tadi dan meneruskan
perjalanan ke pangkalan.

9
TERHAD

TERHAD

Kumpulan Ronda
40-50 ela

Paksi

Pangkalan

Rajah Memutus Jalan

9
TERHAD

TERHAD

9.
Tinjauan. Biasanya ketua platun terlebih dahulu memilih tempat pangkalan melalui
peta dan kemudian memberi isyarat senyap untuk berhenti, berpangkalan dan tinjauan.
Anggota kumpulan tinjauan pangkalan akan rapat kepada ketua platun untuk pergi membuat
tinjauan yang terdiri daripada:
a.
b.
c.
d.

Ketua platun
Kumpulan tinjau seksyen hadapan
Semua ketua seksyen
Runner/operator radio

Apabila isyarat senyap telah disampaikan kepada semua anggota, seksyen hadapan
akan bergerak untuk menjadikan barisan di hadapan dan seksyen kedu dan ketiga akan
bergerak dalam satu barisan belakan kiri dan kanan seksyen hadapan untuk menjadikan
pertahanan keliling. Ketua Platun akan memberi perintah untuk tinjauan. Semua anggota
yang lain berada di bawah perintah Sarjan Platun.

Seksyen pertama

Seksyen kedua

Seksyen ketiga
Kumpulan tinjau
berkumpul disini

Apabila sampai di tempat yang sesuai untuk menubuhkan pangkalan, kumpulan tinjau
akan berhenti dan 2 x peninjau akan di hantar ke hadapan kiri dan kanan sebagai pengawal.
Ketua platun kemudiannya akan menunjukkan pukul 12 dan memberitahu di mana Markas
Platun akan berada. Seterusnya pelari (runner) akan ditempatkan di pukul 6. Tiap-tiap ketua
seksyen kemudian akan membuat tinjauannya sendiri ke tempat yang telah diberitahu iaitu
seksyen hadapan dari pukul 10 hingga 2, seksyen kedua dari pukul 6 hingga 10 dan seksyen
ketiga dari pukul 2 hingga 6. Seterusnya membawa semua anggota menduduki pangkalan.

9
TERHAD

TERHAD

10.
Menduduki Pangkalan. Pergerakan masuk mestilah dalam bentuk satu barisan dan
melalui kedudukan pukul 6 dan terus bergerak ke tempat markas platun. Seksyen pertama
terus bergerak ke pukul 12 melalui markas platun, kumpulan bantuan ke kanan hingga pukul
2, kumpulan repal ke kiri hingga pukul 10 dan kumpulan tinjau bersama ketua seksyen di
tengah-tengah. Ketua seksyen mestilah mengatur kedudukan anggotanya. Markas platun dan
anggotanya akan bertempat di tengah-tengah pangkalan berada. Seksyen kedua akan terus
bergerak menduduki tempat dari pukul 6 hingga pukul 10 melalui markas platun dan seksyen
ketiga dari pukul 2 hingga pukul 6. Apabila semua anggota selesai masuk dan mengambil
tempat, pelari (runner) akan bergerak masuk ke markas platun. Tiap-tiap elemen akan
membuat pemeriksaan untuk menentukan kedudukan, perlindungan, lengkok tembakan dan
berjaga-jaga. Pada waktu ini pack masih lagi dipakai.
Pukul 12
Seksyen pertama

Pukul 10

Pukul 2
Markas Platun

Seksyen kedua

Seksyen ketiga

Pukul 6

Arah masuk

9
TERHAD

TERHAD

11.
Pemeriksaan perimeter. Apabila semua anggota telah berada dalam kedudukan,
semua ketua seksyen akan melaporkan kepada ketua platun dan seterusnya membuat
pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan dari melawan muka jam. Ini untuk menentukan
kedudukan tiap-tiap anggota dan membuat sebarang perubahan jika ada. Ketua platun
mestilah menentukan kedudukan tiap-tiap kumpulan supaya dapat memberi daya saling
membantu.(Faktor keselamatan kedudukan anggota ditentukan).
Pukul 12
Seksyen pertama

Pukul 10

Pukul 2
Markas Platun

Seksyen kedua

Seksyen ketiga

Pukul 6
Gambarajah Pemeriksaan Ketua Platun

12.
Ronda Pembersihan. Untuk menentukan keselamatan pangkalan, ronda
pembersihan mestilah dilakukan. Ketua platun setelah membuat pemeriksaan akan seterusnya
memberi isyarat untuk membuat ronda pembersihan. Tiap-tiap seksyen akan menghantar satu
kumpulan yang di anggotai oleh ketua seksyen dan 2 anggota pelindung untuk tujuan ini.
Mereka akan keluar melalui kedudukan senjata bantuan seksyen masing-masing (dalam
bentuk sebaris) dan buat pembersihan dari arah melawan muka jam (dalam bentuk barisan
melintang sebelum masuk ke pangkalan masing-masing melalui kedudukan kumpulan
repalnya.

9
TERHAD

TERHAD

Cara ini di buat untuk menentukan ketiga-tiga ronda pembersihan dapat mengelilingi
bulatan pangkalan tanpa bertembung antara satu sama lain. Jalan masuk dan keluar sentiasa
di awasi oleh senjata bantuan. Jarak ronda bergantung kepada keadaan hutan dan tanah di
kwasan pangkalan tersebut.
Apabila kumpulan ronda telah masuk, butir-butir berkenaan tanah, musuh,denai atau
jalan, tanah mati, air dan lain-lain mestilah diberitahu kepada ketua platun. Apabila semua
kumpulan ronda pembersihan telah masuk ketua platun akan beri isyarat supaya pengawal
diletakkan.

9
TERHAD

TERHAD

13.
Pengawal. Tiap-tiap ketua seksyen dan penolong ketua seksyen beserta satu anggota
akan keluar melalui kedudukan senjata bantuan untuk meletakkan pengawal. Jaraknya
mengikut keadaan tanah tetapi yang paling baik ialah di jarak 50-70 meter. Tali perhubungan
mestilah dibawa bersama. Apabila pengawal telah diletakkan, ketua seksyen dan penolong
ketua seksyen akan kembali ke pangkalan dan tali perhubungan direntang oleh penolong
ketua seksyen hingga ke tempat senjat bantuan. Setelah kerja ini selesai ketua seksyen akan
memberi isyarat untuk kerja-kerja rutin dimulakan. Seorang anggota mesti ditugaskan untuk
menjaga ditempat senjata bantuan di mana tali perhubungan dari pengawal berada.
14.
Kerja Biasa. Apabila menerima isyarat kerja biasa semua seksyen akan menemui
ketua platun untuk menerima arahan keutamaan kerja yang harus dilakukan. Keutamaan kerja
selalu dilakukan adalah seperti berikut:
a.
Membersihkan bulatan dan membina satu pagar tali (perimeter) disekeliling
pangkalan. Pada siang hari tali ini diturunkan 6 inci dari bumi dan pada waktu malam
di paras pinggang.
b.
Membersihkan jalan dari seksyen ke markas platun dan merentang tali
perhubungan.
c.
Menggali tandas siang dan malam serta lubang sampah di bawah arahan sarjan
platun.
d.
Menggali kubu tembakan.
e.
Mencuci senjata tetapi hanya satu anggota sahaja di tiap-tiap kedudukan pada
satu-satu masa.
f.
Mengambil air di bawah kelolaan sarjan platun.
g.
Memasak.
h.
Persiapan untuk tidur malam (memasang poncho/hammock).
i.
Menyiapkan jadual pengawal siang dan malam.
j.
Mengadakan perhubungan radio dengan markas kompeni dan menghantar
laporan keadaan.
k.
Merawat anggota yang sakit dan memberi ubat pencegah malaria.
l.
Ketua platun menyampaikan perintah untuk tugas hadapan, membuat siap
sedia (Stand to) dan pemeriksaan kedudukan.
15.
Siap Sedia (stand to). Siap-sedia adalah satu masa di mana semua anggota berada di
dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya selama 15 hingga 30 minit di waktu terbit matahari
dan terbenamnya matahari yang bertujuan untuk:
a.
b.
hari.

Menentukan platun dalam keadaan siap sedia apabila diserang.


Mengorientasikan anggota kepada keadaan sekeliling dari siang ke malam

16.
Sebelum siap sedia semua anggota mestilah menyusun dan mengemaskan segala
peralatan dan barang-barang yang tidak digunakan dan bergerak ke tempat masing-masing
lengkap dengan senjata dan pouches. Anggota tidak dibenarkan menghisap rokok, makan,
membuat bising atau bergerak semasa siap sedia.

9
TERHAD

TERHAD

17.
Siap Sedia (stand to) Matahari Terbenam. Pengawal di luar dipanggil masuk
sebelum siap sedia dan tali perhubungan dibawa bersamanya. Selesai siap sedia, pengawal
malam diadakan. 2 orang anggota tiap-tiap seksyen ditempatkan di kedudukan senjata
bantuan. Jadual pengawal mesti diselangkan supaya pengawal baru bertugas pada tiap-tiap
jam.
18.
Siap Sedia (stand to) Matahari Terbit. Sebelum siap sedia matahari terbit dilakukan
satu daripada pengawal akan mengejutkan ketua platun dan ketua seksyen. Tiap-tiap
penolong ketua seksyen mestilah menentukan satu pengawal ditugaskan untuk ini. Semua
poncho dan hammock diturunkan ke bawah. Apabila telah terang, ketua platun akan memberi
isyarat untuk tugas selanjutnya. Kumpulan tinjau akan keluar membuat rondaan ditempat
kedudukan pengawal siang ditempatkan serta tali perhubungan direntangkan. Apabila
kumpulan ini balik ke pangkalan, semua ketua seksyen akan memberi isyarat pengawal
dalam kedudukan kepada ketua platun dan barulah siap sedia ditamatkan.
Pangkalan Sementara
19.
Apabila sesuatu platun ingin berhenti selama 2 jam atau lebih, platun akan membuat
pangkalan sementara. Kerja-kerja yang dilakukan adalah sama kecuali:
a.
Tinjauan tidak dilakukan. Ketua platun terus nemberi isyarat untuk
berpangkalan. Di mana ia berada akan terus menjadi kedudukan markas platun. Ini
adalah disebabkan masa yang terhad.
b.
Pos mendengar dan memerhati dihantar keluar. Ia sama seperti pengawal, juga
untuk memberi amaran awal atau tentang kegiatan musuh. Tali perhubungan tidak
perlu direntangkan.
c.
Kerja biasa tidak berapa perlu. Ini terpulang berpa jam platun akan menduduki
tempat itu. Setelah faktor keselamatan ditentukan, bolehlah dihantar kumpulan untuk
mengambil air, memasak dan makan. Ini tidak mengikut keutamaan.
Penutup
20.
Apa yang telah dibentangkan adalah kawad yang mudah bagi menduduki pangkalan
hutan meliputi aspek keselamatan dan perkembangan pengkalan dalam kedudukan gerakan
sekarang. Pertukaran ancaman daripada musuh mungkin memerlukan pertukaran kawad yang
lain. Namun begitu ia tetap berpandukan kepada butir-butir yang telah diterangkan di atas.
Perkara penting adalah keselamatan dan kemahiran medan tiap-tiap anggota yang terlibat.

9
TERHAD

You might also like