You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

DR MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI


PENGARAH
INSTITUT PNDIDIKAN GURU KAMPUS
ILMU KHAS

KATA ALU ALUAN


MAJLIS MALAM RITMA BUDAYA IPG
KAMPUS ILMU KHAS
1 OKTOBER 2016
DEWAN DATO RAZALI
IPG KAMPUS ILMU KHAS,
KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sehati Sejiwa

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri M Kayveas


Penasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia

Yang Berusaha Dr Norherani binti Moning


Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha Dr Abdul Hameed bin Abdul Majid


Pensyarah Penasihat
Malam Ritma Budaya

Saudari Cik Bavani Sagathevan


Pengerusi Program
Malam Ritma Budaya

Yang dihormati barisan pensyarah,guru-guru, para


hadirin dan seterusnya para siswa guru yang dihadiri.
1.

Terlebih

dahulu

izinkan

saya

melafazkan

kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan


limpah kurnia-Nya, kita dapat berada di sini untuk
bersama-sama

meraikan

Majlis

Malam

Ritma

Budaya IPG Kampus Ilmu Khas.


Hadirin yang dihormati,
2.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah


kepada

Kumpulan

G8.1

Pendidikan

Khas

Pemulihan dengan Biro Kesenian dan Kebudayaan,


Jawatankuasa
Pendidikan

Perwakilan

Guru

Kampus

Pelajar
Ilmu

Khas

Institut
untuk

merancang dan menjayakan program Ritma Budaya


ini. Saya yakin melalui program ini, para siswa guru
mendapat pengalaman bagi menganjurkan sesuatu
program

kebudayaan

kebudayaan

negara

yang
kita

dan

memartabatkan
mengeratkan

hubungan silaratuhim antara murid-murid dan guru-

guru sekolah rendah yang akan dipraktikan pada


masa yang akan datang. Selain itu, program ini juga
dapat menyumbangkan sedikit sumbangan bagi
meringankan beban dan meningkatkan dana biro
kebajikan IPGKIK dan juga dana unit pemulihan
sekolah Tamil.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
3.

Memperkasakan

pelbagai

ilmu

pengetahuan,

kebolehan serta penerapan pelbagai kemahiran


dalam kalangan siswa guru menjadi agenda utama
bagi sesebuah IPG. Pembangunan modal insan ini
perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah
menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan
potensi siswa guru dapat dibangunkan dengan
4.

efektif melalui program ini.


Dengan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah
dan berasa bangga terhadap IPG Kampus Ilmu
Khas ini, untuk melahirkan generasi kepemimpinan
negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai

rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai


bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif.
5.

Pada kesempatan ini, sekali lagi saya ingin


mengucapkan

setinggi-tinggi

tahniah

kepada

semua penggerak yang merealisasikan Malam


Ritma Budaya ini.
6.

Akhir kata, harapan saya agar kumpulan G8.1 ini


akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam
bidang yang sedang diceburi pada masa yang akan
datang. Dengan sukacitanya, saya merasmikan
Majlis Malam Ritma Budaya IPG Kampus Ilmu
Khas,

Kuala

Lumpur

Sekian, terima kasih.

bagi

tahun

2016.

You might also like