You are on page 1of 8

Kurt Lewin mengembangkan teori ini kepada tiga tahap dalam model.

Antaranya ialah
peringkat pertama yang menyatakan perubahan organisasi yang meliputi bagaimana mengambil
inisiatif perubahan. Peringkat kedua iaitu mengelola dan peringkat ketiga ialah menstabilkan
proses perubahan. Robbins telah mengembangkan teori Lewin dengan membahagikannya kepada
tiga tahap, iaitu mencairkan, ubah dan membeku. Model Perubahan Lewin sesuai diaplikasikan
dalam menghubungkaitkan dengan perubahan Sistem Penilaian dalam pendidikan pada masa
kini.
Sistem Penilaian KBSR sehingga tahun 2010 boleh dikatakan berada dalam keadaan
beku. Penilaian ataupun pentaksiran sedia ada adalah lebih memberi fokus kepada pencapaian
akademik murid di akhir pembelajaran yang menumpu kepada peperiksaan. Pentaksiran yang
dijalanakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kurikulum dan kokurikulum. Bahagian
kurikulum termasuklah penilaian PLBS bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, SBOA bagi Mata
Pelajaran Bahasa Inggeris, kerja rumah, projek ,kuiz dan lain-lain. Manakala pentaksiran
kokurikulum beleh terbahagi kepada pentaksiran SEGAK dan Penilian aktiviti kurikulum.
Perubahan dalam pendidikan merupakan desakan trend era globalisasi pada masa kini.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Perdana Menteri Malaysia Dato
Sri Mohd Najib bin Tun HajiAbdul Razak telah menyatakan bahawa kerajaan perlu memastikan
system pendidikan negera berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi,
Program Transformasi Kerajaan yang menjadi perkembangan ekonomi negara dalam persaingan
ekonomi Negara. Motif perubahan ini telah menyebabkan perubahan dalam kurikulum sekolah
dan juga penilaian yang lebih berkesan.

Model Lewin yang menyatakan pencairan dalam peringkat pertama telah berlaku dengan
motif yang dinyatakan. Selain itu, situasi kemerosotan prestasi dan kebolehan persaingan dengan
Negara lain juga menymbang kepada pencairan dalam system penilaian dinegara kita. Buktibuktinya termasuklah aspirasi Falsafah Pendidikan Negara Tidak tercapai dengna penekanan
kepada JERIS. Sehubungan dengan itu, Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
menyebabkan penglibatan murid dalam kokurikulum sangat kurang. Di samping itu,
pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata menyebabkan guru dan ibu
bapa memberi tekanan kepada murid. Penilaian yang menilai produk akhir proses pembelajaran
juga menyebabkan guru-guru mengabaikan pembentukan model insan yang seimbang.
Tambahan pula, Sistem Pentaksiran sesetengah Negera Maju telah berubah. Tidak ada lagi
peperiksaan awam di sekolah rendah dan menegah rendah. Dengan menimbang semua perkara
dari segi 'pro' & 'kontra'nya perubahan dalam system penilaian adalah tidak dapat dielakkan.
Untuk mengurangkan tantangan yang berlaku, dasar pelaksanaan PBS adalah berasas kepada
kuasa pengarah Peperiksaan dengan Persetujuan Menteri yang disokong oleh Akta Pendidikan
1996 (Akta 550), Seksyen 67-PEnilaian Murid, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 68Peperiksaan dan Seksyen 69-LArangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturanperaturan Pendidikan (Penilain dan Peperiksaan) 1997.
Selaras dengan motif perubahan dan desakan yang ada, Peringkat kedua perubahan dalam
Model Lewin telah berlaku. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia
ada, PBS telah dilancarkan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran

yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bukanlah sesuatu perubahan yang berlaku secara
mendadak, sebaliknya terdapat banyak peringkat yang dilalui sebelum dilaksanakan secara
rasmi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah menjadi teras strategic PIPP (2006-2010),
Teras 2 dalam PIPP (Membangunkan Model Insan) dan Teras 6 dalam PIPP (Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan). Memperkasakan PBS Humanising Assessment merupakan
cadangan pertama dijalanakan dalam International Colloquim September 2005 di Kuala Lumpur
International Conference On Assessment (KLICA). Pada 4 Ogos 2008 mesyuarat JKP telah
meluluskan cadangan PBS dalam transformasi pentaksiran. Seterusnya, Pada 18 September
Mesyuarat JPP meluluskan pelaksanaan SPPK dengan melaksanakan projek rintis ke atas 500
sekolah terlebih dahulu. Seterusnya, pada 14 Mei 2009, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil
3/2009 telah bersetuju SPPK dilaksanakan. Akhirnya pada 20 Jun 2010, YAB Menteri Pelajaran
telah mengumumkan KMP mencadangkan kemungkinan pemansuhan UPSR dan PMR.
Perlaksanaan PBS yang membawa kepada kemungkinan pemansuhan UPSR dan PMR
telah dibincangkan dalam Meja Bulat Pertama dan Meja Bulat Kedua masing-masing pada 19
Julai 2010 dan 27 Julai 2010. Pada 18 Ogos 2010, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil.10/2010 mencadangkan satu perbincangan khas diadakan. Ini menyumbang kepada
Mesyuarat cadangan Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan diadakan
pada 24 September 2010. Pada 11 Jan 2011, prakonsul Maklum balas semua bahagian telah
diadakan. Disusuli dengan Mesyuarat khas PBS pada 21 dan 31 Januari 2011 yang melibatkan
semua bahagian. Sehubungan dengan itu, perutusan YAB TPM merangkap Menteri Pelajaran

dalam perutusan Awal Tahun 2011 pada 10 Februari 2011. Akhirnya PBS dilaksanakan secara
rasmi di sekolah mulai Tahun 1 pada 2011. Alternatif perlaksanaan adalah seperti jadual di
bawah.

Semestinya perubahan ini melibatkan banyak pihak terutamanya pentadbir dan guru.
Guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan PBS supaya mendapat
pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan sekolah serta mempunyai kesediaan dan
kemahiran dalam melaksanakan PBS. Bagi guru yang terasa terbeban dengan tugas
tambahan akan diberi penerangan dalam perlaksanaan PBS dan Pelaporan Automasi telah
dibekalkan kepada guru-guru. Sehubungan dengan itu tiada ujian bulanan dan ujian selaras.
Perubahan juga berlaku dari segi pelaporan pencapaian murid. Sebelum perlaksanaan PBS,

guru perlu merekodkan markah ujian bulanan dan menulis laporan secara manual. Selepas
pelaksaan PBS dalam KSSR, pentaksiran formatif dilaksanakan. Guru perlu klick pencapaian
murid dalam sistem dan jana laporan sahaja. Melalui usaha yang telah dilakukan, jelas
menunjukkan perlaksanaan PBS berkait rapat dengan model Lewin yang mempunyai ciri-ciri
berubah dalam peringkat kedua iaitu mendiagnosa masalah dan mengeksplorasi alternative
penyelesaian.
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
Untuk memastikan kesahihan pentaksiran guru, penjaminan kualiti juga dilaksanakan
dalam sekolah. Penjaminan kualiti terbahagi kepada pemantauan, penyelarasan, pementoran dan
pengesanan. Dalam proses pemantauan, pemantau memastikan pelaksanaan pentaksiran mengikut
prosedur. Penyelaras pula akan memastikan keseragaman pemberian skor berdasarkan standard
prestasi. Pementor pula brperanan membantu memudahcara dan membimbing guru dalam pelaksanaan
pentaksiran manakala pengesan pula memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran.

PBS terbahagi kepada dua komponen iaitu dari sedi akademik dan bukan akademik.
Komponen akademik terbahagi kepada pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat, manakala
komponen bukan akademik dibahagi kepada pentaksiran Psikometrik dan PAJSK. Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak
membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam
pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Melalui PBS yang dijalankan, pentaksir sekolah
iaitu guru bolehlah meninkatkan pencapaiam murid, memperbaiki kelemahan dan masalah murid
dalam pembelajaran. Sejurus itu, meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar dan
mengubahsuai strategi pengajaran.
Pentaksiran pusat pala merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah
dengan peraturan pentaksiran, instrument pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Pentaksiran yang ditakbir, direkod dan dilapor di
peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugas yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut matapelajaran. Pentaksiran pusat dan Pentaksiran sekolah adalah
saling melengkapi. Instruman Pentaksiran boleh dibahagi secara kasar kepada ujian bertulis dan ujian
lisan yang melingkungi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab,
Bahasa Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. Dalam Ujian bertulis pula termasuklah ujian Matematik dan

sains. Pentaksiran yang mempunyai pelbagai jenis instrument pula temasuklah Agama Islam, Moral,
Sejarah, Kemahiran Teknikal, Muzik dan sebagainya. Tugas disediakan oleh LP, dan dilaksanakan
sepenuhnya di bawah seliaan guru mata pelajaran. Jadual pelaksanaan yang seragam akan dikeluarkan
oleh LP. Semua tugasan ditaksir oleh guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan pada waktu
yang ditetapkapkan dalam jadual pelaksanaan, Guru menilai proses dan produk tugas berdasarkan
rubrik penskoran. Sehubugnan dengan itu, Pemantauan dan Penyelarasan dilaksanakan bagi
penjaminan kualiti dan standard . Pelaporan yang disediakan boleh dalam bentuk gred atau pernyataan
deskriptif.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu pentaksiran bukan akademi.
Pentaksiran Psikometrik adalah tidak berasaskan kurikulum dan boleh dibahagi kepada dua
bahagian. Ujian aptitude dilaksanakan semasa tahun tiga dan tahun enam yang merupakan
apitute am. Tujuannya ujian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan, kekuatan ataupun
kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan. Semasa tingkatan
tiga murid akan mengambil ujian apitute khusus, manakala inventori personality dilaksanakan
pada tingkatan satu dan empat yang merupakan inventori test personality dan murid akan
mengambil ujian inventori Minat Kerjaya semasa Tingkatan satu, tiga dan lima. Tujuannya ialah
mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu
untuk membimbing murid membentuk personality yang seimbang dan membantu guru
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Lembaga Peperiksaan akan
menyediakan instrument, dan pelaporan tersebut adalah secara deskriptif.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dibahagi kepada lima
bahagian. Bahagian pertama ialah BMI, Body Mass Index yang merekodkan ketinggian, berat

badan bagi menentukan tahap jisim badan. Bahagian kedua ialah SEGAK, Standrad Kecergasan
Fizikal Kebangsaan yang mengukur tahap kecergasan. Seterunya ialah Sukan yang menilai
penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam sukan dan permaian di peringkat sekolah,
daerah, negeri, Negara dan antarabangsa. Kokurikulum juga mencatat penyertaan, penglibatan
dan pencapaian murid dalam Kelab, Persatuan, Unit Beruniform di peringkat sekolah, daerah,
negeri, Negara dan antarabangsa. Bahagian terakhir ialah Ekstra Kurikulum, bahagian ini
mencatat penyertaan dan penglibatan murid secara sukarela di sekolah, di luar sekolah ataupun
dalam Negara dan luar Negara.
Perlaksaan PBS sehingga tahun 2016 telah dilancarkan selama 6 tahun, PBS telah
menjadi sebahagian daripada bidang tugas setiap orang guru, walaubagaimanapun PBS masih
belum mencapai tahap yang mantap untuk pembekuan. Pembentukan kestabilan perubahan
dalam PBS memerlukan masa untuk diterima dan menjadi amalan baru . Pembekuan yang
merupakan peringkat terakhir dalam proses perubahan terancang masih dapalm proses bagi PBS.
Adalah terlaluawal untuk membuat kesimpulan bahawa PBStelah mencapai pembekuan dalam
peringkat ini.

You might also like