You are on page 1of 6

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA

NAMA: CHAN KEI XING


NOMBOR MATRIK: 232880
TAJUK TUGASAN INDIVIDU: DEMOKRASI
1.0 PENGENALAN
Demokrasi merupakan suatu bentuk pemerintahan politik yang menggariskan bahawa
kekuasaan pemerintahannya berasal daripada rakyat. Rakyat mempunyai kekuasaan tertinggi
dalam sistem demokrasi disebabkan oleh mereka memiliki hak dan suara yang sama dalam
mengatur pemerintahan sesebuah negara. Perkataan demokrasi berasal daripada bahasa
Yunani, iaitu demokratia, yang bermakna kekuatan rakyat. Manakala, perkataan demokrasi
ini juga dibentuk daripada dua perkataan yang berlainan, iaitu demos yang membawa maksud
rakyat dan perkataan yang satu lagi ialah Kratos yang bermaksud kekuasaan.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini dikenali sebagai negara demokratik.
Negara demokratik merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan dengan usaha
mewujudkan kedaulatan rakyat atas negara. Ini bermaksud rakyat diberi kuasa dalam
menentukan siapakan yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Secara ringkasnya,
negara demokratik ialah sebuah negara yang mengutamakan kepada suara dan kehendak
majoriti rakyat. Antara negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahannya
adalah seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India dan juga Malaysia.
2.0 CIRI-CIRI DEMOKRASI
Sistem pemerintahan demokrasi memiliki beberapa ciri-ciri yang dibezakan dengan
sistem pemerintahan yang lain. Antaranya ialah ciri konstitusional. Ciri ini menerangkan
bahawa perkara yang berkait hubung dengan kepentingan, kehendak ataupun kuasa rakyat
dituliskan dalam konstitusi dan undang-undang negara bagi sesebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi. Ini bermakna ciri konstitusional ini merupakan sebuah

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


prinsip hukum yang asas dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang
bertujuan untuk mengatur hubungan antara pemerintah dan yang diperintah.
Ciri demokrasi yang kedua ialah ciri perwakilan. Ciri ini menunjukkan bahawa
kedaulatan rakyat diwakilkan oleh beberapa orang yang telah dipilih dan dilantik oleh rakyat
itu sendiri dalam pengurusan negara tersebut. Oleh itu, negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi ini merupakan pemerintahan yang dipilih oleh rakyat di mana rakyat
mempunyai kuasa dan bebas dalam memilih perwakilan negara mengikut peraturan.
Seterusnya adalah ciri pemilihan umum. Ciri ini merupakan suatu aktiviti politik yang
dilaksanakan untuk memilih wakil rakyat dalam pemerintahan negara. Sistem pemerintahan
demokratik yang diamalkan oleh negara seperti Malaysia akan mengadakan pilihan raya
setiap 5 tahun sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah melalui pengundian.
Ciri demokrasi yang keempat ialah ciri kepartian, iaitu parti menjadi sebuah media
atau perantaraan untuk sebagai bahagian dalam pelaksanaan sistem demokrasi. Ciri ini
menekankan konsep ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti ditubuhkan
dengan tujuan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan rakyat di negara demokratik
masing-masing.
Ciri demokrasi yang terakhir ialah ciri kekuasaan. Ciri ini menyatakan bahawa
terdapat pembahagian dan pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi. Menurut ciri ini, kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada beberapa badan pelaksana dan dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan berlakunya pembolotan kuasa antara satu sama lain.
3.0 JENIS-JENIS PEMERINTAHAN DEMOKRASI DI DUNIA
Sistem pemerintahan demokrasi banyak diamalkan oleh ramai negara di merata dunia.
Terdapat beberapa jenis sistem demokrasi di dunia dan setiap negara mengamalkan sistem
demokrasi yang berlainan. Antara sistem demokrasi yang wujud di dunia adalah demokrasi
2

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


presiden. Dalam perkataan yang lain, demokrasi presiden juga dikenali sebagai demokrasi
presidensial. Dalam sistem demokrasi ini, presiden yang dipilih secara terus oleh rakyat
melalui pilihan raya merupakan ketua negara yang bertanggungjawab dalam mentadbir
negara. Presiden yang terpilih mempunyai hak istimewa untuk melantik dan memberhentikan
menteri-menteri yang membantu dalam melancarkan pemerintahan negara. Selain itu,
presiden juga memiliki posisi yang relatif kuat tetapi sekiranya presiden melakukan sesuatu
yang melanggarkan peraturan-peraturan tertentu seperti pengkhianatan terhadap negara dan
melibatkan diri dalam masalah kriminal, maka posisi presiden akan dijatuhkan dan biasanya
akan diganti oleh wakil presiden. Antara negara yang mengamalkan sistem demokrasi
presidensial ini ialah Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia dan sebahagian besar dianuti oleh
negara Amerika Latin dan Amerika Tengah.
Jenis pemerintahan demokrasi yang kedua ialah demokrasi berparlimen. Demokrasi
berparlimen ini adalah dikuatkuasakan di bawah tiga bahagian yang berlainan di dalam
pemerintahan, iaitu kuasa perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif. Perdana
Menteri merupakan ketua parlimen dan beliau berkuasa melantik ahli kabinet dalam
membantu melancarkan pemerintahan negara. Sebagai contoh di Malaysia, struktur parlimen
terdiri daripada tiga komponen, iaitu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Dewan Negara dan
juga Dewan Rakyat. Umpama negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
ini ialah Britain, India dan Kanada.
Seterusnya ialah demokrasi dengan sistem pemisahan kekuasaan. Sistem demokrasi
dengan pemisahan kekuasaan hampir dilaksanakan secara menyeluruh di negara Amerika
Syarikat. Ketiga-tiga badan perundangan, kehakiman dan eksekutif adalah terpisah antara
satu sama lain. Hal ini kerana kekuasaan perundangan adalah terletak di tangan Kongres,
kekuasaan kehakiman pula tertakluk di bawah Presiden dan kekuasaan eksekutif adalah

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


dipegang oleh Mahkamah Agung. Oleh itu, kuasa yang diberikan kepada setiap badan adalah
terhad supaya penyalahgunaan kuasa secara mutlak dapat dielakkan.
Yang keempat, merupakan demokrasi melalui referendum dan inisiatif rakyat.
Referendum merupakan pemungutan suara daripada rakyat mengenai suatu rencana
penguatkuasaan undang-undang. Secara amnya, sistem demokrasi ini berlaku di negara
seperti Switzerland. Dengan pengamalan demokrasi ini, tugas legislatif adalah berada di
bawah pengawasan rakyat dan pengawasan rakyat turut dilakukan melalui referendum.
Referendum ini dikategorikan kepada referendum obligator dan referendum fakultatif.
Referendum obligator adalah pungutan suara rakyat yang harus terlebih dahulu memperoleh
persetujuan langsung daripada rakyat sebelum suatu rancangan undang-undang dasar negara
dan undang-undang lain yang dianggap penting bagi memerintah sesebuah negara berlaku.
Manakala, referendum fakultatif merupakan pungutan suara rakyat yang dilaksanakan
mengenai rancangan undang-undang yang tidak dikehendaki. Ini bermakna apabila terdapat
suatu undang-undang ditolak dalam referendum, maka undang-undang tersebut tidak berlaku
lagi.
4.0 KELEBIHAN SISTEM DEMOKRASI
Antara kelebihan sistem demokrasi ialah melindungi kepentingan rakyat. Sistem
demokrasi dikatakan sistem yang melindungi kepentingan rakyat kerana rakyat diberi kuasa
dan hak dalam pemilihan wakil rakyat yang memerintah negara dan wakil rakyat yang
terpilih bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihnya.
Kelebihan yang kedua merupakan sistem demokrasi adalah berdasarkan prinsip
kesetaraan. Dalam sistem demokrasi, semua orang mempunyai kedudukan yang sama di sisi
undang-undang. Setiap lapisan masyarakat diberi hak sosial, politik dan ekonomi yang sama
rata tanpa mengira kasta, agama ataupun jantina.

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


Yang ketiga, sistem demokrasi menyumbangkan sedikit peluang berlakunya revolusi.
Dalam sistem demokrasi, para wakil adalah dipilih melalui pengundian rakyat. Jikalau para
wakil tidak menjalankan tanggungjawab mereka ataupun tidak dapat memenuhi harapan
rakyat, maka wakil rakyat tersebut tidak dipilih lagi oleh rakyat dalam pilih raya yang
seterusnya dan kemungkinan kecil terjadi pemberontakan rakyat.
5

KELEMAHAN SISTEM DEMOKRASI


Terdapat juga beberapa kelemahan dalam pengamalan sistem demokrasi di dalam

sesebuah negara. Antaranya ialah kepercayaan rakyat boleh digoyangkan melalui pengaruhpengaruh misalnya media massa sekiranya media massa telah dimanupulasikan oleh pihak
tertentu. Yang kedua, kesamarataan hak dianggap tidak wajar kerana setiap orang mempunyai
pengetahuan politik yang tidak sama. Kelemahan yang ketiga pula ialah kesetiaan dan
ketaatan dalam kalangan parti-parti akan terjejas dan menjadi pudar sekiranya tempoh pilihan
raya sedang mendekati.
6.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, sistem demokrasi mempunyai beberapa ciri-ciri yang tersendiri jika
dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain. Selain itu, pelbagai jenis sistem
demokrasi yang wujud di merata dunia telah dikenalpasti. Setiap sistem demokrasi
mempunyai keunggulan dan keunikan masing-masing dan ini juga membuktikan bahawa
situasi negara yang berlainan memerlukan sistem demokrasi yang berbeza. Tambahan pula,
kita juga dapat memahami kebaikan dan kelemahan yang terdapat di dalam sistem demokrasi.
Ini menunjukkan bahawa bukan semua negara bersesuaian dengan mengamalkan sistem
demokrasi seperti Korea Utara mengamalkan sistem pemerintahan komunis. Di Malaysia,
kerajaan kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan setiap rakyat mempunyai hak
masing-masing dalam pemilihan wakil rakyat melalui pilihan raya yang diadakan pada setiap

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


lima tahun supaya mewujudkan sebuah kerajaan yang baru untuk memerintah negara
Malaysia.
RUJUKAN
1. 16 Pengertian, macam-macam, dan ciri-ciri demokrasi menurut para ahli terlengkap. (2016,
Januari 13). Dimuat turun daripada http://www.seputarilmu.com/2016/01/16-pengertianmacam-macam-dan-ciri-ciri.html#
2. Demokrasi Berparlimen. (n.d.). Dimuat turun daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasiberparlimen.html
3. Inilah 18 kelebihan dan kekurangan demokrasi. (n.d.). Dimuat turun daripada
http://www.amazine.co/40007/inilah-18-kelebihan-dan-kekurangan-demokrasi/
4. Pengertian demokrasi dan macam macam demokrasi. (n.d.). Dimuat turun daripada
http://hariannetral.com/2014/09/pengertian-demokrasi-dan-macam-macamdemokrasi.html
5. Rahmad Hidayat. (2015, Disember 2). Pengertian demokrasi dan jenis-jenis demokrasi.
Dimuat turun daripada http://www.kitapunya.net/2015/12/pengertian-demokrasi-danjenis-jenis-demokrasi.html

You might also like