You are on page 1of 11

A.

JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan kegiataan ekonomi
yang utama di Kamunting ialah perindustrian, perdagangan dan pengangkutan.
1.

Kegiatan Perindustrian

Hasil kajian yang telah dilakukan menunjukkan pekan Kamunting mempunyai


berbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan kawasan kajian
ini. Kegiataan yang sedang rancak membangun ini tertumpu di kawasan Kamunting
Raya. Kegiatan ekonomi ini dibahagikan kepada industri ringan, industri sederhana dan
industri berat. Jenis-jenis industri di kawasan kajian pula boleh dibahagikan kepada dua
iaitu industri berasaskan sumber dan tidak berasaskan sumber seperti yang terdapat di
dalam jadual berikut.

Industri
Industri

Jenis Industri
Industri berasaskan

Produk
Nama Kilang
Tayar, sarung tangan Silverstone, Rusch,

Berasaskan

getah

getah dan alat-alat

Latex

Sumber
Industri Bukan

Industri

perubatan
Piston dan alat-alat

Izumi, Silverstone,

Berasaskan

kelengkapan

ganti kereta

Perodua

Sumber

pengangkutan
automobil

Di samping itu, di kawasan kajian ini juga terdapat ramai pendatang asing yang
datang ke sini untuk mencari nafkah di sini. Kebanyakkan daripada mereka berasal
daripada Nepal, Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. Antara jawatan pekerjaan yang
ditawarkan di sektor perindustrian ialah operator pengeluaran, pengurus, kerani dan
sebagainya. Graf di bawah menunjukkan industri berasaskan sumber dan tidak
berasaskan sumber. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, kegiatan perindustrian
utama ialah eletronik, bahan kimia, kelengkapan penggerudian minyak, pembaikan kapal,
pemprosesan getah dan mengeluarkan getah. Saya rasa amat bersyukur dan gembira
apabila melihat hasil pengeluaran dari kawasan ini.
2.

Kegiatan Perdagangan

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan di kawasan kajian
atau Pekan Kamunting banyak menjalankan kegiatan perdagangan. Sektor perdagangan
yang menyumbang kepada ekonomi di Kamunting melibatkan perniagaan borong, runcit,
restoran dan sebagainya. Jadual berikut menunjukkan kegiatan ekonomi yang terdapat di
dalam sektor ini.
Jenis Perdagangan

Keterangan

Nama Kedai

Barangan yang

Runcit

-kedai runcit

DMart, Jaguh,

dijual
Beras, roti, tepung,

-pasar mini

MKJ

gula, makanan

-pasaraya
Borong

segera dan

-perniagaan yang

Ceria 99, MF Mart,

sebagainya.
Alat-alat tulis, alat-

dijual secara pukal

Pasarayaku

alat ganti kenderaan,

kepada individu,

barangan dapur dan

peruncit atau

sebagainya.

pemborong lain
Melalui hasil kajian, kaum Melayu kebanyakkannya menceburi bidang
perdagangan secara runcit seperti kedai-kedai runcit dan sebagainya. Kaum Cina pula
kebanyakkannya lebih suka membuka perniagaan seperti restoran-restoran, kedai basikal
dan sebagainya. Bagi kaum India pula mereka lebih banyak bergiat aktif di dalam
perniagaan barang-barang tekstil seperti kain dan sutera. Jika dibandingkan dengan
negara Singapura, negara Singapura banyak mengeksport barangan seperti barangan
elektronik, bahan kimia dan bahan mineral. Di samping itu juga, Singapura turut juga
melakukan aktiviti import seperti mengimport barangan makanan segera, minuman
berkarbonat dan sebagainya. Kegiatan ekonomi bagi sektor perdagangan di Singapura
banyak melibatkan perairan yang membabitkan kegiatan pelabuhan. Pelabuhan di
Singapura merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di seantero dunia. Saya berbangga
dilahirkan di Pekan Kamunting kerana dengan kegiatan perdagangan yang dilakukan oleh
penduduk di sini.
3.

Kegiatan Pengangkutan

Berdasarkan hasil kajian yang telah saya lakukan, kegiatan pengangkutan di


Pekan Kamunting semakin pesat membangun. Kegiatan pengangkutan telah banyak
menyumbang kepada ekonomi di Pekan Kamunting yang melibatkan jenis pengangkutan
darat. Jadual berikut menunjukkan kegiatan ekonomi yang terbabit di dalam sektor ini.

Jenis Pengangkutan
Pengangkutan Darat

Contoh
- jalan raya -motorsikal

Fungsi / Peranan
-membawa penumpang dan

-kereta

barang ke destinasi yang

-bas ekspress

hendak dituju.

-bas harian

-menggunakan jalan darat

-teksi

seperti jalan raya.

-lori

-mempercepatkan masa
untuk sampai ke sesuatu

- jalan keretapi ekspress


-harian

destinasi.
-membawa penumpang dan
barang dalam jumlah yang
banyak ke destinasi yang
hendak dituju.
-menggunakan jalan darat
seperti jalan keretapi.
-tidak menyebabkan

kesesakan lalu lintas.

Melalui jadual di atas, pengangkutan sememangnya sumber kegiatan yang penting


kepada kawasan kajian ini. Kegiatan pengangkutan di sini terbahagi kepada dua iaitu
jalan raya dan jalan keretapi. Syarikat Red Omnibus ialah salah satu contoh syarikat yang
memajukan pengangkutan bas di sini. Selain itu, dengan adanya terminal bas yang maju,
kegiatan ini semakin berkembang. Tidak lupa juga akan keretapi yang diuruskan oleh
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Berbanding pula dengan negara Singapura,
penduduk di sana lebih gemar menggunakan kereta api bawah tanah. Ini kerana
perkhidmatannya cepat dan tiada berlaku sebarang pencemaran. Di negara Singapura,
kemudahan pengangkutan yang diberikan cukup lengkap berbanding dengan kawasan
kajian ini iaitu Pekan Kamunting. Walau bagaimanapun, saya tetap berbangga kerana
dilahirkan di sini.

B.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN


KAJIAN

1.

Peluang Pekerjaan

Setiap sektor kegiatan ekonomi banyak mewujudkan peluang pekerjaan untuk


penduduk di Pekan Kamunting dan ia juga menarik minat pelancong asing untuk bekerja
di sini. Melalui kajian yang telah dijalankan, perindustrian merupakan sektor yang paling
banyak menawarkan peluang pekerjaan. Sektor perdagangan menyediakan peluang
pekerjaan kedua yang paling banyak kerana kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan
kajian ini dan menyenangkan mereka untuk membeli barang-barang keperluan asas.
Seterusnya diikuti pula oleh sektor pengangkutan, kerana ia tertumpu di kawasan yang
ramai penduduk.
Sektor Kegiatan Ekonomi
Perindustrian

Contoh jenis pekerjaan yang disediakan


Pengurus, akauntan, juruaudit, jurutera,
juru analisis sistem komputer, kerani,

Perdagangan

operator pengeluaran dan sebagainya.


Jurujual, pekedai, penjaja, akauntan,

Pengangkutan

pemandu lori, pengurus dan sebagainya.


Pemandu lori, pemandu bas, mekanik,
jurujual tiket, pengurus dan sebagainya.

Melalui jadual di atas, kadar pengangguran di Pekan Kamunting semakin


berkurang. Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sektor perdagangan negara
tersebut menyediakan peluang pekerjaan yang terbanyak. Ini kerana mereka lebih
menumpukan kegiatan entreport dan eksport di pelabuhan. Pelabuhan Singapura adalah
pelabuhan yang tersibuk di dunia dan mengatasi Honh Kong dan Shanghai. Sektor
perindustrian menyediakan peluang pekerjaan terbanyak di Singapura kerana di sana
terkenal dengan pembikinan wafer dan penapisan minyak. Namun begitu, saya bersyukur
menjadi rakyat di Pekan Kamunting.
2.

Pendapatan

Melalui hasil kajian yang telah dilakukan, pendapatan penduduk di kawasan


kajian telah meningkat dari hari ke hari. Ini akibat dari kegiatan ekonomi di sini yang
semakin maju. Sektor utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah sektor
perindustrian. Ini kerana sektor ini kebanyakkannya daripada kilang-kilang di sini
merupakan kilang yang terkemuka di dunia. Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan
memang cukup lumayan bagi pekerja-pekerja sektor ini. Sektor kedua yang menyumbang
kepada kegiatan ekonomi di sini ialah sektor perdagangan. Ini kerana sektor ini juga
menawarkan gaji yang agak lumayan. Ini disebabkan oleh keobsesan penduduk di sini
yang berlumba-lumba membuka perniagaan sendiri untuk menempa keuntungan yang
tinggi. Sektor ketiga yang menyumbang terhadap kawasan kajian ini ialah sektor
pengangkutan. Ini kerana, terdapatnya sebuah terminal bas yang besar dan juga teksi.
Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan tidak terlalu murah. Jadual berikut, adalah buktinya.
Sektor Kegiatan Ekonomi
Perindustrian

Anggaran Gaji Yang Diterima Sebulan


RM 500 RM 2000

Perdagangan
Pengangkutan

RM 400 RM 1500
RM 300 RM 1000

Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sememangnya pendapatan di sana


tentulah berlipat kali ganda dari kawasan kajian ini. Sektor perindustrian bagi Singapura
menawarkan gaji yang agak lumayan kerana perindustrian di sana sedang rancak
membangun. Sektor yang paling banyak menyumbang kepada negara Singapura ialah
sektor perdagangan kerana adanya pelabuhan yang tersibuk di dunia yang menjalanakan
kegiatan inport, eksport dan entreport. Sektor pengangkutan di sana juga tidak kurang
hebatnya dengan pelbagai ekonomi yang telah tercipta. Akhir sekali, saya bersyukur
kerana dilahirkan di Pekan Kamunting ini.
3.

Kemudahan Infrastruktur

Melalui kajian yang saya telah lakukan, kemudahan infrastruktur di sini telah
membangun dengan giatnya. Sektor utama yang telah menyumbang terhadapnya ialah
sektor pengangkutan. Ini kerana akibat dari teknologi pengangkutan yang semakin
meluas telah tercipta jalan raya dan jalan kereta api untuk kemudahan semua orang.
Sektor kedua yang menyumbang kepada fenomena ini ialah sektor perindustrian. Dengan
adanya sektor ini, bekalan air dan elektrik telah berkembang dan tidak lupa juga akan
kemudahan telekomunikasi. Sektor terakhir ialah sektor perdagangan. Dengan adanya
sektor ini, tapak pasar malam telah didirikan. Ini memberikan kemudahan kepada peniaga
untuk berniaga. Tidak juga dilupakan kemudahan lain seperti terminal bas, tandas awam,
masjid, balai raya dan sebagainya.
Jika dibandingkan dengan negara Singapura, sememangnya kemudahan
infrastruktur di sana lebih banyak dan meluas. Dengan adanya sektor perdagangan, telah

tercipta satu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Bagi sektor pengangkutan pula telah
tercipta berbagai kemudahan seperti jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang,
kemudahan telekomunikasi telah tercipta. Manakala bagi sektor perindustrian pula, telah
tercipta bekalan air dan eletrik. Sesungguhnya saya berbangga menjadi rakyat Pekan
Kamunting.

C.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM


SEKITAR

1.

Perubahan pandang darat (landskap)

Melalui kajian yang telah saya lakukan, perubahan pandang darat telah banyak
berlaku di kawasan kajian ini. Apabila sesuatu kawasan baru dibuka untuk suatu jenis
kegiatan ekonomi, pandang darat di sesuatu kawasan akan berubah. Perubahan pandang
darat yang dihasilkan berlainan bergantung kepada jenis kegiatan ekonomi yang
dijalankan. Jadual berikut menerangkan tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi dan contoh
perubahan pandang darat yang telah berlaku di Pekan Kamunting.
Jenis Kegiatan Ekonomi
Perlombongan

Tujuan
-Bijih timah

Perubahan pandang darat


- Bekas-bekas lombong,
tanah tandus, tahi lombong
dan mendapan kelodak

-Terminal bas

dalam sungai
-Petempatan, jalan raya,

-Rel kereta api

jalan kereta api dan

Perindustrian

-Lebuhraya
-Pembinaan tempat

sebagainya.
-Kilang-kilang dan

Perdagangan

pengeluaran sesuatu produk


-Pembinaan premis-premis

sebagainya.
-Tapak pasar malam, kedai-

perniagaan

kedai dan sebagainya.

Pengangkutan

Kegiatan perlombongan banyak mengubah pandang darat di kawasan kajian ini


diikuti oleh sektor-sektor lain. Tetapi akibat dari perlombongan ini jugalah pekan
Kamunting menjadi antara tempat yang terkenal di Malaysia. Jika dibandingkan dengan
negara Singapura pula, perubahan pandang darat di sana lebih banyak berubah akibat dari
kegiatan perdagangan iaitu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Selain itu, akibat dari
sektor pelancongan telah terbinanya hotel-hotel, restoran-restoran dan sebagainya kerana
Singapura kaya dengan tempatnya yang menarik untuk dilawati. Di samping itu, di dalam
sektor pengangkutan pula dibina jalan raya, jalan kereta api bawah tanah dan lapangan
terbang. Saya gembira dilahirkan di Pekan Kamunting ini.

You might also like