You are on page 1of 22

SEKOLAH TUN FATIMAH

JOHOR BAHRU

KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN


PERINDUSTRIAN TEBRAU II DAN
IMPAKNYA KEPADA EKONOMI NEGARA
DAN ALAM SEKITAR.

Nama
: Nurin Hannanie binti Azmady
Kelas
: 3 Tegas/2014
Nama Guru : Puan Sarina binti Ismail

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Isi Kandungan

Mukasurat

1.0

Penghargaan

2.0

Pendahuluan

3.0

Objektif kajian

4.0

Kawasan Kajian

5.0

Kaedah Kajian

5.1 Kaedah Pemerhatian


5.2 Kaedah Rujukan
6.0

7.0

Dapatan kajian

6.1 Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

6.2 Faktor-faktor Kegiatan Ekonomi

10

6.3 Kepentingan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian

12

6.4 Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

13

6.5 Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan-Kesan Kegiatan


Ekonomi Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Perindustrian
Tebrau

18

Rumusan

21

Rujukan

1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan geografi ini dengan jayanya. Insya-Allah, tugasan
ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Bonda Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Hajah Kamisah binti Aziz yang
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi kelas 3 Tegas iaitu Cikgu
Sarina binti Ismail kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan cara-cara
membuat tugasan ini. Terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah
memberi sokongan dari segi kewangan dan juga moral.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
kerana telah memberi sokongan dalam menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Hal ini demikian kerana kerjakerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang
ringgit.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN
3

Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah kerja kursus Geografi yang wajib dijalankan oleh
pelajar. Tajuk kerja kursus yang diberikan ialah Kegiatan Ekonomi Di Tebrau II Dan
Impaknya Kepada Ekonomi Negara Dan Alam Sekitar. Pelajar dikehendaki membuat kajian
ini di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal pelajar.
Pengkaji telah memilih kawasan Perindustrian Tebrau II kerana kawasan ini
berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji. Kawasan ini juga mempunyai ciri-ciri yang
bersesuaian dengan tajuk kerja kursus yang diberikan iaitu terdapat kegiatan ekonomi yang
utama yang dijalankan di sini iaitu perindustrian.
Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan. Saya berharap kajian dan laporan ini akan memberi manfaat dan faedah
khususnya kepada pengkaji serta rakan-rakan yang lain, juga secara amnya kepada
masyarakat di kawasan tempat tinggal pengkaji.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


4

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:


a) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
b) Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
c) Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian
d) Menyatakan langkah-langkah penjagaan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah pengkaji pilih ialah Kawasan Perindustrian Tebrau II.
Kawasan ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Perindustrian Tebrau termasuklah
Kawasan Perindustrian Tebrau I, III dan IV. Kawasan perindustrian ini merupakan kawasan
perindustrian ringan dan sederhana. Kawasan Perindustrian Tebrau II terletak dalam Daerah
Johor Bahru.
Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk
negeri Johor. Daerah ini meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga
dikenali sebagai daerah metropolitan Johor Bahru kerana mempunyai bilangan penduduk
melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga
terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah
sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat
membangun. Bandar-bandar yang terdapat di sekitar daerah metropolitan Johor Bahru ialah
pusat bandaraya, Skudai, Nusajaya, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram,
Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya. Daerah metropolitan Johor Bahru
terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan dengan Daerah Pontian di sebelah
barat, Daerah Kota Tinggi di sebelah timur, Daerah Kulai di sebelah utara, dan Singapura di
selatan. Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram,
Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga
terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.
Jaringan jalan raya yang terdapat di kawasan Perindustrian Tebrau II adalah serba
lengkap iaitu dapat menghubungkannya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah
antaranya ialah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Pasir Gudang, Jalan
Persekutuan dan Jalan Perbandaran Johor Bahru. Terdapat juga Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai ataupun dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
yang terletak di Senai adalah lapangan terbang utama yang terletak di daerah Kulaijaya yang
memberi perkhidmatan kepada sektor perindustrian di Tebrau.
Selain itu terdapat juga stesen kereta api iaitu JB Sentral merupakan stesen kereta api
antara bandar yang moden di negara Malaysia. Ia terletak di antara Jalan Tun Abdul Razak
dengan Jalan Jim Quee. JB Sentral juga menghubungkan pusat membeli belah City Square
dengan Kompleks Kastam, Imagrasi dan Kuarantin.

Pelabuhan yang terdapat di dalam daerah metropolitan Johor Bahru ialah Pelabuhan
Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat. Pelabuhan Johor
merupakan pelabuhan pertama yang dibina di Negeri Johor. Ia terletak di Pasir Gudang iaitu
terletak di tenggara negeri Johor dan terletak di timur kawasan metropolitan.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut:
5.1

Pemerhatian

Meninjau dan memerhati jenis perindustrian yang terlibat. Kaedah ini penting untuk
melihat apakah jenis perindustrian yang ada di kawasan kajian, jenis-jenis sistem
pengangkutan, penempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan
kajian. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa
membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan
penglihatan kawasan kajian.
5.2

Rujukan
Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat
yang terdapat dalam peta, internet dan juga rujukan peta. Bahan-bahan bacaan yang
dibaca ialah buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti ibu bapa, dan
jiran juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian.
Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan.

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan kegiataan ekonomi yang
utama di Kawasan Perindustrian Tebrau ialah perindustrian, perdagangan dan
pengangkutan.
6.1.1

Kegiatan Perindustrian

Hasil kajian yang telah dilakukan menunjukkan Kawasan Perindustrian Tebrau


mempunyai berbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada
pendapatan kawasan kajian ini. Kegiataan yang sedang rancak membangun ini
tertumpu di kawasan Kamunting Raya. Kegiatan ekonomi ini dibahagikan kepada
industri ringan, industri sederhana dan industri berat. Jenis-jenis industri di
kawasan kajian pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu industri berasaskan
sumber dan tidak berasaskan sumber.
Di samping itu, di kawasan kajian ini juga terdapat ramai pendatang asing
yang datang ke sini untuk mencari nafkah di sini. Kebanyakkan daripada mereka
berasal daripada Nepal, Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. Antara jawatan
pekerjaan yang ditawarkan di sektor perindustrian ialah operator pengeluaran,
pengurus, kerani dan sebagainya.
6.1.2

Kegiatan Perdagangan

Melalui hasil kajian yang telah saya lakukan, ia menunjukkan di kawasan kajian
terdapat juga menjalankan kegiatan perdagangan. Sektor perdagangan yang
menyumbang kepada ekonomi di Tebrau melibatkan perniagaan borong, runcit,
restoran dan sebagainya.
Melalui hasil kajian, kaum Melayu kebanyakkannya menceburi bidang
perdagangan secara runcit seperti kedai-kedai runcit dan sebagainya. Kaum Cina
pula kebanyakkannya lebih suka membuka perniagaan seperti restoran-restoran,
kedai basikal dan sebagainya. Bagi kaum India pula mereka lebih banyak bergiat
aktif di dalam perniagaan barang-barang tekstil seperti kain dan sutera. di sini.

6.1.3

Kegiatan Pengangkutan

Berdasarkan hasil kajian yang telah saya lakukan, kegiatan pengangkutan di


kawasan kajian semakin pesat membangun. Kegiatan pengangkutan telah banyak
9

menyumbang kepada ekonomi di Tebrau yang melibatkan jenis pengangkutan


darat.

6.2

Faktor-faktor Kegiatan Ekonomi


Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian boleh
dibahagikan kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.
6.2.1

Faktor Fizikal

a) Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi di kawasan kajian adalah tanah pamah. Bentuk
muka bumi seperti ini sesuai untuk perindustrian kerana kawasan
kajian terhindar daripada kejadian banjir.
b) Jenis Tanah
Jenis tanah tidak kurang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian.
c) Iklim
Suhu di Malaysia ialah di antara 24oC hingga 32oC dengan purata
hujan tahunan sebanyak 2600mm. Iklim juga kurang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

6.2.2

Faktor Kemanusiaan

10

a) Teknologi
Faktor teknologi penting untuk meningkatkan mutu dan kuantiti
barangan dan perkhidmatan, dan juga mengurangkan pergantungan
kepada tenaga manusia. Sebagai contoh, penggunaan mesin dalam
menghasilkan sesuatu produk.
b) Dasar Kerajaan
Dasar-dasar kerajaan dan polisi kerajaan seperti Dasar Perindustrian
Negara telah dapat menarik ramai pelabur sama ada dari dalam dan
luar negara untuk melabur di kawasan kajian.
c) Infrastruktur
Pembinaan jalanraya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik yang
cekap, sistem komunikasi dan sistem perbankan sangat perlu untuk
kegiatan ekonomi. Semua kemudahan ini telah sememangnya telah
sedia ada di kawasan kajian.
d) Pasaran
Permintaan tinggi untuk produk perindustrian telah menggalakkan
kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

e) Modal

11

Pihak kerajaan sentiasa memberi bantuan kepada para pengusaha yang


terlibat di dalam kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Antara bentuk
modal yang dihulurkan adalah latihan dan seminar keusahawanan,
untuk memulakan atau memberpesarkan kegiatan ekonomi.
f) Buruh
Tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pekerja
asing mampu menampung keperluan tenaga kerja di kawasan kajian.
Tenaga kerja yang mencukupi penting untuk memastikan kegiatan
ekonomi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
6.3

Kepentingan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian


6.3.1

Peluang Pekerjaan

Setiap sektor kegiatan ekonomi banyak mewujudkan peluang pekerjaan untuk


penduduk di kawasan kajian. Melalui kajian yang telah dijalankan, perindustrian
merupakan sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan. Sektor
perdagangan menyediakan peluang pekerjaan kedua yang paling banyak kerana
kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan kajian ini dan menyenangkan mereka
untuk membeli barang-barang keperluan asas. Seterusnya diikuti pula oleh sektor
pengangkutan, kerana ia tertumpu di kawasan yang ramai penduduk.
Sektor Kegiatan Ekonomi

Contoh jenis pekerjaan yang disediakan

Perindustrian

Pengurus, akauntan, juruaudit, jurutera,


juru analisis sistem komputer, kerani,
operator pengeluaran dan sebagainya.

Perdagangan

Jurujual, pekedai, penjaja, akauntan,


pemandu lori, pengurus dan sebagainya.

Pengangkutan

Pemandu lori, pemandu bas, mekanik,


jurujual tiket, pengurus dan sebagainya.

6.3.2

Pendapatan

Melalui hasil kajian yang telah dilakukan, pendapatan penduduk di kawasan


kajian secara umumnya meningkat. Ini akibat dari kegiatan ekonomi di sini yang
12

semakin maju. Sektor utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah sektor
perindustrian. Ini kerana sektor ini kebanyakkannya daripada kilang-kilang di sini
merupakan kilang yang kukuh. Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan memang
lumayan bagi pekerja-pekerja sektor ini. Sektor kedua yang menyumbang kepada
kegiatan ekonomi di sini ialah sektor perdagangan. Ini kerana sektor ini juga
menawarkan gaji yang agak lumayan. Ini disebabkan oleh keobsesan penduduk di
sini yang berlumba-lumba membuka perniagaan sendiri untuk menempa
keuntungan yang tinggi. Sektor ketiga yang menyumbang terhadap kawasan
kajian ini ialah sektor pengangkutan.
6.3.3

Kemudahan Infrastruktur

Melalui kajian yang saya telah lakukan, kemudahan infrastruktur di sini telah
membangun dengan giatnya. Sektor utama yang telah menyumbang terhadapnya
ialah sektor pengangkutan. Sektor kedua yang menyumbang kepada fenomena ini
ialah sektor perindustrian. Dengan adanya sektor ini, bekalan air dan elektrik telah
berkembang dan tidak lupa juga akan kemudahan telekomunikasi. Sektor terakhir
ialah sektor perdagangan. Dengan adanya sektor ini, tapak pasar malam telah
didirikan. Ini memberikan kemudahan kepada peniaga untuk berniaga. Tidak juga
dilupakan kemudahan lain seperti terminal bas, tandas awam, masjid, balai raya
dan sebagainya.
6.4

Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


Kegiatan ekonomi akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang
positif atau kesan yang negatif. Pengkaji hanya menghuraikan kesan-kesan negatif
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar yang terjadi di kawasan kajian secara langsung
dan juga kesan secara tidak langsung. Kesan secara tidak langsung adalah kesan yang
disebabkan oleh kegiatan ekonomi secara menyeluruh di Malaysia.

6.4.1

Kesan Secara Langsung


a) Perubahan Landskap
Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan.
Kawasan kajian yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan
13

tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan perindustrian yang penting.


Banyak kawasan hijau (hutan) ditebang untuk memenuhi keperluan
perindustrian, pembakaran terbuka untuk kerja-kerja pembersihan hutan,
masalah jerebu timbul. Penebangan hutan memusnahkan banyak spesis
flora dan fauna.
b) Pencemaran Udara
Kegiatan perindustrian di kawasan kajian tidak dapat lari daripada proses
pembakaran, pemanasan dan lain-lain yang berkaitan. Aktiviti ini sudah
pastinya menghasilkan asap. Asap yang terhasil daripada aktiviti
perindustrian menyebabkan pencemaran udara.
c) Pencemaran Tanah
Penggunaan bahan kimia digunakan dengan meluas bagi sesetengah kilang
yang terdapat di kawasan kajian.. Sisa racun yang tidak diuruskan dengan
baik dan sempuirna dalam jangkamasa panjang akan meresap ke dalam
tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Sisa minyak dari kegiatan
keusahawanan (bengkel kenderaan dan perusahaan makanan) juga boleh
mencemarkan tanah sika sisa bahan buangan tidak dikendalikan dengan
betul. Pencemaran tanah menyebabkan tanah menjadi tidak subur.
d) Pencemaran Air
Penggunaan bahan kimia digunakan dalam proses menghasilkan sesuatu
produk di sesebuah kilang. Sisa-sisa bahan kimia dari kilang mengalir ke
longkang besar dan menuju ke sungai dan akhirnya ke laut. Jika tidak
diuruskan dengan betul, keadaan ini boleh mengakibatkan kepupusan
banyak spesis ikan air tawar dan pengurangan jumlah ikan yang sangat
ketara.

14

e) Hakisan Tanah
Kegiatan penebangan hutan dilereng bukit menyebabkan hakisan tanah
berlaku. Hakisan tanah berlaku kerana batang-batang dan akar-akar pokok
yang menjadi penyokong struktur tanah telah tiada. Ketiadaan atau
15

pengurangan pokok-pokok dilereng bukit juga menyebabkan kuasa titisan


hujan tidak dikurangkan menghakis tanah dengan lebih cepat.

Pokok-pokok dicerun dan fungsinya untuk menahan hakisan tanah.


6.4.2

Kesan Secara Tidak Langsung


a) Hujan Asid
Kegiatan perindustrian dan asap kenderaan yang melibatkan pembakaran
bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum melepaskan gas sulfur
dioksida, nitrogen dioksida dan karbon dioksida ke udara. Sulfur dioksida
dan nitrogen oksida bertindak dengan wap air di atmosfera lalu
menghasilkan wap air di atmosfera lalu menghasilkan wap asid nitrik dan
asid sulfurik lemah yang menyebabkan pembentukan hujan asid.

16

Pelepasan asap dari kilang-kilang menyebabkan hujan asid.


b) Penipisan lapisan ozon
CFC dan gas nitrus oksida boleh terlepas ke atmosfera akibat kegiatan
perindustrian dan penggunaan baja kimia yang tidak terkawal. Apabila
klorin bercampur dengan gas nitrus oksida ia menyebabkan penipisan
lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi untuk menapis dan memantulkan
sinar ultra unggu dari matahari. Akibat daripa penipisan lapisan ozon, sinar
ultra unggu akan sampai kepermukaan bumi. Sinar ultra unggu berbahaya
kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Penipisan ozon menyebabkan sinar ultraungu sampai ke bumi dan


mengakibatkan kesan yang negatif kepada alam sekitar.
17

c) Kesan rumah hijau


Kegiatan

ekonomi

seperti

pembakaran

hutan,

perindustrian

dan

pembakaran bahan api fosil melepaskan gas karbon dioksida, nitrogen


oksida dan metana ke atmosfera. Kewujudan gas rumah hijau yang tidak
terkawal menyebabkan bahang bumi melantun semula ke bumi dan ia
menyebabkan suhu bumi meningkat.

Kesan dari gas rumah hijau yang tinggi menyebabkan peningkatan suhu suhu
permukaan bumi.

6.5

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap


Alam Sekitar di Kawasan Perindustrian Tebrau
Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada kegiatan
ekonomi tidak dapat dihindarkan atau dielakkan sepenuhnya. Saya telah membuat
rujukan dan semakan melalui laman sesawang berkaitan isu ini dan menyenaraikan
langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di
kawasan kajian dengan cara seperti yang berikut:

18

6.5.1

Penguatkuasaan Undang-Undang

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi


alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan pencemaran. Beberapa akta
yang digubal adalah:
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974:
perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar.
EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar):
Projek yang mungkin menjejas alam sekitar mesti menjalankan
Akta Pembangunan Mineral 1994:
bertujuan memajukan industri tempatan berasaskan mineral secara terkawal.
6.5.2

Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar boleh disampaikan secara formal di sekolah melalui


subjek seperti Geografi dan Sains. Kursus-kursus alam sekitar juga boleh
diadakan di peringkat universiti. Melalui kaedah ini, lepasan sekolah atau
universiti yang terlibat dengan kegiatan ekonomi akan memahami kepentingan
penjagaan alam sekitar.
6.5.3

Kempen Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar

Kempen kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar boleh diadakan melalui
media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Ceramah dan juga
pameran boleh diadakan. Penduduk setempat yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan kegiatan ekonomi diberi penerangan tentang kesan
terhadap alam sekitar, yang berpunca dari kegiatan ekonomi yang mereka jalankan
dan kaedah-kaedah bersesuaian untuk mengawalnya.
Contohnya, pengusaha bengkel kimpalan diberi penerangan tentang kesan
pembuangan minyak pelincir terpakai secara sembarangan yang mungkin akan
mencemarkan tanah atau sungai; yang akan menjejaskan kesuburan tanah atau
menyebabkan kemusnahan hidupan air seperti ikan. Pengusaha bengkel perlu
diajar kaedah pembuangan minyak pelincir terpakai yang bersesuaian.
19

6.5.4

Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)

Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) ialah aktiviti untuk menghasilkan


teknologi yang baharu atau lebih baik dan juga untuk menghasilkan teknologi
yang mesra alam. P & P dalam bidang bioteknologi sebagai contoh, boleh
menghasilkan bahan kimia tidak membahayakan alam sekitar dan juga orang yang
menggunakannya.
6.5.5

Kitar Semula Bahan Buangan

Kita semula adalah proses menggunakan semula atau memproses barang yang
telah diguna menjadi barang baru. Jenis barangan yang boleh dikitar semula ialah:
kertas, kaca, plastik, aluminium dan pakaian. Kitar semula akan mengurangkan
pembuangan bahan terpakai di kawasan pengumpulan atau pelupusan sampah
yang seterusnya mengurangkan kesan pencemaran tanah. Contoh kitar semula
bahan buangan adalah proses mengitar semula kertas terpakai, buku dan surat
khabar lama untuk dijadikan kertas baharu dan juga lain-lain produk berasaskan
kertas seperti kotak. Oleh itu, penebangan hutan dapat dikurangkan.

20

7.0 RUMUSAN
Pembangunan perindustrian memberi kesan terhadap alam sekitar dengan berlakunya
penerokaan kawasan hutan, pencemaran, perubahan iklim dan sebagainya. Pembangunan
perindustrian memberi impak terhadap kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat.
Aktiviti sosial warga asing yang bekerja dalam sektor industri juga memberi impak terhadap
kesejahteraan dan keharmonian hidup penduduk tempatan. Jenayah seperti ragut, kecurian
dan pecah rumah menyebabkan penduduk tempatan merasa tergugat dengan kehadiran warga
asing. Hubungan yang negatif wujud antara usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan
kesejahteraan kehidupan penduduk setempat manakala hubungan positif antara penjagaan
alam sekitar dan kempen pemeliharaan alam sekitar.
Di pihak lain, sektor industri mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan. Namun, masih terdapat masalah pencemaran alam sekitar yang menggugat
kesejahteraan hidup penduduk setempat. Oleh hal sedemikian, pemantauan oleh pihak
kerajaan amat penting dalam memastikan undang-undang ini terus dipatuhi oleh sektor
industri demi mengurangkan masalah alam sekitar dan seterusnya menjamin kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Selain itu, penduduk setempat memainkan peranan sebagai pemerhati
kepada pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dan agen pembangunan, iaitu sektor
perindustrian. Penduduk setempat peka dengan pembangunan yang dilaksanakan dan turut
menyatakan persepsi mereka berkenaan impak pembangunan terhadap alam sekitar dan
kesejahteraan serta keharmonian penduduk setempat.

21

RUJUKAN
Buku
Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yoeng, 2002, Buku Teks Geografi Tingkatan
1, Petaling Jaya, Media Network Sdn. Bhd.
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3,
Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nexus , Buku Tingkatan 2 , Cerdik , Tan Wee Hock , Azizan bin Hadi Abdul Samah , 2000

Internet
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506
http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=subang%20jaya
%20ss13&rlz=1R2ADRA_enMY411&safe=on&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl
www.wikipedia.com.my
www.GEO-foliokegiatan ekonomi.net
http://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2014/06/TUGASAN-GEOGRAFIPencemaran-Alam-Sekitar-Udara-Air-Tanah-Bau-panduan-pelajar.pdf
Orang Sumber
Cikgu Sarina binti Ismail, Guru Geografi Sekolah Tun Fatimah
Encik Muhamad Shafii Bin Ahmad, Responden kawasan kajian
Encik Shuib bin Kamsani, Responden Kawasan kajian

22

You might also like