You are on page 1of 73

TOPIK 2:

MERANCANG
PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN

APAKAH PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN?
penyelidikan

pendidikan adalah kajian yang menyelidik


tingkahlaku murid, guru dan lain-lain peserta di sekolah dan
institusi pendidikan yang lain

tingkahlaku biasanya disiasat dengan memeriksa hasil kerja


seperti dokumen dan keputusan ujian setara

terdiri daripada pelbagai kajian yang ingin memahami dan


membaiki pembelajaran dan proses pendidikan

termasuk tajuk-tajuk seperti pengajaran, pengurusan bilik


darjah, psikologi, pengujian, perkembangan kanak-kanak dan
sains kognitif

MENGAPA KITA MELAKUKAN


PENYELIDIKAN PENDIDIKAN?
Kita hendak :
pelajari kaedah mengajar berkesan untuk membantu
pelajar belajar

mencari hubungan di antara pemboleh ubah dalam


situasi pendidikan bagi merancang intervensi

memahami konteks budaya sekolah untuk membentuk


sekolah yang memegang kepada keadilan dan
mengurangkan prejudis serta inequality

MENGENAL PASTI
MASALAH

Masalah Kajian Vs Pernyataan Masalah


Masalah kajian :
Isu pendidikan,
kontroversi dan
keprihatinan yang
ingin dikaji

Pernyataan masalah :
Adalah satu huraian
tentang latar belakang
dan isu-isu berkaitan
yang membawa kepada
masalah yang dikaji

NYATAKAN SUMBER MASALAH


KAJIAN?
Sesuatu kajian bermula dengan masalah.
Menurut Ary, Jacobs, Razaveih & Sorenson
(2006), masalah kajian boleh dikenalpasti
melalui :

A. PENGALAMAN
Masalah yang dihadapi semasa mengajar
dalam bilik darjah.

Contohnya :
- Mengapakah pencapaian pelajar rendah
dalam subjek berkenaan?
- Adakah saiz kelas yang kecil boleh
mempengaruhi tahap pencapaian pelajar?

B. SOROTAN LITERATUR

Contohnya : jurnal, tesis, laporan


Soratan literatur boleh digunakan kerana :

1)

Soalan kajian lebih mendalam/berbeza berdasarkan kepada


sorotan literatur

2)

Kemungkinan kajian berkenaan boleh digunakan pada subjek


yang berbeza

3)

Kemungkinan kajian berkenaan boleh digunakan bagi budaya


yang berbeza

4)

Ulangan kajian yang telah dijalankan pada lokasi dan sampel


berbeza

C. LAPORAN RASMI KERAJAAN


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)

Trends

in Mathematics and Science Study


(TIMSS)

Laporan Lembaga Peperiksaan

APAKAH KRITERIA YANG PERLU


DIPERTIMBANGKAN SEMASA
MEMILIH MASALAH KAJIAN?
Adakah

manusia dan lokasi boleh diakses?


Adakah masa dan sumber mencukupi?
Adakah masalah berkenaan boleh dikaji?
Adakah anda mempunyai kemahiran
berkenaan?

BAGAIMANA UNTUK MENULIS


PERNYATAAN MASALAH?
Menjelaskan dengan tepat isu yang hendak
dikaji.
Hubungan
antara
pemboleh
ubah
berkaitan dinyatakan dalam bentuk
persoalan.

BERIKAN CONTOH
PERNYATAAN MASALAH

Bincang dan hasilkan pernyataan masalah


dalam bidang masing-masing......

Penyataan masalah 1

Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini,
maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani
masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan

dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan


kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha
meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan,Malaysia (PSA) bagi membantu pelajar menangani masalah


kemurungan yang dihadapi.

Pernyataan masalah 2

Situasi masalah:
Keluarga saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran di belakang rumah. Keluasan
tanaman seluas 0.25 hektar. Pelbagai sayuran ditanam yang perlu disiram setiap
hari. Sebelum ini keluarga saya menyiram menggunakan kaedah biasa seperti
penyiram dan paip getah. Kaedah ini memenatkan dan mengambil masa yang
lama.

Pernyataan masalah:
Keluarga saya menghadapi kesukaran menyiram tanaman sayursayuran dalam kuantiti yang banyak dengan cepat dan berkesan

Pernyataan masalah 3
Situasi masalah:
En Sulaiman merupakan seorang peniaga air tebu di Pasar Tumpat. Beliau
memulakan perniagaannya dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Di sekitar
Pasar Tumpat terdapat 5 orang peniaga air tebu. Selepas tebu dimesin dan
diambil airnya, hampasnya akan dibuang. Masalahnya hampas tebu tersebut
bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan. Ini menyebabkan tempat
perniagaanya berselerak dan kotor. Tempat pembuangan sampah juga sentiasa
dipenuhi dengan hampas tebu yang melimpah keluar daripada tong sampah.

Pernyataan masalah:
Hampas tebu bersaiz panjang dan sukar untuk dilupuskan.
Tempat perniagaan berselerak dan kotor dengan hampas tebu.
Hampas tebu keluar daripada tong sampah di tempat pembuangan
sampah.

PERNYATAAN MASALAH
LEMAH
Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa semua muzik rock adalah ganas dan
sangat berbahaya. Bagaimanapun, setelah kajian dibuat tiada kaitan yang

ketara di antara lagu yang ganas dengan keganasan sebenar. Selagi kita
berpendapat bahawa muzik yang ganas adalah penyebab kepada jenayah,
kita tidak akan dapat fokus kepada punca yang sebenarnya, seterusnya kita

tidak dapat melihat kelebihan sebenar muzik ini. Kekerasan di dalam muzik
bukan sahaja tidak berbahaya, malah sangat membantu.

Whats wrong???
Kenyataan umum yang tidak benar, atau sekurangkurangnya adalah sangat mustahil

Pada permulaan movie The Lord of The Ring, kebanyakan


Hobbit dan termasuk Frodo sendiri tidak menyangka
bahawa dia boleh menyelamatkan dunia. Beliau akhirnya
mengetahui bahawa beliau mempunyai keberanian dan
seterusnya menjadi lebih berani. Jika Frodo tidak
menyedari yang beliau mempunyai kemampuan melebihi
daripada beliau fikirkan, sudah tentu Middle Earth telah
musnah. Kesimpulannya, Frodo adalah seorang hero.
Whats wrong???
Penulis hanya menunjukkan masalah yang dihadapi
oleh Frodo dan Hobbit hadapi, bukannya masalah
yang dihadapi oleh pembaca/penonton.

Dalam 10 tahun yang lalu, teknologi komputer telah berkembang dengan

mendadak, dan ini membuatkan ia semakin mudah untuk memuat turun


muzik dan memuatkannya ke dalam CD. Kebanyakan peminat muzik
lebih suka mix CD berbanding mix tapes yang lama kerana mix CD

lebih mudah dibuat dan tahan lama. Tetapi, sebenarnya mix tapes adalah
lebih baik. Selagi masyarakat terus berfikir CD adalah lebih baik, mereka
tidak akan pernah dapat mengetahui bahawa teknologi CD adalah tidak

berjiwa seterusnya tidak dapat menikmati keseronokan mix tapes.


Dalam setiap aspek, mix tapes adalah lebih hebat berbanding mix CD.

Whats wrong???
Keadaan/syarat ketidakstabilan dan penyelesaiannya
adalah sama

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian

Secara ringkas, objektif penyelidikan ialah pernyataan


tentang hasil penyelidikan yang hendak dicapai,
dicerap dan diukur.

Kebiasaannya objektif disusun berdasarkan langkah


demi langkah. Misalnya objektif pertama dimulai
dengan perkataan "mengenal pasti" (satu pemboleh
ubah), dan diikuti dengan "mengukur" atau "menguji"
hubungan dua pemboleh ubah .

MENULIS SOALAN
KAJIAN

Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan soalan kajian ?

Soalan

kajian adalah teras asas untuk merancang sesuatu


penyelidikan dan menjadi garis panduan dalam penulisan
proposal penyelidikan .

Soalan

dan objektif kajian berhubung rapat antara satu


sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina
berpandukan kepada objektif kajian. Yang mana jawapan
kepada soalan ini membantu pengkaji untuk mencapai
objektif dan tujuan kajian.

Nyatakan kepentingan menulis soalan kajian

Mengetahui perkara yang ingin dikaji

Soalan kajian dapat membantu pengkaji untuk


mengetahui apa yang perlu dilakukan, iaitu membimbing
pengkaji merancang reka bentuk, prosedur,
instrumentasi dan persampelan kajian secara sistematik

Soalan kajian memudahkan proses pengumpulan data


dan penganalisisan data dibuat.

Bagaimanakah cara untuk membina soalan kajian


penyelidikan ?

Objektif

Soalan kajian mestilah dinyatakan dalam bentuk soalan dgn


menggunakan perkataan:
~ Apa
~ Siapa
~ Bagaimana
~ Mengapa
~ Bila

Soalan kajian mestilah menempatkan masalah atau isu


kontroversi yang masih boleh dibahas dan dikaji.

Membina soalan yang boleh membantu penyelidik fokus


kepada strategi penyelidikan .

Soalan kajian mestilah dibina berdasarkan masalah yang


hendak dikaji dan fokus pada idea utama

Soalan kajian dinyatakan lebih terperinci dibandingkan


dgn objektif kajian & tujuan kajian.

Penggunaan

perkataan meningkatkan, perkembangan, &


sebagainya boleh digunakan dlm penulisan soalan kajian.

Perincikan

soalan kajian yang hendak ditulis supaya ia


lebih jelas dan spesifik

Pastikan

soalan kajian yang ditulis adalah tepat dan


menggambarkan pendapat sebenar anda dan tidak
menimbulkan keraguan.

Soalan

kajian mestilah memenuhi skop penyelidikan

Nyatakan contoh soalan kajian ?

Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi


menangani masalah kemurungan pelajar ?

Bagaimanakah latar belakang pelajar yang mengalami


kemurungan?

Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar ?

Bagaimanakah salah laku yang dilakukan pelajar yang


mengalami kemurungan ?

Soalan yang boleh dikaji Vs Soalan yang tidak boleh dikaji

Soalan yang boleh dikaji mestilah mengandungi maklumat


yang boleh dikumpul dan boleh digunakan semasa
menjawab soalan kajian.

Contoh (i) : Patutkah kanak-kanak dimasukkan ke pra-sekolah ?


( Tidak boleh dikaji )
Adakah kanak-kanak yang mendaftar di pra-sekolah dapat
membina kemahiran sosial yang lebih baik berbanding
kanak-kanak yang tidak mendaftar ?
( Boleh dikaji )

Contoh 2 :-

Adakah sesetengah orang memang dilahirkan sebagai


orang jahat ?
( tidak boleh dikaji )

Adakah orang yang mengalami gangguan personaliti


lebih banyak melakukan jenayah berbanding orang lain ?
( boleh dikaji )

Nyatakan sama ada masalah berikut boleh dikaji atau tidak

Adakah pencapaian di sekolah menengah mempengaruhi


pencapaian pelajar di universiti ?

Apakah cara yang terbaik untuk belajar membaca ?

Apakah makna kehidupan ?

Menukar Tajuk kepada Soalan Kajian

Tukarkan tajuk berikut kepada bentuk soalan yang boleh dikaji


1.

Kualiti air dan tahap kesihatan

2.

Penglibatan ibu bapa di sekolah dan prestasi pembelajaran


anak-anak

3.

Penyalahgunaan dadah dan sistem ekonomi negara

4.

Saiz kelas dan pencapaian pelajar

5.

Diet dan senaman

Pelbagai jenis kemungkinan soalan kajian dapat


dihasilkan. Antara salah satu contohya ialah :
1.
2.
3.
4.
5.

Bagaimanakah kualiti air memberi kesan terhadap


tahap kesihatan manusia ?
Bagaimanakah penglibatan ibu bapa di sekolah
meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak ?
Apakah kesan penyalahgunaan dadah kepada sistem
ekonomi negara ?
Adakah saiz kelas mempengaruhi pencapaian pelajar ?
Apakah hubungan antara diet dan senaman ?

Ciri-ciri Soalan Kajian


Bagaimana menghasilkan soalan
kajian yang baik?

Ciri-ciri soalan kajian yang baik


Cavanagh (2007) mengariskan 4 ciri-ciri
1.Feasible

(Dapat Dilaksanakan)
2.Clear (Jelas)
3.Significant (Kepentingan)
4.Ethical (Beretika)

Feasible (Boleh Dilaksanakan)


Soalan kajian hendaklah dapat dilaksanakan
melalui penyiasatan dengan sumber sedia
ada.

Bagaimana guru mengendalikan pelajaran


praktikal sains dalam makmal?

Clear (Jelas)
Dengan kata lain, soalan kajian hendaklah
tidak kabur.
Apakah

masalah atau isu?


Siapakah yang menyatakan itu suatu isu?
Apakah data yang boleh membuktikan ia
adalah suatu isu?

Significant (Kepentingan)
Kita boleh katakan bahawa soalan kajian
hendaklah layak ataupun berbaloi untuk
disiasat/dikaji.
Apakah

strategi pengajaran, kaedah dan


teknik yang digunakan guru cemerlang
dalam bilik darjah?
Adakah penggunaan aktiviti hands-on dpt
meningkatkan kefahaman dlm mata
pelajaran Sains?

Ethical (Beretika)
Etika merujuk kepada persoalan betul atau
salah.
Bolehkah kajian tersebut dijalankan?
Apakah akan terdapat bahaya fizikal
kepada sesiapa hasil dari penyisatan
tersebut?

Tidak Jelas :
Mengapakah jaringan laman sosial berbahaya?
Jelas :

Bagaimanakah pengguna atas talian mengalami dan menangani isu


persendirian dalam jaringan laman sosial seperti MySpace dan
Facebook?
Versi tidak jelas dalam soalan ini tidak mengkhususkan jenis laman
sosial atau menyatakan jenis bahaya yang disebabkan oleh laman sosial
tersebut. Ini akan memberi anggapan bahawa bahaya tersebut sudah
terbukti atau/dan diterima.
Versi yang jelas mengkhususkan jenis laman sosial (MySpace dan
Facebook), jenis bahaya (Isu Persendirian), dan siapa yang terdedah
kepada bahaya (pengguna atas talian).

Soalan kajian yang kukuh tidak memberi ruang yang kabur untuk
sebarang tafsiran.

Tidak Fokus :
Apakah kesan pemanasan global kepada alam sekitar?
Fokus :
Bagaimana pencairan glasier di Antartika memberi kesan kepada
penguin?

Versi soalan kajian yang tidak fokus adalah sangat meluas sehingga
ia tidak dapat dijawab dalam satu buku.
Versi soalan kajian yang fokus dikecilkan dengan sebab yang
spesifik (pencairan glasier), tempat yang spesifik (Antartika), dan
kumpulan spesifik yang terjejas (peguin).
Buat soalan kajian dengan terperinci dan sefokus yang boleh.

Ringkas :

Bagaimana para doktor menangani masalah diabetis di A.S?


Kompleks yang Bersesuaian:
Apakah ciri-ciri umum bagi pengidap diabetis di Amerika, dan
bagaimana ciri-ciri ini digunakan oleh pakar perubatan sebagai
pencegah bagi penyakit tersebut?
Versi soalan kajian yang ringkas yang dapat dicari secara di atas talian
dan boleh dijawab dalam beberapa ayat, tidak akan memberi ruang
untuk analisa.
Versi soalan kajian yang kompleks ditulis dalam dua bahagian. Ianya
satu provokasi dan memerlukan penyelidikan dan penilaian yang
ketara dari penulis.
Soalan kajian tidak efektif sekiranya dapat dijawab dengan hanya
pencarian melalui Google.

Tiga Soalan Utama

Bagaimana jawapan kepada soalan ini


dapat memajukan pengetahuan dalam
bidang saya?

Bagaimana jawapan kepada soalan ini


dapat meningkatkan amalan pendidikan?

Bagaimana jawapan kepada soalan ini


meningkat keadaan manusia?

HIPOTESIS KAJIAN

APAKAH HIPOTESIS KAJIAN?


Satu

pernyataan yang dibuat tentang


sesuatu fenomena yang diselidik

Dibuat

dalam bentuk ramalan tentang


hubung kait antara dua atau lebih
pemboleh ubah yang dijangka mempunyai
kaitan

APAKAH TUJUAN HIPOTESIS?


Memberi

jangkaan/ramalan sementara
tentang fenomena.

Memberi

kenyataan hubungan yang boleh


diuji secara langsung.

Memberi
Memberi

panduan penyelidikan.

kerangka laporan dapatan dan


kesimpulan.

APAKAH KRITERIA HIPOTESIS


YANG BAIK?
Hendaklah

dinyatakan dalam bentuk pernyataan,


bukannya dalam bentuk persoalan.

Hendaklah

menyatakan perhubungan di antara


pemboleh ubah.

Menggambarkan

sesuatu teori atau satu bentuk


literatur yang dirujuk.

Hendaklah
Boleh

ringkas dan tepat.

dikaji

BERIKAN CONTOH HIPOTESIS


SOALAN KAJIAN :
Apakah kaitan antara kebolehan mental dan
pencapaian akdemik?

HIPOTESIS :
Terdapat hubungan yang positif (atau
korelasi) antara kebolehan mental
dan pencapaian akademik.

SOALAN KAJIAN :
Apakah kesan kebolehan mental ke
atas pencapaian akademik?

HIPOTESIS :
Kebolehan mental mempunyai kesan
positif ke atas pencapaian akdemik.

NYATAKAN JENIS-JENIS
HIPOTESIS
A.

Hipotesis Tidak Terarah

B.

Hipotesis Terarah

C.

Hipotesis Nul

D.

Hipotesis Alternatif

HIPOTESIS TIDAK TERARAH VS


HIPOTESIS TERARAH
Hipotesis TidakTerarah

adalah pernyataan yang


tidak menunjukkan arah
perkaitan antara
pembolehubah yang
diselidiki

HipotesisTerarah

Merupakan
pernyataan
hubungan antara
pemboleh ubah
yang mengarah ke
arah sesuatu

CONTOH HIPOTESIS
HIPOTESIS TIDAK TERARAH
1)

Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki


dan pelajar perempuan di kalangan pelajar universiti
yang lemah dalam kursus sains.

2)

Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar


lelaki dan pelajar perempuan di kalangan pelajar
universiti yang lemah dalam kursus sains.

Terdapat kemungkinan kewujudan perbezaan dari segi


pencapaian antara jantina,tetapi tidak signifikan, dan ini
dapat diuji secara statistik. Dalam penyelidikan, perbezaan
yang tidak signifikan dianggap umpama tiada perbezaan.

CONTOH LAIN

Terdapat perhubungan antara umur dan prestasi kerja.

Terdapat perbezaan dalam prestasi kerja antara lelaki


dan wanita.

Tidak terdapat perbezaan antara tingkah laku pelajar


lelaki dan wanita dalam penerimaan sokongan daripada
rakan sebaya.

NOTE :
Tidak tahu arah dan magnitud
perhubungan

CONTOH HIPOTESIS
HIPOTESIS TERARAH
1)

Pelajar lelaki mempunyai pencapaian yang lebih


tinggi daripada pelajar perempuan dalam kalangan
pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

2)

Pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang


lebih tinggi daripada pelajar lelaki dalam kalangan
pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

Hipotesis tidak mempersoalkan kewujudan perbezaan tetapi


telah menerima hakikat bahawa wujud perbezaan.

CONTOH LAIN

Semakin tinggi umur pekerja, semakin tinggi


prestasi pekerja.

Prestasi pekerja wanita adalah lebih tinggi daripada


pekerja lelaki.

Orang tua lebih kuat pegangan agama daripada


orang muda.

NOTE :
Menggunakan perkataan positif, negatif,
lebih daripada, kurang daripada, etc

HIPOTESIS NUL VS HIPOTESIS


ALTERNATIF
Hipotesis Nul
hipotesis statistik
yang menyatakan
bahawa tidak
terdapat kaitan
antara pemboleh
ubah yang
diselidiki

Hipotesis Alternatif
juga digelar sebagai
hipotesis
penyelidikan ialah
pernyataan yang
menyatakan
terdapat kaitan
antara pemboleh
ubah yang
diselidik

CONTOH HIPOTESIS
HIPOTESIS NUL
1)

Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian


pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang
lemah dalam kursus sains.

2)

Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian


pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam
kalangan pelajar universiti yang lemah dalam
kursus sains.

Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara


jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian
pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti
yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga.

CONTOH LAIN

Tidak terdapat perbezaan antara remaja


lelaki dan perempuan berhubung persepsi
terhadap sokongan emosi daripada rakan
sebaya.

Tidak ada perbezaan kesedaran IT antara


pensyarah berpengalaman dan kurang
pengalaman.

CONTOH HIPOTESIS
HIPOTESIS
ALTERNATIF

1)

Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam


kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

2)

Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan


pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang
lemah dalam kursus sains.

Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan


antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud
perbezaan pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan,
maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya
kaitan.

CONTOH LAIN

Lelaki mempunyai kadar denyutan nadi


yang lebih rendah daripada perempuan.

Tambahan tahap senaman meningkatkan


faedah senaman aerobik yang terhasil.

RASIONAL/SIGNIFIKA
N KAJIAN

RASIONAL KAJIAN VS SIGNIFIKAN


KAJIAN

Rasional kajian
menyatakan sebab
kita melakukan kajian
tersebut

Signifikan kajian
menyatakan
kepentingan kajian
tersebut dijalankan

APAKAH YANG PERLU


DINYATAKAN SEMASA MENULIS
RASIONAL KAJIAN?
Kepentingan memilih tajuk untuk dikaji.
Kepentingan kepada pengkaji dan kerjaya.
Kepentingan kepada institusi, masyarakat
dan negara.
Kepentingan kepada sistem politik, budaya,
sosial, ekonomi dan pendidikan.
Apakah kesan jika tidak dikaji?

NYATAKAN CONTOH
RASIONAL KAJIAN
TAJUK KAJIAN :
KAJIAN STRES GURU PELATIH
PRAKTIKUM KPLI J-QAF

Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk


melengkapkan diri dengan pengajaran dan
pembelajaran bagi menjamin keberkesanan
profesion keguruan. Justeru itu, guru-guru
pelatih ini perlu didedahkan dengan dunia
pekerjaan yang harus ditempuhi , memahami
potensi serta memahami kekuatan dan
kelemahan diri. Melalui kajian ini juga
diharapkan para pensyarah dapat memahami
masalah-masalah guru-guru pelatih secara
mendalam dan dapat membantu mereka
menghadapi stres dengan positif.

APAKAH KRITERIA SIGNIFIKAN


KAJIAN?
Menjelaskan keistimewaan kajian.
Menyatakan kepentingan kajian kepada
masyarakat.
Menyatakan kebaikan yang diperolehi oleh
banyak pihak jika kajian tersebut berjaya.

NYATAKAN CONTOH SIGNIFIKAN


KAJIAN
TAJUK KAJIAN :

KAJIAN STRES GURU PELATIH


PRAKTIKUM KPLI J-QAF

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi tahap pendidikan
masyarakat. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji
adalah teknik pengajaran guru, galakan ibu bapa,
semangat pelajar dan masalah keluarga.
Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan
garis panduan kepada masyarakat betapa
pentingnya pelajaran kepada pelajar luar bandar.
Kajian ini juga merupakan satu alternatif
meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar
dalam usaha membentuk insan yang berjaya dan
berkualiti.

DEFINISI ISTILAH
&
DEFINISI
OPERASIONAL

Contoh
Konsep

Definisi

Pengoperasian

Komitmen
Organisasi

Keadaan di mana seseorang


individu merasakan sesuai dengan
organisasi dan gol serta ingin
mengekalkan keahlian untuk
mencapai gol tersebut

Skor Soal selidik


Komitmen Organisasi
(Mowday, Steers &
Porter, 1979)

Kepuasan
Kerja

Sikap yang dipunyai oleh individu


terhadap kerja, hasil daripada
persepsi dan kesesuaian antara
individu dan organisasi

Skor soal selidik Job


Diagnostic Survey
(JDS) (Hackman &
Oldham, 1975)

Sikap

Perasaan individu terhadap sesuatu


atau seseorang

Maklum balas
berdasarkan skala
Likert (persetujuan dsb)
kepada beberapa
kenyataan

Skop @ Batasan
Kajian
Apakah yang dimaksudkan dengan
Skop @ Batasan Kajian?

Skop @ Batasan Kajian


Skop dimaksudkan batasan kajian yang
akan dijalankan.
Fokus ini akan menentukan arah atau
batasan dalam tulisan.
PENTING bagi mempastikan penilai
dapat memahami sempadan kajian
berkenaan.
sampel kajian, tempoh kajian, limitasi
tempat, skop metodologi kajian dan
sebagainya.

Contoh Skop @ Batasan Kajian


Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor
yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang
berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM.
Kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja.
Jadinya, apa-apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari
kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang
boleh dilihat umpamanya;
mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja
kaum Melayu di semua IPTA
pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja

Terima Kasih

You might also like