You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


PERING
KAT
SEKOL
AH
SK
PENGHA
YATAN
REBAK
ALQURAN
TERAS 10
KECEMER
MAJLIS KHATAMAL AL- QURAN
NOVEM
LANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN REBAK
BER
SAHSIAH
2016 M / 1438 H
2016

1.0

PENDAHULUAN

Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu program khusus untuk memberi pengiktirafan
kepada murid-murid sekolah program j-QAF yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran
lebih awal dari tempoh yang dikehendaki dalam pelaksaan.
Pengiktirafan ini adalah sebagai suatu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan
membudayakan generasi muda di peringkat awal persekolahan khasnya untuk terus
berusaha menguasai dan mempertimbangkan mutu bacaan al-Quran serta menghayati,
memahami isi kandungan al-Quran sebelum melangkah ke peringkat menengah.
Bagi meneruskan generasi celik al-Quran dalam kalangan murid-murid Islam, usaha ke
arah meningkatkan penguasaan dan penghayatan isi al-Quran amatlah dituntut di mana
ianya bermula dengan bacaan yang betul dari semasa ke semasa. Kemuncak kepada inisiatif
ini ialah mereka dapat khatam al-Quran dengan jayanya. Bertitik tolak dari kesedaran inilah
pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang celik al-Quran sehingga mereka
khatam sepenuhnya sebelum melangkah keluar dari sekolah ini. Maka, lahirlah Majlis
Khatam al-Quran SK Rebak,Asajaya bagi tahun 2016.

2.0

RASIONAL

Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda kearah
menghidupkan syiar Islam. Disamping itu juga, ianya dapat memahirkan bacaan al-Quran
dalam kalangan murid.
Justeru itu, mereka yang membaca, memahami dan menghayati serta menjadikan alQuran sebagai sumber rujukan, maka insyaAllah kesejahteraan sedang menanti dalam
kehidupan mereka.
3.0

OBJEKTIF
1. Melahirkan murid celik dan khatam al-Quran sebelum Tahun 6.
2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan dan penghayatan al-Quran kepada kumpulan
pelajar khususnya murid Tahun 6 sekolah ini.
3. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.
4. Menanam rasa cinta terhadap al-Quran.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan ibubapa.

4.0

TEMA
Penghayatan Al-Quran Teras Kecemerlangan Sahsiah

5.0

TARIKH
10 November 2016

6.0

TEMPAT
Dewan Sri Rebak

7.0

KUMPULAN SASARAN
Semua Pelajar Tahun 6 (seramai 18 orang)

8.0

STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran I

9.0

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran II
ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran III

9.0

10.0 PENUTUP
Semoga dengan adanya program sebegini dapat menghidupkan semangat membudayakan al-Quran dalam kehidupan
seharian dan memantapkan lagi bacaan dalam kalangan murid. Mudah-mudahan program ini dapat berjalan dengan
lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..
(Cik Nurul Syamimi Binti Ahmad)
Setiausaha Majlis Khatam al-Quran,
SK Rebak,Asajaya.

.........
(En. Mohd. Abdillah Bin Abu Bakar)
Guru Besar,
SK Rebak, Asajaya.

LAMPIRAN I
STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN 2016
PENASIHAT
En.Mohd Abdillah
Guru Besar
En. Mohd Zaidi
Pengerusi Pibg
PENGERUSI
En. Ahmad Rawi Bin Rawi
SETIAUSAHA
Cik Nurul Syamimi Binti Ahmad
BENDAHARI
Pn.Syukriah Binti Abdullah
AJK PROTOKOL
Guru Besar, Semua Pk & Exco Pibg
PENGACARA MAJLIS
En. Ahmad Bin Rawi
AJK MAKANAN, MINUMAN & BUNGA TELUR
Pn. Saraiyah Bt Elli
Pn. Laila Bt Bana
Pn. Nuzulyati Bt Ali
Ibu Bapa Pelajar Tahun 5/6
STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN 2016
AJK DISIPLIN
Pn. Zaidah Binti Zainal
En. Hasbi Bin Jumput
PENYELIA PESERTA KHATAM
Pn. Syukriah Abdullah
Pn. Sabtuyah Shebeli
AJK DEWAN, PENTAS DAN BACKDROP
(Semua Guru Dan Pengawas)
AJK TEKNIKAL

En.Mahri Bin Mas


En. Hasbi Bin Jumput
DOKUMENTASI
En. Yumat Bin Hajimi
AJK KEBERSIHAN
Pn.Norsiah Bt. Abdullah
En. Asri Bin Adenan
AJK BUKU PROGRAM
Pn. Marry
Cik Nurul Syamimi Binti Ahmad
STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN 2016
AJK SIJIL DAN CENDERAHATI
Pn. Noraini
Pn. Zuraida
Pn. Hayati Saadi

LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
07:00 - Semua pelajar masuk ke dewan
- Ketibaan Ibu Bapa
- Ketibaan tetamu jemputan

- Peserta Khatam al-Quran mengambil tempat


- Majlis Khatam al-Quran bermula
- Majlis Penutupan
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar SK Rebak
- Ucapan perasmian penutupan
- Persembahan
- Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada guru takhtim dan peserta khatam
- Penyerahan kuncu kalam
- Merarau
- Majlis Bersurai

LAMPIRAN III
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
01
02
03
04
05
06
07

PERKARA
Persediaan Pentas
Cenderahati Perasmi Penutupan
Cenderahati Guru Takhtim
Saguhati Peserta Khatam
Jamuan VIP
Jamuan Ibu Bapa & Guru
Jamuan Murid

JUMLAH

JUMLAH

You might also like