You are on page 1of 2

5

ABSTRACT
The world of education is increasingly stepping forward. Heading into the 21st century,
more and more teaching methods designed to help teachers to face this challenge. Using
internets technology, there are many methods that can be simplified to resolve this challenge.
The subjects History is among the main subjects at the secondary school level. Learning History
should be a subject of interest of students to learn. Students often less interested because of
various factors. The subject itself is not processed with interesting teaching style. Therefore the
aim of this study is to reveal the application of collaborative learning methods through the
application WhatsApp, looking for effectiveness, and provide a new design element in
implementing the 21st Century Learning in the classroom. The study was conducted in a
secondary school in Kulai, Johor by taking a sample of Form 4 students as respondents. This
study was conducted by looking at the scores of students before and after the intervention, before
the end, a questionnaire was distributed to the answers to the research questions. The findings
from this study were analyzed using descriptive statistics to assess the percentage, mean and
standard deviation. The results of the analysis carried out revealed that the percentage of students
who improved understanding is not very significant. It concluded that this method can be carried
out in schools, but must meet a number of aspects to this method can be carried out successfully.
Most students find WhatsApp on the social aspect but it can actually be implemented in the
education arena. Therefore, the role of teachers is highly expected that the success of this latest
method. Advantages in WhatsApp have to be used as a discussion forum for collaborative quick
and easy. The implications of this study are expected to help the various parties, including the
Ministry of Education to find the latest methods that can attract students.

6
ABSTRAK

Dunia pendidikan semakin melangkah ke hadapan. Menuju ke abad 21 ini, semakin


banyak kaedah pengajaran yang direka untuk membantu para guru mendepani cabaran ini.
Dengan teknologi internet, banyak kaedah yang boleh dipermudahkan untuk mengatasai cabaran
ini. Mata pelajaran Sejarah merupakan antara mata pelajaran yang utama di peringkat sekolah
menengah. Pembelajaran Sejarah seharusnya menjadi subjek yang menarik minat pelajar untuk
belajar. Pelajar selalunya kurang berminat kerana pelbagai faktor. Faktor subjek itu sendiri yang
tidak diolah dengan gaya pengajaran yang menarik. Justeru itu tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mendedahkan mengenai penerapan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui
aplikasi WhatsApp, mencari keberkesanannya, serta memberi satu rekabentuk baharu dalam
menerapkan elemen Pembelajaran Abad ke-21 di dalam kelas. Kajian dijalankan di sebuah
sekolah menengah di daerah Kulai, Johor dengan mengambil sampel daripada pelajar Tingkatan
4 sebagai responden kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan melihat kepada markah pelajar
sebelum dan selepas proses intervensi, sebelum di akhirnya, satu soal selidik diedarkan bagi
mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Dapatan daripada kajian ini dianalisis
menggunakan statistik deskriptif iaitu menilai peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil analisis
yang dijalankan mendapati peratusan pelajar yang meningkat kefahaman tidak terlalu signifikan.
Ini menyimpulkan bahawa kaedah ini boleh dijalankan di sekolah, tetapi perlu menepati
beberapa aspek agar kaedah ini boleh dijalankan dengan jayanya. Kebanyakan para pelajar
melihat WhatsApp dari sudut sosialnya tetapi ia sebenarnya boleh dilaksanakan di dalam arena
pendidikan. Oleh itu, peranan guru adalah amat diharapkan bagi menjayakan kaedah terbaharu
ini. Kelebihan yang ada pada WhatsApp perlu dimanfaatkan sebagai wadah perbincangan
kolaboratif yang pantas dan mudah. Implikasi daripada kajian ini diharapkan dapat membantu
pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menemukan kaedah terkini
yang mampu menarik minat pelajar.

You might also like