You are on page 1of 3

THURSDAY, JUNE 2, 2011

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


1. LATAR BELAKANG
1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan
pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum
merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina
disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian
masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin
mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan
yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
1.2 Menyedari keperluan ini Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) hendaklah ditubuhkan di
semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu
pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan TKRS sekaligus dapat memenuhi
kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

2. RASIONAL
2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam
Pasukan Badan Beruniform.
2.2 Adalah diharapkan TKRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku dalam
kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, merokok, ponteng
sekolah, budaya lepak dan juvana.
2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu
usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat
sokongan padu daripada semua pihak.
2.4 Aktiviti TKRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dam amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan
selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah

menjayakan Wawasan 2020.

4. OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saring, mampu bersaing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.
4.3 Membina dann mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan
pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. PERANCANGAN DAN
PELAKSANAAN
TKRS dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar
murid-murid didedahkan lebih awal mengenai TKRS seperti mana pasukan badan
beruniform yang lain.
6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU TKRS
6.1 Disiplin dan Kerohanian
6.2 Ketahanan Diri dan Kebudayaan
6.3 Alam Sekitar
6.4 Keusahawanan
6.5 Khidmat Masyarakat (Khidmas)

7. PEMANTAUAN
7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan/laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh:- Pengarah Pelajaran Negeri
- Pegawai-Pegawai JPN
- Jurulatih KRS/TKRS Negeri
- Pegawai Pelajaran Daerah
- Pengetua/Guru Besar

You might also like