You are on page 1of 28

TUJUAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
PENGUJIAN
Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya


dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)


Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau
introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan
pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan
bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
(Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa
baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting,

malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
PENILAIAN
Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan

dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum
balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru
dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar
yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar
atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan


memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari
dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar
menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat
berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau
menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi.
Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Pencapaian
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan
pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR)
dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para
pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan
tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut
gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan
dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian
yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti
pemilihan dan penempatan.
Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru
perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa
Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu
mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,
seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk
guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk
memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing
dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka
yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih
dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains
atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk
belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri
pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui
sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya
akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang
bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi
daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada
guru/guru besar.
Tujuan lain Penilaian Ujian
1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian


dalam subjek lain.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan
lemah pencapaiannya
5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang
berkenaan.
6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran.
7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran mereka.
9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan
segera memperbaikinya.

Sep
12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA


MELAYU TAHUN 5
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Bil

Bentuk Soalan

Objektif

Kemahiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kandungan/Bidang/Topik
Kata Adjektif
Kata Adjektif
Kata Ganti Diri
Ayat Tanya
Ayat Sama Maksud
Tanda Baca
Jumlah Soalan Ikut Aras

OBJEKTIF KOGNITIF
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi

1
/

kognitif
3
4

Jumlah
5

Senang
Senang
Sederhan
Sederhan
Sukar
Sukar

/
/
/
/
1

Catatan

/
1

ARAS
1
2
3

Analisis
Sintesis
Penilaian

4
5
6

ARAS
Senang
Sederhana
Sukar

BILANGAN SOALAN
2
2
2

SOALAN OBJEKTIF
1. Dengan gerak yang ____________ seperti orang kehabisan tenaga, dia berjalan
A)
B)
C)
D)

perlahan lahan menuju ke jendela.


letih
lemah
gagah
laju

Soalan 2
Isi tempat kosong dalam ayat ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Gambar 1
2. Kami meredah hujan yang semakin _____________ supaya tidak kelewatan.

A)
B)
C)
D)

kuat
cepat
deras
lebat

3. Datuk Faiz telah dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan
Dato Wan Ahmad. _____________ akan sampai pada pukul 2.30 petang.
A) Beliau
B) Dia
C) Baginda
D) Mereka

A)
B)
C)
D)

Soalan 4
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan
Mangsa kemalangan itu cedera parah di kepala dan patah tulang selangka.
Di mana kemalangan itu berlaku?
Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu?
Mengapakah mangsa kemalangan itu cedera parah?
Siapakah yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu?

Soalan 5
Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul
A) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur, Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap
untuk tidur.

B) Setelah menyiapkan kerja-kerja, di dapur Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk
tidur.
C) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur. Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk
tidur.
D) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Lokman, Lim dan Gopal, bersiap-siap untuk
tidur.
Soalan 6
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
Jambatan Sultan Yahya Petra itu masih kukuh walaupun usianya sudah setengah abad.
A) Jambatan Sultan Yahya Petra yang kuat itu berusia setengah abad.
B) Jambatan Sultan Yahya Petra masih utuh kerana usianya setengah abad.
C) Walaupun sudah berusia setengah abad, jambatan Sultan Yahya Petra masih
teguh.
D) Meskipun jambatan Sultan Yahya Petra masih kukuh, usianya sudah setengah abad.

Posted 12th September 2012 by pok chek


0

Add a comment

bmm3103 aizu

Classic

Flipcard

Magazine

Mosaic

Sidebar

Snapshot

Timeslide

1.
Sep
12

Perbezaan antara ujian formatif dan


ujian sumatif
Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif
Penilaian Formatif
Mengesan penguasaan dan

Perbezaan
Tujuan

Penilaian Sumatif
Mengesan pencapaian

kemajuan pelajar untuk

pelajar berdasarkan

membaiki kelemahan

beberapa unit pembelajaran

dengan serta merta.

dan pemeringkatan gred

Semasa mengajar sesuatu

Masa

pelajar
Selepas mengajar beberapa

Bentuk

unit pembelajaran.
Formal : ujian kertas-pensel

atau beberapa kemahiran.


Tak formal (pemerhatian dan
soaljawab), atau formal

atau ujian lisan dalam

(ujian kertas-pensel dalam

jangkaan masa yang sesuai.

masa singkat).
Secara individu, secara
kumpulan atau secara kelas
Tiada (bagi ujian tak formal)
dan penggunaan senarai
semak/rekod prestasi (bagi
formal)

Sasaran
Rekod

Secara kelas atau tingkatan


Penggunaan
atau pensijilan

rekod

profil

Membetulkan kelemahan

Tindakan

Menempatkan pelajar dalam

kumpulan yang sesuai


Merancang/mengubahsuai

pelajaran/kurikulum
Member sijil berdasarkan

dengan serta merta atau


menjalankan aktiviti
pemulihan/pengayaan
dalam kelas

Meliputi sesuatu kemahiran

pencapaian dalam
Liputan

peperiksaan
Meliputi beberapa unit

(ujian tak formal) atau

pembelajaran atau sesuatu

beberapa kemahiran (ujian

tahap persekolahan

formal)

Strategi perlaksanaan pemerhatian


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.


Menggunakan senarai semak.
Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif


pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai


penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik

Posted 12th September 2012 by pok chek


0

Add a comment
2.
Sep
12

PERKAITAN PENTAKSIRAN,
PENGUJIAN, PENILAIAN DAN
PENGUKURAN

PERKAITAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Posted 12th September 2012 by pok chek


0

Add a comment
3.
Sep
12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


BAHASA MELAYU TAHUN 5
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Bil

Bentuk Soalan

Objektif

Kemahiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kandungan/Bidang/Topik
Kata Adjektif
Kata Adjektif
Kata Ganti Diri
Ayat Tanya
Ayat Sama Maksud
Tanda Baca
Jumlah Soalan Ikut Aras

S
S
Sed
Sed
S
S

/
/
/
/
1

/
1

OBJEKTIF KOGNITIF

ARAS
1
2
3
4
5
6

ARAS

BILANGAN SOALAN
2

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

Senang

1
/

kognitif
3
4

Jumlah

Sederhana
Sukar

SOALAN OBJEKTIF

1. Dengan gerak yang ____________ seperti orang kehabisan tenaga, dia


berjalan perlahan lahan menuju ke jendela.
A) letih
B) lemah
C) gagah
D) laju

Soalan 2
Isi tempat kosong dalam ayat ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

2
2

Gambar 1
2. Kami meredah hujan yang semakin _____________ supaya tidak kelewatan.

A)
B)
C)
D)

kuat
cepat
deras
lebat

3. Datuk Faiz telah dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah


Kebangsaan Dato Wan Ahmad. _____________ akan sampai pada pukul 2.30
petang.

A) Beliau
B) Dia

C) Baginda
D) Mereka

Soalan 4
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan
Mangsa kemalangan itu cedera parah di kepala dan patah tulang selangka.
A) Di mana kemalangan itu berlaku?
B) Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu?
C) Mengapakah mangsa kemalangan itu cedera parah?
D) Siapakah yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu?

Soalan 5
Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul
A) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur, Lokman, Lim dan Gopal bersiapsiap untuk tidur.
B) Setelah menyiapkan kerja-kerja, di dapur Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap
untuk tidur.
C) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur. Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap
untuk tidur.
D) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Lokman, Lim dan Gopal, bersiap-siap
untuk tidur.
Soalan 6

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.


Jambatan Sultan Yahya Petra itu masih kukuh walaupun usianya sudah
setengah abad.
A) Jambatan Sultan Yahya Petra yang kuat itu berusia setengah abad.
B) Jambatan Sultan Yahya Petra masih utuh kerana usianya setengah
abad.
C) Walaupun sudah berusia setengah abad, jambatan Sultan
Yahya Petra masih teguh.
D) Meskipun jambatan Sultan Yahya Petra masih kukuh, usianya
sudah setengah abad.

Posted 12th September 2012 by pok chek


0

Add a comment
1.
Sep
12

TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN


KRATHWOHL
2.3 Kerangka Konsep

Taksonomi

dan

Domain
Taksomiom
Domthwohl
2.4 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang


menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan
cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku

yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,


berenang, dan mengoperasi mesin.

Taksonomi
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam
persekitaran sebenar.
Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang


diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario
yang rumit.

Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
Domain Psikomotor
1. Persepsi

2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)

2.5 Domain David Krathwohl


Domain Afektif
Penerimaan (Receiving/Attending)
Tanggapan (Responding)
Penghargaan (Valuing)
Pengorganisasian (Organization)
Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value
Complex)

TAKSONOMI KRATHWOHL
- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.
ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
Perwatakan
Organisasi
Penilaian
Gerak balas
Penerimaan

Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan
peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa
kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan

kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih


satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.
Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu
cara hidup.
Posted 12th September 2012 by pok chek
0

Add a comment
2.
Sep
12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian
khususnya dalam proses p&p
-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang
meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan
boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)


-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
-Satu blue print ujian / test specification
-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras
kemahiran
-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras
kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
-Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU
-Ujian tidak dibina secara sembarangan
-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
-Panduan kepada penggubal soalan

-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa


-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU


-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU
-Ada tajuk yang hendak diuji
-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis
kemahiran yang diuji
-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU


-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
-Bina carta dua hala
-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati
kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU

Kandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan


pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :
i skop atau kedalamannya
ii bilangan item untuk setiap tajuk
iii wajaran

Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan


teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang
mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan
aras kesukaran

Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa


pengajaran bagi setiap tajuk.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah
berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah
menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative
kurikulum sekolah.
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir
semester dan ujian akhir tahun
Posted 12th September 2012 by pok chek
0

Add a comment

Loading
Send feedback
Dynamic Views template. Powered by Blogger.

You might also like