You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

PERASMI

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Tahniah dan syabas kepada SK Kampung Jawa 2 yang berjaya mengelolakan Kejohanan Padang Dan Balapan
MSSD Klang, Kali ke-52 Tahun 2015.
Saya amat berbesar hati dan bertuah kerana diberipenghormatan sebagai Perasmi Kejohanan ini.

Saya juga

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah kepada warga kerja / Jawatankuasa Pelaksanaan
yang bertungkus-lumus bagi menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.
Sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah membina kekuatan mental seperti mengawal
emosi, fokus, menyusun strategi dan

semangat berpasukan. Selain itu, semangat kesukanan yang tinggi di

kalangan atlet juga dapat melatih diri untuk mempunyai minda terbuka dan sanggup menerima apa jua keputusan
dan responsif kepada pelbagai situasi.
Diharap kejohanan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Bakat para pelajar dapat dicungkil dan

seterusnya akan melahirkan atlet Negara yang diharap mengharumkan nama Negara ke persada antarabangsa.
Penglibatan pelajar dalam perlbagai acara akan dapat mendisiplinkan diri mereka. Oleh itu akan lahirlah modal
insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Salam 1 Malaysia.

Datuk Hj. Ir. Kamaruzzaman Bin Johari (DPSM, KMN, SIS)


Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG)
Parlimen Kota Raja, Shah Alam

You might also like