You are on page 1of 16

Topik

Tatabahasa

4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggunakan imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dengan
betul;
2. Menghuraikan maksud perkataan atau ayat akan berbeza apabila
menggunakan imbuhan yang berlainan; dan
3. Membetulkan kesilapan-kesilapan dalam penggunaan imbuhan.

G
X

PENGENALAN

Menurut Tatabahasa Dewan, bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak
terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna. Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi,
iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan dari
segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan
pada peringkat perkataan ialah perbincangan tentang awalan dan akhiran, dan
contoh pembentukan pada peringkat ayat dan binaan ayat-ayat tertentu. Dalam
istilah ilmu linguistik, bidang huraian pada peringkat perkataan disebut
morfologi sementara bidang huraian pada peringkat ayat diberi nama sintaksis.
Topik ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan
yang sesuai dalam bahasa Melayu.

88

X TOPIK 4 TATABAHASA

4.1

DEFINISI TATABAHASA

Tatabahasa ialah perkataan yang berasal daripada dua perkataan Sanskrit tata
dan bahasa. Tata membawa maksud peraturan atau petua yang
digunakan bagi meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Bahasa pula
membawa maksud kata- kata yang dituturkan oleh sesuatu kelompok manusia
untuk berhubung antara satu sama lain. Bunyi kata-kata itu membawa makna
yang tertentu yang dipersetujui bersama dan difahami oleh masyarakat penutur
bahasa yang berkaitan.
Dalam konteks modul ini, tumpuan diberikan kepada kemahiran menggunakan
bahasa Melayu dalam penulisan dan komunikasi lisan. Oleh itu, tumpuan modul
ini ialah penggunaan bahasa dan bukan teori-teori tentangnya.

4.1.1

Mengapa Anda Perlu Belajar Tatabahasa?

Sekiranya anda tidak mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa yang ingin anda
gunakan untuk berkomunikasi, besar kemungkinan pertuturan anda sukar
difahami. Bagi rakyat Malaysia yang bukan Melayu, apabila bertutur dalam
bahasa Melayu, tanpa mempelajari tatabahasanya, akan bertutur mengikut gaya
bahasa ibunda masing-masing.
Tatabahasa sesuatu bahasa berbeza antara satu sama lain. Umpamanya, apabila
orang Melayu menjelaskan warna sesebuah rumah, dia akan meletakkan
perkataan warna rumah itu selepas kata nama seperti rumah hijau, tetapi
dalam bahasa Inggeris, kata untuk warna diletakkan sebelum kata nama menjadi
green house.
Seorang penutur asli bahasa Melayu, apabila bertutur dalam bahasa Inggeris,
akan mengikut tatabahasa Melayu sekiranya dia tidak mempelajari tatabahasa
Inggeris. Begitu juga halnya apabila seorang India atau Cina yang tidak pernah
belajar bahasa Melayu secara formal akan menggunakan bahasa pasar. Bahasa
pasar ini dituturkan tanpa mengikut peraturan tatabahasa Melayu kerana
pengaruh tatabahasa bahasa masing-masing mewarnai bahasa Melayu yang
dituturkan.
Tatabahasa akan memberikan garis panduan kepada pelajar-pelajar bahasa.
Tatabahasa juga akan membimbing seseorang pelajar menggunakan bahasa
menulis dan bertutur dengan betul. Dengan ini, pertuturan mereka akan mudah
difaham. Pada masa yang sama, mendapat penghormatan daripada penuturpenutur asli bahasa tersebut.

TOPIK 4 TATABAHASA

4.2

W 89

BIDANG TATABAHASA

Dalam topik ini, kita akan membincangkan prinsip-prinsip utama tatabahasa


yang akan membantu seseorang mempelajari bahasa Melayu dengan betul.
Untuk mengelakkan kebiasaan berbahasa yang salah, seseorang pelajar harus
menguasai perkara-perkara penting dalam tatabahasa, seperti mengetahui caracara menggunakan imbuhan dengan betul. Imbuhan-imbuhan yang digunakan
pada kata-kata dasar akan menjadikan kata-kata dasar itu mempunyai makna
dan fungsi yang berbeza.
Kata-kata yang berimbuhan itu pula harus digabung bagi membentuk frasa, dan
frasa ini pula dapat membentuk klausa. Gabungan frasa, klausa, dan ayat-ayat
dasar ini akan membentuk ayat-ayat yang kompleks yang dapat menyampaikan
buah fikiran. Kebolehan menyampaikan buah fikiran ini membezakan seseorang
yang telah menguasai penggunaan sesuatu bahasa dengan yang hanya mampu
memahami, tetapi tidak dapat menggunakannya dengan berkesan bagi
menyampaikan pandangan dan buah fikiran. Lihat Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Ilustrasi lakaran kartun seringkali digunakan untuk


membincangkan penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu
Sumber: Pelita Bahasa, September 1992

4.2.1

Imbuhan

Dalam bahasa Melayu, imbuhan berperanan sebagai pengubah ataupun penetap


golongan kata dasar. Umpamanya, sepatah kata dasar daripada golongan kata
sifat dapat berubah menjadi golongan kata kerja. Sebagai contoh, perkataan
daripada golongan sifat, iaitu besar, apabila ditambah dengan imbuhan
akhiran -kan, maka jadilah kata kerja besarkan yang berubah golongan

X TOPIK 4 TATABAHASA

90

katanya menjadi kata kerja. Dalam bahasa Melayu, imbuhan-imbuhan terdiri


daripada imbuhan:
(a)

Awalan;

(b)

Akhiran;

(c)

Apitan; dan

(d)

Sisipan.

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tiga daripada imbuhan-imbuhan


ini.
(a)

Imbuhan Awalan serta Fungsi dan Maknanya


Di bawah ini, disertakan huraian tentang penggunaan imbuhan-imbuhan
yang dianggap penting bagi penguasaan bahasa Melayu. Sungguhpun
begitu, tidak semua imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu
dibincangkan. Antara imbuhan awalan yang dibincangkan fungsi dan
maknanya, ialah:
(i)

ber-;

(ii)

ter-;

(iii) me-;
(iv) di-; dan
(v)

ke-.

Setiap imbuhan mempunyai makna yang tersendiri dan memberikan


nyawa kepada perkataan dasar yang menggunakan imbuhan tersebut.
(i)

Rujuk Jadual 4.1 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ber-".


Jadual 4.1: Penggunaan Imbuhan Awalan "ber-"

Imbuhan
Awalan

ber-

Maksud
melakukan
perbuatan

Contoh
(i)

Malam tadi
dengannya.

(ii) Dia berlari


ketakutan.

saya
ke

telah

rumahnya

(iii) Mereka sedang bermesyuarat.

berjumpa
dengan

TOPIK 4 TATABAHASA

perbuatan yang
berbalas, saling

(i)

W 91

Murid-murid itu suka bergaduh antara


satu sama lain.

(ii) Kami sudah berjanji untuk berjuang


hingga ke titisan darah terakhir.
(iii) Murid-murid di kelas itu digalakkan
berbahas.
melakukan
perbuatan untuk
diri sendiri
telah berlaku

(i)

Penari itu sedang bersolek.

(ii) Dia sedang bergunting rambut.


(iii) Sambil bersikat, dia melihat cermin.
(i)

Nota yang dikehendaki oleh guru belum


lagi bertulis.

(ii) Suami isteri itu telah bercerai kerana


masalah yang kecil.
(iii) Pakaian itu belum berbasuh.
memakai atau
menggunakan

(i)

Dia berbasikal sejauh


kilometer setiap pagi.

dua

puluh

(ii) Nelayan itu berperahu untuk memancing


di laut.
(iii) Semasa bermain bola sepak dia berseluar
panjang.
memiliki atau
mempunyai

(i)

Pemuda itu telah pun berumahtangga.

(ii) Ali belum beristeri.


(iii) Bilik pejabat itu merbahaya kerana tidak
bertingkap.

bekerja sebagai

(i)

Dia bercucuk tanam di kebunnya setiap


hari.

(ii) Pada musim bersawah, air sungai itu


dilepaskan ke bendang.
(iii) Selama ini dia berkedai di kampungnya.
meminta
pertolongan atau
bantuan

keadaan

(i)

Ibu-ibu suka berurut selepas bersalin.

(ii) Dia berkeluarga angkat di rantau orang.


(iii) Siapa mahu bertuan dengan raja yang
zalim?
(i)

Tanah itu berpasir.

(ii) Kanak-kanak itu bergembira.


(iii) Sungai itu berbahaya.

92

X TOPIK 4 TATABAHASA

mengeluarkan

(i)

Pokok yang baru ditanam itu sudah

berdaun muda.
(ii) Pokok durian itu telah berbuah.
(iii) Pokok mangga itu lebat berbunga.
menjadi

(i)

Kalau kita berpecah kita akan gagal.

(ii) Setelah dicuci cat keretanya berkilat.


(iii) Mari kita bersatu untuk membangunkan
negara.
mendapat atau
memperoleh,

(i)

Membantu

orang

yang

susah

itu

berpahala.
(ii)

Buatlah sesuatu yang berhasil.

(iii) Dia berjaya mendaki Gunung Tahan.


kumpulan

(i)

Hang Tuah berlima mempertahankan


Melaka.

(ii) Pada malam ini kita berkampung di sini.


(iii) Kami berdua hendak ke Kuala Lumpur.

(ii)

Rujuk Jadual 4.2 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ter-".


Jadual 4.2: Penggunaan Imbuhan Awalan "ter-"

Imbuhan
Awalan

ter-

Maksud
paling

Contoh
(i)

(ii)

Bangunan yang tertinggi di dunia ialah


bangunan Menara Berkembar Petronas, di
Kuala Lumpur.
Sungai Pahang ialah sungai yang

terpanjang di Semenanjung Malaysia.


(iii) Dia pelajar yang terpandai di kelasnya.
tersedia atau
selesai dilakukan

(i)

Jamuan telah terhidang di atas meja.

(ii) Bendangnya terbentang luas.


(iii) Barang-barangnya
biliknya.

teratur

kemas

di

TOPIK 4 TATABAHASA

tidak sengaja

(i)

W 93

Keretanya terhumban ke dalam gaung.

(ii) Mereka terlihat perompak itu memasuki


bank berkenaan.
(iii) Kakinya berdarah kerana tersepak batu.
terdaya

(i)

Saya tidak terbuat tugas itu dalam masa


yang singkat.

(ii) Jasa baiknaya tidak akan terbalas.


(iii) Oleh sebab makanan yang dihidangkan
terlalu banyak mereka tidak termakan.

(iii) Rujuk Jadual 4.3 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "me-".
Jadual 4.3: Penggunaan Imbuhan Awalan "me-"
Imbuhan
Awalan

me-

Maksud
melakukan kerja
dengan
menggunakan alat
atau perkakas
pergi ke

Contoh
(i)

Dia merotan anaknya.

(ii) Mereka menimba air dalam perigi itu.


(iii) Saya mengail ikan pada waktu malam.
(i)

Orang-orang Indonesia merantau


Malaysia untuk mencari pekerjaan.

ke

(ii) Mat Kilau menghulu Sungai Pahang


setelah dikejar British.
(iii) Askar-askar Jepun telah mendarat di Kota
Bahru.
menjadi

(i)

Sungai itu membesar kerana hakisan.

(ii) Permintaan terhadap komputer menurun


apabila ekonomi merosot.
(iii) Pada

musim

luruh

semua

daun

menguning.
melakukan
perbuatan

(i)

Suara Siti Nurhaliza sungguh merdu ketika

menyanyi.
(ii) Dia sedang mengarang sajak.
(iii) Ibunya sedang menggoreng ikan di dapur.

94

X TOPIK 4 TATABAHASA

(iv) Rujuk Jadual 4.4 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "di-"
Jadual 4.4: Penggunaan Imbuhan Awalan "di-"
Imbuhan
Awalan

Maksud
perbuatan pasif

di-

Contoh
(i)

Bola itu disepak oleh Ali ke dalam golnya


sendiri.

(ii) Isterinya dibunuh kerana cemburu buta.


(iii) Dia dihukum penjara kerana kesalahan
mencuri.

(v)

Rujuk Jadual 4.5 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ke-".


Jadual 4.5: Penggunaan Imbuhan Awalan "ke-"

Imbuhan
Awalan

ke-

Maksud

Contoh

tingkat bilangan

(i) Abad kedua puluh satu adalah abad yang


penuh cabaran.
(ii) Agenda keempat ialah pemilihan ahli
jawatankuasa.
(iii) Hari jadinya yang kelapan belas jatuh pada
hari esok.

semua

(i) Kebakaran itu meragut nyawa ketiga-tiga


ahli keluarga itu.
(ii) Kelima-lima beranak itu berpindah ke
rumah baru.
(iii) Kesemua
penduduk
diperintahkan
berpindah ke tempat selamat.

tugas dan
peranan

(i) Din menemui kekasihnya setiap malam.


(ii) Dia dipilih sebagai ketua kami.

TOPIK 4 TATABAHASA

(b)

W 95

Imbuhan Akhiran serta Fungsi dan Maknanya


Sekarang kita kan melihat huraian tentang penggunaan imbuhan-imbuhan
akhiran yang memberikan kesan terhadap penguasaan bahasa Melayu.
Antara imbuhan akhiran yang dibincangkan adalah:
(i)

Rujuk Jadual 4.6 untuk melihat imbuhan akhiran "-an".


Jadual 4.6: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-an"

Imbuhan
Akhiran

-an

Maksud

Contoh

hasil perbuatan

(i) Inilah hasil karangannya.


(ii) Masakan di kedai itu enak sekali.
(iii) Rundingan damai antara Palestin dan
Israel menemui kegagalan.

sifat atau ciri

(i)

Dia menanam pokok rambutan di halaman


rumahnya.

(ii) Haruman pelbagai bunga tersimpan di


dalam kamar tidurnya.
(iii) Manisan nipah dijual di restoran itu.
besar atau luas

(i)

Lembangan Sungai Mekong ialah kawasan


pertanian yang subur.

(ii) Jangan menduga lautan dalam dengan kail


panjang sejengkal.
(iii) Lapangan terbang yang baru dibina itu
yang terbesar di Asia.
alat atau
perkakas dan
tempat

kiraan atau
ukuran

(i)

Saluran paip gas telah dibina di seluruh

Semenanjung Malaysia.
(ii) Pokok-pokok durian di dusun itu ditanan
dengan tersusun seperti ampaian kain.
(iii) Kos pembinaan landasan pesawat terbang
adalah tinggi.
(i) Gaji kakitangan kerajaan dibayar secara
bulanan.
(ii) Elaun harian yang diterima adalah
lumayan.
(iii) Ribuan penonton menyaksikan Pesta Port
Dickson setiap tahun.

X TOPIK 4 TATABAHASA

96

(ii)

Rujuk Jadual 4.7 untuk melihat penggunaan imbuhan akhiran "-kan".


Jadual 4.7: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-kan"

Imbuhan
Akhiran

-kan

Maksud
membuat sesuatu
untuk orang lain

menyebabkan

Contoh

Belikan saya sebungkus nasi lemak.


(ii) Tolong bacakan surat itu.
(iii) Jangan sampaikan berita ini kepadanya.
(i)

(i)

Tolong hidupkan enjin kereta saya.

(ii) Dia besarkan rumah yang baru dibelinya.


(iii) Anak itu habiskan harta ibu bapanya.

(iii) Rujuk Jadual 4.8 untuk melihat penggunaan imbuhan akhiran "-i".
Jadual 4.8: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-i"
Imbuhan
Akhiran

-i

Maksud
menyebabkan

Contoh
(i)

Baiki kesalahan-kesalahan bahasa dalam


karangan kamu.

(ii) Jangan khianati rakyat.


(iii) Halusi segala katamu.
tempat dan orang
yang dikenai oleh
sesuatu perbuatan

(i)

Jangan naiki bangunan yang usang itu.

(ii) Dia membebani dirinya dengan kerja-kerja


yang tidak berfaedah.
(iii) Jangan zalimi binatang-binatang liar itu.

TOPIK 4 TATABAHASA

(c)

W 97

Imbuhan Apitan serta Fungsi dan Maknanya:


Setelah melihat penggunaan imbuhan awalan dan akhiran, kini kita akan
melihat penggunaan imbuhan apitan. Antara imbuhan apitan yang akan
dibincangkan fungsi dan maknanya adalah seperti berikut:
(i)

Rujuk Jadual 4.9 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan


"me--kan".
Jadual 4.9: Penggunaan Imbuhan Apitan "me-...-kan"

Imbuhan Apitan

me-..kan

Maksud

Contoh

perbuatan

(i) Dia menyalakan lampu di sekeliling


rumahnya pada waktu malam.
(ii) Orang ramai menamakannya Bandar Sri
Menanti.
(iii) Saya menafikan tuduhan itu terhadapnya.

menjadikan

(i) Lebih baik kita memudahkan daripada


menyukarkannya.
(ii) Bapanya telah mengecilkan elaun anaknya
kerana sifat anaknya yang boros itu.
(iii) Jangan memalukannya di khalayak ramai.

melakukan
sesuatu untuk
orang lain

(i) Suzana membuatkan minuman untuk


tetamu-tetamu.
(ii) Ibu muda itu sedang menidurkan anaknya.
(iii) Dia menjualkan rumah itu untuk saya.

98

X TOPIK 4 TATABAHASA

(ii)

Sila rujuk Jadual 4.10 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan


"me--i".
Jadual 4.10: Penggunaan Imbuhan Apitan "me-...-i"

Imbuhan Apitan

me-..-i

Maksud

Contoh
(i) Fatimah mewarnai rambutnya merah.

benda atau
tempat yang
terkena oleh
perbuatan

(ii) Dia meniduri rumah berpuaka itu tanpa


perasaan takut.

menyebabkan
atau menjadi

(i) Dia tetap mencintai isterinya walaupun


dia cacat.

(iii) Damak mengepalai kumpulan perompak


bersenjata itu.

(ii) Kita mesti memperbaharui cukai jalan


kereta ini.
(iii) Ahmad melepasi semua sasaran yang
telah ditetapkannya.

(iii) Sila rujuk Jadual 4.11 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan
"pe--an".
Jadual 4.11: Penggunaan Imbuhan Apitan "pe-...-an"
Imbuhan Apitan

Maksud

Contoh

pe-..-an

proses

(i) Dia telah membuat pengakuan akan


menyokong pencalonan kita.
(ii) Usahawan yang berjaya itu telah
pengajaran
daripada
mendapat
kegawatan ekonomi yang lalu.
(iii) Mengikut pengamatannya, dia
menjadi pemimpin yang baik.

tempat

akan

(i) Kampung-kampung di pedalaman masih


tidak mempunyai bekalan kuasa elektrik.
(ii) Dia memancing di pelabuhan pada waktu
malam.
(iii) Perompak itu akan dibawa ke pengadilan.

TOPIK 4 TATABAHASA

W 99

(iv) Sila rujuk Jadual 4.12 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan
"ke--an"
Jadual 4.12: Penggunaan Imbuhan Apitan "ke-...-an"
Imbuhan Apitan

Maksud

Contoh

ke-..-an

tempat

(i) Tempat kediamannya jauh dari tempat dia


bertugas.
(ii) Kedudukannya di syarikat itu stabil.
(iii) Perlumbaan

itu

dianjurkan

oleh

kementerian.
perihal atau
cerita

(i)

Kesusilaan rakyat sesebuah negara dapat


menarik
pelancong-pelancong
kerap
datang ke negara tersebut.

(ii) Pelajar-pelajar
yang
menumpukan
perhatian kepada pelajaran mereka akan
mencapai kejayaan yang cemerlang.
(iii) Dia tidak sepatutnya mengaku kalah
setelah hanya menemui satu kegagalan.
terkena

(i) Dia kedinginan di dalam bilik sejuk itu.


(ii) Nasibnya sungguh malang
kecurian berturut-turut.

kehilangan
(iii) Semenjak
kesayangannya, dia asyik
sahaja.
yang di

kerana

kucing
termenung

(i) Anak kebanggaannya telah lari


rumah semenjak sebulan yang lalu.
(ii) Menunggu isterinya
menjadi kebenciannya.

bersolek

dari
telah

(iii) Menonton pertandingan bola di televisyen


adalah kegemarannya.

100 X TOPIK 4 TATABAHASA

AKTIVITI 4.1
Baca petikan yang berikut dan cari kesilapan-kesilapan penggunaan
imbuhan. Gantikan imbuhan-imbuhan tersebut dengan imbuhanimbuhan yang betul.
Ketidakpuasan bekerja mungkin juga berkait dengan prestasi yang
baik. Sebagai contoh, sekiranya pekerja dipaksakan menjalani tugas,
dan diancam jika tidak melakukannya, dia akan menghasilkan kerja
sebagaimana yang diharap walaupun berasa tertindas dan tidak
gembira. Dengan sebab itu kepuasan kerja yang tinggi juga mungkin
tidak berkaitan dengan produktiviti yang tinggi. Rasa puas dan tidak
puas ini sebenarnya datang dari dalam diri seseorang. Jika seseorang
itu dapat laksanakan tugas yang berfungsi dan berguna dia akan
berasa puas, jadi kepuasan di sini muncul hasil daripada prestasi yang
didapati. Secara umumnya kepuasan akan wujud apabila prestasi
yang didapat bernilai pada individu. Kepuasan yang didapat selepas
melaksana kerja akan dipengaruhi faktor input pekerja. Sebagai
contoh, sekiranya pekerja mempunyai keperluan untuk kejayaan
tinggi, dia bukan sahaja puas tetapi mengusahakan untuk
meninggikan tahap orientasi penjayaannya.

AKTIVITI 4.2
Gunakan seberapa banyak imbuhan yang sesuai pada kata-kata dasar
yang berikut. Kemudian, bina satu ayat dengan menggunakan kata-kata
dasar yang berimbuhan tadi bagi menggambarkan maksudnya:
(i)

Besar

(ii)

Hutan

(iii) Khianat
(iv) Sebar
(v)

Korban

TOPIK 4 TATABAHASA

W 101

LATIHAN 4.1
Padankan fungsi imbuhan (perkataan condong) berikut berdasarkan
ayat yang ditulis.
Bil

Ayat

1.

Murid-murid itu suka bergaduh antara satu sama lain

2.

Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di


Semenanjung Malaysia.

3.

Saluran paip gas telah dibina di seluruh Semenanjung


Malaysia

4.

Dia menyalakan lampu di sekeliling rumahnya pada


waktu malam.

5.

Dia tetap mencintai isterinya walaupun dia cacat.

Fungsi
Imbuhan

Dalam bahasa Melayu, imbuhan memainkan peranan yang amat penting


bagi memberikan makna kepada kata-kata yang digunakan dalam ayat.

Kesilapan penggunaan imbuhan dapat mengubah makna ungkapan.

Penggunaan imbuhan yang tepat dalam bahasa Melayu adalah melalui


pembacaan dan latihan.

Membaca akhbar, majalah, dan buku-buku dalam bahasa Melayu dapat


membantu penguasaan imbuhan.

Menulis dalam bahasa Melayu mempercepat kemahiran, bukan sahaja dalam


bentuk tulisan, tetapi juga dalam bentuk lisan.

102 X TOPIK 4 TATABAHASA

Imbuhan akhiran
Imbuhan apitan

Imbuhan awalan

You might also like