You are on page 1of 7

BAIK BURUK INTERNET

Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.

Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang
munasabah bagi menyokong hujah anda.
Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam masyarakat
kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu media yang berunsur negatif atau
mendatangkan keburukan tetapi sebaliknya perlu dinilai secara bijak baik buruknya. Kita harus
sedar bahawa terdapatnya pelbagai impak positif yang dibawa oleh internet. Kita amat memerlukan
media ini untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang lain dalam
mengejar arus pembangunan semasa.
Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam
aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain tanpa mengira lokasi dan
benua. Internet boleh digunakan untuk menghubungi sanak saudara atau saudara mara yang tinggal
berjauhan daripada kita termasuklah di luar negara. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat
dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara manusia. Laman sosial seperti Facebook, Twitter
dan Weibo dan juga kemudahan e-mel amat sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini.
Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang
memberikan manfaat kepada mereka untuk mencari dan memperoleh pelbagai maklumat dan info.
Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada di hujung jari pelajar iaitu boleh diperoleh
dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Maklumat yang diperoleh ini
menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman
moden ini.
Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan
terutama aspek pembayaran bil-bil semasa secara atas talian. Kita sudah boleh membayar bil-bil
elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga
manusia melalui bayaran atas talian. Pengguna tidak lagi perlu beratur panjang, bersusah payah
mencari tempat letak kerata dan juga tidak perlu lagi mengejar waktu pejabat untuk berurusan
tentang bil, bayaran dan pindahan wang misalnya dengan menggunakan perkhidmatan Maybank
2U dan CIMB Click. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih
bermakna.
Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan ke IPTA, biasiswa dan kerja
atau temuduga secara atas talian atau 'on-line'. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh menyemak
status permohonan mereka dan juga keputusan peperiksaan yang dikelolakan oleh KPM atau IPT
melalui internet. Semua kemudahan ini mampu untuk diperluas dalam aspek lain pula seperti
urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain.Pengguna juga boleh menyemak
saman trafik, membuat bayaran cukai jalan dan lesen memandu melalui internet, iaitu melalui
perkhidmatan Myeg. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan
internet yang sebegini.
Akhir sekali, internet juga boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan
urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Internet boleh digunakan untuk memasarkan dan
menjual barangan dan perkhidmatan , membuat promosi produk serta menerima pembayaran
elektronik. Selain itu,internet digunakan mewujudkan rangkaian perniagaan atau korporat

persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh mencari, memilih
dan membeli produk dan perkhidmatan yang diperlukan di rumah atau di mana-mana tanpa
mengira masa dan tempat. Pengguna tidak perlu berdepan dengan pelbagai kerenah dan tipu
muslihat peniaga, begitu juga peniaga tidak lagi perlu berdepan dengan pelbagai ragam pembeli.
Perniagaan internet juga menjimatkan kos operasi syarikat seperti tidak perlu menyewa bangunan,
pejabat, dan bil utiliti. Peniaga juga boleh menjimatkan tenaga kerja. Internet menjadi perniagaan
lebih mudah, pantas dan luas.
Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan
bahawa sesuatu yang baharu itu atau setiap teknologi membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya
kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya.
Jika disalah guna, maka internet sudah tentu mendatangkan impak negatif sebaliknya jika
digunakan dengan bijak, internet sebenarnya membawa seribu satu kebaikan kepada manusia dalam
era globalisasi.

KEBAIKAN DEN KEBURUKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi .
Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan
lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu
penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan
cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari
seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Kebaikan :
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun
Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk
berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke
dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian
melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu,
mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar
dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan
perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai
kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli
barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara
: (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2)
mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini
orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita

dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan
menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini
sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang
begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak
seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada
permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan
kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini,
pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik
pembedahan.
Keburukan Internet
Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia
ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi
menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.
Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :
Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan
anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan
memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu.
Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan
oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui
penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang
menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus
hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan
memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari
2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu
isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja
belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan
masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
Kesimpulan:
Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan
juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu
dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang
kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas

dan murah. Namun, menyebarluaskan maklumat melalui
internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan
nilai masyarakat sesebuah negara. Jelaskan.
Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam
kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu

perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap
sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah
menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga
memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada
internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet
dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan
sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana
penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga
tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa
yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi
mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau
sahabat. Hubungan siber (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya
program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain
tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus
malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang
kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.
Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui
internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang.
Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil
oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan
hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat
dinafikan lagi.
Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur
lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang
bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah
semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini
atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat
menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan
gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di
negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua
buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan
kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini
menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat
atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu
keadaan yang mengancam keselamatan negara.
Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi
penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran
iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan
buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan
negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama

remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di
sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh
kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam
persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa
panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam
internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba
menghancurkan keamanan negara kita.

Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah seperti

kes ragut yang sering berlaku di negara kita sejak akhirakhir ini. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes
ragut menjadi lebih serius.
Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat
mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada
sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa
menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah
untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu,
apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?
Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat
itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka.
Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang
banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut.
Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan
apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah
percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek
keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin
menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang
sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat
di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan
terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja
itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke
kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu,
kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih
menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa
mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di
kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika
kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir
dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu
malam.

Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama

terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan
semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan
kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang
rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut
meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.
Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah
ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan
harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan
ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah
ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin
peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya
bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

You might also like