You are on page 1of 17

Merenang Gelora

(Ruslan bin Ngah)


Sinopsis Bab
Bab 1 Tugas Baharu
Badri anak sulung daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang
pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin.
Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik
kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang
murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil
dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari
segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh
murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu
menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri
dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau.
Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi
terserempak dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah
pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempak dengan Nadira di sana.
Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air
berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan
dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa
telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong
dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah
memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi
amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai
pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan
disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat
nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu
dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita
dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri
dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.
Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan
menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh
abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana
kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula
melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul.
Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Bab 6 Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk
keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu
lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri
kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar
dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang
selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam
1

kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz
dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh
Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis.
Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu
oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi
kakaknya.
Bab 7 Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui
masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi
kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira
telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan
menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut.
Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya
terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri
serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah
kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.
Bab 8 Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di
kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan
kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana
Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur
urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar
kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri
tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri
membimbing Nadira. Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil
berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan
mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di
tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah
disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir
dalam ilmu persilatan.
Bab 10 Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun
mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu.
Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun
sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul
bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia
cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah
untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut
hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana
emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila
Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat
oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar
agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir
akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia
daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.
Bab 11 Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor
tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan sistem CCTV. Dia berpura-pura
menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh
bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut di hadapan Encik
2

Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu.
Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah
menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan
berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya
tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik
Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan
dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri
meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas
keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada
orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja
sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali
pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas
hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng
Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar
masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak.
Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut
dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri
diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada
emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya
datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila
mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan
itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul
bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon.
Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya
tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya
kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang
memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong
dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh
Sahrul.
Bab 14 Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang
memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk
memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia
mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul
tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat
melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri
dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran
iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah.
Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta
mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan
kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa.
Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan
mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini
menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh.
3

Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan


Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri,
Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din
tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan
pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun
begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar
menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut
hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa
mengulang kaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah
apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu
Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya.
Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita
negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah.
Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew
Mei dan Taufik.
Bab 18 Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati
Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi
Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah.
Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka
dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh
Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka
bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal
tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang
telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke
rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa
cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira
kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan
dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu
dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan
kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang.
Badri menyindir sikap Nadira.
Bab 21 Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira.
Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul
tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri
menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk
mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama
belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat
peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti
mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew
Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat
keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah
memohon kemasukan ke universiti.
4

Bab 22 Senja Belum Berlabuh


Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masingmasing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri
melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai
doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel
dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan
Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran
di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka
beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan
Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma
fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya
berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora
yang akan mendatang.

Tema
Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan
tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang
menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah
yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.
Persoalan
i.
Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam
gejala
sosial.
Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah
terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
ii.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.


Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di
asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

iii.

Hasad dengki dalam persahabatan.


Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg
sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

iv.

Tanggungjawab terhadap tugas.


Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya
pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil.

v.

Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul
dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar
di sekolahnya.
vi.
Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam
peperiksaan.
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya
berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
vii.

Buruk sangka dalam kalangan pelajar.


Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri
sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

viii.

Gejala lumba haram dalam kalangan remaja.


Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir
ditangkap oleh pihak polis.

ix.

Berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja.


Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara
menunggu keputusan SPM.

x.

Perpaduan kaum.
Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka
berlainan agama dan bangsa.

Plot
i.

Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan
pengawas sekolah.
Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang
cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang
abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan
tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri
tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan
pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan
perdamaian.

ii.

Perkembangan
Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan
semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit
dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.

Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad
prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut
terlibat dalam kegiatan tersebut.
Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang
kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.
Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul
keluar dengan Nadira.
Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong
menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.
Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di
kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.
Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil
merahsiakan keberadaan Jamil.
Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga
dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM
manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam
peperiksaan SPM.
Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah
telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar
anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan
tumpuan terhadap pelajaran.
Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan
guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar
memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
iii.

Klimaks
Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman
rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.
Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke
dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari
asrama.
Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di
dalam beg Badri.
Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang
sebelah.

iv.

Peleraian
Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas
sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
7

Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.


Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran
memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel
kereta di Kuala Lumpur.
Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik
setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan
berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.
Teknik Penceritaan
i.

Pemerian
Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan
mengunyahnya perlahan-lahan.

ii.

Dialog
Contoh: Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi.

iii.

Imbas kembali
Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke
Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv.

Imbas Muka
Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon
bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

v.

Saspens
Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakanrakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi.

Kejutan
Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di
pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.

vii.

Monolog dalaman
Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

Watak Utama
Badri
8

Anak sulung kepada Mak Siti.


Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai


seorang pengawas.
Pengawas sekolah.
Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan
masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

Seorang yang berdisiplin.


Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar
melalui pengetahuan adiknya.

Seorang yang menepati masa.


Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam
untuk pergi ke sekolah.

Seorang yang setia dalam persahabatan.


Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui
bahawa Jamil turut terlibat dalam kes penjualan telefon bimbit di sekolahnya.

Seorang yang berani menghadapi cabaran.


Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah
murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.


Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan
rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan
Shahrul
Murid dari kelas 5 Cergas.
Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.
Berasal daripada keluarga berada.
Seorang yang ego.
Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di
rumah banglo.

Seorang yang materialistik.

Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri
semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan
berjenama.

Seorang yang tidak menepati masa.


Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu
dengan Nadira.

Seorang yang suka berfoya-foya.


Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan
melepak di kompleks beli-belah.

Seorang yang gemar makan makanan barat.


Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

Seorang yang buruk sangka.


Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.

Seorang yang panas baran.


Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut
arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.


Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

Nadira
Seorang pelajar perempuan.
Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana
mengikut ayahnya bertugas di sana.
Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.
Seorang yang tidak tegas pendirian.
Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam
masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya
Badri telah dianiayai oleh Shahrul.

Seorang yang mengalami kejutan budaya.


Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira
memakai jeans ketat dan baju senteng.

Seorang yang tidak mendengar nasihat.


Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan
Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta
boleh menjejaskan masa depannya.

Seorang yang suka membazirkan masa.


Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal
dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

Seorang yang tidak menghormati orang lain.


Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

Meng Kong
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
Sahabat kepada Badri.
10

Seorang anak yang tidak jujur.


Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya
sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.

Seorang yang mata duitan.


Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk
mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.


Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV
dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan
itu lagi.

Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.


Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan
oleh bapanya.

Cikgu Jailani
Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
Seorang yang tegas.
Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin.

Seorang yang adil.


Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar
sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang
pengawas dalam satu pasukan.

Seorang yang rasional.


Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam
tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.

Seorang yang bertolak ansur.


Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar
memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu
Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Latar
Latar Tempat
i.
Tepi tasik
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
ii.

Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual
telefon bimbit dan kad prabayar.

iii.

Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

iv.

Tempat menunggu bas


Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.

v.

Blok C bangunan sekolah


Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang
ditetapkan.
11

vi.

Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

vii.

Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

viii.

Kedai telefon bimbit Encik Tan


Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.

ix.

Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan


Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan
iaitu bapanya sendiri.

x.

Rumah Pak Alang


Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.

xi.

Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi
persekolahan dan pada hujung minggu.

xii.

Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masingmasing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya
masing-masing.

Latar Tempat
Tepi tasik

Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.

Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang
tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
Rumah Badri

Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

Tempat menunggu bas Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
Blok C bangunan sekolah
pada hari yang ditetapkan.

Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah

Tandas sekolah

Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

Kelas 5 Bestari

Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

Kedai telefon bimbit Encik Tan


sebagai pembantu kedai.

Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja

Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit
dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.

12

Rumah Pak Alang


persilatan.

Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu

Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan
Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik
selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam
kerjaya masing-masing.
Latar Masa
Pagi Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk
sarapan mereka sekeluarga.
Waktu selepas rehat
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah
dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.
Selepas waktu persekolahan
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu
persekolahan.
Hari Sabtu Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga
di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.
Pukul 4.00 petang
Mei.
Petang

Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew

Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat
i.

Masyarakat yang prihatin terhadap anak


Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih
berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.

ii.

Masyarakat yang bijak menguruskan masa


Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi
agar tidak ketinggalan bas.

iii.

Masyarakat pelajar yang rajin belajar


Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran
untuk menghadapi peperiksaan.

iv.

Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas


Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan
sekolah pada setiap pagi persekolahan.
13

v.

Masyarakat guru yang tegas dan adil


Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid
supaya tidak ada murid yang teraniayai.

vi.

Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial


Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti
melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur
dengan budak-budak motor.

vii.

Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah


Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan
aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan
di sekolah.

viii.

Masyarakat yang emosional


Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk
kembali ke pangkal jalan.

Gaya Bahasa
1.

Personifikasi

Contoh: Ombak memukul pantai

2.
Peribahasa Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah
di mulut,
Menang jadi arang kalah jadi abu
3.

Pengulangan kata
Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan
kau sebagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati
kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.

4.

Kata ganda Contoh: mandi-manda

5.

Simpulan bahasa Contoh: Buah mulut

6.

Sinkope

Contoh: Kau, Nak

7.
Simile
Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang
amat besar ,
Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
8.

Hiperbola

Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri

9.

Bahasa Asing (bahasa Inggeris)


Contoh: Romeo ruparupanya, Understanding daripada kakak,Race

14

Pengajaran
1.

Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.


Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai
seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya
menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.

2.

Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan


diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan
kerana mempunyai ilmu persilatan.

3.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan


Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

4.

Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak
menganiaya orang lain.
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di
dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri
tidak bersalah.

5.

Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu
masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah
disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh
Shahrul dan Meng Kong.

6.

Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.


Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang
bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong
bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.

7.

Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama
sekolah.

8.

Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terusmenerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat
dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
15

9.

Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk
menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut
disiplin anaknya.

Nilai
1.

Nilai kasih sayang


Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup
menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan
tidak terjebak lagi dengan gejala sosial.

2.

Nilai ketabahan
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan
yang dihadapi olehnya.

3.

Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang
kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

4.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi
lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.

5.

Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap
meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun
mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi sayang akan
masa depan Nadira.

6.

Nilai cinta akan seni warisan bangsa


Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak
Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

7.

Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang
yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi
mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di
sekolahnya.
16

8.

Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada
kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari
masing-masing.

17

You might also like