You are on page 1of 2

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN & RUMUSAN

SILA BACA DAN AMBIL TINDAKAN.


Pendahuluan:
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan
anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan
memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
..manakala, malah. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah..) ditulis pada awal ayat.
Sepatutnya ..bak kata pepatah.(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaanbah kata peribahasa. sepatutnya bak kata peribahasa.
4. memberi kasih sayang sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja
memberikan perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala memberi diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Cth : Ini menunjukkan..
sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan
6. Ini kerana sepatutnya Hal ini demikian kerana
7. Justeru itu, digunakan sebagai penanda wacana. justeru ialah kata hubung yang membawa
maksud malahan atau bahkan.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. mempunyai banyak pilihan.. banyak bukannya
objek. banyak ialah kata bilangan tidak tentu.
Objek mesti kata nama. Pembetulan : .. mempunyai pilihan yang banyak
9. Kata pemeri ialah dan adalah digunakan sesuka hati. ialah perlu diikuti kata nama nama.
adalah perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri adalah.
Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang
sepatutnya .adalah dengan menguatkuasakan/ adalah untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah
melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor sepatutnya antara faktor.
Pelbagai langkah-langkah .. sepatutnya . Pelbagai langkah
Senarai nama pelajar-pelajar..sepatutnya : senarai nama pelajar
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh:
memperbaiki..sepatutnya membaiki atau memperbaik.
Memperlebarkan..sepatutnyamemperlebar

Memperbanyakkan..sepatutnyamemperbanyak
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: dan lain-lain lagi. Sepatutnya. aktiviti-aktiviti lain.
(berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu
langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu
diadakan secara besar-besaran. ia sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen.
Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan
15. Masih terdapat murid yang masih menulis di kalangan..sepatutnya dalam kalangan. Kata sendi
di berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini.sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya Selain
itu, Sehubungan itu sepatutnya. Sehubungan dengan itu,
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : di mana, yang mana, bagaimana,
siapa, apa .. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai
contoh : apa (perkara/hal), bagaimana (cara/langkah), siapa (orang/individu).di mana
(tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
21. Penggunaan kata hubung tambahan pula pada pangkal perenggan. tambahan pula tidak
digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan.
Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan
kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak
boleh dipelajari secara IMAGINASI.

You might also like