You are on page 1of 18

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580
PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KRP 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

KWAN SONG SEONG

D20112053580

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A21 ( A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. HANIZ BIN IBRAHIM


TARIKH SERAH: 16-4-2013

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NO
1

D20112053580

TAJUK
a. ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan

MUKA SURAT

hiperaktif atau masalah kurang tumpuan


hiperaktiviti ( Attention deficit Hyperactivity
Disorder / ADHD )

3-4
Pengenalan 5-7
Ciri-Ciri Kanak Hiperaktif 8-9

Faktor-faktor gangguan hiperaktif


b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui
model perubatan ( Medical Model ) dan Model
Sosial ( Social Model ) terhadap kanak-kanak
masalah kurang tumpuan hiperaktiviti ( Attention

10-14

deficit Hyperactivity Disorder / ADHD )


3

c.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan


untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti

( Attention deficit Hyperactivity Disorder /

15-16

ADHD )
4
5.

KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

17
18

TUGASAN 1 :
Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau
ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika
zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kuranbg tumpuan, keadaan

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang
biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan
bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan
sebagai rujukan untuk membincangkan :
A. ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang
tumpuan hiperaktiviti ( Attention deficit Hyperactivity Disorder / ADHD )
Pengenalan
Hiperaktif digunakan untuk menyatakan suatu pola perilaku pada seseorang yang
menunjukkan sikap tidak mahu diam dan asyik bermain, tidak menaruh perhatian dan impulsif.
Anak hiperaktif selalu dalam situasi bergerak. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai
menghidap hiperaktif berbanding kanak-kanak perempuan. Kita boleh memastikan anak
mengalami hiperaktif jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah dan
hilang tumpuan.
Kanak-kanak hiperaktif gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar
menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Mereka cerdas dan penuh semangat mungkin
memiliki tenaga yang berlebihan. Kanak-kanak hiperaktif perangai mereka agak luar biasa nakal
daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara barul. Mereka juga sukar
bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
Hiperaktif tidak seharusnya dikatakan sebagai penyakit. Memang betul, hiperakti biasa
menjadi masalah. Bagaimanapun, kita cuma pandang mereka sebagai suatu pola tingkah laku
( behaviour pattern ). Tingkah laku bukan sekadar suatu pencerminan dari hal-hal yang kita sukai,
tetapi merupakakan akibat dari setuasi-situasi yang kita alami sendiri.
Hiperaktif juga merupakan gejala yang menunjukkan susuatu yang kurang betul dalam
perkembangan hiperaktif. Perangai sebegini mungkin berlaku dalam jangka waktu yang panjang
dan cukup parah untuk mempengaruhi kebahagiaannya. Kanak-kanak hiperaktif sering sekali
melakukan kecerobohan tentang hal-hal yang rinci, mereka cenderung sulit memusatkan

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

perhatian secara terus menerus dalam suatu aktiviti. Kanak-kanak hiperaktif sukar menyelesaikan
tugasan dengan sempurna dan sering lupa ketika mengerjakan tugas seharian.
Kanak-kanak hiperaktif sukar untuk duduk diam, mereka selalu terlihat tergesa-gesa
dalam mengerjakan sesuatu. Selain itu, mereka medah terangsang atau tidak mempunyai
kesabaran. Kanak hiperaktif sukar sekali untuk menunggu giliran dan mereka sering sekali
menjawab pertanyaan sebelum pertanyaan selesai diajukan. Kanak-kanak hiperaktif suka
mengganggu orang lain.
Jika seseorang kanak yang sangat aktif tetapi masih mampu memusatkan perhatiannya
dengan baik pada susuatu yang dinikmati dan dapat meredakan aktivitinya, kanak tersebut tidak
dikategorikan kanak hiperaktif. Kanak-kanak aktif sering berjurus ke arah yang salah, sukar
menumpu perhatian, sukar duduk diam dan suka menganggu orang lain. Untuk mengenalpasti
kanak-kanak yang menghidap hiperaktif, terdapat 3 gejala utama yang harus dikenalpastikan iaitu
inatesi, impulsif dan hiperaktif.
Kanak-kanak Inatesi sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan
yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya tergolong
sebagai kanak-kanak aygn lemah kuasa penumpuan perhatian terhadap sesuatu. Kanak-kanak ini
selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama.
Kanak-kanak Impulsif mengikut segala dorongan hatinya. Mereka tidak pernak
merancang dahulu sebelum bertindak. Sikap mereka sukar mengawalnya kerana dia tidak akan
mengikut arahan yang diberi.
Kanak-kanak Hiperaktif yang berkelakuan seperti suka berlari, sukar duduk diam dan
mempunyai tenaga yang berlebihan, kanak tersebut tergolong sebagai hiperakktif. Kelakuan
hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibubapa mereka apabila kanakkanak tersebut berusia 2 atau 3 tahun.

Ciri ciri Kanak-kanak Hiperaktif

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

Menurut William Cruickshank (1986), ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2


jenis iaitu Sensory Hyperavctive dan Motor Hiperaktif.
Kanak-kanak hiperaktif jenis Sensory hyperactive ( pancaindera )ini biasanya
lemah dalam pelajaran kerana mereka terlalu suka bermain dan pemikiran mereka
sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan sahaja. Mereka selalu gagal
memberikan tumpuan yang baik di dalam proses P&P. Di dalam kelas, perhatiannya
tertumpu pada pandangan dan pengdengaran yang berulang kali. Biasanya, mereka tidak
dapat membayangkan sesuatu objek atau membezakannya dan menghuraikan sesuatu
perkara yang hubungkait. Kanak-kanak jenis hiperaktif ini tidak dapat membezakan
suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang.
Kanak-kanak Motor Hiperaktif pula terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya.
Kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan bersikap agak agresif sehingga
menyebabkan pergaduhan mencederakan rakannya. Apabila mereka mendapat sesuatu,
mereka akan mencuba pelbagai cara menghentak, memukul, membaling terhadap benda
tersebut.

1.1

Ciri kognitif

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

Gambar : Kanak-kanak Gangguan Kurang Tumpuan Atau Hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif terlalu aktif sehingga mereka mudah terganggu sama ada
terganggu daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Fikiran mereka tidak tenang
dan asyik diganggu oleh perkara lain. Apabila disuruh untuk menumpukan sesuatu
perkara yang sedang diajare di dalam kelas, mereka tidak mampu memberikan perhatian
sepenuhnya. Mereka asyik memikirkan perkara yang lain, mereka biasanya tidak dapat
memberikan perhatian yang sepenuhnya apabila diminta melakukan sedemikian. Kanakkanak hiperaktif tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan dengan sempurna. Mereka
hanya boleh melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya dipermulaanya
sahaja kerana tumpuan mereka dalam masa yang agak singkat.
Selain itu, hasil atau tugasan mereka dianggap tidak berkualiti, mereka tidak suka
sesuatu perkara yang membosankan dan memenatkan mereka, maka kerja yang diarahkan
tidak mempunyai kualiti. Kanak-kanak hiperaktif ini lemah dalam perkembangan bahasa,
mereka sentiasa aktif dengan perlakuannya, suka bermain, mengusik orang lain,
berkhayal dan sebagainya maka mereka mengalami masalah bahasa yang lambat dan
pertuturan mereka turut terjejas.

1.2

Ciri Fizikal
Kanak-kanak hiperaktif sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabilah tidak

dapat melakukan sesuatu perkara yuang mereka suka atau berminat. Mereka banyak
berkhayal dan mengelamun tentang perkara yang digemariya. Mereka tidak pernah
membayangkan tentang segala situasi yang berbahaya. Mereka tidak disedarinya mereka
terus melakukan sesuatu di luar kawalannya sendiri dan akhirnya mengalami kecederaan.
Kanak hiperaktif ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya dan mereka berasa
seronok tanpa mempedulikan orang lain. Biasanya, mereka sentiasa berkelakuan dengan
mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Selain itu, mereka
tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut untuk berkongsi

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

dengan rakannya. Sewaktu tidur pula, mereka tidur dalam keadaan yang tidak menentu,
mereka juga boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik atau
mencari tempat yang terasa lebih selesa baginya.
Semasa menerima arahan, kanak hiperaktif ini akan segera melakukan tugasan
dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut
kuang berkesan kerana tugasan yangdilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan
atau strategi tertentu. Akhir sekali, kanak hiperaktif ini lemah koordinasinya. Mereka
sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya ata upemikiran serta perlakuaanya
denga lebih sempurna.

1.3

Ciri Sosial
Kanak-kanak hiperaktif cepat berasa bosan dan pada masa yang sama, mereka

tidak berdaya menumpukan perhatian pada tugas yang perlu dilakukan. Mereka juga
mungkin kurang faham perasaan orang lain, secara tidak langsung, pergaulan sosial
mereka tidak berjaya. Kanak-kanak hiperaktif kerap mengalami kesukaran pemprosesan
auditori, mereka mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mengengar arahan tetapi
tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. Mereka juga bersikap pelupa dan
gagal mencapai kejayaan akademiknya.
2.0

Faktor-faktor Kepada Gangguan hiperaktif

Terdapat banyak punca atau penyebab yang dapat berpengaruh langsung terhadap
kanak-kanak menjadikannya hiperaktif. Namun demikian, tidak mempunyai satu pun dari
faktor-foktor yang tersenaraikan adalah penyebab tunggal . Punca yang pertama adalah
keturunan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik
beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan tersebut. Individu yang
mempunyai ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih
berpotensi menjadi ADHD berbaning mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD.

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

Menurut Mohd Sharani Ahmad(2004) kejadian ADHD berkaitan dengan baka ia


bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ibubapa mempunyai kecacatan maka
ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibubapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat, secara
umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga isteri
menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu
akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan
inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama
iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan
autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja
pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma pembawa baka
cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan
anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma
yang rendah di bahagian otak yang tertentu juga merupakan punca kanak menghadapi
penyakit ADHD.

Hiperaktif dapat dianggap sebagai sejenis keterbelakangan atau kelambatan


perkembangan. Anak yang masih kecil umumnya lebih sibuk daripada anak-anak yang
lebih besar, dan meskipun mereka sering memperhatikan sesuatu dengan saksama,
biasanya perhatian itu hanya beberapa saat sahaja. Untuk menentukan hiperaktif atau
tidaknya seorang anak harus dibandingkan dengan anak-anak lain yang seumur.
Hiperaktif mungkin lebih menyulitkan anak-anak dalam belajar tentang cara memusatkan
perhatian, mengurus diri sendiri dan bergaul dengan anak-anak lain.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa faktor fizik yang dapat berpengaruh
langsung terhadap kanak-kanak yang menghadapi hiperaktif. Kebanyakan dari faktorfaktor itu harus bergabung dengan faktor-faktor lain agar dapat menimbulkan pengaruh.
Kadang-kadang faktor-faktor fizik ini begitu kuat sehingga mampu menimbulkan
masalah-masalah yang berat- Hiperaktif. Temperamen atau luapan emosi pada seorang
kanak merupakan langkah pertama dalam pembentukan keperibadiannya. Temperamen

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

seorang kanak akan muncul dengan sendirinya secara wajar dalam bentuk ayng berbedabeda seiring dengan bertambah usia.

B. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan ( Medical Model )
dan Model Sosial ( Social Model ) terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti ( Attention deficit Hyperactivity Disorder / ADHD )
Intervensi awal ataupun langkah pencegahan perlu diambil bermula sejak sebelum dan
selepas kelahiran bayi. Langkah-langkah pencegahan merujuk kepada kategori keperluan
khas yang dialami oleh kanak-kanak keperluan khas. Pencegahan awal dapat membantu
elakkan daripadanya berlaku masalah hiperaktif.

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

10

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan


khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif .
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau
berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke
atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung
kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut
jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
Elakkan daripada terdedah dengan keracunan plumbum bagi ibu-ibu yang
mengandung. Keracunan plumbum akan membahayakan dan menjejaskan perkembangan
janin. Keracunan plumbum ini adalah seperti bau cat, petrol dan sebagainya. Ibu yang
mengandung juga perlulah elakkan daipada terdedah dengan kawasan pecermaran bahan
kimia. Bahan-bahan kimia akan menyebabkan kecacatan otak pada bayi.
Selain daripada itu, ibu yang mengandung perlu elakkan pengambilan dadah dan
alkohol dan merokok. Dadah sama ada ubatan atau bahan khayalam meneyabkan sampai
kepada janin daripada uri melalui tali pusat. Ibu-ibu dinasihati mengurangkan
pengambilan alkohol terutamanya diperingkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa
sel otak sedang terbentuk. Alkohol akan meresap ke dalam janin dan berbahaya terutama
tiga bulan terakhir sebelum bersalin. Merokok akan meyebabkan saluran darah dalam uri
mengecut dan mengurangkan oksigen dan zat makanan sampai kepada janin. Kebiasaan
merokok dan minum minuman keras selama masa kehamilan oleh banyak doktor
dianggap menimbulkan masalah buruk pada perkembangan kejiwaan anak yang terlahir

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

11

kemudian. Secara ilmiah kebiasaan itu tekak digolongkan sebagai penyebab hiperaktif
tetapi banyak ibu hamil yang tergerak untuk menghindarinya.
Para ibu tidak digalakkan mengandung setelah mereka usia mencegah atau
melebihi 35 tahun disebabkan faktor kesuburan. Kalau seseorang ibu pernah mengalami
masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, ibu tersebut oerlulah
merujuk kepada doktor. Sebab cara ini adalah untuk mengetahu punca-punca yang
menyebabkan kelahiran anak cacat. Jikalau dapat mengetahui sebabya, ibu boleh
mengambil langkah pencegahan dengan segera. Umur ibu sewaktu mengandung atau
melahirkan anak ialah di bawah usia 45 tahun ke atas kerana risiko mendapat pelbagai
kecacatan bayi.
Ibu yang mengandung juga boleh membuat ujian sel bayi yang sedang membesar.
Ia dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion, kaedah ini membolehkan seseorang
doktor mengambil sel pada minggu yang kelima kehamilannya. Doktor akan
memasukkan satu tiub pig yang halus melalui vagina ibu seterusnya ke dalam uterus.
Ultrasound juga dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus serta tiup pig
yang telah diletakkan di antara pengalas uterus dan korion, iaitu satu membran yang
melingkungi bayi dalam kandungan yang sdang membesar itu. Seterusnya penyedut akan
digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melalui sambungan bagi
Korion daoat dilihat. Sel-sel ini boleh diuji bagi pengesanan sebarang kecacatan genetik.
Ibu-ibu mengandung dinasihati sering berjumpa doktor sewaktu proses
kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolik air kencing dan ujian
darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit. Pengambilan hormonpria
tidak digalakkan, ini pun dapat berpengaruh terhadap bayi yang masih dlam
kandungannya. Anak yang terlahir biasa lebih aktif daripada anak-anak lain sekiranya ibu
mengambil hormon pria.
Mengurangi kadar timbal dalam tubuh kita. Semua orang berpendapat bahawa
timbal biasa berbahaya. Anak yang mengalami keracunan timbal dalam tingkat yang

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

12

serius biasa sangat menderita. Dalam tahapan yang keracunan ini, dapat mengalami
kehilangan kesedaran, bahkan sesudah melewati masa pemulihan anak tadi mungkin
menunjukkan tanda kerasakan otak seperti sulit memusatkan perhatian, sulit belajar dan
perilaku hiperaktif.
Gula juga telah menjadi pembahasan yang popular sebagai penyebab hiperaktif.
Anedot-anedot mengenai gula dan hiperaktif banyak terdapat dalam literatur ilmiah sejak
tahun 1929. Sangat wajar jika kita mengkhawatirkan kadar gula dalam makanan kita
kerana rata-tata masyarakat Amerika Serikat mengonsumsi hampir 132 pon gula per
tahun. Sehagagian orang berpendapat bahawa gula merupakan semacam perangsang
untuk mempercepatkan diri dira. Sebahagian orang lagi berkata bahawa gula membuat
kita tertekan. Ada kemungkinan besar bahawa perubahan otak seorang kanak mungkin
membuatnya rentan terhadap gula dan karbohidrat pada usia-usia yang tertentu. Mungkin
ada kerentanan yang terlalu sedikit atau terlalu banyak. Makanan yang bervariasi dan
seimbang tetap merupakan perlindungan terbaik terhadap berbagai konsekuensi buruk
fizik dan mental yang terkait dengan makanan.

Pencegahan selalu lebih daripada pengubatan, salah satu langkah dalam upaya
pencegahan hiperaktif ini adalah tidak lagi menggunkan timbal sebagai aditif dalam
bahan bakar kenderaan. Penggunaan timbal dalam cat sudah tidak umum lagi. Jangan
membenarkan kandungan timbal dalam tubuh anak. Sumbangan timbal dalam
menimbulkan hiperaktif atau masalah perilaku lain kecil, dan hanya salah satu dari sekian
banyak faktor penyebab yang lain sahaja.

Berpusatka
n
Guru

INTERVENSI

Berpusatka
n
Pelajar

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

13

Berpusatka
n
Keluarga
(a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas sebab
ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya
terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu
menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi
berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi
yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan
memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan
pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar


Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal
tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh
mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar
dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari,
bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran
dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan
utama tetapi masih mendapat

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

14

bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedurprosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan
cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga


Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses
intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran
kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan
golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga
mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang
keperluan individu berkeperluan khas.

C. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu


kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
( Attention deficit Hyperactivity Disorder / ADHD )

Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurang


tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru
dapatmengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik.
Menurut Barber dan Holdbart (1998), pendekatan, strategi dan kaedah
yang berbeza perlah dirancang terlebih dahulu dalam mengajar kanak-kanak

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

15

ini bagi menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru, kita


perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum mengajar kanakkanak ini.

Pendekatan Diagnosis
Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan
dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud
perawatan yangdiberikan dalam bentuk kita perlu mengenalpasti corak
tertentu tingkah laku, membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah
laku pelajar dari masa ke semasa. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti
corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.
Guru boleh membuat pemerhatian dengan menempatkan kanak-kanak
di tempat duduk yang terdekat dengan guru dan juga di antara anak murid
yang senyap dan tenang. Cara ini memudahkan guru mengambil perhatian
yang penuh terhadap kanak-kanak tersebut. Setiap tingkah laku kanak-kanak
tersebut dapat dilihat dan dikesan dengan jelas oleh guru. Cara pemerhatian
sedemikian juga tidak akan menjejaskan pengajaran dan pengawalan guru di
dalam kelas.
Pendekatan dianogsis ini juga dilakukan dengan mengelakkan kanakkanak berkenaan duduk berhampiran dengan tingkap atau pintu, sudu-sudut
bergambar atau berlukisan yang mana berwarna terang. Ini kerana objekobjek sedemikian akan merangsangkan pergerakan mereka. Sifat semulajadi
yang ada pada kanak-kanak hiperaktif adalah tidak boleh melihat sesuatu
objek kerana sifat ingin tahu dan mencubanya yang kuat.

Pendekatan Multidisiplin
Pendekatan multidisiplin ini merujuk kepada cara untuk merawat kanakkanak hiperaktif ini mengunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

pendidikan bagi

ke

merangsang

minda

mereka

bentuk

yang

16
normal.

Pendekatan ini perlu dijalankan secara berperingkat.


Pada mulanya, ibu bapa perlu membawa anak hiperaktif ke pusat
rawatan

yang

terlibat

untuk

mendapatkan

rawatan

daripada

doktor

yang berpengalaman tentang masalah ini. Seterusnya, ibu bapa mendapat


pendekatan psikologi dari pakar-pakar prubatan, terutamanya pakar kanakkanak

yang

membolehkan

pendekatan

yang

terbaik

diberi

bagi

mengurangkan risiko yang lebih buruk. Akhir sekali, pendekatan sosial dan
pendidikan perlu diterapkan kepada kanak-kanak hiperaktif ini.
Guru memainkan peranan dalam melaksanakan pendekatan social dan
pendekatan tersebut.
hiperaktif

Misalnya, guru boleh membiarkan kanak-kanak

bergaul dan bermain dengan kanak-kanak di luar, yang mana

dalam pemerhatian dan pengawasan guru. Guru tidak digalakkan bertindak


mengurung kanak-kanak hiperaktif

kerana akan menambahkan lagi atau

menimbulkan permasaalahan yang sedia ada.

Kesimpulan:
Kanak-kanak hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap
bertentangan nilai sosial yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak
dalam mendafsir rangsangan-rangsangan yang ada di persekitaran. Foktor yang menjadi
penyebab munculnya ADHD masih belum jelas. Namun gangguan ADHD ini memiliki
penyebab yang sama dengan autis yang bersifat multifaktorial.

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

17

Pencegahan lebih baik dari rawatan. Kanak-kanak hiperatif ini memerlukan


rawatan yang terperinci dan pemeksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan
emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu
bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran,
pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.
Kesimpulannya, kanak-kanak hiperaktif berpunca daripada faktor risiko biologi
dan risiko persekitaran. Langkah pencegahan daripada pihak ibu bapa dan keluarga dapat
mengelakkan berlakunya kecacatan yang lebih teruk. Ibu yang mengandung mestilah
bertanggungjawab untuk menjaga perkembangan kandungannya. Intervensi awal adalah
langkah yang penting dan berkesan dalam merancang strategi pemulihan murid
berkeperluan khas. Jika mendapati kanak-kanak mengalami kecacatan, penglibatan
pasukan pelbagai disiplin dapat membantu pengesanan dan pencegahan awal. Pasukan
disiplin akan bekerjasama membina modul serta pendekatan pengajaran untuk membantu
dan mengembangkan potensi kanak-kanak tersebut.

BIBLIOGRAFI
1. http://duniakecilku-ismiyayaseto.blogspot.com/2012/05/puncagangguan-emosi-dalam-kalangan.html

2. http://id.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas
3. http://id.wikipedia.org/wiki/ADHD

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

D20112053580

18

4. http://prappkitawau.blogspot.com/2011/10/masalah-pembelajaran-kbk1013.html

5. http://pmspk.moe.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=86&Itemid=123&lang=bm

6. http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/11/pengenalan-intervensiawal-kanak-kanak.html

7. http://kpwkm.bernama.com/newsBM.php?id=614576
8. http://www.bharian.com.my/articles/Cegahkecacatananakperingkatawa
l/Article

9. http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/10/masalah-pembelajarankanak-kanak-lembam.html

10. http://preschoolipgkdri.blogspot.com/
11. http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/
12. Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala lumpur.
13. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi
Pendidikan dan Pedagogi. Mok Soon Sang, 2008. Kumpulan Budiman SDN Bhd,
Subang Jaya.
14. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Edisi kedua. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,2009. Kumpulan Budiman SDN BHD,
Kuala Lumpur.

You might also like