You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA PROGRAM HARI ORIENTASI TAHUN 1

SK SINAR MUTIARA 2017

1.
Ketibaan
jemputan

Mengumumkan ketibaan Puan Rozita bt Buang, Pegawai Fasilinus


Pejabat Pendidikan Daerah Pekan ke majlis.
** Hadirin dipersilakan duduk.
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

2.
Bacaan
Doa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Ahmad
Najib b Mohd Nasir. Dipersilakan.
** Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3.
Pembukaa
n / Aluan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam 1 Malaysia
Yang Berbahagia, Pn Rozita bt Buang, Pegawai Fasilinus Pejabat
Pendidikan Daerah Pekan,
Yang Berusaha, En. Zakaria b Zainuddin, Guru Besar SK Sinar
Mutiara,
En Kamal Bahry b Dato Haji Ibrahim, GPK Pentadbiran SKSM,
Pn Norbila bt Nordin, GPK Hal Ehwal Murid SKSM,
Guru-guru,
Ibu Bapa,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Program Hari Orientasi Tahun Satu SK Sinar Mutiara bagi tahun 2017.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa,

dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program Hari


Orientasi Tahun 1 ini diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharapkan
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru,
dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat selain untuk
memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal
sekolah yang perlu mereka ketahui. Buat pengetahuan semua,
murid-murid tahun 1 2017 sedang menjalani ujian pra saringan
sekarang ini di kelas-kelas yang ditetapkan.
4.
Guru-guru
tahun 1

5.
Ucapan
Guru
Besar

Sebekum itu, saya ingin memperkenalkan guru-guru yang mengajar


tahun 1.
..
..
..
Hadirin hadirat sekalian,
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Zakaria b Zainuddin
untuk menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan sekolah.
Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar
atas ucapan sebentar tadi.

6.
Taklimat
LINUS

Seterusnya, untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama


mendengar taklimat LINUS dari tetamu jemputan kita, Pn Rozita bt
Buang, Pegawai Fasilinus Pejabat Pendidikan Daerah Pekan. Majlis
dengan penuh takzim mempersilakan.
**Terima kasih diucapkan kepada Pn Rozita bt Buang atas kesudian
menyampaikan taklimat sebentar tadi.

7.
Taklimat
Program

Bagi meneruskan majlis, Majlis seterusnya menjemput En Kamal


Bahry b Dato Haji Ibrahim, GPK Pentadbiran SKSM untuk
menyampaikan taklimat berkenaan program transisi ini. Majlis

Transisi

mempersilakan.
**terima kasih diucapkan kepada En kamal Bahry b dato Hj Ibrahim
atas taklimat yg diberikan tadi.
Terima kasih sekalung budi,
Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

8.
Penutup

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya
untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja
Program Orientasi Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
mengendalikan majlis. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Pn Rozita bt Buang kerana sudi hadir bagi memberikan
taklimat LINUS kepada kita pada pagi ini.
sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.....
Sedikit pngumuman :
1. Ibu bapa bolehlah membuat pembelian buku tulis di kantin
sekolah
2. Penyerahan borang SSM pula boleh dilakukan di dewan.

You might also like