You are on page 1of 5

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MUZIK

BIL 1/ 2017
SK LASAH

Tarikh:

9 Januari 2016 (Isnin)

Masa:

2.30 pm 3.30 pm

Tempat:

Pusat Sumber SK Lasah

Kehadiran:

Puan Latifah Binti Md Hariri (Guru Besar)


Puan Jamaliah Bint Yakob (Ketua Panitia)
Encik Wong Boon Ping (Setiausaha)
Puan Hindun Binti Kamaluddin
Puan Rusmawati Binti Demawi

Tidak Hadir: Tiada


1.0
1.1
1.2
1.3

Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan AJK
panitia Sejarah ke mesyuarat pertama kali bagi tahun 2017
Memaklumkan kepada AJK tujuan mesyuarat ini adalah bagi memantapkan
pengurusan Jawatankuasa Panitia Muzik bagi tahun 2017.
Beliau berharap semua guru dapat berkerjasama dan memberi cadangan agar dapat
menjayakan segala program yang diputuskan bagi tahun 2017.
Makluman: Semua AJK

2.0
2.1

Ucapan Penasihat (Guru Besar)


Penasihat berterima kasih dan memberi salam kepada semua AJK.

2.2
2.3

2.4
2.5
2.6
2.7

Memaklumkan tujuan perjumpaan kali ini adalah khas untuk membincangkan


pengurusan dan perancangan panitia Muzik pada tahun 2017
Beliau memaklumkan kepada AJK bahawa mata pelajaran Muzik mengalami
perubahan yang mana Pendidikan Muzik akan bergabung bersama mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual menjadi Pendidikan Kesenian mulai 2017.
Beliau memaklumkan lagi, bahawa PdP Pendidikan Kesenian harus dijalankan
serentak dengan tidak memisahkan jadual waktu.
Jadi, beliau amat berharap mata pelajaran Pendidikan Kesenian dapat dijalankan
sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Beliau berharap guru mata pelajaran sentiasa bersedia untuk dipantau dan diselia oleh
pihak yang diberi kuasa.
Beliau juga menegur agar isi kandungan fail dilengkapkan dan sentiasa
dikemaskinikan mengikut sistem fail yang ditetapkan.
Tindakan: AJK Muzik

3.0
3.1

Pengesahan Minit Lalu


Minit diterima dan disahkan oleh Encik Wong Boon Ping dan disokong oleh Puan
Hindun Binti Kamaludin.
Makluman: AJK Muzik

4.0

Dasar Sekolah / Panitia

4.1

Penasihat memaklumkan kepada AJK bahawa Dasar Panitia Muzik adalah selari
dengan dasar kurikulum sekolah.
4.2
Jadi segala keputusan yang akan diputuskan dalam mesyuarat panitia mesti mematuhi
dasar-dasar kurikulum yang telah ditetapkan tanpa krompomi.
4.3
Jawatankuasa disaran menyediakan Pelan Strategik Panitia Muzik bagi 3 tahun dan
Pelan Tindakan 1 tahun.
Makluman: AJK Muzik

5.0

Pelantikan Jawatankuasa

5.1

Jawatankuasa baru dibentuk bagi sesi 2016 ini. Puan Jamaliah Binti Yakob dilantik
sebagai Ketua Panitia dan Encik Wong Boon Ping dilantik sebagai setiausaha Panitia
Muzik bagi sesi 2017.
Makluman: AJK Muzik

6.0

PERBINCANGAN PROFESSIONAL

6.1

Persediaan Rekod Mengajar

6.2

6.3

6.1.1

Guru dibenarkan menggunakan buku atau fail untuk tujuan persediaan rekod
mengajar.

6.1.2

Persediaan rekod mengajar perlu dihantar setiap hari Jumaat pada setiap
minggu tanpa gagal.

6.1.3

Guru mesti membawa buku/fail persediaan rekod mengajar setiap kali masuk
ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian


6.2.1

Guru diminta merujuk DSKP semasa menyediakan Rancangan Pengajaran


Tahunan dan Harian.

6.2.2

Rancangan Tahunan perlu dimasukkan ke dalam buku/fail persediaan


pengajaran harian.

6.2.3

Satu naskah contoh format Rancangan Pengajaran Harian diedarkan kepada


semua guru matapelajaran. Guru juga diminta menyediakan RPH mengikut
format yang ditetapkan. Rujuk KP jika bermasalah.

Pentaksiran Sumatif/ Pentaksiran Berasaskan Sekolah


6.3.1

Ketua Panitia memaklumkan tiada ujian selaras diadakan. Walau


bagaimanapun, pentaksiran formatif perlu dijalankan mengikut takwim yang
ditetapkan.

6.3.4

Bagi Pentaksiran Formatif boleh dijalan melalui pemerhatian, hasil aktitiviti


lembaran, laporan kajian kes dan sebagainya di sepanjang tahun PdP. Rujuk
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi tahap 1 dan
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) bagi tahap 2. Bagi
Pendidikan Kesenian tahun 1 2017 boleh rujuk DSKP Pendidikan Kesenian.

6.3.5

Untuk Tahap 1dan 2 keputusan akan diisi pada pelaporan pentaksiran Muzik
(dalam bentuk ms exel) berdasarkan tahap penguasaan murid iaitu dari tahap 1
hingga 6 dan dihantar sebanyak 3 kali kepada penyelaras PBS. Rujuk
penyelaras PBS jika bermasalah.

6.4 Latihan
6.4.1
Ketua Panitia memaklumkan bahawa guru digalakkan menggunakan lembaran
aktiviti secara photostat.

6.4.2

6.5

Jawatankuasa memutuskan sekurang-kurang satu lembaran aktiviti disediakan


pada setiap PdP.

Penggunaan Buku Tulis/ Semakan Buku Tulis


6.5.1
Jawatankuasa memutuskan buku tulis garisan bagi tahap 1 dan buku tulis baluk

6.5.2
6.5.3

akan digunakan bagi tahap 2.


Guru perlu menyuruh murid membuat pembetulan pada kesalahan yang
dilakukan.
Tandatangan guru, tarikh dan penghargaan perlu ditulis setiap kali semakan.
Tindakan: Guru Muzik

7.0

Anggaran Perbelanjaan Panitia

7.1

rujuk Pembantu Takbir sekolah berkaitan Peruntukan Bantuan Persekolahan (PCG)


tahun 2017.
Tindakan: KP Muzik

8.0

Prosedur Pembelian Panitia Dan Pengurusan Stok

8.1

Penasihat memaklumkan kepada semua AJK bahawa segala pembelian perlu membuat
perancangan berdasarkan keperluan, kedudukan stok dan peruntukan yang diberi
dalam mesyuarat panitia.

8.2

Selepas itu, KP perlu mengemukakan nota minta kepada Guru Besar untuk mendapat
kelulusan.

8.3

Bagi prosedur pengurusan stok pula, bekalan stok yang diterima perlu direkod dan
dilabel.

8.4

Buku log disediakan untuk agihan bekalan tidak luak kepada guru-guru mata pelajaran

8.5

Akhirnya menyemak dan mengemaskini stok pada akhir tahun.


Tindakan: KP Muzik

9.0 Takwim

9.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa aktiviti yang akan dilaksanakan


sepanjang
tahun boleh rujuk takwim panitia Muzik tahun 2016.
Makluman: AJK Muzik

10.0

Hal-hal lain

10.1

Penasihat memaklumkan bahawa pencerapan PdP dan buku latihan akan


dilakukan oleh GB sebanyak 2 kali setahun.

10.2

Pengerusi berharap apa yang dibincangkan dapat diambil tindakan.


Tindakan: AJK Muzik

11.0
11.1

Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Makluman: AJK Muzik

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

----------------------------(Encik Wong Boon Ping)


Setiausaha Panitia Muzik

--------------------------(Puan Jamaliah Binti Yakob)


Ketua Panitia

You might also like