You are on page 1of 2

Sains PT3

Tips 01 : Fahami Format Soalan

Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan, dengan kesemuanya berjumlah 100 markah.
Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6 markah setiap satunya.
Manakala soalan 11 hingga 14 pula merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap
satunya.
Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif.
Objektif di sini tidak bermaksud soalan disertakan dengan pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif
juga bermaksud jawapan ada disertakan dalam soalan. Sebagai contoh soalan yang berbentuk label
dan padankan.
Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula ada soalan tanpa pilihan jawapan. Maknanya pelajar
perlu memikirkan jawapan sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak soalan.

Tips 02 : Arahan Soalan

Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini ada pada awal soalan. Soalan boleh ditanya dalam
pelbagai bentuk dan cara. Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan memberikan
jawapan yang mengikut kehendak seperti yang dikehendaki soalan.
Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan' dan 'Terangkan'
mengkehendaki pelajar memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak
maklumat yang boleh menyokong jawapan.
Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula adalah soalan yang berbentuk
lebih direct dan mengkehendaki pelajar memberi jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan.
Manakala soalan berbentuk seperti 'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang mengkehendaki
pelajar untuk memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau pun perkara yang
mungkin akan berlaku. Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal serta disertakan
dengan hujah bernas.

Tips 03 : Kenalpasti Kata Kunci

kata kunci yang membantu pelajar memberi jawapan yang tepat.


gariskan kata kunci utama yang ada pada soalan - tidak tertinggal dan lebih jelas dengan persoalan
dan perkara utama dalam soalan.
Bila memberi jawapan, pastikan juga persoalan pada kata kunci tadi terjawab. Dalam sesetengah
soalan, kata kunci itu sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan. Sebagai contoh soalan mengenai
perbandingan.
Contoh: "Nyatakan perbezaan ketinggian pada Ali dan Abu?" Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas.
1.Ketinggian, 2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna dalam jawapan anda, 3 kata kunci ini perlu ada. Maka
jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan di atas adalah "Ali lebih tinggi daripada Abu".

Tips 04 : Markah Sebagai Panduan

Lebih besar markah nya, bermakna lebih banyak lah isi penting dan penjelasan yang perlu disertakan.
Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah, ini bermaksud jawapan nya selalunya tidak lah
panjang dan perlu huraian.
Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu dinyatakan. 1
menjawab persoalan utama, dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga dengan soalan lain
dengan 3 atau 4 markah.

Tips 05 : Beserta Penerangan

Setiap jawapan perlulah disertakan dengan penerangan. adang-kadang jawapan yang terlalu pendek
yang diberikan oleh pelajar boleh mengelirukan para pemeriksa. Penerangan ini boleh membantu
pemeriksa kertas jawapan untuk memahami maksud sebenar jawapan.

Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang untuk menjelaskan lagi jawapan anda. Maka langkah ini
adalah perlu diambilkira bagi memberikan jawapan yang terbaik.

Tips 06 : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kebanyakkan soalan berunsur KBAT berfokus kepada 4 soalan terakhir, bermula daripada soalan 11
hingga 14.
Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, pelajar perlulah membaca petikan atau esei yang
diberikan berulang kali. Setelah difahami kandungan dalam petikan tersebut, jawab soalan yang
diberikan dengan merujuk kepada petikan tadi. Selalunya jawapan yang diminta oleh soalan juga
terkandungan dalam petikan. Cuma pelajar perlu pandai mengenalpasti jawapan yang boleh dipindah
keluar daripada petikan.
Jawapan yang berunsur KBAT juga menitikberatkan kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan.
Maka selagi jawapan yang diberikan adalah logik, munasabah dan bertepatan dengan hukum alam,
maka jawapan tersebut boleh dikira sebagai betul.
Jika pelajar keputusan idea, boleh juga dikaitkan dengan fenomena yang berlaku seharian yang
dialami sendiri oleh pelajar. Pelajar boleh mengaitkan perkara seharian yang dilakukan selagi
bertepatan dengan konsep sains yang diminta.

Tips 07 : Konsep dan Prinsip Sains

Bagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka pelajar perlu lah memberi penekanan kepada konsep dan
prinsip Sains. Soalan kini tidak lagi terus menjurus kepada jawapan, sebaliknya meminta pelajar untuk
menggunakan otak dan berfikir memberi penjelasan. Maka seharusnya lah konsep dan prinsip Sains
diberi keutamaan.
konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar.

Ketumpatan

Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)

Peneutralan asid dan alkali

Permukaan putih dan hitam

Pemindahan haba

Serap dan bebas haba

Proses pencernaan makanan

Mekanisma penglihatan dan pendengaran

Kestabilan

Konsep tuas

Proses persenyawaan

Peredaran darah

Interaksi organisma hidup

Konsep tekanan udara

Tenaga dan perubahan

Litar selari dan litar bersiri

Transformer
Ulangkaji semua topik dari Tingkatan 1 2 dan 3. Yang saya senaraikan adalah konsep dan prinsip
Sains yang perlu diberi keutamaan.

Tips 08 : Fokus Tingkatan 2 dan 3


Beri penekanan krn topic yang sukar dan banyak.

You might also like