You are on page 1of 3

Bertakwalah kepada Allah pada hal rahsia dan terang

Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang


Perangilah hawa nafsu yang hanya bertujuan


Mengumpul harta untuk dunia yang penuh ujian



Jika kau redha dengan takdir, nescaya kau hidup bahagia



Jika tidak redha dengannya nescaya kau hidup merana

Bersahabatlah dengan orang baik, ulama dan (mereka yang diberi) petunjuk


Jauhilah dan jangan berteman dengan ahli maksiat nescaya engkau akan diberi petunjuk




Solatlah dengan hati yang khusyuk dan tidak lalai


Jangan lupa dari mengingati kubur dan kain kafan


Dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan


Ia tiada lain hanyalah jalan menuju tanah air (syurga)


Rumah yang kekal adalah syurga bagi orang yang bertaqwa


Oleh itu hendaklah ingat bahawa neraka adalah tempat mereka yang derhaka.


Liputilah kami Ya Allah dengan belas kasih-Mu



Cukupilah kami, peliharalah kami dari fitnah dan kesesatan


Berilah kami taufiq dan hidayat dan pimpinlah kami


Di atas jalan pemimpin umat serta penghulu kami



Keatasnya selawat Allah dan salam-Nya yang berkekalan

Terus-menerus hingga ke akhir zaman



Dan keluarga kemudian sahabat, serta tabiin


Dengan sepenuh berkat mereka kami pohonkan keselamatan daripada fitnah

Report Abuse | Powered By Google Sites

You might also like