You are on page 1of 4

Siapakah Sebenarnya Anak Yatim?

Islam melihat bahawa anak yatim itu adalah mereka yang kematian bapa dan
belum mencapai umur baligh. Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi SAW yang mana
telah bersabda:






Maksudnya: Tidak ada keyatiman setelah baligh
Riwayat Abu Daud (2873). Dinilai Sahih oleh Al-Albaani
Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa yang dinamakan anak
yatim itu adalah mereka yang kehilangan bapa dan belum mencapai umur
baligh. Sekiranya telah mencapai umur baligh, maka penggunaan istilah yatim
tidak digunakan kepada mereka.

Oleh itu, seseorang yang umurnya 20-an meskipun telah kematian kedua ibubapanya tidak dinamakan dengan anak yatim kerana telah sampai umur baligh.

Siapakah Yang Bertanggungjawab Menguruskan Harta Anak Yatim ?


Secara asalnya, individu yang berhak untuk mengambil alih pengurusan harta
anak-anak yatim adalah individu yang telah diwasiatkan oleh bapa kepada anak
tersebut untuk menjaga harta mereka. Sama ada orang yang diwasiatkan
tersebut tergolong dari kalangan kaum kerabatnya seperti si ibu, bapa saudara,
datuk, atau selain mereka.
Sekiranya si ayah tidak membuat sebarang wasiat berkenaan hal tersebut,
maka tanggungjawab menguruskannya adalah terletak pada datuk bagi anak
tersebut iaitu ayah kepada si mati. Manakala jika datuknya tiada, hak
pengurusan anak tersebut adalah pada ibunya, ataupun dari kaum kerabatnya
seperti saudara lelaki, bapa saudara, dan seumpamanya.
Menurut Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah beliau berkata: Wilayah
(penguasaan) ke atas anak-anak kecil, orang gila, golongan safih (bodoh dan
lemah akalnya), terletak pada keseluruhan kaum kerabat. Lihat Al-Fatawa AlKubra, Ibn Taimiyyah (5/397).

Bahkan

kata

beliau

lagi: Tidak

dibolehkan

untuk

diberikan

kuasa

menguruskan harta anak-anak yatim melainkan kepada seseorang yang


kuat,

mempunyai

kepakaran

terhadap

apa

yang

telah

dipertanggungjawabkan ke atasnya, amanah dalam menguruskannya,


dan menjadi suatu kewajipan sekiranya wali (pengurus harta) tersebut
tidak bersifat dengan ciri-ciri yang disebutkan ini untuk ditukar kepada
wali yang lebih layak daripadanya. Rujuk Majmu Al-Fatawa, Ibn
Taimiyyah (30/44).

Pengurusan Harta Anak Yatim


Islam memandang serius berlawanan dengan penjagaan harta anak yatim.
Antaranya;

Jaminan

Hendaklah harta anak yatim itu terjamin dan tidak dibiarkan tidak terurus,
supaya kebajikan anak itu dijamin sama ada semasa sekarang ataupun apabila
boleh mengambil alih harta itu apabila besar nanti. Islam membenarkan agar
dilantik mutawalli untuk menjaga kebajikan anak tersebut. Mutawalli itu tidak
semestinya seorang sahaja, boleh jadi dua atau tiga orang untuk menjamin
kebajikan dan integriti harta tersebut. Boleh juga agar harta itu diuruskan oleh
organisasi, perbadanan atau institusi, yang akaunnya diaudit setiap tahun.

Amanah

Hendaklah mutawalli yang menjaga harta anak yatim itu ialah orang yang
amanah dan dipercayai, bukanlah daripada kalangan orang fasiq, memiliki
masalah moral dan diketahui pecah amanah.

Menyuburkan harta anak yatim.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:














Maksudnya: Hendaklah bagi sesiapa yang menjadi penjaga harta anak yatim
memperniagakan harta tersebut, supaya ia tidak ditinggal dimakan zakat.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (641)

Bukan seorang daripada para sahabat Nabi yang berpendapat bahawa harta
anak yatim dikenakan zakat antaranya Umar, Ali, Aisyah, Ibn Umar. Ini juga
ialah pendapat Malik, Syafie, Ahmad dan Ishak. Manakala yang tidak bersetuju
ialah Sufyan bin al-Thauri dan Abdullah bin al-Mubarak. Kami mencadangkan
cara yang terbaik untuk menyuburkan harta anak yatim ialah dengan
memasukkannya sebagai akaun simpanan tetap (fix deposit) atau Tabung Haji.
Ingatlah jangan sewenang-wenangnya melabur harta anak yatim yang berakhir
dengan lebur dan lesap begitu sahaja.

Cadangan
Kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, ahli keluarga, dan para
pegawai kerajaan agar memerhatikan dengan serius cadangan-cadangan
berikut:

Hendaklah sebarang sumbangan orang ramai yang ditujukan khas kepada


anak-anak yatim itu diserahkan kepada mereka.

Janganlah mutawalli itu mengambil harta mereka walau pun sedikit,


melainkan untuk jika mutawalli itu miskin dan memerlukan dana bagi kos
pengurusan harta anak yatim.

Hendaklah diwujudkan akaun khas untuk anak yatim, agar tidak


bercampur dengan harta mutawalli. Juga untuk mengelakkan harta yang
bercampur itu dituntut oleh waris mutawalli jika dia meninggal.

Hendaklah dilantik beberapa individu untuk menjaga amanah harta


tersebut bagi mengelakkan manipulasi.

Hendaklah para mutawalli itu terdiri daripada mereka yang amanah dan
dipercayai, cerdik dan mampu mengurus harta dengan baik.

Jika harta itu diuruskan oleh perbadanan dan organisasi, hendaklah


akaun rasmi dan peribadi mereka diaudit oleh pihak berkuasa untuk
mengelakkan pecah amanah dan ketirisan wang harta anak yatim.

Kami juga mengambil perhatian dengan isu memanipulasikan anak yatim


untuk tujuan mengutip derma di stesen bas, stesen minyak, pasar raya dan
pusat membeli belah. Sepatutnya mereka sibuk denga ilmu di sekolah atau

gembira bersama keluarga di rumah namun, realiti adalah sebaliknya. Di


mana ihsan pihak yang menguruskan anak yatim ini?
Kami amat menekankan pentadbiran yang berintegriti, jujur dan telus dalam
pengurusan harta anak yatim. Kami juga tidak menujukan sarana ini kepada
mutawalli

yang

bersifat

individu

sahaja

tetapi

kami

meminta

agar

penguatkuasaan juga dibuat kepada badan-badan bukan kerajaan yang


menguruskan harta anak yatim. Kita tidak mahu mereka yang berselindung di
bawah slogan taqwa dan sedekah ini sebenarnya yang mengambil harta anak
yatim secara haram dan zalim.
Ingatlah pesanan Pak Hamka, Hidup hanya sekali justeru biarlah bererti.
Semoga rasa kebertanggungjawaban terwujud dalam lubuk hati pemegang
amanah harta dan pengurusan anak yatim. Diharapkan juga usaha memelihara
anak yatim dijalankan sebaik mungkin dengan penuh keihsanan dan kasih
sayang yang pastinya akan melahirkan banyak kebaikan dan ganjaran syurga
oleh Allah SWT. Amin.

Akhukum fillah,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 H

You might also like