You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS PENUTUPAN AKTIVITI CELIK NUTRISI 2016


JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
TARIKH: 29 SEPTEMBER 2016
TEMPAT: SK SETIAWANGSA
BI
L
1
2

3
4

5
6
7
8

CUE
PESERTA BERKUMPUL
DI DALAM DEWAN
MAKLUMAN UMUM

KETIBAAN KETUA
SEKTOR JABATAN
PENDIDIKAN WP KL
PENGUMUMAN
KETIBAAN KETUA
SEKTOR JABATAN
PENDIDIKAN WP KL
LAGU NEGARAKU
TARIAN SELAMAT
DATANG
DOA
SALUTASI

ANN

CATATAN

Pengumuman:
1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang
Berbahagia Tuan Haji Rofli diumumkan masuk.
2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon
bimbit / mod getar
3. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum berakhir / meninggalkan
dewan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dihormati:


Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah binti Haji Husin

Yang Berbahagia
Puan Hajah Asiah binti Haji Husin
Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Yang Berbahagia
Pn Siti Shuhailah bt Shaikh Abdul Rahim
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang Berbahagia,
Dr Hajah Thaherah Nor binti Mohd Kassim
Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Ketua Unit Cawangan Penyakit Berjangkit
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Yang Berusaha
Datin Hajah Siti Rokiah binti Salleh
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
Yang Dihormati
Pn Nor Azah binti Ahmad
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Pemakanan
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Yang dihormati dif-dif jemputan dari
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur,
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya,
Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya,
Jabatan Pertanian WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu/ Keramat / Sentul
Pejabat Kesihatan Lembah Pantai/ Cheras/ Kepong/ Titiwangsa
Sekolah-sekolah terlibat dalam aktiviti celik nutrisi 2016 serta semua wakil dari
Jabatan Pendidikan & Jabatan Kesihatan
Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan selamat datang ke Majlis
Penutupan Aktiviti Celik Nutrisi 2016 Anjuran Cawangan Pemakanan Jabatan
Kesihatan WP KL & Putrajaya dengan kerjasama SK Setiawangsa
9

PERSEMBAHAN SLAID

Hadirin yang dihormati :


Menanti dihaluan kini ialah persembahan multimedia yang disediakan oleh
Pegawai Sains Pemakanan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan
Putrajaya.

Mari sama-sama kita saksikan.


10

SETELAH SELESAI
PERSEMBAHAN SLAID

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


Untuk makluman hadirin sekalian, tayangan slaid itu tadi adalah rakaman
momen-momen indah sepanjang Aktiviti Celik Nutrisi dijalankan di 7 buah
sekolah yang terpilih. Aktiviti telah dijalankan bermula pada bulan April sehingga
Oktober 2016.

11

UCAPAN ALU-ALUAN

Meneruskan acara pada hari ini, dijemput :


Yang Berusaha,
Dr Hajah Thaherah Nor binti Mohd Kassim
Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Ketua Unit Cawangan Penyakit Berjangkit
Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Hajah Thaherah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

12

SELEPAS UCAPAN
ALU-ALUAN

13

UCAPAN PERASMIAN
Sidang Hadirin yang dihormati sekalian.
OLEH YG BERBAHAGIA
KETUA SEKTOR
Sampailah saat yang dinanti. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :
JABATAN PENDIDIKAN
WP KUALA LUMPUR
Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah binti Haji Husin
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Aktiviti
Celik Nutrisi 2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BI
L
14

CUES

ANN

PENYAMPAIAN HADIAH
PERTANDINGAN
SUKAN FUTSAL DAN
BOLA JARING

Sidang hadirin yang dihormati sekalian:

CATATAN

Majlis pada hari ini diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan
anugerah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Datin Hajah
Siti Rokiah binti Saleh bersama-sama Yang Dihormati Dr Hajah Thaherah
Nor Bt Mohd Kassim untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia
Puan Hajah Asiah binti Haji Husin untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah dan anugerah. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian :
Cenderamata kepada:
En Maridhati Ridhuan b Mohamed,
Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Seterusnya penyampaian cenderamata kepada Juri Pertandingan Akademi
Futsal dan Bola Jaring.
Dijemput wakil juri merangkap Ketua Pengurus Pengadil bagi Pertandingan
Akademi Futsal En Muhammad Ash Syahid bin Haji Ismail
Seterusnya dijemput wakil juri merangkap Ketua Pengurus Pengadil bagi
Pertandingan Akademi Bola Jaring Cik Rozila binti Iberahim
Hadiri sekalian,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada
Pemenang Pertandingan Sukan Futsal dan Bola Jaring
Bagi Pertandingan Sukan Futsal
Dijemput tempat ke 4 daripada

Tempat ke 3 dimenangi oleh

Naib Johan dimenangi oleh

Johan bagi Pertandingan Akademi Futsal Peringkat Wilayah Pesekutuan Kuala


Lumpur dan Putrajaya jatuh kepada

Hadirin sekalian,
Bagi Pertandingan Sukan Bola Jaring
Dijemput tempat ke 4 daripada

Tempat ke 3 dimenangi oleh

Naib Johan dimenangi oleh

Bagi Pertandingan Akademi Bola Jaring Johan Pertandingan Peringkat Wilayah


Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johan jatuh kepada

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Aktiviti Celik
Nutrisi 2016.
Penganugerahan dimulakan dengan penyampaian plak penghargaan kepada
sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian dalam Aktiviti Celik Nutrisi
2016
Dijemput Guru besar Guru besar bagi sekolah-sekolah berikut.
Mendahului penerima dipersilakan ke pentas:
SK Setiawangsa
SK Puteri Pandan 1
SK Polis Depo
SK Taman Desa
SK Convent Sentul 2
SK Putrajaya Presint 8 (1) dan yang terakhir

SK Putrajaya Presint 16(1)


Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pelajar Terbaik Celik Nutrisi
Anugerah pelajar terbaik dianugerahkan kepada pelajar yang menunjukkan
kesungguhan dan memberikan komitmen yang baik sepanjang aktiviti
dijalankan.
Bagi penerima Anugerah Pelajar Terbaik, dijemput :
1. Ahmad Adli Rohaimi daripada SK Setiawangsa
2. Syahzanani Husna binti Mohd Syahril daripada SK Puteri Pandan 1
3. Muhd Izhan Muhd Khairani daripada SK Polis Depot
4. Muhammad Aqlan b Azizul daripada SK Taman Desa
5. Divjoth Kaur Ludher A/P Balraj Singh Ludher daripada SK Convent
Sentul 2
6. Hasrul Haziq b Rozaidi daripada SK Putrajaya Presint 8 (1)
7. Nur Syazwina Amani binti Saiful daripada SK Putrajaya Presint 16(1)

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Penglibatan PIBG terbaik. Anugerah ini


dianugerahkan kepada PIBG yang memberikan kerjasama dan melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Penerima Anugerah Penglibatan PIBG Terbaik diberikan kepada PIBG SK
Convent Sentul 2.
Dijemput Pn Cahya Adha binti Abdul Jalil wakil PIBG SK Convent Sentul 2
untuk menerima anugerah.
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu bagi kategori Anugerah Sekolah
Terbaik Celik Nutrisi bagi tahun 2016
Anugerah ini diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kesungguhan,
kreativiti, inovasi, kerjasama dan menggunapakai segala sumber yang ada
dalam menjalankan aktiviti Celik Nutrisi ini.
Penerima Anugerah Sekolah Terbaik Celik Nutrisi bagi tahun 2016
dianugerahkan kepada
______________________________________________________
Dijemput Guru Besar ________________________untuk menerima anugerah.

Seterusnya
Majlis juga ingin menjemput Yang Berusaha Datin Hajah Siti Rokiah bt Saleh
Guru Besar SK Setiawangsa untuk menerima cenderamata atas kesudian
menjadi tuan rumah Majlis Penutupan Aktiviti Celik Nutrisi 2016
Tahniah diucapkan kepada semua.
PENUTUP
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA

Hadirin yang di hormati sekalian,


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Puan Hajah Asiah binti Haji Husin atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Diminta Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah binti Haji Husin untuk kekal di
atas pentas
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Dihormati Dr Hajah
Thaherah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Puan
Hajah Asiah binti Haji Husin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Dr Hajah
Thaherah atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Hadirin sekalian :
Dengan itu maka berakhirlah Majlis Penutupan Aktiviti Celik Nutrisi bagi tahun
2016. Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya
kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah binti Haji Husin serta semua
tetamu jemputan yang turut hadir dalam majlis ini. Kami juga memohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa mengacarakan majlis.
Semoga kita berjumpa lagi dilain masa.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah binti
Haji Husin diringi bersama dif-dif jemputan serta para tetamu sekalian untuk
menjamu selera di kantin sekolah.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like