You are on page 1of 2

PEMBELAJARAN ABAD KE-21: AMALAN DAN

PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan


generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan
yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan
pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan
teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran
konvensional seperti chalk and talk semata-mata kurang berhasil menarik minat
murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan
kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari
bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan.
Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau
selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula
mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran
menjadi
lebih
segar
dan
memenuhi
keperluan
murid.
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis
pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015.
Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21
serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar
dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras


keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran
pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke
arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang
pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guruguru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan
dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan
perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi
PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.
2

You might also like